Friday, August 3, 2012

Rezeki Ramadhan yang tak berkat

23 comments

Salam Ramadhan.

Pejam celik dah hampir separuh perjalanan puasa Ramadhan kita. Kejap je rasanya. Dalam tempoh tu, macam-macam ragam manusia dapat aku tengok sepanjang bulan ni.

Kaum 'OMAK-OMAK', pukul 10pagi dah start update status kt FB, nak masak apa la petang ni...Apa menu la...Kat opis, omak-omak ni sibuk google resepi. Hahaha betol tak?

Kaum 'SINGLE-MINGLE', sakan carik port nak bukak puasa. Layan buffet hotel-hotel je diorang ni...

Kaum 'APAK-APAK'? Kaum yang agak senyap time bulan puasa ni hahaha...Pasai apa? Pertama sebab perut selalu overload. Kedua, sebab dalam fikiran tu asyik dok pikir pasal budget nak raya je... Mana taknya...Yang bini dok pakat ganti perabot, kain langsir...Yang anak-anak dah dok tuntut baju raya 5-7 helai sorang...Hahaha sian Apak!

Puasa korang macam mane? Aku Alhamdulillah...Duduk single-mingle ni takde kisah sangat pasal makan...Makan biasa-biase je...Dah dekat 2 minggu puasa, cuma sekali je aku menjengah Param sebab tak sempat nak masak.

Kalau kat Param ni memang banyak pilihan. Tapi bukan semua peniaga ni jujur. Haritu beli murtabak, time buka kuah karinya dah basi. Bila complaint, boleh buat mula 'derk' je. Siap balas "Orang lain takde complaint pon..". Teruk kan... Tu belum lagi yang jual kuih muih. Dah la jual sebijik 40-50 sen. Tapi saiz kuihnya...hanya layak jadi taik gigi! Hish berkat ke rezeki macam tu...

Kita kalau nak berniaga ni, biar la ikhlas. Nak bagi orang lain makan, masak la elok-elok sikit. Nak-nak lagi bulan puasa ni. Jangan nak pikir untung je, tapi kualiti makanan macam nak bagi ayam makan. Bukan takat kualiti, tapi kalau yang jual kuih muih tu, biar la saiz kuih tu berpatutan dengan harga yang dijual. Ni aku tengok, saiz kuih takat buat taik gigi tapi jual sampai 50sen sebijik. Jangan sampai rezeki yang korang dapat tu, termasuk dalam kategori haram dah la...



p/s:-
Serik membeli di Param. Lebih rela makan makanan feberet aku ni je....


Wednesday, May 23, 2012

Baik jangan berkawan

32 comments

Kalau berkawan sekadar nak mengambil kesempatan
Baik jangan berkawan

Kalau berkawan sekadar untuk kepentingan diri sendiri
Baik jangan berkawan

Kalau berkawan cuma ketika waktu senang
Baik jangan berkawan

Kalau berkawan namun menghilangan masa susah
Baik jangan berkawan

Fahami dulu erti persahabatan jika mahu berkawan
Jika tidak mampu fahami, lebih baik sendiri


Kecewa dengan orang yang kononnya bergelar 'kawan baik'...Depan kita, dia lah kawan terbaik kita ada. belakang kita, macam-macam keburukkan kita di jaja. Moga mereka insaf....



Twitter Bird Gadget