Wednesday, August 11, 2010

Puasa : Sebuah kenangan terlampau….


Ketika ini, kanak-kanak sedang sibuk termenung memikirkan apakah juadah berbuka yang disediakan oleh ibunya. Ketika ini, ada ibu bapa yang bertungkus lumus menyiapkan kerja supaya dapat pulang ke rumah melayan kerenah anak-anak untuk berbuka. Sambil otak berserabut memikirkan persiapan hari raya yang bakal kunjung tiba. Ketika ini, pasangan kekasih sibuk merancang di mana hendak berbuka, pukul berapa hendak bertemu…


Aku, ketika ini, merisaukan betapa senangnya hanya berpuasa menjaga makan dan minum. Tetapi amat payah memikirkan puasa yang sempurna, dari segi ibadatnya, dari segi cegah maksiat dan zinanya (bukan aku berzina, jangan salah faham), dari segi ketepatan dan kesempurnaan rutin harian dalam bulan puasa. Masih jauh puasa ku untuk menjadi yang sempurna di sisi tuhan. Tetapi, saat saat ini, mengingatkan kembali ibadah puasa ketika kecil. Amat melucukan.

Aku mula berpuasa dari tadika, dari hari pertama aku berpuasa, hingga sekarang, rekod puasa aku bukan la boleh dibanggakn sgt. Selain daripada puasa yg ditinggalkn kerana ‘bulan mengambang’, rekod puasa aku tu pon sedikit tercalar dengan puasa ‘yang yok’ dan puasa ‘berupah’.



Teringat lagi ketika kecik2 dulu, aku jenis yg susah nk bangun sahur. Jd setiap kali masa bersahur, ayah la yang akan dukung aku ke meja makan untuk memastikan aku bersahur. Bersahur dengan lauk berbuka semalam. Tp aku ni jenis yg simple je. Sahur tu kalau dapat nasik+telur goreng+kicap, tu pon da cukup bagi aku. Dan sampai skrg ni menu tu merupakan menu kegemaran aku, memandangkan aku agak cerewet dan banyak pantang larang dalam makanan ni. Tp ada sesuatu yang paling aku tak suka setiap kali bersahur. Aku akan di paksa minum air bergelen2 oleh ibu sedangkan aku bukan la seorg yg banyak minum. Huh akibatnya, sepanjang hari la aku akan berulang alik ke tandas. Kalau hari sekolah, selepas sahur, aku pasti tertido di sofa ruang tamu sebelum dikejutkan untuk ke sekolah.


Tetapi, kenangan puasa yang lucu adalah ketika aku berpuasa bersama2 sepupu di kampung. Biasa la kalau da nama pun kanak2, kalau berjumpa tu mesti tak tau duduk diam. Berlari bagai nak gila ke sana sini umpama org tak puasa. Selalunya kalau dah main tu, bukan ingat nk yg kita tengah berpuasa. Bila atok dan wan dah terjerit2 panggil masuk dan mandi, baru la perasan yg kami berpuasa. Tp selalunya kami takkan terus masuk ke rumah walaupon dah berkali2 nama kamu bergema dalam hening petang. Bila da nk kena ba’eh dengan atok, baru la terhegeh2 masuk mandi. Da masuk rumah pon kadang-kadang boleh sambung main lg!! Kami tetap aktif! Penat tu, tuhan saja yang tahu. Tapi, kami mempunyai ubat mujarab…

‘Bathtub’ untuk 5 orang…

Kalau di kampung aku, bilik airnya akan ada kolah air yg agak besar. Kolah tu umpama tab mandi/kolam renang mini bagi kami hahaha. Masa kecik2 dulu, kalau mandi ramai2 dalam bilik air bersama2 pon tak kisah. Bukan ada rasa malu pun. Huh kalo dah mandi beramai2 tu, mula la start perkara2 bodoh. Apa lagi kalo bukan berendam dalam kolah tu la huhuhu… sejuk dan nyaman rasanya. Leh main selam2 lagi tu!! Erm kalo dah menyelam tu, pempaham la ye ape yang terjadi… kadang-kadang buat macam tertelan air tu jek, sedangkn masa menyelam tu dah berteguk2 air kami telan… Trick siut…!

Tapi di ingatkan kepada semua, jangan tiru perlakuan ini!!! Kenapa?? Selepas aktiviti kami didalam bilik air tu dihidu oleh atok dan wan kami… setiap sorang dapat libasan di ‘tot’ masing2. Berbirat gak la sampai nak duduk pon susah.

Ah, kenangan…

Waktu kanak-kanak, waktu berbuka puasalah yang ditunggu-tunggu. Jam pukul 6:30ptg, sudah duduk di atas kerusi, mengadap juadah yang satu satu dihidang oleh ibu dan wan. Lawan memilih kuih mana milik aku dan milik adik-adik. Ini Akak punya, orang lain takleh amik, Aku jarang mengalah bab2 berebut makanan ni. Tengok la body macam mane hehehe… Perut dah bunyi. Ayah selalu buat air kelapa+sirap, kegemaran seisi keluarga. Kami panggil tu “Janda Berhias”. Kenapa air tu diberi nama sedemikian, aku pun tak pasti. Pukul 7:00ptg, bangun ke dapur, siapkan nasi dan lauk pauk. Tapi lauk2 yang tertumpah kt tangan tu, kadang2 selamat dijilat sekelip mata. Bila ibu nampak, dia ketuk tangan dengan senduk nasi. Mau bengkak jugak la… Berbuka puasa dengan bacaan doa yang dipass kepada adik! Makan dengan berselera sampai tidak boleh bangun. Bila emak suruh solat Maghrib, buat buat sakit perut, sedangkan senak dan lahap.

Bulan-bulan puasa itu, tidurku dialuni bacaan Quran oleh atok atau wan. Kadang2 ikut bacaan Quran di TV. Ketika bangun sahur pun begitu. Indahnya puasa dahulu…


Sekarang, sahur pun jarang. Berbuka puasa seorang. Mungkin akibat duduk di rumah bujang yang tak sekepala dan tak seselera. Makan pun, hanya sejenis, nasi campur atau nasi goreng kalau rajin tunggu. Kalau tidak, McDonalds. Itu sahaja. Tak macam kalau berbuka di kampung atau bersama keluarga. Sahur pun malas bangun. Rugi tidur fikir ku. Ah, puasa zaman dewasa ini amat tidak seronok. Sangat-sangat tidak seronok.

Puasa, Memang Sebuah Kenangan Lampau…

Selamat Berpuasa.




10 comments

August 11, 2010 at 3:15 PM

Wa..perut dah bunyi ni...
jam baru 3.30 p.m..huhu...sabar2...fokus2...


Selamat Berpuasa Cik Panadol :)

August 11, 2010 at 3:58 PM

wah..rindu kan sis zaman kanak2..=)..slmt berpose sis

August 11, 2010 at 11:47 PM

skang dh pkul 11 lebey..
nk kne sahur utk esk lak..
tp cam mls je..
tym budak2 jgk yg best kn..
hihihi

August 12, 2010 at 12:10 AM

best kan kenangan puasa mse kecik3
mcm3 hal! hehehe~~

August 12, 2010 at 11:54 AM

mmg kalau ingat cite lame sgt best kan..meriah ape2 pun!sekarang ni nak kene buat diri jadi meriah la..hehe pape pun selamat berpuasa!!

August 13, 2010 at 2:02 AM

haha.. raye2!!!! hahaa..

August 13, 2010 at 4:48 AM

slamat bersahur,berpuasa,berbuka... puasa itu lebih dari soal makan dan minum...

snyum slalu... =)

August 13, 2010 at 12:22 PM

kenangan zaman kanak2 waktu terindah...nak makan apa sume mak layan..x payah tolong apa2..asalkan posa...

August 14, 2010 at 1:10 PM

yeap..
puasa masa kecik2 dulu mmg sangat seronok kalo nak compare dgn skg :(

August 14, 2010 at 1:55 PM

sahur maggi lagi rare.

Post a Comment
Twitter Bird Gadget