Sunday, February 28, 2010

Birthday : My Ayah


Alhamdulillah Ayah aku di panjangkan umur lagi pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun yang ke-56 tahun Ayah aku menjengah dunia. Aku dan keluarga berkesempatan untuk meraikan hari jadi Ayah di kampong (walaupun adik lelaki aku tidak dapat bersama).


Meraikan hari jadi Ayah tidak lah memerlukan kami mengadakan majlis hari jadi atau membeli sebuah kek untuk di potong Ayah. Bagi Ayah, cukuplah sekadar kami anak-anaknya mengingati hari tersebut. Itu sudah cukup bermakna bagi seorang Ayah yamg selama ini telah bersusah payah mencari rezeki membesarkan kami.


Tahun ini, kami meraikan ala kadar sahaja. Membawa Ayah keluar makan malam dan memberi hadiah sudah cukup menggembirakan Ayah. Kasian Ayah kerana dia menyambut hari jadi dalam keadaan yang tidak sihat. Ayah masih lagi belum sihat sepenuhnya dari demam kerana keengganan dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Ayah memang degil. Jarang sekali menunjukkan kesakitan beliau kepada kami. Namum Ayah tetap gagahkan diri untuk keluar meraikan hari jadinya bersama kami.


Hadiah? Aku agak sukar mencari hadiah yang sesuai bagi lelai di usia Ayah. Di tambah pula dengan Ayah yang akan bersara tahun hadapan, menyukarkan aku memilih apa yang sesuai. Lagipun, Ayah jarang membeli apa-apa untuk keperluan dirinya. Dia lebih suka memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu. Itu lah sifat Ayah yang amat aku kagum. Kadang-kadang, aku dan Ibu yang akan beriya-iya memenuhi segala keperluan Ayah tanpa dia minta.


Ok, tahun ini aku dan Ibu menghadiahkan Ayah seutas jam tangan dan sehelai T-Shirt yang berjenama. Biarlah sesekali Ayah bergaya dengan barang-barang sebegitu walaupun Ayah lebih selesa sekadar berseluar track dan bert-shirt buruk sebagai pakaian harian. Aku sebagai anak tentu sekali mahu melihat Ayah bergaya. Adik perempuan aku, Ika pula menghadiahkan sepasang sandal kepada Ayah sebagai ganti selipar Ayah yang telah agak lama tidak berganti.


1. Ayah seorang yang tidak pandai duduk diam dan sangat kuat bekerja. Ada saja kerja yang akan dia lalukan di masa lapang. Aku tidak pastilah apa yang akan Ayah buat selepas bersara nanti.


2. Ayah jarang menunjukkan yang dia sakit atau jarang sakit. Bila Ayah tidak sihat, dia Cuma akan makan Panadol, berehat dan tidur sebentar sebelum bangun beberapa jam kemudian untuk menyambung ‘kerja-kerja’ dia.


3. Ayah tidak pernah menguruskan hal-hal berkaitan duit dan perbelanjaan isi rumah. Semua di uruskan Ibu. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa wanita lebih bijak mengurus perbelanjaan. Benarkah?


4. Ayah seorang yang tidak banyak cakap dan jarang marah. Tetapi dalam diam-diam Ayah, ada amarah yang dia simpan di dalam hati. Dan sekali amarah itu meletup, kami semua akan menjadi sangat takut.


5. Ayah sangat tidak berkira soal makanan. Semua benda dia makan terutamanya makanan-makanan yang pantang bagi dia. Makin pantang makanan itu untuknya, makin suka dia dengan makanan itu.


6. Ayah amat gemar memberikan memek muka yang pelik dan kelakar sekiranya kami ingin mengambil gambarnya menggunakan kamera kami. Sekiranya kamera orang lain, tidak pula ayah sebagitu. Aku pun tidak tahu mengapa.



Di hari lahir Ayah ini, aku berharap dan berdoa agar Ayah di panjangkan umur, di murahkan rezeki, di kurniakan kesihatan yang sempurna dan di permudahkan segala urusan.


I love you soooo much, Ayah.

Twitter Bird Gadget