Sunday, February 14, 2010

Cinta sebelum dan Cinta Selepas Kahwin


Februari datang lagi. Seperti yang di ketahui semua, Ferbuari dianggap sebagai bulan kasih sayang. Di sebabkan itu, aku tergerak untuk menulis mengenai satu isu yang juga berkaitan dengan cinta dan kasih sayang. Bukan isu Valentine’s Day yang menjadi budaya masyarakat barat ya. Tetapi isu ini terlintas di fikiran aku kerana ada segelintir teman-teman aku telah melalui situasi ini.


Isu mengenai cinta sebelum atau selepas kahwin. Mana lebih baik?


Memandangkan aku kaku dan kekok bila bercakap soal hati dan perasaan secara terbuka, maka apa yang aku boleh lakukan, sekadar mengumpul beberapa pendapat mengenai cinta sebelum dan selepas kahwin yang aku setuju ada kebenarannya.


‘Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? ‘


Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya.


Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.


Tapi..sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata-mata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah.


Bagaimana kalau dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut?


Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping dan menggoda, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati.


Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.


Tapi, bagaimana kalau tiba-tiba Tuhan takdirkan kita bisu... Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita?


Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta... Adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita?


Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita?


Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu... Atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita di takdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?


Mungkin juga tidak… Kerana cinta kepada sesuatu yg ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh di rampas olehNya yg berhak bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Dan cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh di tarik bila-bila masa sahaja.


`Cinta Sebelum Perkahwinan`


Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Kerana itu, Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.


Kita perlu faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.


Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.


Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.


Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.


`Cinta Selepas Perkahwinan`


Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah di zaman sekarang ini. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.


Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan".


Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan yang boleh dipercayai mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.


Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.


Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.Itulah cinta bersulam redha.


Apa jua pendapat kita mengenai ini, aku pasti setiap orang mempunyai alasan tersendiri kepada jawapan tersebut. Aku sendiri tiada jawapan khusus dalam hal ini. Apa yang penting, niat kita dalam membina sebuah perkahwinan itu perlulah mendapat keredhaan Allah dan menurut peraturan syarak. Kerana Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.


“Maka InsyaAllah, aku tidak akan sesekali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan di cintai... Tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”


p/s:

Umpama Dr. Cinta pula bila berbicara mengenai tajuk ini. Dan agak pelik bila aku memberikan pandangan mengenai PERKAHWINAN walhal aku sendiri belum melaluinya. Ok aku bukanlah kemaruk untuk mendirikan ruamh tangga, tapi


Twitter Bird Gadget