Wednesday, February 10, 2010

Lomba dan lomba lagi....

Acara: GTO Amazing Race 2010

Tempat: TPM, Bukit Jalil – Pulau Pangkor

Tarikh: 6th Feb 2010 - 7th Feb 2010

Team Member: Miss Panadol, Salina, Fendy, Mirna


6th Februari 2010


7:00 AM


Pepagi lagi aku dah get ready dengan En. V aku untuk bertolak ke tempat berkumpul. Pn. Salina beriya-iya mengingatkan kami supaya bangun awal pagi ini supaya dapat first row. 6:30 pagi konon… sedangkan dia sampi pun sudah lewat.



Jam 7:15 pagi kami sudah berkumpul di Tempat Letak Kereta B, Enterprise 4, TPM, Bukit Jalil. Tukar ‘uniform’, pasang sticker kat En. V… Wallah! We’re ready!


8:16 AM


After briefing and blab la bla… the race on. Satu demi satu kereta peserta di lepaskan. Team kami, bertolak pada jam 8:16 pagi. Salina driver, aku navigator, and the other two are the passengers. After dapat clue, posisi kami bertukar secara tiba-tiba. Salina as navigator, Fendy as driver, me and Mirna pulak jadi passenger.



Team kami memilih untuk ke Batu Gajah (Yeay...dapat tengok Kellie's Castle). Walaupun kami bermula agak baik, tp we all amik masaa dalam 2 jam sebelum sampai ke checkpoint Batu Gajah (Lewat sebab kami sempat berhenti makan! Makan penting ye adik-adik).


11:20 AM


Kellie’s Castle tersergam di depan mata. Aku fikir tempat ini mungkin agak menyeramkan jika waktu malam. Task kami cuma cari next clue. Pusing punya pusing dalam castle tu, last-last jumpe juga.



Posing punya posing, siap task kami. Dan…mari kita cari kedai cuci gambar! Kami berhenti di kawasan Iskandar, Perak. Kena cuci dulu gambar ni beb, kalau tak takda tiket feri ye!


12:00 PM


Sampai ke Lumut Jetty. Lepas park En. V dan ‘bercium-ciuman’ dahulu sebelum aku terpaksa meninggalkannya keseorangan. Kami lari dan lari, tau-tau saja kami sudah di depan kaunter tiket. Apa lagi, meh exchange gambar kepada tiket.

Alamak! Bukan takat tiket je kami dapat. Next clue juga ya….



Alhamdulillah kami terus dapat naik feri. Kalau tidak, mungkin kami terpaksa menunggu sehingga 2 jam untuk feri seterusnya. Atas feri, kami bergedik-gedikan sambil menikmati hayunan gelombang ombak Selat Melaka. Psst….sambil-sambil tu aku sempat cuci mata!!! <-- gatai sungguh!!!



12:55 PM


Jejakan kaki pertama kami di Pulau Pangkor. Ops jangan gumbira sangat. The real race, just begin.

Kami telah men’split’kan team kami kepada 2 group. Aku dengan Salina (Blue Team) dan Fendy dengan Mirna (Green Team). Bagi memulakan perlumbaan, aku dan Salina mengambil keputusan untuk menyewa sebuah motosikal bagi kami memudahkan kami bergerak sepanjang perlumbaan. Nasib kami kurang baik apabila kami sekadar mendapat sebuah kapcai buruk!



Atas sebab-sebab tertentu (salah direction, ditipu arah, ect…), kami berjaya membuat pusingan lengkap meneroka pulau tersebut!! Pada hal, tempat tujuan kami yang sebenarnya cuma terletak kira-kira 2-3km saja dari jeti. Lebih menambah nasib malang kami, kami juga terlibat dalam satu kemalangan kecil (willie style) gara-gara kapcai tersebut. Alhamdulillah kami selamat, sekadar lebam-lebam di punggung sahaja ye. Tapi sakit beb!


1:50 PM


Akhirnya kami sampai ke pitstop kami yang pertama. Waktu itu aku andaikan sudah ramai yang telah menyelesaikan tugasan disitu. Memandangkan task tersebut hanya boleh dilakukan oleh seorang sahaja, jadi Salina akan melakukannya. Tasknya adalah membuang tulang ikan! (Hasil akhir adalah seperti ikan masin yang korg selalu makan tu tetapi dalam versi yang belum dimasinkan dan yang belum dikeringkan).

Kami mengambil masa lebih kurang setengah jam bagi menyelesaikan task itu. Dan mendapat clue seterusnya.


2:20 PM

Kami mula bergerak ke pitstop seterusnya. Menuju ke Dataran Belanda! Kami andaikan clue yang dicara betul-betul berada di dataran tersebut, namun kami terpaksa merempit beberapa meter lagi sehingga berjumpa dengan marshal yang bertugas.



Taks kami di sini adalah mengait sebiji kelapa menggunakan galah. Bapak tinggi pokok kelapa yang ada. Dengan galah yang panjang dan agak sukar untuk kami mengawalnya. Atas usaha sungguh-sungguh kami, akhirnya kami berjaya me’nurun’kan sebiji kelapa yang diperlukan dalam masa tidak sampai 5 minit! Agak hebat bagi kami yang berjantina wanita dan yang tidak pernah mengait kelapa sebelum ini. Ini membuatkan kami makin bersemangat untuk menempuh task seterusnya.


2:35 PM


Kami bergerak pula ke Teluk Dalam. Sangat-sangat teruja kerana kami akan berkayak!! (Masing-masing tidak pernah berkayak sebelum ini). Dalam hati aku terfikir apa yang sedang dilakukan oleh lagi dua ahli kumpulan kami itu. Adakah mereka juga merasai pengalaman seperti kami?


We're going aboard....



Kami mengambil masa kurang daripada 10 mnt untuk sampai ke Coral Island. Agak baik performance kami bg yang pertama kali berkayat, walaupun di uji dengan ketidak seimbangan laluan kayak dan segala-galanya.


Kami ingatkan sesampai ke Coral Island saja, kami akan mendapat clue yang seterusnya.


Rupa-rupanya kami dikehendaki pergi keseberang pulau itu untuk task dan clue seterusnya. Terpaksa la pula kami meredah hutan dan mendaki bukit di pulau itu untuk keseberang pulau.


Sampai je ke tempat yang di tuju, kami diminta untuk menjayakan satu lagi task. Seorang dari kami dikehendaki membuat Ais Batu Kacang (ABC) dan seorang lagi akan membuat Mee Rebus. Huh memang masyuk habis memandangkan kami tidak berkesempatan makan dari pagi tadi. Selepas buat ABC da Mee Rebus tu, tugas kami yang seterusnya ialah menghabiskan hasil air tangan masing-masing tu. Alah…senang sangat!! Malah kami Berjaya menghabiskan mangkuk ABC yang kedua!(Walaupun sebenarnya ABC tu telah dihadkan kepada 1 mangkuk bagi satu team).



Bila perut sudah kenyang, baru la dapat clue seterusnya.


Huh kalau bukan kerana ini sebuah pertandingan, mahu saja kami melepakkan diri di pulau itu lebih lama. Memandangkan ada task lain yang menunggu, kami terpaksa la menggagahkan diri mendaki bukit itu semula untuk kembali ke kayak kami.



Urm aku rasa perjalanan pulang ke Pangkor dari Coral Island lebih mudah daripada perjalanan datang tadi. Mungkin kami sudah boleh mengagak bagaimana hendak berkayak dan kami juga telah mendapat sedikit tips dari marshal yang bertugas tadi bagi memudahkan kayak kami bergerak tanpa perlu menggunakan tenaga yang lebih.


3:40 PM


Kembali ke pantai, kami meneruskan perlumbaan menuju ke checkpoint seterusnya, Pangkor Island Beach Resort. Kami agak mungkin ini task yang terakhir memandangkan checkpoint itu berdekatan dengan hotel kami. Kami akhirnya sampai ke pintu masuk hotel untuk checkpoint yang seterusnya. Di sin task kami adalah kami dikehendaki mencari sebiji limau mandarin yang terletak sekitar checkpoint dengan menggunakan kompas.


Task ini sepatutnya dilaksanakan oleh semua ahli kumpulan. Kerana semua ahli patot berkumpul di situ. Malang bagi kami, kerana atas sebab-sebab masalah komunikasi dan salah faham. Dua orang ahli team kami yang telah sampai lebih awal dari kami telah menyatakan yang kami terlibat dalam kemalangan dan disebabkan itu terpaksa menarik diri.


WTH!!!


Memang la kami terlibat kami kemalangan kecik tadi, tetapi kami masih lagi boleh melaksanakan task-task kami. Dan sewaktu mereka menghubungi kami sesampainya mereka ke checkpoint itu, kami telah maklumkan bahawa kami sedang menghabiskan task kami dan akan berjumpa mereka disana. Kami agak geram dan marah ketika itu. Marshal pula tidak membenarkan kami meneruskan task mencari limau mandarin itu memandangkan tidak cukup ahli kumpulan. Mungkin atas dasar simpati dan melihatkan kami yang masih bersemangat dan beriya-iya untuk menghabiskan perlumbaan itu, akhirnya marshal itu bersetuju untuk kami melaksanakan task itu. Tetapi kami tetap tidak dibenarkan meneruskan perlumbaan memandangkan kami sebenarnya perlu menjalani 2 task lain lagi!!!



Kami agak sedih dengan keadaan itu kerana kami masih lagi bersemangat dan mampu menghabiskan task-tast tersebut. Lagi dua orang teammate kami? Huh tentu sudah terbongkang di atas katil!! (Maaf la kalau ayat aku agak kasar. Aku sangat-sangat kecewa mengenai hal ini….) Apa yang kami tahu, lagi 2 task yang tidak dapat laksanakan itu adalah menaikki pelampung gergasi dan perlumbaan terompah gergasi. Pasti menyeronokkan sekiranya kami dapat melakukan aktiviti itu…



4:14 PM


Disebabkan kami tidak dibenarkan meneruskan perlumbaan, kami dibenarkan mendaftar ke bilik kami. Tiba-tiba saja kami rasa seperti tiada semangat untuk kebilik. Nasib baik pihak hotel menyediakan Shutter Bus untuk penghuni hotel memandangkan bangunan hotel terletak lebih kurang 500m dari pintu masuk kawasan hotel.



Bilik kami agak hujung dan jauh dari lobi hotel. Tidak mengapa la kerana bilik kami besar, dalam bathroom siap ada bathtub. Amat sesuai untuk masa honeymoon ye adik-adik (Ish..Gatai betol!). Walaupun agak penat, tetapi kami agak tidak berpeluang untuk melelapkan mata kerana majlis makan malam dan penyampaian hadiah akan bermula awal.


7:30 PM

Kami menuju ke Joe Tan Area di mana majlis makan malam akan berlangsung. Kami meninggalkan dua orang teammate kami untuk keluar dahulu. Hati masih panas mungkin!


Memandangkan kami agak lewat sampai, hampir semua meja telah hampir penuh. Terpaksalah kami mencari meja yang boleh memuatkan kami berempat. Lihat, kami masih ingat untuk mencari tempat untuk mereka walaupun masih agak bengang dengan kejadian petang tadi.(Jangan biarkan marah menguasai diri anda sepenuhnya)


Huh biarkan. Kami sudah tidak sabar untuk makan. Tengok saja makanan aku, semua jenis aku ambil kecuali seafood. Orang kata rugi kalau tidak makan seafood tetapi nak bat macam manakan. Aku tidak pernah terliur untuk memakannya.



Acara malam itu agak ok. Bukan setakat penyampaian hadiah untuk pemenang (kami semeja dengan pemenang pertama ok…tumpang glamour bang…), ada juga anugerah untuk kategori-kategori tertentu (sila lihat gambar), ada juga cabutan bertuah (tak puas hati sebab ada satu meja tu, semua orang dapat…komplot mungkin!) ,ada juga persembahan tarian (ni tak best! Yg girl macam str***ers, yg lelaki pulak macam ‘bapok’) dan ada juga persembahan live band (vocal hancur, tapi nasib baik lagu best-best). Aku dan Salina juga sempat membuat karok kami sendiri setelah majlis formal selesai.



Selepas tetamu VIP blah, kami meneruskan acara melepak. Ada di antara peserta mengajak kami meronda-ronda di pulau ini. Tapi memikirkan keadaan motor kami yang bagai nak roboh tu, tidak berani la kami mengikut rancangan mereka. Kami sekadar kembali ke bilik pada jam 11:30 malam.


Walaupun penat, tidaklah kami terus tidur sesampainya kami ke bilik. Berbual-bual, menonton tv dan cuba meredakan badan yang lengoh nak-nak lagi tangan kami yang telah bekerja kuar semasa berkayak tadi.


7th Februari 2010


9:30 AM


Perancangan awal kami, sepatutnya kami ingin menerjah ke laut seawal pagi sebelum bersarapan. Tetapi di sebabkan kepenatan, kami batalkan hasrat tersebut. Setelah bersiap, kami pun menuju ke Hornbill Restaurant untuk bersarapan (tanpa mengajak dua orang teammate kami tu ye...). Ramai juga yang sudah bangun. Ada yang baru naik dari laut malah ada juga yang bakal turun ke laut selepas bersarapan. Walaupun makanan yang di sediakan tidak lah begitu sedap, kami gagahkan juga memakannya. Takot kejadian 'kelaparan' semalam tidak terjadi lagi.



Selepas itu, kami berhasrat untuk ke pekan Pangkor mencari ole-ole untuk family. Dengan menggunakan motor kapcai semalam yang telah kami tinggalkan di pintu masuk hotel, kami meredah pulau itu. Tetapi memandangkan keadaan motor dan minyak yang tidak mengizinkan, kami terpaksa berpatak balik ke hotel.


12:00 PM


Kami bersiap-siap untuk check out. Memandangkan feri akan bertolak pada 12:30 PM. Jika tidak, kami terpaksa menunggu feri pada pukul 2:30 PM pula. Sekali lagi kesabaran kami tercabar apabila dua orang 'teammate' kami itu terlewat dan nyaris-nyaris ketinggalan feri. Nasib baik korang...


Sampai saja ke Lumut, Fendy membawa kami ke kedai yang ada menjual ole-ole. Murah juga harga di kedai itu. Sejuk sikit hati ni...Beli punya beli, macam-macam yang aku amik. Harganya? RM55 saja!


Dalam kereta sepanjang perjalanan, aku dan Salina 'membuta' di belakang. Perjalanan pulang yang terasa lebih jauh berbanding sewaktu datang agak memenatkan kami. Kami sampai ke Kuala Lumpur sekitar jam 7:00 PM.




Ini merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan dan memenatkan. Aku dan Salina berharap dapat mengulangi semula aktiviti seumpama ini. Tetapi semestinya dan sepastinya kami tidak akan bersama dengan dua orang bekas ahli kumpulan kami itu!!





Twitter Bird Gadget