Thursday, March 11, 2010

Kiyai marah nanti.....

“Inilah barisan kita,

Yang ikhlas berjuang.

Siap sedia berkorban,

Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,

Jangan harap kami pulang!

Inilah sumpah pendekar kita,

Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,

Taburlah bunga di atas pusara.

Kami mohon doa,

Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,

Menuju medan bakti!”

(Nyanyi dengan penuh bersemangat sambil menggegarkan punggung!)


Huh macam nak pergi berperang pulak kan. Haa…Nak tau kenapa aku tetiba nyanyi lagu ni?


Ok ni aku nak cerita pasal aktiviti di weekend hari aku. Ni cerita last week dimana aku telah melakukan sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini. Ini semua Zek punya pasal!!!


Hampeh kau Zek!



Di sebabkan kau, aku telah mensia-siakan suara dan tenaga aku menyokong team Selangor!! Ini kerana aku telah pergi menonton perlawanan Selangor vs Kedah sabtu lalu di Stadium Shah Alam. Pantang nenek moyang dan kiyai-kiyai aku kalau diorang tau yang cucu diorang ni terkinja-kinja menyokong Selangor.


Ampunkan cucu, tok…. Cucu bukan dah tak sokong Nogori laie. Team Nogori totap dalam hati.



Haha, mungkin di sebabkan aku sudah gian nak tengok bola, aku merelakan diri untuk melangkah ke Shah Alam untuk live show tu. Memandangkan penyokong Selangor yang telah membawa aku ke sana, maka terpaksalah aku menyokong Selangor.


Ok honestly, aku enjoy dengan game tu walaupun pada mulanya tidak begitu teruja untuk menonton. Team Selangor memang hebat. No wonder diorg boleh kalahkan team Nogori masa Piala Sumbangsih awal tahun dahulu( Nevermine, skuad Nogori tetap berpeluang lagi nanti). Aku nyaris-nyaris kehilangan suara, tetapi agak bernasib baik kerana game tu bukanlah team feberet aku. Kalau team Nogori yang main, aku sudah semestinya aku akan kehilangan suara. Tapi apa pun, salute untuk team Selangor dan supporter diorang. Memang happening! 4-0 memang berbaloi!


Ni la kepala untuk game malam tu.


Tak sabar nak tengok game Negeri Sembilan VS Selangor nanti!!!


Haa nak tambah sikit lagi ni. Team Selangor ni takda class sebab amik lagu tu jadi lagu theme diorang. Apa da amik lagu abang askar pulak untuk bola. Buat la lagu sendiri. Tengok team Nogori tu, kami ada lagu sendiri tau! Kekekeke….


Cakap pula bab lagu-lagu ni, Ahad lepas jugak si Zek ni nak la mencuba nasib untuk audition rancangan Jangan Lupa Lirik. Audition tu diadakan di Red Box, Sogo. Sampai-sampai sana je, dah berjujuk orang yang datang dari awl pagi. Yang kami ni datang dah tengahari buta. Harap dia nak audition sebab boring dah abis. Gilos betol sebab hari tu je, 250 borang dah dikeluarkan! Tu belum hari-hari sebelumnya lagi. Dah takda rezeki kan…


Tapi umpama pepatah yang telah aku reka, ‘Zek dan Rex Box tidak boleh dipisahkan’. Boleh pula mamat ni order satu bilik untuk karok! Layan je la…



Honestly, last weekend memang penat. This week nak balik kampong la. Balik kampong untuk tidur!!!


What? Tak boley ke? Aku tak cukup tidur la…..


Kenapa? Sebab aku nyaris-nyaris jadi kupu-kupu malam tau. Hahaha jangan salah sangka. Kami sekadar cuba menyelami kehidupan kupu-kupu malam ni. Lokasi kami di sekitar Jalan P.Ramlee, Bukit Bintang dan Lorong Haji Taib. Kalau dulu aku lawatan lapangan aku sekadar dapat melihat GRO-GRO je. Tetapi sekarang ada juga yang makin berani. Siapa?


Penjual-penjual produk-produk s***. Malah ada juga yang terang-terangan menjual ‘alat bantu mengajar’!!! Haa… Korang jangan pula pergi ke tempat-tempat tu untuk beli benda-benda tu pula ye. Takot nanti ada pula yang terbawa ke sekolah! Almaklum la nama pun ‘alat bantu mengajar’. Jangan nanti siap ada demonstrasi penggunaan pula! Haru Malaysia nanti…



p/s:-

CD dalam kepala: Perajurit Tanah Air a.k.a Inilah Barisan Kita


2 comments

March 26, 2010 at 12:31 PM

ado ko alat bantu mengajar tu kek sanun? boli an atok satu haa. nak gak try. almaklum la dah tuo2 ni kan....

April 1, 2010 at 10:15 PM

hish atok ni...tak padan ngan tuo...sy ingat atok da xdo napsu laie dah....hahahaha

Post a Comment
Twitter Bird Gadget