Monday, May 17, 2010

Korang ingat senang ke nak buat anak?

mengandung

Wah wah wah….sejak aku buat entry pasal teman-teman yang berjaya ‘mengawan’ aritu, banyak pula email dan komen yang aku dapat dari teman-teman yang masih belum ada rezeki untuk peknen. Semua kecik hati dengan aku.


Kecik ati?


.

.

.

.

.

.


Ya Allah ya Tuhanku. Ampun banyak-banyak. Takda niat pun nak buat korang kecik hati. Tu cuma sebagai ucapan tahniah dari aku untuk mereka yang bakal menantikan kelahiran anak-anak mereka.


Ok2 to be fair dengan semua orang, ni aku buatkan la entry ni KHAS untuk korang yang masih lagi mencuba tu ya. Termasuk yang berhasrat untuk menambah ahli keluarga.


Aku tahu ada di antara teman-teman yang sudah bertahun-tahun mencuba namun masih belum di kurniakan rezeki. Tekanan makin bertambah bila orang sekeliling pula yang ‘sibuk badan’ menjaga tepi kain orang asyik saja bertanyakan bilakah korang nak peknen, kan. Aku paham tekanan tu sebab aku pun agak kusut bila orang asyik bertanya “Kau bile nak kawen ni…”. Bosan! Menci!


Untuk korang, aku terpaksa google petua-petua ni.Tapi malu seh…Tengah-tengah aku google sambil berkerut-kerut kening aku cuba nak berimaginasi dan memahamkan istilah-istilah ‘khas’ untuk orang dah kawen tu, tiba-tiba…..


“Dah nak peknen ke?”


Freeze! Sound effect bunyi cengkerik……………..


.

.

.

.

.



“Carik laki dulu…baru tengok cara nak buek anak…”, ibu tepuk-tepuk belakang aku.


Aku telan air liur…..Kelat. Muka aku macam dah kena lumur dengan cili je. Kemaluan aku terserlah. Tak tau la dah berapa lama dia parking belakang aku time tu kan. Nasib baik la dia tegur masa aku bukan tengah aku tengok video-video rated X semata-mata untuk cari petua untuk korang. <- - Ops Cik Panadol tak buat ea benda-benda cenggini ye hahaha.


Ok dalam banyak-banyak petua yang aku google tu, susah juga nak mencari petua yang agak ‘sopan’ untuk di kongsi bersama korang. Memandangkan kebanyakkan petua yang ada semuanya banyak menerangkan mengenai cara-cara hubungan suami isteri yang sesuai agar mudah mendapat anak. Aku pun tak faham apa yang diterangkan sebab aku sendiri masih belum mengalaminya (Blushing…). Aku ada juga tanya petua dari kawan-kawan yang aktif menghasilkan anak saban tahun atau aku gelarkan diorang Mak Buyung.Si Bunting Pelamin pon aku tanya tau. Puas aku kaber nafsu aku sepanjang perbincangan tersebut. Tapi aku takde lannak discuss pasal rumah tangga dan hal-hal dalam selimut orang kt sini kan. So aku terpaksa shortlistkan petua-petua tu sebab ada sesetengahnya tidak sesuai di tempekkan di sini. Takot orang klasifikasikan blog aku ni sebagai blog locah pula.


Ni petua dari Si Bunting Pelamin. Dia amalkan sebelum kawen lagi tau. Tup-tup terus lekat.


  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.



Ni petua dari Mak Buyung. Kalau ada yang plan nak berkeluarga besar, boleh la amalkan petua-petua dia ni. Serius memang banyak gilos petua die!


  1. Elakkan minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  2. Elakkan makan junk food
  3. Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  4. Elakkan makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  5. Makan burger dan nugget pun tak boleh.
  6. Makan jambu batu pun NO ok (aku tak tau ape kena mengena jambu batu dengan peknen)
  7. Banyakkan minum susu segar tak kira si suami atau si isteri. Bagi sesape yang tak tahu ape itu ‘susu segar’ meh aku nak explain sikit ye. susu segar yang aku maksudkan tu adalah susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu lembu segar yang korang boley beli dari macha-macha yang selalu kayuh beskal bawak tong besar2 tu.
  8. Amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi selama 3 bulan.
  9. Mengambil buah badam sebagai sajian ringan. Buah Delima, buah Zaitun, buah Kurma dan kismis juga baik untuk di amalkan.
  10. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah.
  11. Minuman berhalia juga bagus (suami juga – utk kepekatan air mani)
  12. Jangan minum ais dan minum air kelapa


Eh eh, bukan petua bab makan-makan je tau. Korang pun boleh amalakan senaman batin ni. Aku dah try (Menggeletis betol nak buat benda nih!). First time memang sakit, kejang oto perot aku pagi-pagi buta tu. Tapi lepas-lepas tu dah jadi senang. Cuba la sekarang. <- nada promote!


  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Luruskan kaki kanan ke depan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
  4. Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas, tahan selama tujuh saat)
  5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
  6. Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walaupun hanya 3 kali (3 x kanan dan kiri)


Ok da macam-macam petua aku bagi kan. Tapi nak dapat anak ni semua kerja Allah. Apa pun usaha korang semua tu mestilah disertakan sekali dengan DOA dan TAWAKAL kepada-Nya. Dan ini juga mungkin boleh membantu:


  1. Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada waktu di antara selepas solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.
  2. Amalkan membacanya selama 41 hari berturut-turut. Kemudian, mohonlah pada Yang Maha Esa agar anda dikurniakan anak atau zuriat yang soleh dan solehah
  3. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.
  4. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.
  5. Doa Nabi Zakaria
  6. Surah AlWaqiah selepas subuh
  7. Lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
  8. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
  9. Amalkan Asma Ul-Husna ”Ya Musawwir!” iaitu, sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.


Kalo korang dah cuba semua tips2 diatas ni n rase masih belom lengkap pakej tu, korang mungkin boleh cuba berurut pula. Ops jangan g kt pusat-pusat urut tak bertauliah tu pulak tau. Tp ni untuk korang-korang yang berada area Lembah Klang je tau.


  1. Mak Aji: 012-2831769.. kg. pandan
  2. Makcik Hawa(Mak Tua), Bukit Perah,N.9 call anis-017-3460377
  3. Mak Dara, Lepas pekan batu 18 Ulu Langat, 03-90215901
  4. Desa Tasik Itam, menghala ke Dengkil, 03-80619414
  5. Bandar Baru Bangi, No 8,jln 2/3A Fasa 2, 03-89262649
  6. Kat Segambut...dekat2 dgn, International School Mont Kiara, Makcik esah, 03-62576424
  7. Taman Medan, KL, cik ayu 03-77810377
  8. Call 03-61207417 < - - yang ni aku tak tau name.
  9. Hubungi En. Sabri di Pasir Mas, atau pada hari Ahad di kg. Jawa, Taman Dato Tahir No. 42. Telefon No. : 013-9291377
  10. Pak Dollah flet sri melaka.. Cheras 019-2504751



Aku pun ada petua nak bagi kat korang tau. Ni PETUA SPECIAL dari aku!


  1. Tengok gambar baby tiap-tiap hari. Nescaya baby akan muncul dalam hidup korang nanti.
  2. Kalau nampak orang peknen, kejar orang tu dan pegang atau usap-usap perot dia. Tu nak amik berkat orang peknen namanya.
  3. Rajin-rajinlah belek-membelek baju baby kalau g shopping complex tu. Mana tau dapat ‘aura’.


Urm susah jugak nak buat anak ea….


p/s:-

Kadang-kadang rezeki Allah untuk kita datang lambat sikit je. ..

3 comments

May 17, 2010 at 1:53 PM

haha sojak bilo cucu atok sorang ni pandai nengok cito-cito biru ni?

akhir eh kau buek gak entry ni!
syabas cu. buleh la atok suh wan kau praktikkan.

May 17, 2010 at 2:54 PM

ops copek eh atok....
ha wan kalo amalkan petuo2 ni nnt takot berderet lak anak atok nanti...

May 21, 2012 at 12:15 PM

cik panadol laki ke pompuan

Post a Comment
Twitter Bird Gadget