Saturday, June 5, 2010

Lagenda Budak Sengal





aku budak sengal


Sekarang ni orang syik cakap pasal budak setan je. Bukak-bukan blog je, manjang citer pasal budak setan. Ape kes?


Haa… Aku rase bukan semua orang teruja dengan cerita budak setan tu. Antaranya aku. Dari kecik aku dah baca novelnya, sangat mabeles jalan cerita dlam novel tu. Tapi bile part movie pulak, aku macam tak berapa interested nak g tengok. Urm maybe sebab aku agak muak dengan barisan pelakon-pelakon movie tu kot. Balik-balik muke diorang je yag keluar. Kat tv muke diorang, kt panggung pon muke diorang. Tapi nak buat camne kan, dah rezeki diorang.


Pstt….Aku rase raya tahun ni cerita tu mesti kuar kat tv hahaha…!!



Ok pada sesape yang dah kenal ngan budak setan tu, apa kata korang amik tau sikit pasal budak sengal sorang ni.



Aku la tu…sape lagi…..





1. Aku seorang yang sangat blur dan sangat tak pickup kalo bab-bab gune otak nih!

  • Orang selalu marah aku bile diorang tengah bercakap ngan aku, aku boleh buat muke seposen je. Muke takde perasaan. Sampai diorang habis cakap pon, takde respon ape-ape dari aku kerana aku Berjaya mengekalkan ke’blur’an aku tu sampai tahap maksimum. Dan aku pernah hampir kene hempuk ngan batu bata kerana masalah aku yag satu ni.


2. Aku ni kadang-kadang ade masenye terserlah perangai muke tak tahu malu.

  • Cik Panadol sebenarnya seorang yang sangat pemalu. Tetapi pabila tahap hormon adrenalin membuak-buak, tahap kemaluan aku tak dapat di kawal! Menci!!


3. Suke buat benda-bend bodoh yang di luar kemampuan fikiran orang normal.

  • Part ni payah nak explain sebab sekarang ni tengah berfikiran normal. Bak aku kata la kan, benda-benda bodoh yang tak dapat dipikirkan oleh fikiran orang normal. Kena tunggu aku tak normal dulu baru aku leh explain cmne tahap keboodohan aku yang satu ni.


4. Kadang-kadang terlalu skema.

  • Aku bukan seorang yang ikut peraturan. Peraturan bagi aku cuma untuk di ingkari. Tapi kadang-kadang aku sangat-sangat skema sehinggakan aku terpikir kenapa aku skema sangat. kadang-kadang ada perasaan takot kena marah sbb tak ikut peraturan walupon terang-terangan aku tau peraturan tu sebenarnya hanya valid 10 tahun yg lepas.


5. Selalu jadi ahli farmasi tak bertauliah.

  • Sengalnye aku ni kadang-kadang suke makan ubat sesuka hati walaupun aku takot makan ubat. Aku sakit lain tapi makan ubat lain. Pastu suke try test campur-campur ubat. Nak mati cepat agaknye aku ni. Pastu aku wajib makan ubat dengan air manis!


6. Suke tido

  • Nape aku cakap ni perkara sengal aku selalu buat? Aku selalu berlumba siapa tido paling lama dengan housemate or adik aku. Kalo aku sedar dulu, and aku tengok housemate or adik aku belum bangun lagi, aku akan pastikan aku sambung tido balik. Begitu juga yang akan dilakukan oleh partner tido aku tu. Siapa yang bangun dulu, dikira kalah! Korang pun mesti selalu buat kan…..


3 comments

June 6, 2010 at 3:43 PM

kau memang dari sekolah dulu dah memang sengal. bilo kau buek muko boodoh kau tu, raso macam nak baeh-baeh yo muko kau tu ngan kasut atok!

June 7, 2010 at 10:45 AM

yang no. 6 tu cantik sangat tur..masa skolah² kalo tido lama mesti kene marah ngan umi laa..huu

June 8, 2010 at 9:56 AM

atok: wah ade niat nk baeh sy ye...huh kecik ati!! xmo kawan atok lg!! (ngajuk)

ifa: hehe same la fa, tp skrg ni bukan bnyk tido lg dah...tak cukup tido ade la...

Post a Comment
Twitter Bird Gadget