Saturday, June 12, 2010

Tradisi kenduri kawen yang boleh di ubah...





Nampaknya dalam bulan ni ramai pasangan yang berebut-rebut mengadakan majlis walimatulurus. Ada sesetengah tempat tu, 2-3 kerja kahwin di tempat yang sama. Biasalah waktu cuti sekolah memang waktu yang sesuai untuk mengadakan majlis kahwin ni. Aku pon hari ini ada jemputan kahwin, esok pon ada…


Bukan takat kad jemputan kawen je yang banyak masuk dalam peti surat dan email aku, dalam belog-belog pon sesak sbb sume orang post entry pasal kawen or kenduri kawen.


Aku sebenarnye dah bosan setiap kali kena ada jemputan kahwin ni. Bukan sebab apa… Mana2 kenduri kahwin sama je. Sama maksud aku tu dari segi makanan, tradisi, cenderamata, aturcara majlis dan macam2 lagi la. Bosan la kalo semua rumah sama je, xde apa yang uniknya.Aku rase bukan aku sorang je yang bosan. Korang pon mesti ada gak yang rasa camtu. Yeke?


Haa…memandangkan kita sama2 bosan dengan flow majlis kahwin ni, apa kata aku bagi sikit idea baru yang mungkin dapat pembaca2 yang bakal mendirikan rumah tangga untuk di praktikkan untuk majlis anda nanti.


Berikut merupakan beberapa kebiasaan atau tradisi semasa kenduri kawen yang mungkin boleh di ubah :-



Makanan


Kebiasannya kalau majlis kahwin orang kampung menyediakan nasi minyak atau nasi briani ke. Tapi bagaimana rasanya kalau ditukar dengan hidangan lain. Macam roti canai ke, burger ke, pisang goreng ke. Bukan apa…kalau dah dalam satu hari kita terpaksa pergi sampai 2-3 buah rumah, boleh meletup perut dek kekenyangan. Kalau tak makan nanti kecik hati pulak tuan rumah. Kalau ade hidangan lain yang lebih ‘ringan’, takda la timbul isu nak amik hati tuan rumah or tuan rumah kecik hati sume tu kan. Majlis pon akan lebih santai (macam duduk minum kt warung mamak je), malah dapat mengeratkan silaturahim.




Katering


Makan dengan daun pisang, cawan pula guna tempurung kelapa. Untuk mempraktikalkan cara ini, tuan rumah harus siap sedia dengan bekalan tempurung kelapa dan daun pisang yang banyak untuk di gunakan tetamu ya. Mungkin pengusaha-pengusaha catering dah boleh carik supplier untuk daun pisang dan tempurung kelapa pasni.




Telur Rebus


Biasa kalau kat rumah orang kawin ada telur rebus/ telur pindang. Aku selalu tengok kalo orang dapat telur rebus, diorang macam tak hargai je pemberian tuan rumah tu. Maksud aku ade yang tinggal2kan je telur tu atas meja. Pegang pun macam nak taknak je. Cuba pulak kalau gantikan dengan telur tak rebus. Comfirm diorg akan bawak dengan lebih berhati2 dan diorang akan menghargai pemberian tuan rumah tu. Lagi best kalo tuan rumah anjurkan sukaneka sikit. Pertandingan bawak telur dengan sudu ke, pertandingan menghias atau mewarna telur ke. Aku yakin kenduri tuan rumah akan lebih meriah.




Baju Sanding


Kebiasaanya kalau bersanding pakaian baju melayu atau moden. Apakata kalau tukar dengan pakai cam nak piknik kat pantai ke, pakai baju macam korang nk g main futsal ke, baju scuba diving korang ke…Kan simple je tu. Jimat pon jimat sebab tak payah nak sewa or buat baju yang mahal2.




Lagu Cinta


Biasa kalau kampung-kampung mesti ada kumpulan kompang-kompang nyanyi lagu ‘Selamat Pengantin Baru’. Yang moden sikit tuan rumah tempah set PA System atau karaoke dan diorang mesti pasang lagu2 cintan cintun. Apa kata lepas ni tuan rumah ubah sikit lagu2 yang diorang akan mainkan tu. Suruh mereka mainkan lagu-lagu putus cinta ke, lagu kekecewaan ke. Comfirm tangkap leleh punye la…..(Penah jadi msa majlis kawen Mr Curly tahun lepas, kumpulan bongai warisan nyanyi lagu Patah Hati! Hello ni majlis kawen, bukan majlis orang frust cinta.)




Flower Girls


Flower Girls atau dalam bahasa melayunye Budak Bunga. Selalunya budak-budak ni terdiri dari kalangan gadis2 sunti yg masih bersekolah rendah yang ditugaskan untuk mengiringi pengantin. Aku tak tau la sape yang mula2 buat trend ada flower girls iringi pengantin ni. Ikut sangat la konsep ‘Maid of Honour’ orang barat barat sume tu. Apa kata lepas ni korang gantikan flower girls tu dengan pengawal berkuda! Ala name pon Raja Sehari kan. Mesti dapat title wedding of the year punye la kalo korang dapat wat sume tu.





Hurm aku harap ada la mane2 pasangan yang sudi mempraktikkan idea-idea bernas aku ni…





17 comments

June 12, 2010 at 11:44 PM

menarik! hahaha

June 12, 2010 at 11:48 PM

hahaha..betuk2..menarik..

June 12, 2010 at 11:50 PM

haha..ak penah terpikir lak aku..=p nice..

June 13, 2010 at 12:02 AM

berpengalaman lah cik panadol... cam nak jadi kat diri sndiri.. hahha

June 13, 2010 at 12:42 AM

.heeee bagus gak idea3 tuuuhhh ;)

June 13, 2010 at 2:00 PM

wa cadangkan bile lu kawen sok,lu wat panper..pastu lu pomot la pakai van,sape artis mlm tu...japar onn ke,sluar abd raman ke..atleast,majlis lu byk kuar duit,byk gak dpt duit...huhu

June 13, 2010 at 6:07 PM

cik panadol sila kawen pakai baju scuba

June 13, 2010 at 10:15 PM

TAK SETUJU!!!
hoho...

Adat kita kan.. Adat melayu. Jangan la dilupuskan..

June 13, 2010 at 10:20 PM

nadia: thanks...

nurul ain: kalo menarik, nnt awk kawen wat cmtu ek...

ayu: skrg dah terpikir kn...jgn malu2 nk praktikkan...

blakepaghe: haha jd kt diri sendiri?terkejut parent aku nnt!!

June 13, 2010 at 10:23 PM

intan: kawen nnt si boypren tu nnt buat ke...jd org first pecah tradisi...

mr curly: wa xnk japar on...wa pakai lu je la wat promote...jimat jimat....

boy: baju scuba?leh sponsor tak?hehe

auraflza: sy tak suh lupekan adat kite...cume nk add on skit je ape yang dah ada....

June 13, 2010 at 11:51 PM

hahahaha..gile a...nape ak tak terpk idea2 baru ni..hah.aku kawen sok..ak nak uat camni la.gasak ko la.gagaga

June 14, 2010 at 8:28 AM

bab makanan: sila hidangkan mcm ikan masin, ulam-ulam, sambal udang ke. muak la ayam masak merah sume

bab cenderahati: bkal pengantin, tak yah la bagik telur lagik.. bosan tau. ceklat ke. sedap gak

June 14, 2010 at 8:34 AM

dean: kalo nk wat, aku sokong...jgn lupe jemput aku tau...

redriben: betol tu, muak la asyik2 ayam masak merah je...psl door gift tu, skrg ni da mcm2 org wat cerderahati...bkn takat mknn je, brg2 yg comel2 pon da ramai yang bg....

June 14, 2010 at 7:16 PM

ble ke wat mcm tu cik panadol?

June 15, 2010 at 11:46 PM

haru biru kalo buat macam nie! tapi ada style, orang akan ingat sampai mati :P

June 16, 2010 at 3:49 PM

suke yg last skali....:)
flower gurlz...

June 16, 2010 at 10:40 PM

uruchimaru: apesal pulak xboleh...try dl la baru cakap tak boleh...hehe

sir marcello: tuan rumah jemput org ramai2 datang kenduri pon sbb nk memeriahkan majlis, kan...asyik meriah2 je...sesekali haru biru ok ape...=)

alynn: flower gilrs ok tp kalo dapat yg tak dengar kata atau susah nk control kn dah kelam kabut nnt tu...

Post a Comment
Twitter Bird Gadget