Friday, July 30, 2010

Bila MLM dan Skim Cepat Kaya buat aku hilang kawan....

Semalam semua orang bercakap pasal satu skim cepat kaya yang telah berjaya dikantoikan oleh pihak Polis. Skim yang beroperasi dekat Bandar Sunway tu lebih dikenali dengan One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club. Honestly aku penah di bawa oleh seorang kawan ke sana dalam usaha beliau untuk mengajak aku join benda ni. Tapi syukur Alhamdulillah aku tak join benda tu sebab aku tak yakin.
Kenapa aku tak yakin nak join skim tu walaupun diorg tunjuk macam-macam bukti visual dan fizikal yang membuktikan skim tu telah menjadikan ramai orang MELAYU kaya raya?


1. Masa kawan aku ajak ke sana, dia tak pernah nak bagi tau apa bisnes yang dia join. Yang dia cakap cuma bisnes buat duit. Yang penting senang dapat duit bak kata dia. Sebelum ke port diorg, satu apa pon dia tak bagi tau pasal bisnes tu. Kalau bisnes yang 'betul' kenapa nak berahsia sangat, kan.


2. Perjumpaan pulak dilakukan pada waktu malam. Bila aku tnya kenapa tak boleh buat siang, dia cakap sebab tak meriah, ramai orang keje. Kalau benda tu senang dapat duit, kenapa ramai lagi yang kena keje?


3. Cara operasi dan kemana duit-duit tu dilaburkan agak tidak jelas. Takkan senang-senang je nk dapat return tinggi-tinggi dalam masa yang singkat. Halal ke haram. Walaupun diorg cakap dapat perakuan Jabatan Agama la, ada tokoh2 agama yang join jugak la...Aku tak pecaya!


4. Diorang tunjuk deretan kereta mewah bukti kejayaan upline-upline senior. Bila aku tanya, diorg tu takde sorang pun yang dah beli rumah. Kalau duit dah banyak sanagt, kenapa beli kereta mahal-mahal je tapi duduk menyewa kat flat-flat kos rendah je.


5. Mereka wajib berpakaian kemas. Good impression kata diorg. Aku yang pegi sane hari tu dengan pakaian yang ala-ala orang nak masuk tido, boleh kena pandang pelik pulak. Aku bukan bogel la!


6. Upline-upline yang dah 'berjaya' sangat RIAK! Aku tak anggap diorg sekadar bersemangat nk ajak aku join skim tu. Sebab cara diorg tu macam mengagung-agungkan pulak orang yang reka skim tu.


7. Diorang akan contact kita selagi kita tak join benda ni. Lepas aku pegi first meeting diorg hari tu, hampir setiap hari kawan yang bawak aku ke sana tu (termasuk upline dia) contact aku tanya bila nak join. Bile masa pulak la aku cakap aku nak join benda bodoh tu?


8. Kewujudan syarikat tu agak was-was. Entah betul ada entah tak sebenarnya syarikat tu.


9. Mereka dengan beraninya sanggup menyuruh aku berhenti keje dan buat benda ni full time! Gile ke apa. Kalau tak success, sapa nak bagi makan anak laki aku kat umah tu!



Ok bukan tu saje alasan kenapa aku tak pernah terlintas nak join bisnes2/skim2 macam ni. Banyak sebab lagi.


Skim Cepat Kaya, Multi Level Marketing(MLM), insurans dan sekutu-sekutunya tu membuatkan orang hilang rasa malu. Kadang-kadang terkejut bila ada kawan-kawan yang dah berbelas tahun terputus hubungan tiba-tiba contact kita semata-mata nak kita join benda2 ni...Ada juga yang terlalu leka nak cari downline, nk cari keuntungan lebih, sanggup lupakan kawan dan keluarga. Bila apa yang di usahakan tak mendatangkan hasil, hutang bertimbun-timbun, baru la mereka cari kita balik.


Aku bukan bias dengan skim/bisnes seumpama ni, tapi bagi aku tak semua boleh dipercayai. Mungkin ada skim atau MLM yang boleh buat orang lain kaya-raya, tapi mungkin tak untuk kita. Bukan semua orang boleh buat MLM. Aku tahu aku tak boleh buat. Sebab tu aku tak join benda-benda ni.
Nak kaya ke, nak cari rezeki ke, biar la dengan cara yang betul, dengan cara yang halal...Kalau nak melabur tu, sekurang-kurangnya kita kne tahu ke mana duit2 tu dilaburkan. Ingat, duit tu kita nak bagi keluarga. Takkan nak bagi keluarga makan duit haram pulak,kan. Jadi fikir-fikirkan ye......


p/s:
Kawan aku yang memperkenalkan aku kat benda ni sanggup berhenti keje dari sebuah jabaatan kerajaan semata-mata nak buat bisnes ni full time. Tapi dah hampir setahun dia join benda ni, dia masih lagi pakai motor. Kalau benda ni betul-betul ok, dia dah patot sangat pakai kereta.....

Mungkin rezeki orang lain-lain.......



8 comments

July 30, 2010 at 10:57 AM

atok pon dah banyak kali orang ajak masuk bondo-bondo ni. tak bokonan la atok nak masuk. nasib kau nak masuk bondo ni kan.

July 30, 2010 at 12:21 PM

harap yg kene tangkap tu bukan kawan chegu, sebab dia memang frinedsclub tu...huhu..
setahun dia join, dah pakai mini cooper, honda civic,memang perghhh lah. tapi tak berani nak join. sebab was2 duit tu ke mana. tapi exactly mcm yang kamu ceritakan lah. sangat riak. =(

July 30, 2010 at 12:36 PM

MLM = Masuk Lepastu MAMPUS

hahahahaha...

tak penah percaya.. tapi kalau mencari awek guna konsep MLM aku percaya hahahahaa

August 4, 2010 at 11:15 AM

seriuz one team???
aku dah join pon sebnanrnyer...
tpi aku rase aku manusia pling bertuah...
even aku dah labur rm1.5k..
tpi aku x labur rm40k!!!
ko bayangkan x?? akak angkat aku
labur duwit pinjm ngn bank..
btol ckp ko..upline dier pon call ko..memg mse tuh aku teruja..tpi biler aku ckp aku nk pijm rm40k..
bapak aku mare gler.. bapak aku plak polis.. aku smpai dihalaunyer kuar umah kalo aku join benda bodoh nie... alhmdulillah...
rm1500 tuh pon aku pinjm kwn2..aku dah byar habiz... mse tuh dunia aku tertekan..blik keje.. kena berkumpul then blik kul 2pgi.. itu sume keje gler...

aku berazam lepaz nie x nk pecyer skim2 bodoh nie.. bialah aku penat badn tpi aku taw itu hsil dari mner.. tul x??

August 8, 2010 at 9:46 AM

ada kawan aku, siap berhenti belajar kat universiti semata2 nak buat bende tu.. konon2 engineering bukan bidang aku dia kata.. last2 da terkantoi, baru taw langit tinggi rendah..
dulu masa dia join bukan main kutuk dak2 uni bodoh.. konon blaja engine susa2 nnt keje jadi kuli org..
bila da fail, mampus kawan2 blacklist dia..
skag da smbung blaja blek, tapi macam2 masalah la.
aku nk wat entry gak pasal ni tapi takot dorang terasa. so lepas geram kat sini jele.. hehe..

jom baca "R"ahsia lisa surihani

June 10, 2011 at 9:31 PM

hahaha..MLM x leh nak caye!!

June 24, 2011 at 1:45 PM

banggang weh sume tu..aku peanh pegi yg kt situ..mase memula keje..wlopn dh 5 bln aku klentong bru 1bln kje mmg xde point la nk amik slip gji aku kan..ahhahah..sorii! le slh org

loan ribu riban..slh org la ckp..aku jenis xsuka utang nih..

insurans is ok if refer agen yg kite kenal,sbb mmg nk sve+hospitality punye benefits since keje non gov..mmg kene beringat...

konsep pernigaan dal islam jelas,ni nk buat sistem pyramid..klo dh jd org2 atas tahukan kita sumber dari mana duit dr bwh tu pulak.shubhah,riba,sume cukop..patot x berkat rezki !

yag bab kete tu pon aku persoal...aku ckp kt org tu..apsal x beli rumah?? rumah rege naik..beli fair lady pon..boleh tidur mask dlm tu ke?? hebat dijalan je la...sori kak.sy lg prefer umah bglow ader kolam reng yg beso...uhuhu..wlopon g shooping naik moto xpe..hahhaha

October 19, 2014 at 11:21 AM

Pilihlah syarikat mlm yang betul...

InshaAllah boleh berjaya...

Saya doakan kita semua sihat, kaya dan berjaya!

Post a Comment
Twitter Bird Gadget