Saturday, July 31, 2010

Majlis Cukur Jambul Adam - Finale


Wah dah seminggu cerita Majlis cukur jambul Adam aku peram. Ah tak kisah la. Aku nk citer gak.

Alhamdulillah majis berjalan lancar walaupun pada awalnya Pak Long aku agak risau tidak ada orang datang sebab pada hari yang sama, ada 3-4 buah rumah sekitar tu yang ada kenduri juga. Target tetamu 200 orang tapi aku agak pada hari kejadian, lebih dari 200 orang yang datang. Mana tak nya. Hidangan yang Ibu aku sediakan memang lebih untuk 200 orang. Dah sesudah majlis, semua lauk habis!


Ni aku nak share beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung.




Ni la rupa terbaru baby Adam yang akan diraikan. Adam sedang di pujuk sebelum majlis bermula kerana mak bapak dia risau Adam akan menangis masa majlis nanti. Eeeeee....dia makin comel!



Lauk-lauk yang akan di hidangkan. Kari kambing tu memang mabeles. Tu pasal la En Curly boleh sanggup nak makan part kepala kambing tu!



Menu paling HOT! Cendol...memang menjadi perhatian. Al-maklum la time tu tengah hari. Agak panas.



Time aku menikmati cendol tu sebelum habis! Tugasan aku bukan takat makan cendol ye. Aku antara 'orang pangkal' yang menjayakan majlis.



Ni masa majlis cukur jambul tu berlangsung. Adam boleh tertido dengan nyenyaknya walaupun ramai orang yang dok pegang2 n cium2 dia.



Acara berandoi dan berzanji.



Mereka orang kuat selepas majlis berlangsung. En Curly dan Datin Lulu sedang menjalankan tugas yang telah mereka nanti-nantikan selama ni.


Penat memang penat tapi puas dapat makan kari kambing yang memang wallah! Nasib baik tak kena darah tinggi hehe...



p/s:
Lepas ni kita tunggu majlis cukur jambul anak En Curly dan Datin Lulu pulak! Hahaha





8 comments

August 2, 2010 at 1:25 AM

terliur plak dengar kari kambing,tu cicah roti arab sedap giler..

August 2, 2010 at 5:02 AM

tau xpe kak.. hahahah

August 2, 2010 at 8:23 AM

huih.... sgt nyenyak baby itu... nak cubit leh... :p

August 2, 2010 at 11:14 AM

bulatye mate die..alamak cendol..

August 2, 2010 at 11:31 AM

comelnya baby Adam.kari kambing memang peberet akak.rugi sapa tak makan kambing.tak gitu?

August 2, 2010 at 6:13 PM

hehe.. baby mr curly nnti jmput lin mkn nasi kambing plak ye

;p

August 2, 2010 at 9:35 PM

life kami: uish...sodap tu!hahaha

hafiz: biase la...

tujuhhariseminggu: h eh mane leh cubit2...g cubit anak buah awak or anak buah boy tu...

August 2, 2010 at 9:36 PM

kazaztan team: hehe comel gile budak tu..tp kuat nangis!

kak ina mail: betul tu kak, rugi sape tak makan kambing...tp xleh bnyk2 la hehe...

rhapsody lin: haha tu kne tanye mr curly bila pulak turn dia hahaha

Post a Comment
Twitter Bird Gadget