Tuesday, July 13, 2010

Majlis Cukur Jambul Adam - Phase 1

Minggu depan Pak Long aku akan mengadakan majlis cukur jambul/aqiqah/berandoi untuk cucu sulung kesayangan keluarganya, Baby Adam. Aku sebagai Mak Long kepada Adam telah dipertugaskan oleh Pak Long dan Mak Long aku untuk menghias buaian untuk cucu kesayangan mereka ni. Kata mereka, ini merupakan pengalaman pertama mereka. Jadi mereka tak tahu macam mana nak menghias buaian Adam.

Tiada pengalaman?


Habis tu, diorang ingat aku ni ada pengalaman? Da ramai sangat ke anak-anak aku yang dah aku aqiqahkan?


Urm memandangkan mereka beriye-iye nak aku buatkan juga, terpaksa la aku bersetuju dalam tidak.

Apa yang patot aku letak kat buaian tu ek. Aku tak penah pegi majlis aqiqah atau cukur jambul anak orang sume ni. Zaman kecik-kecik dulu aku penah la pegi. Buaian baby tu diorg akan hias dengan pelbagai jenis gula-gula atau coklat. Bila majlis berzanji selesai, kanak-kanak akan dilepaskan untuk berebut gula-gula yang bergantungan tu.

Tu zaman dulu. Zaman sekarang ada ke lagi orang buat macam tu? Zaman kan dah berubah.
Tengok la bezanya zaman dulu2 punya buaian berandoi dengan sekarang punya.



Zaman dulu punya/style orang kampung punya. Kat buaian tu penuh dengan gula-gula. Bergayut-gayutan dari atas sampai bawah. Budak-budak dah berderet berdiri sebelah buaian tu sbb lepas je habis diorg berzanji sume tu nanti. Haa...Time ni, buaian tu diorg just guna kain batik ke.




Tapi korang tengok la buaian sekarang ni. Siap ada pentas. Macam pelamin pon ada aku tengok. Aku kawen nanti entah ada entah tak pentas-pentas seumpama ni hahaha. Tengok, yang penting, kat buaian takda gula-gula ya. Bunga-bunga je ada. Style ni selalu orang-orang bandar yang buat. Kat kampung aku tak penah lagi tengok ade orang buat beriye2 cmni.


Arghh...Aku dah konfius nak buat style orang kampung ke atau style orang bandar. Atok nenek si Adam ni sebelah side orang kampung, sebelah side lagi orang bandar. Kalau aku buat style kampung, nnti atok nenek side bandar cakap kuno pulak style cmtu. Kalau aku buat style bandar nanti, atok nenek side kampung cakap aku buang tabiat pulak hias buaian macam orang nak kawen. Tolong la sesiapa boleh bagi idea kt aku. Apa orang zaman sekarang letak untuk hias buaian baby tu???


Mr Curly!! Wa perlukan pertolongan Datin Lily. Wa tak tau apo nak buek dah ni.....!!!


4 comments

July 14, 2010 at 9:43 PM

letak je buai kain batik...hehe

GULAI KARI HAZZY

July 14, 2010 at 10:47 PM

kalau tak silap.. biasanya majlis cukur jambul dengan buaian macam tu oghang perak jer.. sebab dulu aku macam tu juga..aku masa ingat lagi masa aku baby

July 15, 2010 at 8:07 PM

kojo2 kreatip ni kono tgn2 soni yoo.. po laie kuarkn kekreatipan ekau yg terondam tu... -datin lulu-

July 15, 2010 at 8:10 PM

princeduyong: tu yg paling senang kan...

kodok: yeke...entah la..tp tgk negeri lain pon sume buat mcm tu gaks...

datin lulu: tu la masalah eh...den tak kreatip haa....

Post a Comment
Twitter Bird Gadget