Wednesday, July 28, 2010

Majlis Cukur Jambul Adam - Phase 2

Before ni aku ada citer pasal aku yang telah di tugaskan untuk menghias buaian Baby Adam untuk majlis cukur jambul dia kan [Baca sini]. Ni meh aku citer apa yang tejadi masa proses penghiasan hari tu...

Pada hari kejadian aku ke rumah Pak Long. Sampai-sampai saje di sana, terkejut aku tengok buaian tu dah dihias oleh 'seseorang'. Aku dah mula muncung...

Ciss ada gak yg cuba nak menjatuhkan imej aku sebagai seorang yang kreatif!


Tanpa banyak cerita, tanpa tanya tuan rumah, terus aku bukak balik apa yang telah terhasil dan terlekat pada buaian Adam.


Aku cari apa2 material yang boleh aku gunakan untuk menghias. Aku jumpa kain yang sesuai. Dan masa untuk berkreatif bermula. Aku di bantu oleh Momok a.k.a adik aku.


Kami baru je mula pasang, ramai pulak assistant yang ingin menghulurkan bantuan. Ada yang nak gantung gula-gula, ada yang nak gantung belon. Idea? Subhanallah banyak. Kalau ikutkan diorg, sume benda nak letak kat buaian tu. Gula-gula, coklat, belon, bunga, daun, manik-manik koran (bak kata member org Kedah aku dulu). Dah la tu semua yang menghulurkan bantuan adalah dari kalangan orang-orang veteran. Tankan di label kurang ajar, nak tak nak, terpaksa la aku ikutkan sikit2 idea diorg tu sikit2. Tanpa rela!


Hasilnya.....






TADAA!!!!!
Aku tak suke bab gula-gula dan belon tu...

Nak harap bini En Ketak tu? Huh lambek bona dio balik kampung. Kalau tunggu dio, mmg tak siap la buaian ni...Pastu aku g prepare barang-barang untuk acara cukur jambul pulak. Panjat pokok kepala, toreh-toreh kepala tu, buat bunga rampai, sediakan air mawar. Dan hasilnya...


Lepas settle keje aku, aku melawat pulak kambing-kambing yang akan di korbankan pagi esok. Ada 2 ekor. Wah...aku bakal pekena kari kambing ok. Puan Seri yang akan masak. For sure mabeles punya la....Sori gambar kambing takde sebab aku tak berani nk dekat ngan kambing-kambing tu hehe....


p/s:
Nanti aku cite pasal kenduri yang wallah meriah tu ok...Sangat sibuk sekarang...

6 comments

July 28, 2010 at 2:14 PM

eleh !! kreatif kununnnnnn .. saje je den xkasi bini den blk cpt2 .. hahahaaha

July 28, 2010 at 7:34 PM

iye apabila org2 veteran masuk campur mmg hancus idea kreatip kita...ehehhee

July 28, 2010 at 9:29 PM

biasalah ..nak marah nanti cakap tak hormat oghang tua..biorlahh

knp kau tak join sekali cukur rambut hahahaha

July 28, 2010 at 9:53 PM

mr curly: kiro kreatif la tu...tp nk tambah2 ngn idea2 org2 tuo...cmtu la jd eh sikit...

kazaztan: haha tau xpe...tu pon dah tapis banyak idea dah tu...

kodok: aku cukur rambut? alamatnya, penuh satu kelapa tu ngan rambut aku nanti...

July 28, 2010 at 10:15 PM

Anda Di Tag Untuk Contest Sila Berbuat Demikian http://prof-hariz.blogspot.com/2010/07/lensa-buruk-contest.html

July 28, 2010 at 11:16 PM

wah.. sonoknye dpt jdi org kuat mjlis..

Post a Comment
Twitter Bird Gadget