Thursday, July 1, 2010

Tips Elak Bahaya Kilat


Huh petang tadi betol2 punye lebat hujan. Paling tak tahan kilat dan gurun berlawan-lawan. Macam nak runtuh je langit.


Yang aku paling takot time ade kilat! Bile dah menyambar sekali tu, memang aku takot. Maunye aku rase macam nak menyorok je dalam laci atau almari atau bawah meja!


Urm memandangkan sekarang ni kerap juga hujan melanda Kuala Lumpur (kawasan lain aku tak pasti), aku nak bagitau sikit langkah2 keselamatan yang korang boleh amalkan kalo korang pun jenis yang takot kilat dan guruh macam aku ni.


Ini adalah langkah alternatif untuk korang praktikkan selain daripada cara menyorok dalam laci!



A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN


1. MATIKAN semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.

- diulangi, tanggalkan plug dari soket ye…bukan tanggalkan ‘benda’ lain…


2. JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja

- jangan dok bergayut je ngan pasangan masing2…yela hujan2 selalunye sume org tak tau nak wat ape kn…hehe


3. JANGAN duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.

- pastikan gak tingkap umah korang tu berlangsir supaya korang tak takot tgk kilat2 yang memancar tu


4. ELAKKAN berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.

- bukan la korang tak leh g bilik air. Takat nk buang membuang atau mandi tu boleh la. Tapi kalo masuk bilik air semata-mata nak pegang paip air besi dalam tu, baik lupakan saja niat korang tu



B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH


1. Cari perlindungan di BANGUNAN BESAR seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrester).

- kalau semua bangunan takde lightning arrestor, jangan pulak korang carik besi dan pegang besi tu. Dan berlagak seperti korang tu lightning arrester. Lightning arrestor tu fungsinya untuk mengroundingkan kuasa kilat yang menghentam bangunan tu sekiranya kuasa kital yang menyambar tu lebih daripada kapasiti maksimumnya. Ini dapat melindungi peralatan elektrik daripada rosak akibat kilat.


2. Jika tidak cari PERLINDUNGAN dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.

- haa ni terang-terangan bahawa perlindungan di atas motorsikal adalah tidak dibenarkan sama sekali ye


3. Jika tiada, BERLINDUNG dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.

- lepas ni korang jangan pelik bila korang nak berlindung dalam longkang nanti, korang boleh Nampak ada beberapa orang lain lagi yang berlindung dalam longkang yang sama. Ini bermakna mereka memang dah mengetahui langkah perlindungan tersebut. Urm tapi pastikan mereka bukan penagih dadah!! Dan pastikan juga korang tak lemas dalam parit atau longkang tu ye. Yela, disebabkan nak elak kena kilat, tak sedar air parit naik sbb hujan lebat.


4. Boleh CARI perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.

- Jangan jauh sangat masuk kedalam hutan tu semata2 nak cari pokok2 yang sama tinggi sekiranya anda tidak mahir selok belok dalam hutan tu.


5. Apabila berada dalam kumpulan pastikan JARAK anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.

- jangan nak dok berpeluk2 pulak atas alasan takot! Kalo tak sume mati hangus nanti.


6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.

- ini bukan cara rejim Zionis menawan aktivis Rachel Corrie ye. Cara ini dapat menyelamatkan telinga korang daripada terbakar di panah kilat sbb kilat akan amat tertarik dengan telinga korang. Korang sayang telinga korang kan. Yang pakai tudung tu, korang tak perlu risau untuk mempraktikkan cara ini. Korang selamat


7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.

- Kat atas td pon dan bah sebut bangunan besar atau hutan kan. So tempat2 kecik2 ni jangan layan, pokok sebatang pon jangan layan. Tak selamat bersama mereka.


8. JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.

- Patot la ramai pemain bola sepak mati kena panah kilat.


9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya

- Jangan pelik ye. Kat atas td ade sebut berlindung dalam longkang atau parit kan. Maknanya longkang atau parit yng kering ye, yang xde air.


10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.

- jangan pegi Bukit Tinggi time hujan!


11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.

- aku pon tak paham ape maksud langkah yang satu nih!


Note:

Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.


Jangan mati katak camni....


p/s:

Patot la longkang kat Malaysia ni dalam-dalam dan besar-besar. Ada tujuannya ye. Dan aku penah menjadi mangsa kekejaman longkang-longkang di Malaysia ni!!



5 comments

July 1, 2010 at 11:10 PM

tyme ujan lebat. nak bukak laptop pon takut kan. kalo ngah syok2 men pon kne offkan. takut kena petir. huhu

July 2, 2010 at 12:35 AM

aku takotkan kilat. serius aku akan jerit kalau kilat kuat sangat. terkejut wooo.. berguna jugak tip kko nie..

July 2, 2010 at 12:51 AM

kalau yang shower besi tu, elakkan untuk mandi time kilat petir..memang cari nahas la tu..hehe

July 2, 2010 at 11:49 AM

kalo time hujan lebat ke guruh kilat memang tak gune tipon.. takut laa..

July 2, 2010 at 5:50 PM

itu mati katak stail lembu tu.

aha!

Post a Comment
Twitter Bird Gadget