Monday, August 16, 2010

Topik hot sepanjang bulan puasa....

Masuk je bulan puasa beberapa hari lepas, aku perasan sesuatu. Perubahan yang berlaku di sekelling kita ni. Tiba-tiba je mood berubah. Ada topik yang menjadi bahan bualan semua orang. Semuanya berkaitan dengan bulan puasa dan hari raya. Samada kat opis, kat kedai mamak, kat blog-blog malah kat masjid pon org bercakap pasal topik2 ni.

Dari kajian aku selama 20 tahun, simptom-simptom ni berlaku kerana ia merupakan tanda-tanda bahawa hari raya semakin hampir. Korang pun mungkin salah seorang pembawa simpton ni. Jika terbukti benar, sila jauhkan diri anda dari mereka-mereka yang belum menunjukkan tanda-tanda telah di jangkiti. Meh kita usha apa simptom-simptom yang menjadi topik hangit tu.....



Kuih raya

- time ni ramai la member-member kite yang tiba-tiba ada bisnes jual kuih raya. Tak cukup jual online, siap berniaga kat opis sekali diorang ni. Macam-macam jenis kuih raya diorg jual tapi rasanya semua sama. Satu acuan je kot, cuma design lain-lain. Jangan buat camtu ye. Berniaga kene jujur...





Shopping baju raya

- selalunya yang menjadi bahan perbualan pasal baju raya ni mestilah macam berapa pasang baju raya, pesyen ape baju raya, kaler ape, tempah kat mana, beli kat mana. Time ni semua pesyen nk try. Yela raya setahun sekali kan....





Bazar ramadhan
-1 hari, 1 bazar... Kalau boleh semua bazar nak redah. Pantag dengar ada orang cakap makanan kat bazar tu sedah, cepat je diorg ni serang. Nape la tak masak sendiri je. Gi bazar nanti banyap pulak duit yang keluar. Nafsu la katakan....



Juadah buka puasa/port berbuka puasa

- aku konpom sepanjang ramadhan nanti, kalau kat opis tu dari pagi sampai la ke petang, makcik-makcik dan kakak-kakak kita ni leka bercakap pasal juadah berbuka puasa. Apa nak masak harini, nak berbuka kat mana,hotel mana, nak beli kat mana, mintak resepi2 terbaru
(jangan ada yg bukak kelas memasak kt opis sudah la ye...). Jangan terkejut kalau ada juga di kalangan mereka ni yang boleh berborak pasal ni dengan customer/client yang berurusan dengan company mereka!



Balik kampung mana?

- part ni fofular kepada mereka-mereka yang telah berkahwin dan mempunyai lokasi kampung halaman yang berlainan. Sebelum kawen setuju untuk bergilir...bila dah kawen lain pulak jadinya. Tapi jangan sampai hal-hal macam ni leh buat korang bercerai-berai. Tu belum lagi kes yang hidup bermadu tu. Mesti pening si suami.





Tiket bas
- benda ni kalo sesiapa yang destinasi
cinta nye ke belah-belah pantai timur tu, aku budget diorg mesti beli sebulan awal tiket kan. Start je masuk bulan puasa, diorg akan terjah kaunter tiket bas tu tiap-tiap hari untuk memastikan tiket balik kampung diorg ada. Sebab ada sesetengah kaunter tak menjual tiket terlalu awal. Itu yang kadang-kadang ada pengguna yang terpaksa pergi ke kaunter tiket setiap hari untuk mencari tiket. Aku dapat rasai kepayahan mereka yang terpaksa menghabiskan masa memburu tiket-tiket bas sebelum kehabisan.





Jalan TAR
- port feberet warga KL dan sekitarnya untuk membeli-belah sempena hari raya. Walaupun sesak tp masih ramai yang 'rajin' ke sana. Kenapa pilih Jalan TAR? Macam-macam ada dan semua barang dijual dngan harga yang sangat berpatutan. Ni juga merupakan port peberet Mr Curly ok...Sebab sanagt dekat dengan RedBox aka opis kedua beliau! Warghhhh bile mau g sana nih!






Salam Perantau?
- tau tak ape benda ni? Ok, tiap kali nak raya mesti ada satu kolum dalam paper yang membolehkan rakyat Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara (yang tak dapat balik beraya) membuat ucapan selamat kepada keluarga atau kenalan di Malaysia ni. Kolum ni sangat hot bagi anak-anak gadis ye. Diorg akan beli paper semata-mata nak baca kolum tu je! Masa ni la mereka akan cuci mata melayan gambar-gambar mamat-mamat hensem yang keluar kat paper tu. Pastu bergosip dengan member2. Kalau ada alamat, jadi la parah Aku penah alami kejadian ni di masa seorg member sangat obses dengan kolum ni. Huh sangat gediks!





Bagus gak borak2 pasal ni tap jangan sampai tahap mengumpat, mengata orang sume tu ye.




20 comments

August 16, 2010 at 9:56 AM

topik plg best adalah baju raya! ~weeee bestnya berbaju raya :p

August 16, 2010 at 10:12 AM

topik paling best raya tahun ni adalah "aku nak bertunangg" ahahahhahahahaha ^-^

August 16, 2010 at 10:53 AM

tak boleh tahan tengokm lakim pakai tudung kat jalan tar tu..alahai..

Entri terbaru chekgu

Perubatan yang membatalkan/tidak membatalkan puasa

August 16, 2010 at 12:52 PM

duit raya? huhuhu

August 16, 2010 at 12:56 PM

ziarah tgh hari..c box tak keluar sory

August 16, 2010 at 3:04 PM

it's all about raya di bulan Ramadhan! Malaysia oh malaysia!

August 16, 2010 at 11:35 PM

mmg itu topic hangat bln posa, pas raya topic hangat nak topup duit heehee

August 17, 2010 at 10:04 AM

saya bermasalah dengan tiket bus ! taun ni tak sempat beli tiket bus ..cisdel tol! huhuu

August 17, 2010 at 3:07 PM

mrs fiza: amboi...berapa pasang baju tahun ni...dan ada darwisy tu mesti lagi seronok nk shopping baju dia kn...

kechixx: amboi2 gatai no...jgn lupe jemput!

chekgu naman: haha...chekgu jgn pulak wat cmtu raya nnt ye...

August 17, 2010 at 3:09 PM

sop: duit raya tak hot sbb tu kes nk kuar duit bg org...tak sume org suke nk kne kuar duit...urm nk wit raya!

abu luqman: mekasih sbb datang...

yoa ngadenin: yup, malaysian always be malaysian...

August 17, 2010 at 3:10 PM

life kami: yup betol tu...sebelom raya belanja sakan...lepas raya mkn serbuk kuih raya je mampu...

dunspeak: hah yeke?kamu balik mane? takkan awal sangat dah abis kot...

August 17, 2010 at 3:35 PM

pasal mercun xde??kehkehkeh..

August 17, 2010 at 4:10 PM

tak tau puak aku kolum salam perantau ni gadis2 sngt obses.. kalo tau awal2 aku antor gmbr kat metro.. hohoho..

August 17, 2010 at 4:16 PM

betul2 mercun mana??

August 17, 2010 at 4:26 PM

hentakbelipat & che amrster:
mercun mmg hot...tp hot dikalangan kanak2...tp pon di kalangan bag2 polis/imegresen yang sibuk tanggap penyeludup mercun tu....eh jom perang mercun! hahaha

hamzah ian: ooo skrg dah tau kn...ade masa lagi ko nk hantar gambar tu...kalo ko tak study obesi pon, ko hantar je gambar ko kt genting....jgn lupa sertakan sekali nama penuh dan alamat lengkat anda!

August 17, 2010 at 7:09 PM

hahaha..mmg bes! paling suka juadah berbuka tu..hehe :P

August 17, 2010 at 9:16 PM

nanti kalau anak akak masuk paper bolehlah beli dan tenguk ek..


akak setuju 100 persen apa yang coretkan itu.

August 17, 2010 at 10:24 PM

adoiyaii.. lu dh menjatuhkn mertabak wa..

August 18, 2010 at 10:24 PM

yeah ni suma topik penting ni...ekekeke

August 19, 2010 at 1:22 PM

topik paling tak seronok...ooo budget raya..mana nk cari duit??? adesss

Post a Comment
Twitter Bird Gadget