Monday, September 13, 2010

Raya dan Kenangan


Selamat Hari Raya Aidil-Fitri semua....

Bila takdir berkumandang......dan kenangan pun bertandang....




Bekas rumah pusaka arwah atok ngan wan. Hari raya pertama hari tu aku ziarah rumah 'bekas' jiran depan rumah ni dan dapat ambil gambar dari luar pagar je. Ni keadaan sekarang, masih sama dengan keadaan sewaktu di jual dulu, takde apa yang berubah.

Dulu aku membesar kt sini la. Hari raya kt rumah ni memang best. Pasang pelita sekeling rumah, main bunga api. Sekarang hanya tinggal kenangan. Rumah ni dah di jual kepada orang lain dan aku dah takde kampung lagi. Rindu rumah ni....




Pusara arwah wan aku. Arwah meninggal pada 14 Oktober 1991, masa aku darjah 2. Dia yang jaga aku dari aku kecik dulu.




Ni pulak pusara arwah atok. Meninggal pada 5 Jun 2006 sebab sakit tua dan sakit jantung. Sejak arwah wan meninggal, atok bergilir-gilir tinggal dengan anak-anak dia. Bila dah tua makin banyak kerenah, dah macam budak-budak, degil. Aku terkilan sebab kira-kira 2 minggu sebelum dia meninggal aku ada merungut dan marah sikit kat dia sebab tak tahan dengan kerenah dia. Tiba-tiba je dia pergi... Memang aku sedih....


Sejak atok meninggal la anak-anak dia ambil keputusan untuk jual rumah kampung tu. Walaupun tak dapat jejak lagi kat rumah tu, tapi kenangan yang ada tetap tersimpan dalam hati.



Semoga roh arwah wan dan atok dicucuri rahmat. Al-Fatihah~




p/s:

Kadang-kadang, kenangan macam ni kita ingat masa hari raya je kan...





4 comments

September 14, 2010 at 12:53 AM

sabar ye.
Al-Fatihah juga buat mereka..

September 14, 2010 at 11:17 AM

Al-Fatihah..
semoga arwah bersama dgn orang2 yg beriman.. amin

September 15, 2010 at 12:56 PM

arghh aku rindu rumah kampung!!!

Al-Fatihah untuk kedua nenda cik Panadol

September 20, 2010 at 12:00 PM

byk2 bersabar... AlFatihah buat ke2nyer.... cntk umah tu, laman pown luas kan.... jual sbb xde org nk jaga ekkk

Post a Comment
Twitter Bird Gadget