Friday, October 15, 2010

Geng Balik-balik Muka Korang - Part 1


Genap seminggu setelah mengambil keputusan untuk menubuhkan geng misi-misi bebas dan berjaya mengklasifikasikan geng secara sah, ahli-ahli geng telah membuat mesyuarat sulung untuk membincangkan agenda-agenda yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang. Sebagai sex tari opss secretary yang bakal mendapat Anugerah Setiausaha Cemerlang 2010, maka dengan ini di sertakan laporan untuk perjumpaan pertama yang telah berlangsung baru-baru ini.


Tempat: Times Square, Kuala Lumpur.
Tarikh/Masa: 13 Oktober 2010 8:30 malam
Kehadiran: Ahli majlis tertinggi.
Ketidakhadiran: AJK Makanan.


Geng edisi pertama


Antara agenda yang di bincangkan adalah:

1. Penubuhan Kelab

- Dengan rasminya setelah diperkenankan dan diluluskan oleh ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) dengan ini diperkenalkan GENG BALIK-BALIK MUKA KORANG!


2. Program Hanya Allah Yang Tahu.

- Ni merupakan agenda utama yang akan mula diberi keutamaan dalam setiap operasi atau misi. Bersesuaian dengan motto Geng Balik-balik Muka Korang ni "SENGAL LAGI POYO". Operasi atau misi yang akan dilaksanakan
ini adalah bersifat intim. Luahan hati jiwa ke jiwa sesama umat manusia adalah perkara pokok dalam menjayakan program ini. (Keterangan lanjut mengenai program ini akan diberitahu sesudah anda menjadi ahli)

3. Program Pengerat Kasih Sayang

- Merupakan program yang akan dijalankan secara berterusan. Lebih menjurus kepada aktiviti yang dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli yang sudah terkenal dengan sifat penyayangnya. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah bermain bola tampar (bola disediakan oleh Bendahari), bowling, karaoke, shopping2, main banana boat dan naik Genting.


4. Pengambilan ahli baru.

- Memandangkan permintaan yang agak melambung tinggi bagi kemasukkan ahli baru, pengerusi telah bersetuju untuk menerima ahli baru bagi memeriahkan majlis mesyuarat pepintu ini. Antara syarat-syarat keahlian:

a) Isi borang permohonan kemasukkan ahli baru. Sertakan salinan sijil berhenti sekolah dan photostat surat beranak.

b) Jika anda seorang yang gila kuasa, sila rujuk kepada Setiausaha jika ada kekosongan jawatan yang dapat anda isikan.

c) Berumur 25-40 tahun. Berpewatakkan pelik.

d) Lelaki harus kacak. Perempuan harus comel.
e) Hebat bergosip.
f) Pandai memasak.



Borang Keahlian
Klik untuk tumbesaran berganda


Disebabkan Geng ini baru ditubuhkan secara rasmi, maka kami amat menghargai sumbangan atau tajaan dari semua untuk memeriahkan aktiviti kami. Sumbangan dan tajaan boleh disalurkan kepada Bendahari Geng.


Mesyuarat pepintu ditangguhkan bagi kali ini.


Sekian. Terima Kasih.


Yang menjalankan tugas,



25 comments

October 16, 2010 at 6:17 AM

wa as 1st p'komen suke term 4b tu. *Syor odit:
ahli baru WAJIB buat HIV & Talassemia TEST. stk

October 16, 2010 at 2:46 PM

wahhhh!!!..kite dh ade ahli bru ni.. wa sokong idea ahli bru ni..hehe..nti kite wat meting tgempar lak tau..

October 16, 2010 at 10:52 PM

tips

we all xperlu wat test tu sbb kami sume 'BERSIH'...

October 16, 2010 at 10:55 PM

mr curly

tp kite kne pilih betul2 ahli baru...jgn main accept je semua...yg kita perlu adalah KOMITMEN..
meeting lg?boleh-boleh....meeting kt atas bukit lg ye hahaha

October 17, 2010 at 1:32 PM

wokeh nanti aku buat entry utk submit form!!

October 18, 2010 at 10:52 AM

naper jauh sangat.....??? kalo tak aku nak gak apply jawatan sambut tetamu tiap kali perjumpaan... =)

have fun gathering!!!!

October 18, 2010 at 11:43 AM

che armster

haha...bersemangat betul ko nk join geng ni ye...bagus2...semangat cmni la yg wat tuan pengerusi terus approve tmpt tgk muke ko kacak ke tak hehe

October 18, 2010 at 11:44 AM

s.o.f.i.a

penyambut tetamu takde la jwtn tu...tp driver ade la..mau ka?

October 19, 2010 at 1:38 AM

wa nk lu amik terus sofia tu..tp che armster kite raging ckup2 dlu..muahaha(ketawa jin jahat)..

October 19, 2010 at 2:41 AM

yaxşı seçim ancaq ağrı assimilyasiya etmək yoxdur və həll olmalıdır Panadol heç bir yaxşı et, əgər bu geniş şiddətli ağrı üçün istifadə olunur vicodin var.

October 19, 2010 at 9:13 AM

mr curly

erk! amik sofia bos? tp bos...geng kite takde jawatan penyambut tetamu....opis pon xde bos...

p/s: amboi2, kalo pompuan cepat je lu accept jd ahli ye....kalo lelaki lu nk raging2 bagai ye...cet!

October 19, 2010 at 12:24 PM

erkkk, nk juin gak leh tak.... ade kosong g x? :P

October 19, 2010 at 12:26 PM

nak masuk tp semua syarat kat atas x lepas..
cam ner? huhuh

tahniah kerana berjaya tubuhkan geng.. jgn buli org yer.. :)

October 19, 2010 at 12:42 PM

haha,siap buat laporan skali..bagus2..

October 19, 2010 at 12:52 PM

melati qistyna's mummy

ade kosong lg...tp nk apply kne tepati syarat2 keahlian dl hehe

October 19, 2010 at 12:54 PM

sop

uish xkan satu pon x lepas? takpe2...xpe2...sop g 'kipas2' curly tu sikit...confirm dia bagi join punye nnt...

p/s: kami org baik2..kami tak buli org hihihihi

October 19, 2010 at 12:55 PM

dara manisku

eh musti la...nk dapatkan anugerah ni...laporan kne la lengkap!

October 19, 2010 at 7:19 PM

cam nk register jd ahli je...
boleh kah

October 20, 2010 at 9:06 AM

sowi la...lmbt bagi komen...i kan bendahari,asik sibuk kira duit...

ha..wa syorkan kita wujudkn tabung utk jlnkn aktiviti kiter...tp kutipan hanya dibuat bila nak jlnkn aktiviti jer....

weii...jom arrr g gnting dulu....

October 20, 2010 at 9:10 AM

mmg tepat kowang pilih cik panadol jd seketari geng kita....

kalu la kowang pilih wa.....

hahahahahha..alamat nyer 18bln la baru laporan minit msyuarat dbentangkan...

tahniah cik panadol....!!!!!!!!!!

October 20, 2010 at 11:26 AM

pensel kontot

boleh2 je nk register tp yg penting komitmen musti ade...tu isi borang tu dl pastu pas kt seketari...dokumen2 sokongan jgn lupe sertakan sekali...

October 20, 2010 at 11:29 AM

zarra

haha...mama ni asyik sebut genting je...ni lg sorg suke "tempat tinggi2 n tempat sejuk2" hehe...ni kne la tnye pengerusi tu dulu...

ala mama, kn sy dalam usaha utk dapatkan Anugerah Setiausaha Cemerlang tu..kne la rajin2 wat report...

October 22, 2010 at 11:26 AM

korg buat gathering ke??tip top punye plan..detail giler..huhu

October 22, 2010 at 11:52 AM

cik tom

ni meeting bukan gathering hehe...nk jd seketari berjaya, semua plan kne wat dalam report yg jelas...hahaha

May 10, 2011 at 11:08 PM

Jadi ahli makan bape kali sehari hikhik

Post a Comment
Twitter Bird Gadget