Tuesday, October 26, 2010

Opss...Lesbian kah aku?


Baru-baru ni masa aku lepak-lepak dengan ex-budak2 skola aku, time tgh citer pasal kawen-kawen, tetiba ada sorang mamat ni leh tanya aku "Eh ko apesal ko takde boipren lg ek. Ko ni tak suke lelaki ke? Ko lesbian eh?"

SENTAP mak dengar soalan si member ni, noks!! Ade ke patut tanya mak soalan tu di khalayak ramai! Tapi mak cool je noks. Mak pun dah biasa gak ditanya di tanya oleh mulut-mulut tempayan pasal hal ni. Jangan tak caya kalau Puan Seri pun ada tanya aku macam tu.

Korang tau ape ciri-ciri lesbian tak? Apa yang menunjukkan dia seorang lesbian? Haaa.....



Orang selalu kata aku ni anti lelaki sekali gus aku di cop LESBIAN. Adoi hai..diorang tak nampak ke
betapa bernafsunya dan betapa ghairahnya aku terhadap lelaki! Tak caya? Tengok ini dan yang ini pun hebat. Tapi diorang tak caya. Diorang cakap aku buat pengakuan tu untuk cover kebenaran mengenai kecelaruan seksualiti aku tu.

Ooo ni mesti kes aku selalu berkepit dengan perempuan kan. Pegi mana-mana mesti dengan perempuan, tak pernah dengan lelaki. Pastu siap ada yang mempertikaikan kenapa kawan-kawan aku dalam FB ramai perempuan dan kenapa profile picture FB aku pun aku letak gambar dengan perempuan (sedangkan itu adik aku!).


Tu belum lagi FB yang berstatus "Its Complicated" untuk relationship tu sampai korang cakap yang aku sebenarnya masih kurang pasti tentang kecenderungan seksual aku. Yela, status Gay atau Lesbian kan takde dalam option list tu. So untuk menambah kemisteriannya, aku letak status tu kan. Yela tu...


Urm sekurang-kurangnya aku tak kemaruk perempuan sampai nak letak gambar perempuan kat desktop komputer aku ke, kat screen saver henset aku ke atau kat dalam purse aku ok. Takpun publish gambar-gambar aku berpeluk-pelukan secara intim dengan perempuan kat FB atau blog aku ni.


Ke sebab aku takde boipren? Ala salah ke kalo takde boipren. Dah takde orang nak kat aku, nak buat macam mane. Yang ada nak kat aku pun, aku reject. Bukan sebab apa... Aku tak memilih, tapi kalo yang approach tu laki orang, sah-sah la aku reject. Urm ada sesiapa leh tolong rekemen lelaki tulen dan single kat aku tak? Kekeke gatai!


Nak cakap aku tak layan lelaki? Bohong ok! Tak caya tengok ini. Aku selalu usha lelaki ye. Aku sangat suka stalk lelaki atau flirt
ngan lelaki ok cuma separuh jalan je. Bukan sebab aku takde selera tapi sebab aku taknak lelaki tu bernafsu! Eeee geli-geli.....

Haa... Aku ni brutal sangat kot? Ye memang aku nampak je brutal, agak kasar, suke gelak macam samseng mafia tp masih ade lemah lembutnya aku ni tau. Bila dengan orang tua, aku selalu berlagak macam aku lah calon menantu pilihan mereka. Sopan santun, lemah lembut dan berbudi bahasa.


Aku tak dress up macam perempuan? Urm memang la aku tak pakai dress, skirt semua tu. Malah baju bunga-bunga pun aku tak penah ada. Apatah lagi nk suka warna merah jambu! Pening mata aku tengok kaler tu. Terlalu kelembutan. Aku suka ganas-ganas!


Hai... Macam mana la aku nak terangkan agar korang tak cakap aku lesbian. Patot kah aku kepit mana-mana lelaki yang aku boleh usung kemana-mana aku pegi. Aku tak desperate! Atau pun perlukah aku upload gambar aku berpelukkan dengan lelaki dalam FB dan publish story pasal keobsesian aku terhadap lelaki untuk menunjukkan yang aku ni straight. Yang aku tak minat kaum sejenis aku. Aku tak bernafsu untuk mereka. Aku LURUS ok.


Ke korang nak tunggu aku kawen dulu baru korg nak stop cakap aku lesbian? Ok korang tunggu jemputan dari aku. Hujung tahun aku kawen ye.


Aku tak pernah faham. Kalau obvious sangat perangai aku yang nmpk terlalu rapat dengan perempuan tu, takpe la korang nak cakap aku lesbian. Kalau korang ade tengok aku tidur satu bilik dengan perempuan, berpeluk sakan dengan perempuan, 24/7 bergayut atau SMS dengan perempuan, kalau bercerita asyik nak sebut nama perempuan ke takpe la kalau korang nk tuduh aku lesbian. Ni sikit pun aku tak buat benda-benda tu kan.
.



"Apa guna jadi lesbian kalau perempuan 'tu ada apa yang kamu ada'. Cari dan nikmati apa yang kamu tiada."
- Cik Panadol, 2010



Lesbian dan gay ni HARAM.
Takkan aku nak buat benda-benda macam tu pulak...
Buka mata dan fikir-fikiran la ye...

Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks.






32 comments

October 26, 2010 at 8:58 AM

assalamualaikum..tumpang tnye saudari,dimane kah umah pak mat tempe??..hikhik..fuyoo!!! caya la..wa tabik lu..

October 26, 2010 at 9:20 AM

mr curly

waalaikumsalam...pak mat tempe dah lame pindah la bang...dengar2 dia dah jd pak mat budu skrg ni....

lu tabik apesal? risiko ni tau...wa malu....wa malu....

October 26, 2010 at 9:40 AM

pink kaler mmg memeningkan kepala...tak lalu la nk tgk...pinkey2 nie...

October 26, 2010 at 10:29 AM

kazaztan team

hahahaha betul2...setuju sangat-sangat!!

October 26, 2010 at 10:55 AM

quote tuh ganah weh :P

"HUJUNG TAUN AKU KAWEN" Aminnnnn..... biaq p org kata apa, yg penting kite hepi... erkkk LURUS :P

October 26, 2010 at 11:21 AM

melati qistyna's mummy

kekeke ganeh ke?

amboi2...calon2 xde la sis huhuhu

October 26, 2010 at 11:52 AM

aku tak suka pink gak..... adakah aku lesbian......?? OMG!

October 26, 2010 at 3:29 PM

yeah, support cik panadol. cari la benda yg kita takdak kan. hari2 tgk benda sendiri, nak jugak tgk benda lain. dah kawin nanti nmpk la

October 26, 2010 at 3:47 PM

wah.. betul ker cik panadol les?
penerangan panjang tu ,mesti org dah paham..

eh.. betul ker tak les? [lempang jer org tu] huhuhu

October 26, 2010 at 4:21 PM

s.o.f.i.a

tak..jgn percaya mitos karut tu haha

October 26, 2010 at 4:23 PM

sasa al-sharif

urm tu mestu refer kt quote tu kan hahaha....aku setuju gak!

October 26, 2010 at 4:24 PM

sop

cess...aku dah explain panjang2 bahawasanya aku tak les....

sape yg tak paham-paham lg tu mmg nk kne lempang laju-laju ngan aku!

October 26, 2010 at 4:43 PM

Patot kah aku kepit mana-mana lelaki yang aku boleh usung kemana-mana aku pegi. Aku tak desperate! Atau pun perlukah aku upload gambar aku berpelukkan dengan lelaki dalam FB dan publish story pasal keobsesian aku terhadap lelaki untuk menunjukkan yang aku ni straight. Yang aku tak minat kaum sejenis aku. Aku tak bernafsu untuk mereka. Aku LURUS ok.


hahaha..semua ni tak patot. ko memang hebat.kite kat team single. x payah nak bekepit dgn jantan nak tunjuk hot kan? lets he's d only one yang berkepit dengan kite dunia aherat. biar la apa org nak kata pon.aher kata..... tatata xD

October 26, 2010 at 5:20 PM

apa guna jadi lesbian kalau perempuan tu ada apa yang kamu ada!


yeahh! apa guna lelaki ye dak?
kihkih~

October 26, 2010 at 6:10 PM

manusia pantang nak tgk owg lain hepi...

October 27, 2010 at 4:09 AM

KENE COP GAY KE DER ??
EHH COP LESBO KE ??
BETOL LAH KAU CAKAP..
APA AKU ADA KAU PON ADA..
TAK BEST..
GIYAHAHA

October 27, 2010 at 5:31 PM

irah hajerah azman

aku setuju ngn ko!

October 27, 2010 at 5:32 PM

tia

betol2...kalo pempuan punye, tiap2 ari kite leh tgk...kekeke

October 27, 2010 at 5:32 PM

isma

maybe la...tak kisah la asalkan aku happy!

October 27, 2010 at 5:35 PM

elmo gemok

aku nk lelaki punya!!!hahaha

October 27, 2010 at 6:41 PM

alaa pedulikan je ape orang kata. bila diorang penat diorang berenti lerr.yang penting kita tau sape diri kita kan. :) jgn la sekali2 terlibat dlm kancah gay.les huhu.

October 27, 2010 at 7:43 PM

sama lah panadol..bukan sbb xde bf kta les kan?
cuma jodoh blom sampai..

October 27, 2010 at 11:41 PM

saba banyak2 je la cik panadol..
mulut tempayan pun kadang2 penutup dia hilang..
heheh

October 28, 2010 at 1:16 AM

anna boleyn

hish..simpang malaikat 44...insya-Allah tak terlibat dalam benda2 tu...

October 28, 2010 at 1:17 AM

dara manisku

yela...takda orang nak kan......nak wat cmne....haha

October 28, 2010 at 1:18 AM

diana

haha aku tak kisah pon...lantak la...aku tak buat pon sume tu...

October 28, 2010 at 7:04 PM

gyahaha! pernah jgk kimmy ditanya sedemikian.. isk3~ sadis betol aku dikatakan lesbian.. (=__=)"

October 29, 2010 at 3:04 PM

kimmy ai

nasib la...yg penting kita tak buat kan kan...

November 12, 2010 at 6:26 PM

baguslah...beringat2..x smestinye bla kita rapt dgn pmpuan kte les..kte thu kte sape so biarkan org nak ckp ap..dpt pahale.

May 31, 2011 at 4:15 AM

walaupon n3 ni agak lame.. aku nk komen jugak..haha

wey2 betol ka ko lesbian??? haha

aku pon kena camni jugak wey... tintong nk jawabnyer :(

June 1, 2011 at 11:35 PM

rauzdah

betol2...aku setuju...be yourself je la...:)

June 1, 2011 at 11:36 PM

gayahspears

tau xpe...ade ke bila tgk aku single mingle, perangai slumber2 sikit, ganas2 sikit diorg leh cakap aku lesbian...jadah betol!

Post a Comment
Twitter Bird Gadget