Wednesday, January 27, 2010

Menari...menari...dan menari lagi!!!

2 comments

Watch out for this vid... It was so fucking awesome!!!




Bila tengok video ni, teringat pula pada flashdance masa persembahan Black Eyed Peas (I Gotta Feeling) untuk Oprah 24th Kick Off Party last year. Performance tu memang fun! Malah waktu persembahan Hujan (AJL 24) hari tu pun, mereka menggunakan idea yang sama.

Tapi apa yang membezakan video ini dengan BEF dan Hujan adalah penari-penarinya seperti 'mak-mak' or 'anak ikan'. Esp leader tu hahaha....Please guys, stop dancin' like gays!! But btw, good jobs for them (for their effort)...

Sunday, January 3, 2010

2009 + 1

5 comments

Happy New Year!


Alhamdulillah akhirnya jejak juga aku ke tahun 2010. Syukur Allah panjangkan umur aku. Memandangkan kita susah masuk ke tahun baru, dan seperti biasa mesti semua orang akan meng’list’kan azam-azam untuk mereka capai pada tahun ini. Aku pula seperti tahun-tahun sebelum ini, tidak pernah menetapkan apa-apa azam. Kerana bagi aku setiap hari adalah tahun baru.


Seronok bila rakan-rakan semua sibuk bercerita mengenai azam masing-masing. Kepada family, BFF dan rakan-rakan lain, semoga korang mencapai setiap azam yang telah korang tetapkan. Tapi bila tengok korang ada senarai azam, aku nak juga ada senarai. Tapi tercapai atau tak tu tidak penting. Sekurang-kurangnya aku ada guide untuk masa depan aku.


Info Ms. Panadol:-

Apa azam Ms. Panadol untuk 2010?

1. Kumpul duit banyak-banyak. Tahun lepas duit banyak terbang untuk hal-hal yang tidak diketahui asal usul termasuk la untuk En. V.

2. Nak cari Boyfrend sekaligus Husband (gatal betul!). Haha dia malu dengan statement berani mati ni. Agak 'mencapap' juga. Tapi tahun lepas dia putus ‘cinta’. Masih struggle untuk teruskan hidup tapi yakin ada seseorang yang ‘betul’ untuk dia kat luar sana.

3. En. V dia perlu makeup. Ms. Panadol nak tengok En. V sentiasa handsome.

4. Nak kerja betul-betul. Sebelum ni kerja main-main je. Dapat tukar kerja pun ok gak. Tapi nanti rindu kat MT.

5. Pergi holiday (nak sangat-sangat). Kalau dah kerja betul-betul, mesti la penat dan perlukan rehat. Frens, mari kita bercuti!

6. Dia nak kuruskan badan! Hahahaha... (azam yang di carry forward dari tahun-tahun lepas!). part ni paling susah sebab dari kecik dia tak pernah kurus. Takut kalau dia kurus nanti orang tak kenal dia huhuhu.

7. Pakai tudung? Urm boleh ke? Dah ready ke? Dia taknak buat selagi belum betul-betul sedia. Taknak nanti sekejap pakai sekejap hilang. Biar la apa orang nak kata pasal dia sebab die tau orang yang pakai tudung tu tak semestinya ‘baik’.

8. Nak aktif menulis. Dulu masa kecik-kecik dia bercita-cita nak jadi reporter. Tapi parents dia tak bagi. Sebab tu sampai sekarang, dia selalu meroyan nak menulis yang bukan-bukan.


Banyak ke? Urm banyak yang carry forward cari tahun lepas. Hihihi… Walaupun aku tak capai semua keinginan aku tahun lepas, sekurang-kurangnya aku ingat apa yang aku inginkan dari awal tahun lepas. Takpa la, mungkin tahun-tahun lepas bukan rezeki aku nak capai semua azam. Mungkin tahun ni aku akan cuba capai. Tapi aku taknak paksa diri semata-mata nak buat semua azam tu.


Harap-harap wish aku tercapai (walaupun harapan tipis...). Tapi aku seorang yang optimis. Go girl!). Haha seronok juga buat senarai azam ni. Teringat zaman sekolah dulu masa cikgu minta aku buat karangan mengenai azam aku.


Rindunya zaman sekolah…..

Twitter Bird Gadget