Sunday, February 28, 2010

Birthday : My Ayah

0 comments

Alhamdulillah Ayah aku di panjangkan umur lagi pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun yang ke-56 tahun Ayah aku menjengah dunia. Aku dan keluarga berkesempatan untuk meraikan hari jadi Ayah di kampong (walaupun adik lelaki aku tidak dapat bersama).


Meraikan hari jadi Ayah tidak lah memerlukan kami mengadakan majlis hari jadi atau membeli sebuah kek untuk di potong Ayah. Bagi Ayah, cukuplah sekadar kami anak-anaknya mengingati hari tersebut. Itu sudah cukup bermakna bagi seorang Ayah yamg selama ini telah bersusah payah mencari rezeki membesarkan kami.


Tahun ini, kami meraikan ala kadar sahaja. Membawa Ayah keluar makan malam dan memberi hadiah sudah cukup menggembirakan Ayah. Kasian Ayah kerana dia menyambut hari jadi dalam keadaan yang tidak sihat. Ayah masih lagi belum sihat sepenuhnya dari demam kerana keengganan dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Ayah memang degil. Jarang sekali menunjukkan kesakitan beliau kepada kami. Namum Ayah tetap gagahkan diri untuk keluar meraikan hari jadinya bersama kami.


Hadiah? Aku agak sukar mencari hadiah yang sesuai bagi lelai di usia Ayah. Di tambah pula dengan Ayah yang akan bersara tahun hadapan, menyukarkan aku memilih apa yang sesuai. Lagipun, Ayah jarang membeli apa-apa untuk keperluan dirinya. Dia lebih suka memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu. Itu lah sifat Ayah yang amat aku kagum. Kadang-kadang, aku dan Ibu yang akan beriya-iya memenuhi segala keperluan Ayah tanpa dia minta.


Ok, tahun ini aku dan Ibu menghadiahkan Ayah seutas jam tangan dan sehelai T-Shirt yang berjenama. Biarlah sesekali Ayah bergaya dengan barang-barang sebegitu walaupun Ayah lebih selesa sekadar berseluar track dan bert-shirt buruk sebagai pakaian harian. Aku sebagai anak tentu sekali mahu melihat Ayah bergaya. Adik perempuan aku, Ika pula menghadiahkan sepasang sandal kepada Ayah sebagai ganti selipar Ayah yang telah agak lama tidak berganti.


1. Ayah seorang yang tidak pandai duduk diam dan sangat kuat bekerja. Ada saja kerja yang akan dia lalukan di masa lapang. Aku tidak pastilah apa yang akan Ayah buat selepas bersara nanti.


2. Ayah jarang menunjukkan yang dia sakit atau jarang sakit. Bila Ayah tidak sihat, dia Cuma akan makan Panadol, berehat dan tidur sebentar sebelum bangun beberapa jam kemudian untuk menyambung ‘kerja-kerja’ dia.


3. Ayah tidak pernah menguruskan hal-hal berkaitan duit dan perbelanjaan isi rumah. Semua di uruskan Ibu. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa wanita lebih bijak mengurus perbelanjaan. Benarkah?


4. Ayah seorang yang tidak banyak cakap dan jarang marah. Tetapi dalam diam-diam Ayah, ada amarah yang dia simpan di dalam hati. Dan sekali amarah itu meletup, kami semua akan menjadi sangat takut.


5. Ayah sangat tidak berkira soal makanan. Semua benda dia makan terutamanya makanan-makanan yang pantang bagi dia. Makin pantang makanan itu untuknya, makin suka dia dengan makanan itu.


6. Ayah amat gemar memberikan memek muka yang pelik dan kelakar sekiranya kami ingin mengambil gambarnya menggunakan kamera kami. Sekiranya kamera orang lain, tidak pula ayah sebagitu. Aku pun tidak tahu mengapa.



Di hari lahir Ayah ini, aku berharap dan berdoa agar Ayah di panjangkan umur, di murahkan rezeki, di kurniakan kesihatan yang sempurna dan di permudahkan segala urusan.


I love you soooo much, Ayah.

Saturday, February 27, 2010

Eee.... Keladi pon tak miang cmni!

2 comments

Ni aku nak cerita, minggu lepas selepas habis waktu kerja aku pun menghalakan diri ke gerai sup kegemaran aku, Wak J. Aku pun order lah Soto memandangkan tahap kelaparan aku agak tinggi. Sambil menunggu kakak tu bungkus Soto aku, aku pun layan la game dalam enset aku ni.


Tetiba entah dari mana datangnya orang tua ni…..


Pakcik Tua: Sorang je ke?

MP: A’ah… (Hish sape plak ni tetibe tego. Bagi salam pon idak)

Pakcik Tua: Kawan mane?

MP: Takde…

Pakcik Tua: Awak duduk kt blog mane? Dok ngan keluarga ke?

MP: (Hish geli pulak aku berawak-awak pulak orang tua ni!) Erm…kt blok sane je…(Sambil menunjukkan blog lain) <- - tips kalo nk tipu, pastikan anda tau serba sedikit mengenai subjek yang anda tipu tu supaya tidak kantoi.

Pakcik Tua: Oo…saya ada kawan tinggal blog tu.

MP: (Huh tak tanye pon!)

Pakcik Tua: Awak belaja lagi ke dah keje?

MP: (Alahai…ramahnyepulak dier) Urm keje….

Pakcik: Yeke…ingatkan awak belajar lagi. Nampak mude lagi la…

MP: Erk!! (Tersengeh aku…Huh nasib baik soto aku dah siap)

Pakcik: Eh dah nak balik ke?

MP: A’ah…(Dalam nada yang malas nak layan.)

Pakcik: Jalan elok2 ye. Seronok saya dapat borak2 ngan awak.

MP: (Ya Allah…dah naik kejang usus aku ni tahan muntah!)

Pakcik Tua: Selalu awak datang dengan kawan awak. Saya segan nk tego. Nanti kalo terserempak, tego2 la ye….

MP: Hehe…(Tau pon segan. Yang ko tu dah tua2 tak segan pulak nak mengorat orang. Tak sedar diri betol!) <- - sambil wat muke tak puas ati.


Sejak dari aritu, aku dah tak menjejakkan kaki ke kedai tu sensorang. Aku akan pastikan aku berteman dan bukan di waktu yang mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk bertembung dengan orang tua tu. Meluat nak melayan orang tua tak sedar diri macam tu. Rumah kata pergi, kubur kata mari! Dan menggelikan bila terserempak di kedai tu, dia suka tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Siap pesan kat pelayan kedai tu suh kirim salam kat aku!!


Hampeh punye orang tua!




Sunday, February 14, 2010

Cinta sebelum dan Cinta Selepas Kahwin

0 comments


Februari datang lagi. Seperti yang di ketahui semua, Ferbuari dianggap sebagai bulan kasih sayang. Di sebabkan itu, aku tergerak untuk menulis mengenai satu isu yang juga berkaitan dengan cinta dan kasih sayang. Bukan isu Valentine’s Day yang menjadi budaya masyarakat barat ya. Tetapi isu ini terlintas di fikiran aku kerana ada segelintir teman-teman aku telah melalui situasi ini.


Isu mengenai cinta sebelum atau selepas kahwin. Mana lebih baik?


Memandangkan aku kaku dan kekok bila bercakap soal hati dan perasaan secara terbuka, maka apa yang aku boleh lakukan, sekadar mengumpul beberapa pendapat mengenai cinta sebelum dan selepas kahwin yang aku setuju ada kebenarannya.


‘Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? ‘


Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya.


Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.


Tapi..sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata-mata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah.


Bagaimana kalau dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut?


Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping dan menggoda, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati.


Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.


Tapi, bagaimana kalau tiba-tiba Tuhan takdirkan kita bisu... Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita?


Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta... Adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita?


Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita?


Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu... Atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita di takdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?


Mungkin juga tidak… Kerana cinta kepada sesuatu yg ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh di rampas olehNya yg berhak bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Dan cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh di tarik bila-bila masa sahaja.


`Cinta Sebelum Perkahwinan`


Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Kerana itu, Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.


Kita perlu faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.


Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.


Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.


Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.


`Cinta Selepas Perkahwinan`


Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah di zaman sekarang ini. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.


Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan".


Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan yang boleh dipercayai mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.


Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.


Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.Itulah cinta bersulam redha.


Apa jua pendapat kita mengenai ini, aku pasti setiap orang mempunyai alasan tersendiri kepada jawapan tersebut. Aku sendiri tiada jawapan khusus dalam hal ini. Apa yang penting, niat kita dalam membina sebuah perkahwinan itu perlulah mendapat keredhaan Allah dan menurut peraturan syarak. Kerana Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.


“Maka InsyaAllah, aku tidak akan sesekali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan di cintai... Tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”


p/s:

Umpama Dr. Cinta pula bila berbicara mengenai tajuk ini. Dan agak pelik bila aku memberikan pandangan mengenai PERKAHWINAN walhal aku sendiri belum melaluinya. Ok aku bukanlah kemaruk untuk mendirikan ruamh tangga, tapi


Wednesday, February 10, 2010

Bila orang melayu makan guna chop-stick.

0 comments

Chinese New Year datang lagi!


Bila sampai saja musim Tahun Baru Cina, syarikat tempat aku bekerja pasti akan mengadakan majlis ‘makan besar’ untuk staff-staffnya. Tahun ni kami makan besar di Museum Chinese Restaurant, Hotel Legend, Kuala Lumpur. Dah nama majlis pun sempena menyambut Tahun Baru Cina, mesti la makan pun makanan cina.

Kat bawah ni aku tempekkan gambar-gambar masa makan besar tu.

Pintu masuk restoran tu. Cantik signboard!


Ni la menu makan besar semalam. 9 set makanan. Tapi aku tak makan semua tau.... Pantang!

Ni shark's fin soup + crabmeat. Sup ni aku tak makan sebab ada En Crab. Rasa-rase sikit saja. Tapi paling tak tahan, sup ni ada bau yang tak menyenangkan. Maybe bau hanyir ikan tu kot...

Ikan ni besh! Huhu....

Udang yang berwarna jingga. Cara masakan nampak menarik tetapi aku alergik ye... (Lobak berbentuk burung tu sangat-sangat kiut!)

Ni lagi satu khazanah laut yang aku kena jauhkan. Oyster atau tiram. Orang cakap tiram ni makanan yang boleh menaikkan nafsu. Hahaha macam-macam la....

Haa... yang kiri tu la CTO company aku, Dr. Koh nama dia. Yang sebelah tu Mr. Nick, manager yang bertindah sebagai entertainer kami malam tu.

Nick memang tak leh duduk diam malam tu. Ni dia dengan Sabri dan Wan Panjang, our technician.

Ni dengan Wan Besar(kiri) dan Amri. Dua-dua orang technician kami ni memang kawan baik. Pergi mana-mana pun asyik nak bersama je.

Tengok! Aku pun tak lepas dari menjadi mangsa Nick.

Walaupun ada juga antara kami yang tak pandai makan menggunakan chop-stick tu, tapi masing-masing memang kenyang. Later after diner tu, Nick, boleh sambung entertain budak-budak ni kt Monkey Bar pula. Tapi aku tak join ye. aku tak suka nak pergi tempat-tempat macam tu dan agak penat minggu tu. Apa-apa pun, nice diner.

~Cheers



Twitter Bird Gadget