Thursday, May 13, 2010

Mari sebut ramai-ramai....

1 comments

Susah sangat ke nak sebut MAAF? Aku pelik kenapa manusia-manusia ni begitu berat mulut nak menyebut perkataan maaf tu.


Artikel dalam akhbar hari ini ade kisah mengenai isu maaf memaafi ni. Kenapa la orang susah sangat nak sebut perkataan yang sesimple tu?


Bagi korang, susah ke nak mintak maaf? Susah ke nak sebut ‘Saya minta maaf’, tak pun ‘Sorry..’?

Perkataan maaf tu merupakan salah satu perkataan feberet aku. Dalam sehari, sekurang-kurangnya aku akan menyebut perkataan tu sekali. Tak kira la kepada sape pun. Sebab bagi aku, setiap kali aku sebut perkataan tu, ia buat aku gembira. Bukan takat aku, orang lain pun akan gembira. Tak kira la siapa yang salah, aku tetap akan minta maaf. Kalau bukan salah aku pun, dan orang yang terlibat enggan minta maaf pun, aku tetap akan sebut perkataan tu kt diorg. Sebab nanti mesti akan buat mereka terpikir mengenai salah mereka tu dan akhirnya diorang sendiri akan minta maaf semula kt aku. Senang je. Maybe dalam sesetengah perkara, kita mungkin tak tahu apa siapa yang salah tapi bagi aku, tak salahkan sekiranya kite yang meminta maaf dulu.


Selalunya orang enggan sebut perkataan tu mungkin sebab EGO. Besar betol ego mereka hingga nak sebut perkataan tu pon susah. Semua orang ada ego masing-masing. Aku sendiri pun ada ego aku sendiri tapi kadang-kadang tu kite kena la rendahkan sikit ego kita tu. Kalau kita terlalu ego, macam mana orang lain nak rendahkan ego diorang pulak. Tak salah kalau kita rendahkan sikit ego kite tu dulu, dan orang akan hormat kita dan akhirnya diorang pun akan rendahkan ego diorang pula. Macam tu la SATU MALAYSIA!


So korang jangan la susah sangat nak bukak mulut minta maaf kt orang lain. Selain mengelakkan sesuatu isu tu berpanjangan, ia juga memperbaiki perhubungan sesama kita.


p/s:

Tak susah pun nak sebut MAAF… Takkan nak tunggu Hari Raya baru nak sebut perkataan tu pulak.

Twitter Bird Gadget