Tuesday, June 29, 2010

Benci bilang suka.

8 comments



Kalo benci bilang benci, jangan benci bilang suka.

Pernah tak jadi kat korang ada orang lain kat sekeliling korang tu yang tak suka kat korang. Luaran nampak macam takda ape yang berlaku antara korang, tapi hakikatnya orang tu BENCI korang?


Ni la yang jadi kat aku sekarang ni. Kes aku dengn senior aku kat opis ni. Meh aku kenalkan dia sebagai Miss Woo (MW). Minah ni memang workaholic dan sangat serius kat opis tu. Muka selalu je ketat semacam. Memandangkan dia ni senior aku, jadi apa-apa keje aku, aku akan report kat dia. Biasa la, aku ni kuli je....


Awal-awal berkerja dengan dia, aku takde masalah. Dia rajin tolong aku kalo aku tak paham apa2. Memandangkan keje aku sekarang ni agak takde kene mengena dengan course yang aku belajar dulu, tentu la aku kena belajar dari bawah. Alhamdulillah dia ok. Urm sekarang ni aku bekerja dalam bidang IT.



Ko ingat ko boleh challenge aku?ko boleh amik tempat aku? hah jangan harap la panadol!



Tapi sejak akhir-akhir ni dia agak semacam sikit la. Aku tengok dia sangat kedekut sekarang. Moody dia makin melampau-lampau. Aku tanya sikit, nada dia jawab macam nak marah. Paling aku bosan tu, semua source code untuk setiap sistem dan project, dia yang akan simpan. Bila ada modification yang terpaksa aku buat, aku terpaksa mintak source code dari dia. Tapi bukan senang-senang nak dapat, macam-macam soalan kene jawab. Kalau dia bagi pun, macam ikhlas tak ikhlas je. Dulu dia tak macam ni. Hurm itu dulu.....


Tak dinafikan sekarang ni banyak projek masuk untuk company aku, tapi aku tengok semua si MW ni concur sorang, nak makan sorang. Normally kalo ada projek, lepas dia discuss ngan Project Manager, dia akan bahagi-bahagikan kerja kat setiap orang. Tapi sejak akhir-akhir ni aku tengok dia sorang yang 'makan'. Dia sorang yang develop semua projek tu sorang-sorang! Aku tau la dia tu yang terhebat kat company tu.... Tapi bila dia dah tak cukup tangan nak handle projek tu, baru terhegeh-hegeh handover kat aku. Time tu aku ni baru terkial-kial nak study projek tu la, nak sambung keje-keje dia tu la. Memang hangin la aku kalo cmni. Nak-nak lagi kalo projek tu nak launch cepat. Dia ingat aku ni ape?


Ni tak boleh jadi. Ni boleh menyekat perkembangan aku dalam bidang ni. Kalau semua dia yang buat, aku tak boleh belajar atau tambah pengetahuan aku lagi. Bukan aku tak boleh belajar sendiri tapi kalo satu benda pon dia tak assign kat aku, apa yang aku leh buat. satu habuk details pon aku tak tau. Nak je aku complaint kt dia tp tak berani pulak. Takot nanti dia makin anti/benci kat aku. Sebab sejarah menunjukkan sekurang-kurangnya 3 orang junior dia dulu benti keje sebab MW ni tak suka kat diorang. Ini fakta ye. Nak-nak lagi lepas diorang complaint apa2 kt MW ni. MW bukan seorang yang suka di tegur. She's always right! Nak complaint kt bos, sape la aku kan. MW ni staff kesayangan, staff terpenting company aku. Mustahil bos-bos nak dengar complaint aku tu.


So sabar je la ni...


Lagi satu sebab napa aku takkan complaint, malah tak slow talk ngan MW ni sebab dia senior aku. Dia yang akan bagi report kat bos besar pasal performance aku. Kalau MW ni report yang performance aku baik, kemungkinan nak naik gaji adalah besar. Tapi kalau aku ada perang dingin dengan dia, dia makin menci aku ke, moody dia makin teruk ke, nanti tak pasal-pasal pulak dia report yang buruk-buruk pasal aku. Pastu terus aku tak dapat kenaikkan gaji pulak nanti. Tak ke haru tu...


Jadi sbagai seorang pekerja yang bertanggungjawab, aku cuba laksanakan tugas-tugsa aku sebaik mungkin. Aku taknak dia dan bos-bos pandang rendah dengan kemampuan aku. Harap aku tabah dan kuat.




Thursday, June 24, 2010

Anak dara lanjut usia

12 comments



Masa kecik2 dulu, aku rasa umur paling sesuai untuk berkawen adalah 24 tahun. Sebab kalo dah mencecah umo 27 tahun tu dah di kira andartu (anak dara tua) atau lagi sedap andalusia (anak dara lanjut usia). Tapi bila besar aku semakin memahami kehendak duniawi yang memerlukan seorang perempuan belajar tinggi nak-nak lagi kalo sampai tahap master atau PhD, nak kena cari duit sikit bantu family (biasa la anak perempuan memang bertanggungjawab sikit), nak bina karier dan cita-cita, kemudian baru la fikir pasal kawen.


Dulu bila orang tanya bila aku nak kawen, aku akan jawab umo 26 sebab aku tak rase nak kawen awal. Lagipun aku tak cantik, hitam, gemuk, pendek , tak pandai sangat, takde orang nak.


Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Sekarang aku dah brumur 27 tahun, masih belum berkawen dan masih SINGLE (status budget). Sadis betul!


Di usia 27 tahun ni, ramai kawan-kawan aku yang sudah berumahtangga. Yang masih belum berumahtangga boleh dikira dengan jari je berapa orang. Ada juga yang masih menjalani hidup sebagai seorang pelajar di universiti. Tapi bagi aku, zaman sudah maju. Umur 30 pun belum dikira andartu. Seriously ada juga dikalangan kawan-kawan aku yang dah melewati usia 30-an tapi masih beronggeng tanpa perlu fikirkan tentang suami dan anak. Seronok betul hidup mereka.


Teringat aku pada seorang kenalan yang aku kenal semasa praktikal dulu. Akak ni berumur 49 tahun tapi masih bujang dan tidak pernah berkawen. Dia memiliki rumah sendiri, kereta sendiri, kerjaya yang baik dan merupakan pemberi biasiswa kepada beberapa orang adik-adiknya yang masih belajar (adik-adik dia takda seorang pun yang pinjam PTPTN atau JPA).


Penah aku tanya kakak ni kenapa dia tak kawen sampai sekarang. Dia cuma jawab keinginan nak kawen tu takda. Aku tanye kenape? Dia cakap waktu muda dulu, dia sibuk dengan belajar dan sangat workaholic. Dia tak penah pikir pasal cinta, boipren dan kawen sume tu. Bila umo dia dah menjejak je 29 tahun, dia dah takda rasa langsung untuk bercinta atau berkawen. Yang dia fikir cuma nak meneruskan hidup je…



Aku agak pelik dengan jawapan tu. Tapi bila difikir-fikirkan, bila perempuan tu semakin matang, dia makin berdikari, dan masa tu akan ada timbul rasa tak perlu berkawen atau bergantung kepada sesiapa. Betul ke?


Mungkin juga sebab umo 20-an hormon perempuan ni agak aktif sikit. Agak logik seorang perempuan berkawen pada usia awal 20-an atau baru2 nak masuk 20-an, kerana bila sampai saat mengalami ‘jiwa gersang’, dia dah bersuami dan boleh menyiram kegersangan tuh. Takde la kes-kes buang bayi, tangkap khalwat dan lain-lain maksiat tu kan. ade korang dengan perempuan umo 30-an buang anak? Takda kan. Semua yang buang tu perempuan dan remaja yang berumur belasan atau 20-an. Malah ada yang masih lagi bersekolah. Nauzubillah…



Tapi kan bila perempuan kawen lambat atau tak kawen-kawen,banyak jari menunding kepada perempuan saja:


1. Terlalu pentingkan diri sendiri.

2. Pentingkan kerjaya.

3. Terlalu fikir duaniwi.

4. Memilih sangat.

5. Nak mengatasi lelaki.

6. Ego sebab berpelajaran tinggi.


Tapi kalau tengok dunia hari ni memang logik perempuan kawen lambat atau tak kawen

kawen.


1. Lebih ramai lelaki tak berguna dari yang baik-baik.

2. Lebih ramai yang suka one night stand dari yang nak nikah betul-betul.

3. Lebih ramai yang suka berpeleseran dari bekerja keras memperbaiki mutu kehidupan.

4. Ramai lelaki di penjara atau pusat-pusat pemulihan (yang ni aku tak pasti la ye)


Jangan le salahkan perempuan kalau dia jadi andartu. Terpaksa OK. Mungkin juga yang tak kawen/belum kawen ni ada mengalami salah satu dari di bawah:-


1. Fobia sebab pernah kena tipu dengan jantan.

2. Rasa takut bila melihat orang2 keliling dia kena dera, pukul, sergah dengan suami.

3. Ada rahsia yang tersimpan dan takut bila berkahwin akan terbongkar dan megaibkan idup dia.

4. Takut nak kahwin sebab takut tersilap buat pilihan.

5. Tak ada perasaan sebab yang datang pinang semua yang tak abis sekolah sedangkan dia ada PhD.

6. Tension bila dengar keluhan2 kawan2 yang dah kahwin dan tak habis2 gaduh dengan suami.

7. Berdendam dengan lelaki. Mungkin trauma dengan kisah silam seperti pernah dirogol dan sebagainya.

8. Belom puas menikmati hidup.




Apa-apapun semuanya bertimbal balik pada setiap orang. Tapi kadang tak adil OK sebab sikit-sikit nak salahkan perempuan. Lambat kahwin dikata memilih. tak dapat anak, dikata mandul. Bila menjanda, dipandang serong. Lelaki memang selamat aje. Adil ke macam tu?



p/s:

Mungkin Allah belum bagi aku rezeki dalam hal-hal jodoh ni, tapi Allah bagi aku rezeki dari segi yang lain. Alhamdulillah...



Cuainye...

14 comments
Careless!! Itulah perkataan paling sesuai untuk aku semalam. Entah apa yang aku fikir, sampaikan aku boleh melakukan perkara yang sangat cuai dan lalai.

Pagi tadi masa bersiap2 untuk keluar dari rumah, aku terperasan yang aku tak nampak batang hidung purse aku. Puas aku carik. Dalam bilik, kt ruang tamu, kt dapur, dalam toilet, luar rumah...Semua aku teroka. Siap jumpe benda-benda tak tak pernah tau wujud dalam umah tu pon ada. Aku dah mula risau. Mane taknya, sume dokumen penting dalam tu. IC. lesen, kad bank, gambar margono, gambar puan sri, gambar boipren, semua dalam tu. Haru kalo hilang.

Menambahkan lagi kerisauan aku, aku betol-betol tak inagt mana aku letak purse tu. Sebab last time aku tgk purse tu masa aku dalam kete balik dari kedai malam tadi. Masa turun kete, tak ingat ada amik purse tu atau tak sebab banyak sangat barang kt tangan.

Dah habis satu rumah aku selongkar, aku amik keputusan untuk turun and tengok dalam kete. Time tu memang pasrah la sbb dah tak ingatkan letak kt mana. Rumah aku tinggalkan berselerak macam ada laki bini baru gaduh besar. Nak sampai kat kete tu aku dah berdebar-debar dah, mulut ni terkumat-kamit baca doa-doa yang patot, muka pucat tapi mimik macam orang teran berak keras!!


Sadis betol rupe aku time tu.

Sampai je kt kete, terus aku tinjau dari luar. Tak sempat nak bukak pintu dah. Mata terus menuju ke tempat khas purse aku tu.

Alhamdulillah....



Nasib baik ada kat situ. Dan masih lagi berada di situ sampai pagi tadi. Masuk-masuk kete terus aku cium-cium purse tu dengan rakusnya. Lekat-lekat lipstik dgn air lior aku kt purse tu. Ghairah sungguh sampaikan ada sorang mamat kacak yang tgh jogging lalu pon sampai pandang pelik tengok kelakuan aku time tu. Malu? Aku peduli ape ko kacak ke tak, yang penting harta kesayangan aku selamat selepas semalaman berada dalam kete. Risau woo kalo ada orang pecah masuk kete tu amik. Tak pasal-pasal hilang purse, cermin kete pon hancur...Hish simpang malaikat 44...

Lepas ni, aku akan lebih berhati-hati lagi. Tak tau la mampu ke tak aku buat sume tu. Sebab aku mmg seorang yang sangat careless.

Korang jangan jadi careless cam aku tau. Terutamanya pompuan-pompuan luar sana. Nanti tak pasal-pasal hilang keinginan mamat kacak nak ngorat anda.





Wednesday, June 23, 2010

Kenapa lelaki suka.....

21 comments


Disebabkan entry aku pagi td [Baca sini], aku terfikir sesuatu.


Sepanjang hari aku berfikir....


Berfikir....


Berfikir...


Dan terus berfikir.....






Akhirnya....


Aku nak tanya korang la.....










Kenapa lelaki suka pakai boxer?
Lelaki tak suka pakai spender ke?



Apa yang bestnye pakai boxer tu?
Ape istimewa dan kelebihan boxer tu?

Pompuan ade pakai boxer tak?


Sape leh tolong jawab?

Aku nak tau kenapa? Pertanyaan ni mengganggu aku dari pagi td.....


p/s:

Bodo betol soalan nih!


Sakit mata aku!

18 comments


Masa aku nak pegi keje pagi tadi, aku telah berselisih dengan 2 orang remaja lelaki... Aku andaikan diorang ni dalam umo 15-20 tahun kot. Tak tau la sameda diorang sekolah ke tak. Dari jauh aku tengok diorang ni macam pelik je. Cara jalan semacam je. Terkangkang-kangkang, terhenjut-henjut.

Dari gaya mereka aku andaikan mereka ni budak2 hip hop kot. Dalam hati, gaya diorang ni bukan main hebat lagi. Agak-agak kemana la diorang nak pegi pagi-pagi buta ni. Pegi lepak shopping complex? Lepak Bukit Bintang? Ape yang bukak pagi-pagi ni... Aku pelik gak....


Aku usha je diorang... Makin diorang dekat, makin pelik aku tengok pulak... Sekali diorang jalan depan aku..... Rasa macam nak muntah pon ada...


Tau nape?





Ha la...diorang pakai seluar ala-ala gini ha. Seluar londeh nampak boxer! Aku memang anti tahap kipas susah mati kalo tengok orang pakai seluar gini. Stylo la kononnye tu. Stylo hampeh!

Londehnya bukan takat sikit2...Aku tengok sorang tu seluarnya dah londeh tahap bawah punggung! Korang ni pakat nk tayang boxer ke? Nak tayang punggung ni? Nasib baik la korang pakai boxer... Kalo korang pakai spender la, aku rase aku EL arini. Tak sanggup nak tengok. Ikutkan sangat la budaya Barat tu.

Aku tau diorang ni ade niat nak tayang boxer diorang. Tapi agak-agak la sikit dik... Kalo korang pakai boxer branded punya takpe la.... Leh gak korang berlagak. Tapi kalo boxer tulis
Calvin Klëin, korang tak payah la nak berlagak. Naik LRT tambang pun mintak lagi kat mak bapak, ade hati nak pakai Calvin Klein punya barang.

Lagi satu ni. Kalo punggung korang tu mantop macam David Beckham punya aset dalam iklan Amporio Armani underware punye iklan takpe la...Ni tak...Aku pon tak sure la sameda original CK atau Amporio Armani ada ke tak saiz korang!

Huh pagi-pagi lagi dah buat aku meluat!



Cubaan pertama untuk berjiwang...

10 comments





Di malam yang hening ini, aku tak mampu melelapkan mata. Aku lihat bintang-bintang yang tak berapa nak nampak akibat diliputi awan malam dari balkoni penthouse aku. Mengharap tahi bintang akan melintas, supaya aku dapat membuat permintaan. Ya permintaan agar aku dapat bersama dia sekarang ni. Pedihnya rasa di hati.....

Fikiran aku melayang teringatkan dia. Owh rindunya aku pada dia. Walaupun sekarang aku bersama yang lain, kadang kala aku masih teringatkan dia. Kenangan aku dan dia bersama saban malam tidak mungkin aku lupakan. Aku tidak pernah curang. Cuma kadang-kadang hawa nafsu menguasai akal dan pemikiran ku.


Selamat malam, Carlos
~

p/s:

Pertama kali menyebut pasal Carlos kan. Nanti aku ceritakan siapa Carlos dihati aku ni.






Sunday, June 20, 2010

Kisah lelaki jawa bernama Margono

7 comments



En Margono adalah seorang lelaki berketurunan jawa pure dan berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah rendah. Sudah berkahwin dengan seorang wanita yang agak 'queen control' dan dikurniakan 3 orang anak yang sangat maju jaya.


Walaupun berhadapan dengan pelbagai kerenah dan perangai isteri dan anak-anaknya, En Margono tidak pernah merungut. Setiap tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah dilaksanakan dan dihadapi dengan senyuman.


En Margono seorang yang sangat tabah, kuat dan rajin bekerja. Malah sifat itulah yang sentiasa diterapkan kepada anak-anak beliau walaupun sedar bahawa anak-anak beliau tidak ada seorang pun yang mewarisi sifat-sifat itu secara semulajadi. Namun bagi beliau, itu semua bukan salah ibu yang mengandung. Tapi mungkin salah si bapa yang salah menghantar sperma.


“Jangan Duduk Diam” merupakan motto hidup En Margono. Sebab itu jika anda kenal dengan beliau, anda akan perasan yang beliau tidak betah duduk diam. Ada saja kerja atau perkara yang akan dia lakukan. Semasa usianya hampir manjejak 40-an, beliau giat membuat kerja part time untuk menyara keluarga walaupun ketika itu beliau adalah seorang guru di sebuah sekolah menengah. Jika lelaki lain punya motto “Life begin at 40”, motto itu tidak berkesan kepada En Margono. Yang dia tau ketika itu adah cuba untuk memberikan yang terbaik utk keluarganya.


Marah atau garang bukan sifat beliau. Bukan tidak bermakna beliau tidak pernah marah, tapi mungkin beliau jenis yang ‘simpan dalam’. Tapi serius jangan bagi beliau marah sebab anda tindakkan beliau ketika marah merupakan sesuatu yang anda tidak mungkin dapat fikirkan. Di sebabkan sifat beliau yang tidak garang itu, beliau digelar ‘Mr Cool’ (bukan Mat Kool ye..) di atas ketenangan beliau tu.


Namun begitu, En Margono mempunyai sifat lain yang kadang-kadang agak menjengkelkan. Beliau sangat blur, sangat loyar buruk dan sangat lurus orangnya. Sering membuatkan isteri dan anak-anak pening kepala dengannya. Walaupun begitu, sifat itu la yang kadang-kadang membuatkan isteri dan anak-anak terhibur.


Satu sifat En Margono yang amat-amat di sukai oleh isteri dan anak-anaknya adalah sifat mengutamakan isteri, anak-anak dan keluarga dahulu sebelum dirinya. Beliau sanggup melakukan apa saja agar insan-insan yang beliau sayangi mendapat semua yang di hajati walau sesusah mana pun untuk beliau tunaikan.


Besar sungguh pengorbanan beliau untuk keluarganya.....



Kepada En Margono, Selamat Hari Bapa.




p/s:

En Margono merupakan Ayah aku atau nama sebenarnya En Mahpot. Margono merupakan nama panggilan di kalangan adik-beradik beliau semasa mereka kecil.



Ni la wajah sebenar En Margono






Twitter Bird Gadget