Saturday, July 31, 2010

Majlis Cukur Jambul Adam - Finale

8 comments

Wah dah seminggu cerita Majlis cukur jambul Adam aku peram. Ah tak kisah la. Aku nk citer gak.

Alhamdulillah majis berjalan lancar walaupun pada awalnya Pak Long aku agak risau tidak ada orang datang sebab pada hari yang sama, ada 3-4 buah rumah sekitar tu yang ada kenduri juga. Target tetamu 200 orang tapi aku agak pada hari kejadian, lebih dari 200 orang yang datang. Mana tak nya. Hidangan yang Ibu aku sediakan memang lebih untuk 200 orang. Dah sesudah majlis, semua lauk habis!


Ni aku nak share beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung.




Ni la rupa terbaru baby Adam yang akan diraikan. Adam sedang di pujuk sebelum majlis bermula kerana mak bapak dia risau Adam akan menangis masa majlis nanti. Eeeeee....dia makin comel!



Lauk-lauk yang akan di hidangkan. Kari kambing tu memang mabeles. Tu pasal la En Curly boleh sanggup nak makan part kepala kambing tu!



Menu paling HOT! Cendol...memang menjadi perhatian. Al-maklum la time tu tengah hari. Agak panas.



Time aku menikmati cendol tu sebelum habis! Tugasan aku bukan takat makan cendol ye. Aku antara 'orang pangkal' yang menjayakan majlis.



Ni masa majlis cukur jambul tu berlangsung. Adam boleh tertido dengan nyenyaknya walaupun ramai orang yang dok pegang2 n cium2 dia.



Acara berandoi dan berzanji.



Mereka orang kuat selepas majlis berlangsung. En Curly dan Datin Lulu sedang menjalankan tugas yang telah mereka nanti-nantikan selama ni.


Penat memang penat tapi puas dapat makan kari kambing yang memang wallah! Nasib baik tak kena darah tinggi hehe...



p/s:
Lepas ni kita tunggu majlis cukur jambul anak En Curly dan Datin Lulu pulak! Hahaha





Friday, July 30, 2010

Bila MLM dan Skim Cepat Kaya buat aku hilang kawan....

8 comments
Semalam semua orang bercakap pasal satu skim cepat kaya yang telah berjaya dikantoikan oleh pihak Polis. Skim yang beroperasi dekat Bandar Sunway tu lebih dikenali dengan One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club. Honestly aku penah di bawa oleh seorang kawan ke sana dalam usaha beliau untuk mengajak aku join benda ni. Tapi syukur Alhamdulillah aku tak join benda tu sebab aku tak yakin.
Kenapa aku tak yakin nak join skim tu walaupun diorg tunjuk macam-macam bukti visual dan fizikal yang membuktikan skim tu telah menjadikan ramai orang MELAYU kaya raya?


1. Masa kawan aku ajak ke sana, dia tak pernah nak bagi tau apa bisnes yang dia join. Yang dia cakap cuma bisnes buat duit. Yang penting senang dapat duit bak kata dia. Sebelum ke port diorg, satu apa pon dia tak bagi tau pasal bisnes tu. Kalau bisnes yang 'betul' kenapa nak berahsia sangat, kan.


2. Perjumpaan pulak dilakukan pada waktu malam. Bila aku tnya kenapa tak boleh buat siang, dia cakap sebab tak meriah, ramai orang keje. Kalau benda tu senang dapat duit, kenapa ramai lagi yang kena keje?


3. Cara operasi dan kemana duit-duit tu dilaburkan agak tidak jelas. Takkan senang-senang je nk dapat return tinggi-tinggi dalam masa yang singkat. Halal ke haram. Walaupun diorg cakap dapat perakuan Jabatan Agama la, ada tokoh2 agama yang join jugak la...Aku tak pecaya!


4. Diorang tunjuk deretan kereta mewah bukti kejayaan upline-upline senior. Bila aku tanya, diorg tu takde sorang pun yang dah beli rumah. Kalau duit dah banyak sanagt, kenapa beli kereta mahal-mahal je tapi duduk menyewa kat flat-flat kos rendah je.


5. Mereka wajib berpakaian kemas. Good impression kata diorg. Aku yang pegi sane hari tu dengan pakaian yang ala-ala orang nak masuk tido, boleh kena pandang pelik pulak. Aku bukan bogel la!


6. Upline-upline yang dah 'berjaya' sangat RIAK! Aku tak anggap diorg sekadar bersemangat nk ajak aku join skim tu. Sebab cara diorg tu macam mengagung-agungkan pulak orang yang reka skim tu.


7. Diorang akan contact kita selagi kita tak join benda ni. Lepas aku pegi first meeting diorg hari tu, hampir setiap hari kawan yang bawak aku ke sana tu (termasuk upline dia) contact aku tanya bila nak join. Bile masa pulak la aku cakap aku nak join benda bodoh tu?


8. Kewujudan syarikat tu agak was-was. Entah betul ada entah tak sebenarnya syarikat tu.


9. Mereka dengan beraninya sanggup menyuruh aku berhenti keje dan buat benda ni full time! Gile ke apa. Kalau tak success, sapa nak bagi makan anak laki aku kat umah tu!



Ok bukan tu saje alasan kenapa aku tak pernah terlintas nak join bisnes2/skim2 macam ni. Banyak sebab lagi.


Skim Cepat Kaya, Multi Level Marketing(MLM), insurans dan sekutu-sekutunya tu membuatkan orang hilang rasa malu. Kadang-kadang terkejut bila ada kawan-kawan yang dah berbelas tahun terputus hubungan tiba-tiba contact kita semata-mata nak kita join benda2 ni...Ada juga yang terlalu leka nak cari downline, nk cari keuntungan lebih, sanggup lupakan kawan dan keluarga. Bila apa yang di usahakan tak mendatangkan hasil, hutang bertimbun-timbun, baru la mereka cari kita balik.


Aku bukan bias dengan skim/bisnes seumpama ni, tapi bagi aku tak semua boleh dipercayai. Mungkin ada skim atau MLM yang boleh buat orang lain kaya-raya, tapi mungkin tak untuk kita. Bukan semua orang boleh buat MLM. Aku tahu aku tak boleh buat. Sebab tu aku tak join benda-benda ni.
Nak kaya ke, nak cari rezeki ke, biar la dengan cara yang betul, dengan cara yang halal...Kalau nak melabur tu, sekurang-kurangnya kita kne tahu ke mana duit2 tu dilaburkan. Ingat, duit tu kita nak bagi keluarga. Takkan nak bagi keluarga makan duit haram pulak,kan. Jadi fikir-fikirkan ye......


p/s:
Kawan aku yang memperkenalkan aku kat benda ni sanggup berhenti keje dari sebuah jabaatan kerajaan semata-mata nak buat bisnes ni full time. Tapi dah hampir setahun dia join benda ni, dia masih lagi pakai motor. Kalau benda ni betul-betul ok, dia dah patot sangat pakai kereta.....

Mungkin rezeki orang lain-lain.......



Wednesday, July 28, 2010

Majlis Cukur Jambul Adam - Phase 2

6 comments
Before ni aku ada citer pasal aku yang telah di tugaskan untuk menghias buaian Baby Adam untuk majlis cukur jambul dia kan [Baca sini]. Ni meh aku citer apa yang tejadi masa proses penghiasan hari tu...

Pada hari kejadian aku ke rumah Pak Long. Sampai-sampai saje di sana, terkejut aku tengok buaian tu dah dihias oleh 'seseorang'. Aku dah mula muncung...

Ciss ada gak yg cuba nak menjatuhkan imej aku sebagai seorang yang kreatif!


Tanpa banyak cerita, tanpa tanya tuan rumah, terus aku bukak balik apa yang telah terhasil dan terlekat pada buaian Adam.


Aku cari apa2 material yang boleh aku gunakan untuk menghias. Aku jumpa kain yang sesuai. Dan masa untuk berkreatif bermula. Aku di bantu oleh Momok a.k.a adik aku.


Kami baru je mula pasang, ramai pulak assistant yang ingin menghulurkan bantuan. Ada yang nak gantung gula-gula, ada yang nak gantung belon. Idea? Subhanallah banyak. Kalau ikutkan diorg, sume benda nak letak kat buaian tu. Gula-gula, coklat, belon, bunga, daun, manik-manik koran (bak kata member org Kedah aku dulu). Dah la tu semua yang menghulurkan bantuan adalah dari kalangan orang-orang veteran. Tankan di label kurang ajar, nak tak nak, terpaksa la aku ikutkan sikit2 idea diorg tu sikit2. Tanpa rela!


Hasilnya.....






TADAA!!!!!
Aku tak suke bab gula-gula dan belon tu...

Nak harap bini En Ketak tu? Huh lambek bona dio balik kampung. Kalau tunggu dio, mmg tak siap la buaian ni...Pastu aku g prepare barang-barang untuk acara cukur jambul pulak. Panjat pokok kepala, toreh-toreh kepala tu, buat bunga rampai, sediakan air mawar. Dan hasilnya...


Lepas settle keje aku, aku melawat pulak kambing-kambing yang akan di korbankan pagi esok. Ada 2 ekor. Wah...aku bakal pekena kari kambing ok. Puan Seri yang akan masak. For sure mabeles punya la....Sori gambar kambing takde sebab aku tak berani nk dekat ngan kambing-kambing tu hehe....


p/s:
Nanti aku cite pasal kenduri yang wallah meriah tu ok...Sangat sibuk sekarang...

Wednesday, July 21, 2010

Wafi duda Anne Ngasri dah jadi opismate aku?

17 comments

Sape yang tak kenal ngan Wafi? Abdul Wafi? Ex-hubby Anne Ngasri?

Kalau tak kenal memang korang ketinggalan zaman.!! Gi tanya
En Google atau Bang Nara kalau korang tak kenal sapa mamat tu.

Tadi aku melepaskan penat bekerja di facebook. Lama dah aku tak bukak. Tengah usha update member-member, aku pun pengusharan aku terhenti kat facebook opismate aku.


Muntah hijau aku gelak tengok update dari dia.


BEZA AKU NGN WAFI!!


Klik untuk tumbesaran power.


Hahaha aku dah agak dah. Memang sebelum ni dah ramai orang yang tegur rupa dia sama ngan Wafi ni. Glemer ko bang.


Cuba korang tengok, sama ke rupe diorg ni?



Ni opismate aku....


Ni pulak Wafi (ex-hubby Anne)....


Hah same ke?


Urm bg aku kadang-kadang tu ade gak iras2. Dua-dua kurus kering. Muka pun ada la sikit2 iras2. Tang misai sama, tang senyum sama. Haha lawak betul la mamat ni. Opss tp korang jangan gelak lebih-lebih. Mamat ni bakal jadi polis tau! Dia saman korang nanti tak pasal-pasal je.


p/s:

Opismate tak tau aku amik gambar dia ni haha. Takpa ye... Aku cuma nak membantu ko bertambah glemer dan merungkai persoalan keseirasan ko ngan Wafi tu. Harap-harap lepas ni takda la orang cakap ko macam Wafi lagi. Ko tak suke kan orang cakap camtu.





Thursday, July 15, 2010

Seronok dapat 'BANCI' mamat hensem sebelah rumah!

12 comments

"Dik, akak ni datang mewakili kerajaan. Datang nak buat bancian. Boleh luangkan masa 10 minit untuk akak tak?"
"Urm boleh...boleh... Jemput la masuk kak...." <--ciri2 menantu="" pilihan="" span="" xd="">

Bla...bla...bla.... Banyak cakap gak akak ni.



"Rumah mane je yang akak dah banci kak?"

"Ala baru start kul 4.30 tadi. Baru je dapat beberapa buah je. Level ni pon baru rumah sebelah je akak singgah tadi..."

"Hah umah sebelah kak?" <--excited gaya="" menggatal.="" span="">


Sambil mengambil posisi betul-betul sebelah akak pembanci tu...



"Umah tu dok bape orang kak? Jarang-jarang la nampak diorg tu..."

"Ramai gak tapi budak tu pon cakap td diorg pon mmg susah nak jumpe sesama sendiri."

"Ooo yeke...". <--fuh ada="" chance="" lagi.="" span="">

"Diorg tu keje ape kak? Kadang2 nampak ada, kadang2 takda lama sangat. Ingatkan dah pindah sebab lama tak nampak diorg, pastu ada macam family pulak yang duduk situ." <--concerned jiran.="" pasal="" span="">

"Ala budak-budak tu keje macam production, musician sume tu. Diorang pun cakap nak jumpe sebulan sekali pun susah..."
"Ooooo....patot la...Keje production rupa-rupanya...." <--sambil ada="" makna.="" span="" tersengeh="">

"Hah apa lagi Cik Panadol. Lepas ni kite kena rajin2 'menebeng' kat balkoni luar tu. Kena rajin2 berlakon depan diorg sume tu. Mana tau dapat offer berlakon pulak kan."

"Betul..betul...betul. Tak dapat offer berlakon pun, dapat offer jadi suri di hati pon tak pe kan.....Hahaha"

"Alah korang ni...Kalau akak la, akak dah pegi tegur diorg dulu dah. Tak payah nak malu-malu la..."
"Huh akak ni. Tak leh terus camtu kak. Kena gak jaga ciri-ciri kesopanan, lemah lembut dan sifat ayu bile depan diorg tu." <--walaupun masing2="" perangai="" pontianak="" span="" umpama="">

"Alah korang ni. Geli akak dengarnye!"
"Hehehe biasa la kak...Kami guna strategi secara halus......" <--sengihan bertambah="" span="" sumbing="">

Mesti akak tu budget kami ni minah gatal. Tetiba tanya pasal mamat HOT yang jadi jiran sebelah umah sewa ni.

Hah peduli apa! Yang penting kami dah menambahkan lagi sedikit info pasal mamat-mamat tu. Mana motor/kereta dia, pukul berapa diorg selalu keluar rumah, pukul berapa diorg balik umah. Tu semua dah jadi sebahagian dari jadual harian kami juga tu.


Ini adalah realiti kehidupan seorang gadis sunti yang GATAL!!! Hahahaha



p/s:

Patotnya kami yang kena tanya macam2 dari akak pembanci tu, tapi tak salahkan kami yang bertanya pulak kat akak tu kan. Dia mengumpul maklumat. Kami pun mempunyai matlamat yang sama. Mengumpul maklumat.

Tuesday, July 13, 2010

Majlis Cukur Jambul Adam - Phase 1

4 comments
Minggu depan Pak Long aku akan mengadakan majlis cukur jambul/aqiqah/berandoi untuk cucu sulung kesayangan keluarganya, Baby Adam. Aku sebagai Mak Long kepada Adam telah dipertugaskan oleh Pak Long dan Mak Long aku untuk menghias buaian untuk cucu kesayangan mereka ni. Kata mereka, ini merupakan pengalaman pertama mereka. Jadi mereka tak tahu macam mana nak menghias buaian Adam.

Tiada pengalaman?


Habis tu, diorang ingat aku ni ada pengalaman? Da ramai sangat ke anak-anak aku yang dah aku aqiqahkan?


Urm memandangkan mereka beriye-iye nak aku buatkan juga, terpaksa la aku bersetuju dalam tidak.

Apa yang patot aku letak kat buaian tu ek. Aku tak penah pegi majlis aqiqah atau cukur jambul anak orang sume ni. Zaman kecik-kecik dulu aku penah la pegi. Buaian baby tu diorg akan hias dengan pelbagai jenis gula-gula atau coklat. Bila majlis berzanji selesai, kanak-kanak akan dilepaskan untuk berebut gula-gula yang bergantungan tu.

Tu zaman dulu. Zaman sekarang ada ke lagi orang buat macam tu? Zaman kan dah berubah.
Tengok la bezanya zaman dulu2 punya buaian berandoi dengan sekarang punya.



Zaman dulu punya/style orang kampung punya. Kat buaian tu penuh dengan gula-gula. Bergayut-gayutan dari atas sampai bawah. Budak-budak dah berderet berdiri sebelah buaian tu sbb lepas je habis diorg berzanji sume tu nanti. Haa...Time ni, buaian tu diorg just guna kain batik ke.




Tapi korang tengok la buaian sekarang ni. Siap ada pentas. Macam pelamin pon ada aku tengok. Aku kawen nanti entah ada entah tak pentas-pentas seumpama ni hahaha. Tengok, yang penting, kat buaian takda gula-gula ya. Bunga-bunga je ada. Style ni selalu orang-orang bandar yang buat. Kat kampung aku tak penah lagi tengok ade orang buat beriye2 cmni.


Arghh...Aku dah konfius nak buat style orang kampung ke atau style orang bandar. Atok nenek si Adam ni sebelah side orang kampung, sebelah side lagi orang bandar. Kalau aku buat style kampung, nnti atok nenek side bandar cakap kuno pulak style cmtu. Kalau aku buat style bandar nanti, atok nenek side kampung cakap aku buang tabiat pulak hias buaian macam orang nak kawen. Tolong la sesiapa boleh bagi idea kt aku. Apa orang zaman sekarang letak untuk hias buaian baby tu???


Mr Curly!! Wa perlukan pertolongan Datin Lily. Wa tak tau apo nak buek dah ni.....!!!


Saturday, July 10, 2010

Tutorial: Cara Nak Disable Right Click

9 comments


Ok ni first time aku buat tutorial. Urm tutorial? Maybe aku lebih suka guna perkataan "Bagaimana nak..." atau pun "How to...". Tutorial tu macam terlalu hebat bagi aku memandangkan aku masih baru lagi dalam bidang blogging memblogging ni. Jadi jika ada silap dan salah, harap di tegur dan dimaafi ok. Saya pun budak baru belajar.

Sesi
"Bagaimana nak...." aku yang first ni, adalah request dari seorang gadis comel Ann-Afie. Dia ada bertanya macam mana nak buat benda ni kt Shoutbox aku smlm. Mekasih kepada Ann.


Kenapa Disable Right Click ni?


Selalunya blogger akan men'disable'kan right click ni sbb nak mengelakkan orang lain mengambil apa yang ada dalam blog mereka. Mungkin ada yang tidak suka jika ada orang lain mengambil bulat-bulat (copy paste) setiap ayat yang ada dalam blog kita tu. Tidak salah memplagiat hasil penulisan orang lain asalkan korang tau cara nak berterima kasih pada telah menghasilkan penulisan tu. At least sebut la nama dan letak link orang tu dalam entry yang korang dah plagiat tu, bagi credit kat orang tu. Tak susahkan...

Tapi tak semua orang suka function disable right click ni. Contohnya kalau pelawat blog tu masih nak berada di blog tu, tapi nak buka link baru kat New Tab yang baru. Kalau right click tu di enable kan, senang la pelawat tu nak pilih
[Open link in New Tab..]. Well, semua tu bergantung kepada setiap orang.


Berikut adalah cara yang mudah untuk membuat function ini.



Dari Dashboard blogger korang, pilih
Design > Page Elements > Add a Gadget


Pilih HTML/JavaScript.


Copy paste code ini:

<script language=JavaScript>
<!--


var message="Masukkan Mesej Anda Disini";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>




Kemudian tekan
SAVE. Lihat kesannya kepada blog anda.

Ni contoh mesej untuk disable right click blog aku.




Selamat mencuba!!!

p/s:
Credit to Unwanted



Twitter Bird Gadget