Tuesday, August 31, 2010

Penat-penat balik keje, dengan mood nak marah tetiba rasa tenang je bila.....

19 comments

Seriously, aku memang baru je sampai umah ni dari tempat keje. Sangat-sangat penat. Dengan keje tak siap lagi, projek nk running lagi sehari lagi. Huh memang tertekan! Budget balik-balik umah je ingat nak campak pinggan mangkuk. Ala-ala lepas geram. Tapi......

Keluar-keluar je dari lif, dari jauh aku tengok mamat hensem sebelah umah tengah lepak kat luar. Betul-betul depan umah aku. Bile tengok diorg lepak kat situ, aku secara automatiknya berubah menjadi seorang yang sangat pemalu. Jalan tunduk je aku untuk sampai ke pintu umah. Perasan macam aku ni la perempuan paling ayu dan sopan santun dalam dunia ni. Dah la tu mamat-mamat hensem tu lepak jaraknya tak sampai 5 kaki dari pintu umah aku. Makin terserlah la kemaluan aku. Nak angkat muka pon segan apatah lagi nak pandang diorg. Jauh sekali bertegur sapa.


Sampai je depan pintu makin tak keruan aku. Cucuk lubang kunci pon tak lepas-lepas. Rupa-rupanya salah kunci!! Takpe...takpe...Maintain control cun ok. Dapat je bukak pintu, aku terus masuk dalam umah. Tapi dalam kelam kabut tu sempat gak aku meleretkan mata kat mamat-mamat tu kekekeke. Ala-ala jelingan menggoda gitu. Opps! Diorang tengah pandang aku. Wahhhhh longgar lutut aku. <--masih ada="" aku="" ayu="" budget="" bukak="" diorg="" guna="" hakikatnya="" kereta="" kunci="" pandang="" pintu="" sebab="" span="" try="" tu="" walaupun="">

Dalam umah aku senyum sorang-sorang. Ada rasa debar-debar. Hati rasa tak tenang. Rasa macam anak dara yang sedang di pinang jejaka idaman. Ceh!!! Sila muntah jika perlu...





p/s: Hakikatnya Cik Panadol memang seorang yang sangat pemalu........


p/s/s: Erti kemerdekaan pada aku tahun ni adalah TIADA CUTI MERDEKA SEBAB AKU KENA KEJE ESOK!!! Aku jugak yang tak merdeka-merdeka lagi....



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53!


Wednesday, August 18, 2010

Mr & Mrs Curly

21 comments

Wah tajuk tak tahan...Ala-ala Mr & Mrs Smith pulak. Napa aku buat entry ni untuk diorg ni? Haaa...aku nk dedicate kan lagu/video ni kat diorg. Memandangkan diorg ni kaki karaoke kan. Korang yang lain pon patot try karok lagu ni. Memang masyukkkk.... Aku dah try.


Enjoy ok Mr Curly!





Urm Budak Johor dan Cik Zarra pon boleh join sekali gak.




Monday, August 16, 2010

Topik hot sepanjang bulan puasa....

20 comments
Masuk je bulan puasa beberapa hari lepas, aku perasan sesuatu. Perubahan yang berlaku di sekelling kita ni. Tiba-tiba je mood berubah. Ada topik yang menjadi bahan bualan semua orang. Semuanya berkaitan dengan bulan puasa dan hari raya. Samada kat opis, kat kedai mamak, kat blog-blog malah kat masjid pon org bercakap pasal topik2 ni.

Dari kajian aku selama 20 tahun, simptom-simptom ni berlaku kerana ia merupakan tanda-tanda bahawa hari raya semakin hampir. Korang pun mungkin salah seorang pembawa simpton ni. Jika terbukti benar, sila jauhkan diri anda dari mereka-mereka yang belum menunjukkan tanda-tanda telah di jangkiti. Meh kita usha apa simptom-simptom yang menjadi topik hangit tu.....



Kuih raya

- time ni ramai la member-member kite yang tiba-tiba ada bisnes jual kuih raya. Tak cukup jual online, siap berniaga kat opis sekali diorang ni. Macam-macam jenis kuih raya diorg jual tapi rasanya semua sama. Satu acuan je kot, cuma design lain-lain. Jangan buat camtu ye. Berniaga kene jujur...





Shopping baju raya

- selalunya yang menjadi bahan perbualan pasal baju raya ni mestilah macam berapa pasang baju raya, pesyen ape baju raya, kaler ape, tempah kat mana, beli kat mana. Time ni semua pesyen nk try. Yela raya setahun sekali kan....





Bazar ramadhan
-1 hari, 1 bazar... Kalau boleh semua bazar nak redah. Pantag dengar ada orang cakap makanan kat bazar tu sedah, cepat je diorg ni serang. Nape la tak masak sendiri je. Gi bazar nanti banyap pulak duit yang keluar. Nafsu la katakan....



Juadah buka puasa/port berbuka puasa

- aku konpom sepanjang ramadhan nanti, kalau kat opis tu dari pagi sampai la ke petang, makcik-makcik dan kakak-kakak kita ni leka bercakap pasal juadah berbuka puasa. Apa nak masak harini, nak berbuka kat mana,hotel mana, nak beli kat mana, mintak resepi2 terbaru
(jangan ada yg bukak kelas memasak kt opis sudah la ye...). Jangan terkejut kalau ada juga di kalangan mereka ni yang boleh berborak pasal ni dengan customer/client yang berurusan dengan company mereka!



Balik kampung mana?

- part ni fofular kepada mereka-mereka yang telah berkahwin dan mempunyai lokasi kampung halaman yang berlainan. Sebelum kawen setuju untuk bergilir...bila dah kawen lain pulak jadinya. Tapi jangan sampai hal-hal macam ni leh buat korang bercerai-berai. Tu belum lagi kes yang hidup bermadu tu. Mesti pening si suami.





Tiket bas
- benda ni kalo sesiapa yang destinasi
cinta nye ke belah-belah pantai timur tu, aku budget diorg mesti beli sebulan awal tiket kan. Start je masuk bulan puasa, diorg akan terjah kaunter tiket bas tu tiap-tiap hari untuk memastikan tiket balik kampung diorg ada. Sebab ada sesetengah kaunter tak menjual tiket terlalu awal. Itu yang kadang-kadang ada pengguna yang terpaksa pergi ke kaunter tiket setiap hari untuk mencari tiket. Aku dapat rasai kepayahan mereka yang terpaksa menghabiskan masa memburu tiket-tiket bas sebelum kehabisan.





Jalan TAR
- port feberet warga KL dan sekitarnya untuk membeli-belah sempena hari raya. Walaupun sesak tp masih ramai yang 'rajin' ke sana. Kenapa pilih Jalan TAR? Macam-macam ada dan semua barang dijual dngan harga yang sangat berpatutan. Ni juga merupakan port peberet Mr Curly ok...Sebab sanagt dekat dengan RedBox aka opis kedua beliau! Warghhhh bile mau g sana nih!






Salam Perantau?
- tau tak ape benda ni? Ok, tiap kali nak raya mesti ada satu kolum dalam paper yang membolehkan rakyat Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara (yang tak dapat balik beraya) membuat ucapan selamat kepada keluarga atau kenalan di Malaysia ni. Kolum ni sangat hot bagi anak-anak gadis ye. Diorg akan beli paper semata-mata nak baca kolum tu je! Masa ni la mereka akan cuci mata melayan gambar-gambar mamat-mamat hensem yang keluar kat paper tu. Pastu bergosip dengan member2. Kalau ada alamat, jadi la parah Aku penah alami kejadian ni di masa seorg member sangat obses dengan kolum ni. Huh sangat gediks!





Bagus gak borak2 pasal ni tap jangan sampai tahap mengumpat, mengata orang sume tu ye.




Wednesday, August 11, 2010

Puasa : Sebuah kenangan terlampau….

10 comments

Ketika ini, kanak-kanak sedang sibuk termenung memikirkan apakah juadah berbuka yang disediakan oleh ibunya. Ketika ini, ada ibu bapa yang bertungkus lumus menyiapkan kerja supaya dapat pulang ke rumah melayan kerenah anak-anak untuk berbuka. Sambil otak berserabut memikirkan persiapan hari raya yang bakal kunjung tiba. Ketika ini, pasangan kekasih sibuk merancang di mana hendak berbuka, pukul berapa hendak bertemu…


Aku, ketika ini, merisaukan betapa senangnya hanya berpuasa menjaga makan dan minum. Tetapi amat payah memikirkan puasa yang sempurna, dari segi ibadatnya, dari segi cegah maksiat dan zinanya (bukan aku berzina, jangan salah faham), dari segi ketepatan dan kesempurnaan rutin harian dalam bulan puasa. Masih jauh puasa ku untuk menjadi yang sempurna di sisi tuhan. Tetapi, saat saat ini, mengingatkan kembali ibadah puasa ketika kecil. Amat melucukan.

Aku mula berpuasa dari tadika, dari hari pertama aku berpuasa, hingga sekarang, rekod puasa aku bukan la boleh dibanggakn sgt. Selain daripada puasa yg ditinggalkn kerana ‘bulan mengambang’, rekod puasa aku tu pon sedikit tercalar dengan puasa ‘yang yok’ dan puasa ‘berupah’.



Teringat lagi ketika kecik2 dulu, aku jenis yg susah nk bangun sahur. Jd setiap kali masa bersahur, ayah la yang akan dukung aku ke meja makan untuk memastikan aku bersahur. Bersahur dengan lauk berbuka semalam. Tp aku ni jenis yg simple je. Sahur tu kalau dapat nasik+telur goreng+kicap, tu pon da cukup bagi aku. Dan sampai skrg ni menu tu merupakan menu kegemaran aku, memandangkan aku agak cerewet dan banyak pantang larang dalam makanan ni. Tp ada sesuatu yang paling aku tak suka setiap kali bersahur. Aku akan di paksa minum air bergelen2 oleh ibu sedangkan aku bukan la seorg yg banyak minum. Huh akibatnya, sepanjang hari la aku akan berulang alik ke tandas. Kalau hari sekolah, selepas sahur, aku pasti tertido di sofa ruang tamu sebelum dikejutkan untuk ke sekolah.


Tetapi, kenangan puasa yang lucu adalah ketika aku berpuasa bersama2 sepupu di kampung. Biasa la kalau da nama pun kanak2, kalau berjumpa tu mesti tak tau duduk diam. Berlari bagai nak gila ke sana sini umpama org tak puasa. Selalunya kalau dah main tu, bukan ingat nk yg kita tengah berpuasa. Bila atok dan wan dah terjerit2 panggil masuk dan mandi, baru la perasan yg kami berpuasa. Tp selalunya kami takkan terus masuk ke rumah walaupon dah berkali2 nama kamu bergema dalam hening petang. Bila da nk kena ba’eh dengan atok, baru la terhegeh2 masuk mandi. Da masuk rumah pon kadang-kadang boleh sambung main lg!! Kami tetap aktif! Penat tu, tuhan saja yang tahu. Tapi, kami mempunyai ubat mujarab…

‘Bathtub’ untuk 5 orang…

Kalau di kampung aku, bilik airnya akan ada kolah air yg agak besar. Kolah tu umpama tab mandi/kolam renang mini bagi kami hahaha. Masa kecik2 dulu, kalau mandi ramai2 dalam bilik air bersama2 pon tak kisah. Bukan ada rasa malu pun. Huh kalo dah mandi beramai2 tu, mula la start perkara2 bodoh. Apa lagi kalo bukan berendam dalam kolah tu la huhuhu… sejuk dan nyaman rasanya. Leh main selam2 lagi tu!! Erm kalo dah menyelam tu, pempaham la ye ape yang terjadi… kadang-kadang buat macam tertelan air tu jek, sedangkn masa menyelam tu dah berteguk2 air kami telan… Trick siut…!

Tapi di ingatkan kepada semua, jangan tiru perlakuan ini!!! Kenapa?? Selepas aktiviti kami didalam bilik air tu dihidu oleh atok dan wan kami… setiap sorang dapat libasan di ‘tot’ masing2. Berbirat gak la sampai nak duduk pon susah.

Ah, kenangan…

Waktu kanak-kanak, waktu berbuka puasalah yang ditunggu-tunggu. Jam pukul 6:30ptg, sudah duduk di atas kerusi, mengadap juadah yang satu satu dihidang oleh ibu dan wan. Lawan memilih kuih mana milik aku dan milik adik-adik. Ini Akak punya, orang lain takleh amik, Aku jarang mengalah bab2 berebut makanan ni. Tengok la body macam mane hehehe… Perut dah bunyi. Ayah selalu buat air kelapa+sirap, kegemaran seisi keluarga. Kami panggil tu “Janda Berhias”. Kenapa air tu diberi nama sedemikian, aku pun tak pasti. Pukul 7:00ptg, bangun ke dapur, siapkan nasi dan lauk pauk. Tapi lauk2 yang tertumpah kt tangan tu, kadang2 selamat dijilat sekelip mata. Bila ibu nampak, dia ketuk tangan dengan senduk nasi. Mau bengkak jugak la… Berbuka puasa dengan bacaan doa yang dipass kepada adik! Makan dengan berselera sampai tidak boleh bangun. Bila emak suruh solat Maghrib, buat buat sakit perut, sedangkan senak dan lahap.

Bulan-bulan puasa itu, tidurku dialuni bacaan Quran oleh atok atau wan. Kadang2 ikut bacaan Quran di TV. Ketika bangun sahur pun begitu. Indahnya puasa dahulu…


Sekarang, sahur pun jarang. Berbuka puasa seorang. Mungkin akibat duduk di rumah bujang yang tak sekepala dan tak seselera. Makan pun, hanya sejenis, nasi campur atau nasi goreng kalau rajin tunggu. Kalau tidak, McDonalds. Itu sahaja. Tak macam kalau berbuka di kampung atau bersama keluarga. Sahur pun malas bangun. Rugi tidur fikir ku. Ah, puasa zaman dewasa ini amat tidak seronok. Sangat-sangat tidak seronok.

Puasa, Memang Sebuah Kenangan Lampau…

Selamat Berpuasa.




Sunday, August 8, 2010

Advance Birthday untuk Cik Panadol dan Belated Birthday untuk Mr Curly

19 comments

Huwaaaa.... Bulan Ogos datang sudah! Dan bulan ni birthday aku. Tapi yang tak siyoknya tarikh tu jatuh pada hari puasa. Tak leh nak melahap banyak-banyak. Tapi aku sempat sambut advance birthday dengan Mr Curly. Dan omak dio... Aku yang sudah lama tidak menyambut birthday sebab saban tahun, tiap kali birthday aku, aku tak dapat cuti n aku akan di bebankan dengan keje yang sangat banyak. Suwey gak bulan Ogos ni untuk aku.....

Ni nak citer, Mr Curly telah membuat pengakuan bahawa dia di lahir pada 3 Ogos 1974 (konon2nye nk same birthday ngan omak dio) padahal dalam IC dia tertulis 6 Ogos 1974. Betol tak? Lu bagi alasan yang lu lahir kat umah (zaman dulu2..) dan bapak eh, En Razali Buyong tu lambat mendaftarkan kelahiran lu. Hahaha kuno punye story la!


'Kami-kami' ni mungkin dah agak 'matang', namun kami masih lagi berkeinginan untuk menyambut hari jadi. Masih lagi nak merasa orang nyanyikan lagu Happy Birthday, tiup lilin dan potong kek. Umur kami tidak menggambarkan fikiran kami yang masih lagi seperti remaja! Untuk merealisasikan keinginan tu, jadi kami pon merancang party yang sekian kali tertangguh tu.


Pada hari kejadian, kami ke Secret Recipe untuk membeli kek. Tengok, Mr Curly sedang bagi idea kat bini dia apa yang patot ditulis kat kek tu. Datin Lulu sedang menulis apa yang patot ditulis atas kek tu. Budak Johor pulak nampak mcm usha-usha kek yang ada tp sebenarnya dia dok usha-usha staff SR kat dapur tu haha...




Tadaaaa.... Ni la kek orang-orang 'tua' ni. Nak fair, kami tulis ketiga-tiga nama. Mr Curly, Mom (mak Mr Curly) dan tentunya aku, Cik Panadol! So cute!




Ni baca doa dulu. Amik berkat sebelum melulakan majlis.... Mekasih kepada bapak Mr Curly atas doa tu.




Tertunailah hasrat kami aku untuk meniup lilin! Maaf lilin cuma ada 10 batang sebab kalau nk letak lilin ikut berapa umur kami, bila dihitung-hitung lebih 100 batang sebenarnya. Wah malu sey nak ngaku. Tapi yang penting umur aku bukanlah penyumbang utama jumlah lilin yang banyak itu ye. Aku masih muda remaja ok!




Acara memotong kek untuk triple birthday ni. Kalau la kami pakai topi birthday, ada belon-belon, topeng gambar cartoon sume tu, korang rasa-rasa kami akan nampak lebih muda tak? Adakah korang akan menyangka ini birthday untuk 'kanak-kanak' tak? Hehehe....


*Info: Birthday Mr Curly n Omak dio - 3 August

Birthday Cik Panadol - 12 August




Acara selingan adalah karok! Mr Curly dan Budak Johor bukak kedai karok tp Cik Panadol tak leh nak nyanyi sebab pilihan lagu-lagunya semua aku tak tau hahaha......


Patotnya party buih ni di join sekali bersama Cik Zarra yang menyambut birthday pada 4 Ogos lalu. Tapi dek kekangan masa dia telah membataskan diri dia untuk menyambut sekali bersama kami. Happy Birtyday Cik Zarra.


Happy Birthday to us!






Twitter Bird Gadget