Monday, September 27, 2010

Happy 82nd Birthday Mrs Curly

20 comments
Dari satu parti ke parti yang lain aku join. Kalau tak berparti, baik tak payah duduk KL. Baik duduk kat kampung je hahaha. Parti parti parti. Makan yo la kojo eh. Camne tak gebu gebas! Kali ni parti birthday party Mrs Curly pulak. Parti-parti private macam ni memang tetamu VVIP je yang akan dijemput. Macam aku ni, FOR SURE VVIP punye la kekeke.

Mula-mula Mr Curly pakat nak buat surprise. Siap mintak idea kat aku. Ber'sms-sms'an aku dengon dio. Taknak bini eh tau. Cet macam skandal pulak. Poning palo dio pikir nak plan macam mano. Patot la aku tengok rambut dia macam makin bergulung-gulung hari tu. Tapi last-last dek mulut tempayan dia, rahsia terbongkar. Tak leh cayo mamat ni!


Parti diadakan di VVIP room RedBox Sogo. Pada 25 September 2010 lepas, dengan menaiki 'limosin' Budak Johor, kami selamat sampai. Bilik VVIP telah dibooking untuk 4jam! Bernanah telinga dengar diorg melalak.



Acara menyanyikan lagu
Negaraku Happy Birthday sangat meriah walaupun yang hadir cuma 5 orang termasuk birthday girl. Memang haru bagai nak pecah bilik tu dibuatnya.

Mr Curly sedang menyibuk nk tiup lilin hari jadi bini dia. Hombush!!!


Tak cukup nk rebut tiup lilin, dia jugak cuba untuk merampas hadiah hari jadi untuk Mrs Curly. Memang muka tak malu betol!



Semua yang ting-tong malam tu. Nampak bintang-bintang banyak sangat. Ops budak kecik tu tidak dilatih untuk mencontohi aksi di bawah ye.



Malam tu macam-macam lagu diorg ni nyanyi. Dari lagu boy band/girls band zaman 90an dulu, ke lagu raya, ke lagu rock, ke lagu oldies, nasyid dan tidak ketinggalan lagu hindustan! Semua eden sosah!

Ni aku terpaksa menyorok belakang budak tu untuk tutup perut yang muncit dek overload kek birthday haha. Parti di tamatkan setelah masing-masing punya perut umpama nak pecah makan buffet dan kek birthday. Nak tido malam tu pon susah nk lelap sebab terlalu kenyang.....

Happy Birthday Mrs Curly!!!

Sunday, September 26, 2010

Ladies Night

7 comments


Jemputan
Di jemput Cik Panadol untuk menghadiri parti liar yang akan diadakan untuk gegel di rumah Mr Curly pada malam Jumaat dari jam 10malam-2pagi.


Tujuan: Parti buih gedik-gedik manja

Tema: Seksi dan hot (bogel digalakkan!)

Acara: Makan-makan dan tarian bogel dari penari bogel (lelaki) yang diundang khas.



Huh dasyat invitation yang aku dapat hari tu. Nasib baik aku dapat pegi. Masyuk gak la. Mekasih kepada tuan rumah, Mrs Curly yang mengundang.

Seperti biasa, menu khas rumah Mrs Curly ni adalah spegettinya yang memang terbukti mabeles. Aku boleh makan lagi walaupun masa open station petangnya tu dah makan spegetti gak.


Ni la gegel-gegel yang hadir. Cik Zarra dan Kak Pah yang datang agak lewat atas alasan diorg sibuk carik bikini yang seksi-seksi sampai tak sedar dah lambat. Tapi di maafkan bila Kak Jah bawah ole-oleh dari rumah. Sedap dan pedas!

Cik Zarra sempat tunjuk bakat tarian tiang memasak dessert. Sagu? Aku pon tak tau name betulnya.

Penat dengan aksi-aksi memberahikan sesama sendiri, ada yang sampai terlelap. Letih masak dessert td kot. Sampaikan 'penari bogel' join parti pon dia tak sedar. Kami order sorang je panari bogel, tapi dia bawak kawan la pulak......Hebat!!

Tapi parti sangat menang best dan berlangsung sampai awal pagi. Puas makan dan puas mengumpat. Tapi aku terpaksa balik awal sebab keje esok paginye ye....Terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput.



Monday, September 13, 2010

Raya dan Kenangan

4 comments

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri semua....

Bila takdir berkumandang......dan kenangan pun bertandang....




Bekas rumah pusaka arwah atok ngan wan. Hari raya pertama hari tu aku ziarah rumah 'bekas' jiran depan rumah ni dan dapat ambil gambar dari luar pagar je. Ni keadaan sekarang, masih sama dengan keadaan sewaktu di jual dulu, takde apa yang berubah.

Dulu aku membesar kt sini la. Hari raya kt rumah ni memang best. Pasang pelita sekeling rumah, main bunga api. Sekarang hanya tinggal kenangan. Rumah ni dah di jual kepada orang lain dan aku dah takde kampung lagi. Rindu rumah ni....




Pusara arwah wan aku. Arwah meninggal pada 14 Oktober 1991, masa aku darjah 2. Dia yang jaga aku dari aku kecik dulu.




Ni pulak pusara arwah atok. Meninggal pada 5 Jun 2006 sebab sakit tua dan sakit jantung. Sejak arwah wan meninggal, atok bergilir-gilir tinggal dengan anak-anak dia. Bila dah tua makin banyak kerenah, dah macam budak-budak, degil. Aku terkilan sebab kira-kira 2 minggu sebelum dia meninggal aku ada merungut dan marah sikit kat dia sebab tak tahan dengan kerenah dia. Tiba-tiba je dia pergi... Memang aku sedih....


Sejak atok meninggal la anak-anak dia ambil keputusan untuk jual rumah kampung tu. Walaupun tak dapat jejak lagi kat rumah tu, tapi kenangan yang ada tetap tersimpan dalam hati.



Semoga roh arwah wan dan atok dicucuri rahmat. Al-Fatihah~




p/s:

Kadang-kadang, kenangan macam ni kita ingat masa hari raya je kan...





Twitter Bird Gadget