Tuesday, October 26, 2010

Opss...Lesbian kah aku?

32 comments

Baru-baru ni masa aku lepak-lepak dengan ex-budak2 skola aku, time tgh citer pasal kawen-kawen, tetiba ada sorang mamat ni leh tanya aku "Eh ko apesal ko takde boipren lg ek. Ko ni tak suke lelaki ke? Ko lesbian eh?"

SENTAP mak dengar soalan si member ni, noks!! Ade ke patut tanya mak soalan tu di khalayak ramai! Tapi mak cool je noks. Mak pun dah biasa gak ditanya di tanya oleh mulut-mulut tempayan pasal hal ni. Jangan tak caya kalau Puan Seri pun ada tanya aku macam tu.

Korang tau ape ciri-ciri lesbian tak? Apa yang menunjukkan dia seorang lesbian? Haaa.....



Orang selalu kata aku ni anti lelaki sekali gus aku di cop LESBIAN. Adoi hai..diorang tak nampak ke
betapa bernafsunya dan betapa ghairahnya aku terhadap lelaki! Tak caya? Tengok ini dan yang ini pun hebat. Tapi diorang tak caya. Diorang cakap aku buat pengakuan tu untuk cover kebenaran mengenai kecelaruan seksualiti aku tu.

Ooo ni mesti kes aku selalu berkepit dengan perempuan kan. Pegi mana-mana mesti dengan perempuan, tak pernah dengan lelaki. Pastu siap ada yang mempertikaikan kenapa kawan-kawan aku dalam FB ramai perempuan dan kenapa profile picture FB aku pun aku letak gambar dengan perempuan (sedangkan itu adik aku!).


Tu belum lagi FB yang berstatus "Its Complicated" untuk relationship tu sampai korang cakap yang aku sebenarnya masih kurang pasti tentang kecenderungan seksual aku. Yela, status Gay atau Lesbian kan takde dalam option list tu. So untuk menambah kemisteriannya, aku letak status tu kan. Yela tu...


Urm sekurang-kurangnya aku tak kemaruk perempuan sampai nak letak gambar perempuan kat desktop komputer aku ke, kat screen saver henset aku ke atau kat dalam purse aku ok. Takpun publish gambar-gambar aku berpeluk-pelukan secara intim dengan perempuan kat FB atau blog aku ni.


Ke sebab aku takde boipren? Ala salah ke kalo takde boipren. Dah takde orang nak kat aku, nak buat macam mane. Yang ada nak kat aku pun, aku reject. Bukan sebab apa... Aku tak memilih, tapi kalo yang approach tu laki orang, sah-sah la aku reject. Urm ada sesiapa leh tolong rekemen lelaki tulen dan single kat aku tak? Kekeke gatai!


Nak cakap aku tak layan lelaki? Bohong ok! Tak caya tengok ini. Aku selalu usha lelaki ye. Aku sangat suka stalk lelaki atau flirt
ngan lelaki ok cuma separuh jalan je. Bukan sebab aku takde selera tapi sebab aku taknak lelaki tu bernafsu! Eeee geli-geli.....

Haa... Aku ni brutal sangat kot? Ye memang aku nampak je brutal, agak kasar, suke gelak macam samseng mafia tp masih ade lemah lembutnya aku ni tau. Bila dengan orang tua, aku selalu berlagak macam aku lah calon menantu pilihan mereka. Sopan santun, lemah lembut dan berbudi bahasa.


Aku tak dress up macam perempuan? Urm memang la aku tak pakai dress, skirt semua tu. Malah baju bunga-bunga pun aku tak penah ada. Apatah lagi nk suka warna merah jambu! Pening mata aku tengok kaler tu. Terlalu kelembutan. Aku suka ganas-ganas!


Hai... Macam mana la aku nak terangkan agar korang tak cakap aku lesbian. Patot kah aku kepit mana-mana lelaki yang aku boleh usung kemana-mana aku pegi. Aku tak desperate! Atau pun perlukah aku upload gambar aku berpelukkan dengan lelaki dalam FB dan publish story pasal keobsesian aku terhadap lelaki untuk menunjukkan yang aku ni straight. Yang aku tak minat kaum sejenis aku. Aku tak bernafsu untuk mereka. Aku LURUS ok.


Ke korang nak tunggu aku kawen dulu baru korg nak stop cakap aku lesbian? Ok korang tunggu jemputan dari aku. Hujung tahun aku kawen ye.


Aku tak pernah faham. Kalau obvious sangat perangai aku yang nmpk terlalu rapat dengan perempuan tu, takpe la korang nak cakap aku lesbian. Kalau korang ade tengok aku tidur satu bilik dengan perempuan, berpeluk sakan dengan perempuan, 24/7 bergayut atau SMS dengan perempuan, kalau bercerita asyik nak sebut nama perempuan ke takpe la kalau korang nk tuduh aku lesbian. Ni sikit pun aku tak buat benda-benda tu kan.
.



"Apa guna jadi lesbian kalau perempuan 'tu ada apa yang kamu ada'. Cari dan nikmati apa yang kamu tiada."
- Cik Panadol, 2010



Lesbian dan gay ni HARAM.
Takkan aku nak buat benda-benda macam tu pulak...
Buka mata dan fikir-fikiran la ye...

Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks.






Wednesday, October 20, 2010

Spa Ikan yang tak semenggah mana...

26 comments

Penah try fish spa?

Ok ok aku nampak korang mencibek bibir tu. Aku tau benda ni dah TAK IN lagi dah time ni. Tapi aku gak yang ketinggalan zaman. Time benda ni baru keluar dulu, time semua org tengah panas kaki nak try benda ni, aku pandang sebelah mata je semua tu. Apa la sangat nk bagi ikan-ikan tu geget kaki kan.

Aku pun sebenarnya bukannya teringin sangat nak berjimba-jimba dengan ikan-ikan ni. Ala anak-anak ikan je. Ape la sangat. Kalo bapak ikan tu ok la gak haha. Stop! mengarut pulak.

Kalau tak disebabkan oleh member baik aku yang beriye-iye nak aku try benda, takde mananye aku nak biarkan ikan-ikan ni mengerumuni kaki aku. Tapi, sebagai kawan yang terbaik, dan aku taknak la mengecewakan permintaan dia, maka aku pon bersetuju la nak buat benda ni. Ala orang nak belanja, try je la. Tak rugi ape pon kan.

Sumpah, geli!!!


Antara kebaikan fish spa ni adalah:


1. Dapat menghindarkan kulit mati, bakteria & melambatkan proses penuaan.
(Nanti kaki je takde kedut tp bahagian badan lain dah berkedut seribu!)


2. Membantu tidak dapat tidur nyenyak & meningkatkan peredaran darah.
(Patot la aku rasa nak tido je time buat ni)


3. Menyembuh beberapa penyakit kaki seperti kaki busuk, kulit yg sensitif @ gatal.
(Aku tak mengalami semua masalah tersebut ye....)


4. Merawat & menjaga kulit supaya lebih sihat & berseri.
(Buat kat muka boleh ke?)


5. Ekologik & semulajadi.
(Kalo nak betul-betul semula jadi, baik buat kat sungai ke, air terjun ke, tasik ke... Lagi semulajadi)


6. Selamat & tiada kesan sampingan.
(Tapi kaki aku merah2 lepas wat benda ni. Kesan ikan tu geget!)



p/s:
Tak plan pun nak buat lagi....

p/s/:
Mr Curly, wa nak buat fish spa kat kolam belakang umah mertua lu kat Serting tu...Ikan-ikan kat situ lagi beso-beso kan!




Friday, October 15, 2010

Geng Balik-balik Muka Korang - Part 1

25 comments

Genap seminggu setelah mengambil keputusan untuk menubuhkan geng misi-misi bebas dan berjaya mengklasifikasikan geng secara sah, ahli-ahli geng telah membuat mesyuarat sulung untuk membincangkan agenda-agenda yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang. Sebagai sex tari opss secretary yang bakal mendapat Anugerah Setiausaha Cemerlang 2010, maka dengan ini di sertakan laporan untuk perjumpaan pertama yang telah berlangsung baru-baru ini.


Tempat: Times Square, Kuala Lumpur.
Tarikh/Masa: 13 Oktober 2010 8:30 malam
Kehadiran: Ahli majlis tertinggi.
Ketidakhadiran: AJK Makanan.


Geng edisi pertama


Antara agenda yang di bincangkan adalah:

1. Penubuhan Kelab

- Dengan rasminya setelah diperkenankan dan diluluskan oleh ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) dengan ini diperkenalkan GENG BALIK-BALIK MUKA KORANG!


2. Program Hanya Allah Yang Tahu.

- Ni merupakan agenda utama yang akan mula diberi keutamaan dalam setiap operasi atau misi. Bersesuaian dengan motto Geng Balik-balik Muka Korang ni "SENGAL LAGI POYO". Operasi atau misi yang akan dilaksanakan
ini adalah bersifat intim. Luahan hati jiwa ke jiwa sesama umat manusia adalah perkara pokok dalam menjayakan program ini. (Keterangan lanjut mengenai program ini akan diberitahu sesudah anda menjadi ahli)

3. Program Pengerat Kasih Sayang

- Merupakan program yang akan dijalankan secara berterusan. Lebih menjurus kepada aktiviti yang dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli yang sudah terkenal dengan sifat penyayangnya. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah bermain bola tampar (bola disediakan oleh Bendahari), bowling, karaoke, shopping2, main banana boat dan naik Genting.


4. Pengambilan ahli baru.

- Memandangkan permintaan yang agak melambung tinggi bagi kemasukkan ahli baru, pengerusi telah bersetuju untuk menerima ahli baru bagi memeriahkan majlis mesyuarat pepintu ini. Antara syarat-syarat keahlian:

a) Isi borang permohonan kemasukkan ahli baru. Sertakan salinan sijil berhenti sekolah dan photostat surat beranak.

b) Jika anda seorang yang gila kuasa, sila rujuk kepada Setiausaha jika ada kekosongan jawatan yang dapat anda isikan.

c) Berumur 25-40 tahun. Berpewatakkan pelik.

d) Lelaki harus kacak. Perempuan harus comel.
e) Hebat bergosip.
f) Pandai memasak.



Borang Keahlian
Klik untuk tumbesaran berganda


Disebabkan Geng ini baru ditubuhkan secara rasmi, maka kami amat menghargai sumbangan atau tajaan dari semua untuk memeriahkan aktiviti kami. Sumbangan dan tajaan boleh disalurkan kepada Bendahari Geng.


Mesyuarat pepintu ditangguhkan bagi kali ini.


Sekian. Terima Kasih.


Yang menjalankan tugas,



Friday, October 8, 2010

OPS LURUS

32 comments

PENGUMUMAN PENTING!

Untuk operasi seturusnya, kita akan menjalankan misi yang sanagt penting. Untuk itu sila rujuk keterangan di bawah.


Misi:
'OPS LURUS'

Pengerusi:
Ustaz Curly

Pengarah Operasi/Kaunselor:
Ummi Curly

Penyiasat/Kambing Hitam!:
Budak Johor

Logistik/Kewangan:
Mama Zarra

Tukang Sibuk/Setiausaha Kehormat:
Cik Panadol

AJK Makanan:
Kak Pah

Anggota-anggota pencegah maksiat semua. Ustaz Curly cakap kita akan menjalankan lagi satu misi membenteras maksiat sesama jenis paling merbahaya tidak lama lagi. Siapkan diri anda dari segi fizikal dan mental.


Budak Johor, anda akan diberi peranan penting dalam misi ini. Bersedia! Pastikan keselamatan anda terjamin memandangkan suspek mungkin bahaya.

Ummi Curly dan Mama Zarra rancang misi dan operasi pembongkaran dengan teliti.

Cik Panadol, pastikan semua perjalanan operasi dilaksanakan secara sulit dan intim!

Kak Pah, pastikan makanan semua terlebih cukup untuk anggota-anggota operasi. Cheese cake satu!


Operasi ini adalah sulit dan persendirian. Kerjasama anda amat dihargai.

Terima kasih.


Yang menjalankan tugas;


Balik-balik muka korang!

11 comments

Korang pelik tak kalo tengok kat blog aku ni, asyik-asyik gambar orang yang sama je. Pusing-pusing orang tu jugak. Korang ada rasa menyampah atau meluat tak tengok muka-muka diorang ni je.

Jika jawapan anda YA: SILA MUNTAH DAN KLIK BUTANG CLOSE.


Jika jawapan anda TIDAK: TERUSKAN MEMBACA, SCROLL SAMPAI BAWAH DAN KOMEN.


Kalau korang familiar, selalu lepak-lepak kt sini, dari gambar ni pon korang boleh kenal pemilik-pemilik 'bahagian belakang' yang seksi-meksi ni.


Ni adalah keadaan di mana Mr Curly yang masih dalam percubaan untuk mengubah diri ke arah menjadi insan yang berguna. Selain berkelakuan baik, banyak memberikan kata-kata nasihat, dia juga sekarang ni sering berzikir! Aummmmmmm..... Selain tu, dia juga ada melakukan aktiviti membenteras maksiat.


Sempana penghijrahan dia ni, satu operasi sulung menbenteras maksiat telah di jalankan. Ni rumah yg kami serbu ekoran aduan yang kami terima terdapat aktiviti tidak bermoral sering berlaku. Rumah yang di diami oleh ibu tunggal kepada 3 anak ni dikatakan sering menerima kunjungan makhluk-makhluk yang tidak sepatutnya.

Operasi di ketuai oleh Ustaz Curly bersama pegawai-pegawainya iaitu, Ummi Curly (kaunselor bebas), Kak Pah (pegawai pengiring), Cik Panadol (err....) dan FBI Budak Johor (ketua penyiasat)

Setelah pintu dibuka, terhidang la 'ayam-ayam' yang sangat RANUM! Eh ayam-ayam yang menanti untuk di kerjakan. Memang sedap! And HOTTTT!!! Siap ada yang BERAIR lagi tu!


Aktiviti membenteras maksiat ni berjalan lancar. Dan semua anggota 'pencegah maksiat' sempat bergambar dengan hasil serbuan mereka.




THE END


p/s: Aku tak pasti ni entry pasal apa sebenarnya!!


Twitter Bird Gadget