Thursday, November 25, 2010

Kan aku dah cakap...

24 comments

Adeh! Patah pinggang aku dok goyang bontot je sehari dua ni. Goyang gerudi, goyang gergaji semuo den sosah!




Urm nampak gayanya tanda-tanda serangan terhadap aku sangat hebat. Hampir pengsan di buatnya. Dalam entry sebelum ni, aku share nasib aku yang menerima kenaikkan gaji bulan ni. Walaupun aku tahu akibat daripada pendedahan tu, tapi aku nak tengok jugak la betapa hebatnya tamparan risiko tu kt aku.



Kebanyakkan diorg ucap tahniah. Terima kasih kepada semua. Walaupun banyak rintangan terpaksa aku tempuh untuk dapatkan increment tu, tapi akhirnya aku berjaya. Insya-Allah ade rezeki korang pulak nanti.



Tapi dalam banyak-banyak ucapan tahniah tu, ade gak la insan-insan yang cuba menyerang mental Cik Panadol ni. Tak caya?


Tengok Mak Lagenda dgn Cik Fai ni.



Tu belom lagi si Uncle ngan si Asy ni.



Dan yang ni.



Tak kurang yang ni jugak!



Ada gak yang mengambil berat. Urm sambil menyelam, sambil minum air.....


Haa yang ni datang dengan cara untuk meraih simpati.


Gayah ni pon satu... Taknak ketinggalan!


Macam bro Assoy ni pulak, sangat berterus-terang. Macam ni ade la chance aku nak belanja dia ni.



Kamu semua buat aku pening kepala la. Semua mintak belanja. Kalo gaji aku besar, boleh la. Tapi gaji takat ciput je, ade hati nak belanja semua orang. Hish~



p/s:

Bila gaji aku dah setahap dengan gaji PM, aku akan belanja korang semua!


Wednesday, November 24, 2010

Momok's Day....

8 comments


Kalau kau pinjam barang aku, musti kau pulangkan.

Tapi bila aku pinjam barang kau, aku buat jadi harta sendiri.


Kalau aku nak make-up cun-cun, kau musti tolong make-up kan.

Tapi bila turn kau nak cun-cun, aku tolong pastikan cun kau tak leh lebih dari aku!


Kalau aku nak makan roti, kau bagi aku satu bungkus roti.

Kalau kau pulak yang nak makan, aku bagi kerak roti je.


Kalau aku tido lasak, kau beralah ketepi.

Kalau kau tido lasak, aku tolak-tolak kau sampai kau jatuh katil!


Kalau aku takde duit, kau kuar duit PTPTN kau bagi aku.

Kalau kau yang takde duit, aku cakap "Belum gaji!".



Aku sentiasa nak jadi yang paling berkuasa, yang paling bagus dari kau.

Sebab aku ni kan kakak kau!



Khas buat:
Ika Momok, adik bongsu kesayangan aku.

Selamat Hari Lahir yang ke-91!








Tuesday, November 23, 2010

Cik Panadol goyang bontot!

32 comments

Ooo yeah....ooo yeahhhh....Ah ah ah...
(ok ni bukan bunyi aku klimaks ye!)


Arini ada berita baik untuk Cik Panadol Cumil (bak kata Krole Kacak). Disebabkan bos aku sayang sangat kat aku, takot aku tinggalkan dia keseorangan, baru tadi aku diberitahu bahawasanya, GAJI CIK PANADOL AKAN NAIK berkuatkuasa bulan ini!


Sila goyangkan punggung anda! Ooo yeah....Ooo yeah....Opss opss...gegar sangat tu noks!!


Photobucket


Walaupun kenaikan gaji aku ni tak banyak compare dengan company yang beso2, tapi Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan-Nya. Sekurang-kurangnya ni rezeki halal utk aku, hasil titik peluh aku yang sanggup keje tak tentu masa kan. Bukannye aku buat keje tak elok, keje2 haram. Cume kekadang tu aku curik-curik guna tenet opis utk berblogging. Tabiat tu aku tak leh kikis! Kira halal la ye bos... Hehe




Huh aku pun tak tahu kenapa aku leh bagi tau korang berita ni. Sebab penyebaran ni sangat berisiko terhadap mental dan emosi aku. Ini boleh membahayakan aku!


Mungkinkah perkara-perkara berikut akan terjadi kepada aku selepas berita ini?

1. Adakah makin ramai yang panggil aku Cik Panadol Cumil yang dilakukan oleh si Krole tu? Atau pon panggil aku Cik Panadol Gojes ke? Adoi!
2. Atau ramai yang memberi puji-pujian kepada aku atau cakap aku kurus! Oh jangan la begitu.
3. Mungkinkan ramai yang rajin tanya aku dah makan ke belom atau ajak aku makan?
4. Adakah korang akan menjadi seorang yang sangat mengambil berat terhadap aku?
5. Mungkinkah ada yang mengaku yang diorg tu adik/kakak/abang kandung aku yang telah terpisah sekian lama?
6. Mungkinkah ramai orang yang akan racun meracuni antara satu sama lain macam yang selalu dilakukan oleh mamat ni dan mamat ni semata-mata nak ambil hati aku?


Walaupun aku tak berapa nak suke dengan bos aku tu dan aku pun sekarang nyaris-nyaris nak quit job ni, tapi aku rase dah sampai masanya aku pow bos aku habis-habisan, aku nak perhabis duit company sebelom aku blah!!
Wahaha Cik Panadol Kijam!



BTW, please la... Korang jangan nak mengampu aku ye!


p/s:
Jangan takot hired aku... Aku bukan kaki pow company hihihihi....



Sunday, November 21, 2010

World Walking Day vs GB2MK

36 comments

Menggatal nak join aktiviti 'kesihatan' la kononye, geng-geng aku sanggup bangun awal pagi semata-mata nak jadi sebahagian daripada peserta World Walking Day, kat Tasik Titiwangsa pagi tadi anjuran Nestle Malaysia.



Kalau tak kerana Milo lori yang bakal terhidang kat acara tu, kami takkan berada kat situ seawal pagi hujung-hujung minggu ni. Mana taknya, bangun tido pon kadang-kadang pukul 11pg bru nak bangun! Meh layan apa yang kami buat kat sane.


Semangat punye pasal, pagi-pagi lagi kami dah sampai. Kami antara peserta terawal sampai ok.



Nak register dan amik t-shirt punye pasal, terpaksa beratur panjang.




Tada....Bersama Mrs Curly dan Mama Zarra sedang tayang baju lepas tukar dalam kete belakang tu haha. Comel tak baju ni? Ke orang-orangnye yang lagi comel kekeke.....



Yang awal dapat la merasa Milo kotak ni. Kasi promot sikit geng!



Ni la suasana sebelum tempat ni di penuhi orang.



Sebelum start berjalan, kne la wat warm up sikit dulu. Kasi tegang regang otot-otot tu. Lain la kitorg ni. Rajin bersukan. Tak warm up pon takpe...



Acara pon nak bermula. Mengedik dulu la kat start point.


Simbol-simbol yang kami buat tu menandakan yang kami akan menguasai perjalanan ini! Bdk Johor pulak belom start jalan, dia dah habis air sebotol!




Dan perjalanan pon bermula.


Dalam perjalanan, rasanya geng kami la yang paling banyak bercakap dan ketawa. Pasal tu la tak dapat tempat 500 terawal ke finish line hahaha. Tambahan pula acara sampingan yang di panggil "Mari Tengok Bontot Orang" lagi la melambatkan ketibaan kami.



Ramai gak yang join. Family-family pon ramai yang bawak anak-beranak datang berjalan. Bravo!



Tersadai lepas abis 'race'. Macam-macam gaya ada! Mr & Mrs Curly sedang serius memerhatikan perjalanan acara perasmian, Mama Zarra pulak kelaparan dan Bdk Johor urm...aku tak tau dia senyum pada sape.



Tunggu lucky draw, tapi nampak gayanya kami semua tak bertuah hari tu. Sekurang-kurangnya takkan jadi bahan buli kalo mamat tu tak dapat lagi. Hahaha.....


Hopefully, lepas ni mane-mane organizer yang nak amik geng kami sebagai duta acara, boleh la hubungi kami secepat mungkin ok.


p/s:
Lepas race seperti biasa acara sambungan kami semestinya, MAKAN!!



Saturday, November 13, 2010

Alah omak kawen kan aku....

29 comments


Boleh tak macam ni?



Hujung-hujung tahun ni memang ramai yag buat kenduri. Paling femes musti la kenduri kahwin. Ingat lagi pasal entry tips perkahwinan aku yang ni? Haha nampak gayanya belum ada orang lagi yang berani nak cuba.



Buat masa ni belum ada tips perkahwinan terbaru tapi aku mau cerita pasal majlis perkahwinan kawan baik aku, Norbaini aka Ben. Ben merupakan sahabat yang aku kenal sejak dari kami lahir tapi mula berkawan rapat semenjak Tingkatan 1. Ibu aku dan mak dia merupakan kawan baik sejak zaman mereka sekolah. Jadi kami meneruskan tradisi persahabatan ini sehingga la sekarang.






Meh layan beberapa gambar yang membuatkan aku rase lagi mau kawen! Haha



Time ni pengantin lelaki sangat gemuruh. 4 org diperlukan untuk menenangkan beliau.


Ben setelah sah menjadi isteri orang. Aku bile lagi ye?


Gambar kt pelamin wajib ok. Amik berkat mane tau lepas ni turn aku pulak kn kekekeke....


Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan. Walaupun tidak semua tidak semua best friend kami dapat datang, tapi aku tetap datang memberikan sokongan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dan yang paling penting, kesemua best friend kami yang lain, Mardiana, Aneeza, Azila, Ruslina dan Faridah dapat menghadirinya.



Ni la best friends aku. Sayang korang seyh!


Best part sepanjang majlis adalah persembahan Tarian Payung daripada kanak-kanak tadika tempat mak pengantin perempuan mengajar. Memang haru biru la suasana masa diorg menari. mane taknye. Budak-budak ni tak cukup training. Tapi memang happening! Aku kawen hujung tahun nanti mau invite budak-budak tu menari jugak la huhuhu.....Boleh kan Abang Ebby....





Bagi ibu aku, bila tengok kawan baik sendiri dan bermenantu tentulah dia pun nak jugak. Ish teruk juga aku kena membebel supaya kawen cepat. Aduhai ibu ku sayang.
Abang Ebby lom hantar rombongan lagi... Belum ada jodoh lagi macam mana mau kawen.



Aku pening.....




p/s:

Ok sekarang aku perlu plan B!






Thursday, November 4, 2010

Bila dah tak layak...

46 comments


Malam tadi aku bersama Geng Balik-balik Muka Korang telah menggatalkan diri untuk menonton pertandingan akhir anjuran MaKSWiP. Asalnya kami nak bertindak sebagai pom-pom 'girls' sekiranya Mrs Curly atau Mama Meow dapat masuk final.



Namun, apakan daya bila mereka kandas di peringkat pertama lagi. Terpaksa la kami menyimpan semula baju-baju bermanik labuci yang telah ditempah khas untuk acara final tu untuk di pakai tahun depan. Paling kecewa adalah Bdk Johor sebab dia dah pinjam khas spender Mr Curly untuk acara malam tu!! Motif? Aku pun tak tau.....



Walaupun takda wakil dari geng kami untuk final tu, namun sebagai tanda sokongan tak berbelah bagi, kami pergi juga ke acara final. Kenapa? Kami mau try lucky draw maa...


Muka bosan Mr & Mrs Curly...Dalam hati, sodap laie kitorang nyanyi!


Ehem ehem...Bdk Johor cuba bermanja-manjaan dengan Mama Meow.


Dengan NIAT yang betul, akhirnya aku, Mrs Curly, Bdk Johor dan Mama Meow berjaya memenangi lucky draw yang di tawarkan. Mr Curly? Oh dia tak dapat sebab dari rumah lg dia dah pasang niat tak betul.


Kami yang bertuah! Wajib tayang hadiah ok!


Acara malam tadi, aku tgk biasa-biasa je. Takde pon peserta yang da' boom. Suara kepit ramai la. Macam mane la si juri Eddy Hamid ngan Adnan Abu Hassan tu boleh pilih pemenang. Walaupun persembahan tak semenggah mana, tapi aku happy bila 'boyfriend tak berapa nak jadi' aku jadi MC malam tu. Sape lagi kalo Ebby Yus yang kacak tu! Yang paling aku suke pasal Abang Ebby ni adalah tagline dia "KOJO SONANG YO TU"! Kacak sungguh Abang malam tadi. Betul-betul menggegar iman aku!


Bakal Mr & Mrs Ebby Yus! Hahaha......


Abis acara, kami lepak-lepak jap. Sambung acara bukak hadiah. Mr Curly takat pandang je la kami-kami yang BERTUAH ni bukak hadiah haha. Di ulang ok. BERTUAH! Walaupun hadiah tak sehebat mana tp ok la dari balik dengan tangan kosong.


Kami bersama hadiah masing-masing yang tak semenggah mana pun....


Hish....Balik-balik muka korang...

Nampaknye untuk memastikan Mrs Curly dan Mama dapat masuk final tahun depan, mulai sekarang kami sudah buat persediaan untuk pertandingan tu. Dari segi pemilihan lagu, pakaian, jadual latihan, semua telah dirancang. Nantikan kemunculan diva-diva boom-boom ni tahun depan!



Tuesday, November 2, 2010

Giliran pengerusi pulak. Mekasih...

22 comments

Semenjak menganggotai geng ni banyak faedah yang aku perolehi. Selain daripada dapat berjimba-jimba, ahli-ahli juga dapat menikmati makanan percuma. Malam tadi turn Mr Curly merangkap pengerusi geng pulak yang belanja makan-makan.


Asalnya nak makan kt atas bukit, kt
Haven tapi Mama Meow telah tukar plan last-last minit. Mengharap nak makan kt atas awan.... Bdk Johor yang dah tak makan 11 hari dan aku yang dah berjaya membuang isi perut seberat 3 kilo semata-mata mau pow pengerusi amatlah hampa dengan pertukaran plan tersebut.


Memandangkan Mama mau buat latihan terakhir untuk pertandingan nyanyian, kami pasrah demi sokongan padu kepada Mama. Disebabkan Mama mau praktis lepas makan, kami decide untuk dinner kat Kampung Baru je. Dekat sikit.



Aktiviti wajib sebelum makan!


Tada...Sampai pun makanan!! Lapo...Lapo...


Tukang belanja yang lebey makan. Licin dio sosah!


Posing tayang pewot yg kekenyangan...


Lepas kekenyangan, kami terjah Superstar kt Wangsa Walk pulak. Mama dan Mrs Curly kan mau praktis untuk Pertandingan Nyanyian Bintang Balada 2010. Kalau dapat masuk final kami akan datang memberi sokongan. Sepanduk dan pom pom sudah di sediakan.


Beraksi sementara tunggu turn.




Dari beraksi jadi ereksi! Aksi melampau Mr Curly yang cuba menggoda Bdk Johor dengan tarian pewot yg sangat erotik!


To Mama jangan tukar-tukar lagu lagi. Lagu Zaiton Sameon tu tak sesuai utk Mama. Mama kne gak nyanyi lagu Jac tu ok. To Mrs Curly, suara sengau kasi ilang dulu ye...



Good luck to both of you!


Twitter Bird Gadget