Tuesday, December 14, 2010

Mentor - Entry Balasan

36 comments

Entry ni aku tujukan khas buat
Mr Curly sebagai balasan kepada entry dia ni.

##############################################



Dear Mr Curly,


Wa tau lu sangat merindui kehadiran bodi gegu gebas wa ni dalam setiap aktiviti
kelab kita. Lu juga rindu mau keluar dengan wa sebab wa keluar tak pakai spende. Sebab lu pon sama kan.... Ketiadaan wa amat lu rasai. Wa paham. Sebab wa banyak mensumbang menyumbang kepada keaktifan kelab kita. Eceh!

Wa agak terkejut bila muka wa terpampang dalam entry lu.
Wanted? Nampak sangat lu rindu wa. Hahahaha..... Mrs Curly, sila belasah laki lu.

Wa tau lu ternanti-nantikan kepulangan wa sebab lu mau wa open table di atas
kenaikkan gaji wa. Lu dah sebey tempat paling mahal untuk pow wa kan. Wa tak salahkan lu. Sebab mereka yang lain-lain ni pon macam lu juga.

Wa cuma berharap lu jangan la merindui wa sehingga meroyan macam
member lu sorang tu. Wa taknak seorang lg ahli kelab kita yang berperangai menakutkan macam tu. Bila hantu datang menyerang, mula la meroyan dia datang. Wa takot meh!


Tengok! Wa sihat-sihat saja di sini. Masih gebu gebas macam selalu walaupun dah ponek turun naik tangga. Kat sini ramai Mat-mat bangla dan Indon yang menjaga wa baek-baek. Lu jangan risau, wa belum terdesak untuk mendampingi mat-mat kat sini walaupun ada banyak usaha mengusha wa di jalankan. Wa akan cuba menahan NAFSU wa walaupun yang datang tu berhidung mancung bak pelakon Bollywood. Wa pasti akan pulang ke Lombok KL nanti.



Wa harap lu bersabar la menantikan kepulangan wa dari medan pertempuran ni. Insya-Allah weekend ni wa cuba melarikan diri ke KL untuk bersama-sama lu.



Sekian saja laporan untuk bulan ini.




Yang menjalankan tugas,

Seketeri Kelab GB2MK yang berwibawa.


Saturday, December 11, 2010

Tak besh kena buli....

15 comments
Korang penah kena buli? Musti penah kan... Macam aku ni memang jadi penggemar kaki buli untuk membuli. Yang selalu buli aku tentunya budak-budak opis aku. Al-maklum le bunga sekuntum.Eceh hahaha....


First time aku keje kat company aku ni, aku agak malu-malu kucing sikit. Yela kalau company sebelom ni aku keje ngan budak-budak pompuan je, tetiba bila masuk company ni.... Wallah! Semua lelaki! Terkial-kial aku yang biasekan diri. Ingatkan kat opis je kena sesuaikan diri, rupa-rupanya bila turun site pon kena sesuaikan diri jugak! Adush!!



Alhamdulillah aku leh masuk ngan diorg. Tapi kena la buat muka selamba, tebalkan muka semua tu. Takde istilah control cun or segan silu dengan diorg. Kalau tak, memang takleh wat keje la. Sebab tu orang tengok aku macam agak kasar sikit. Yang cakap aku lesbian pon ada kan!



Di sebabkan aku seorang je gadis idaman company tu, maka aku memang selalu la kena buli. Bila kena suh buat apa-apa mesti nama aku yang kena sebut. Sikit-cikit Cik Panadol!



Rasa nak buat camni je kat budak-budak opis bila diorang buli aku!


Kalau korang nak tau, antara cara-cara diorang buli aku adalah dengan meninggalkan aku sorang-sorang kat site. Tak kira malam atau siang. Diorang? Diorang boleh pulak balik umah/bilik! Sampai hati.... Pastu diorang suke selalu pegi makan tanpa ajak aku! Balik-balik je dengan mulut bau petai, leh diorang cakap, "La...nak makan gak ke? Ingatkan taknak makan....". Sedangkan time tu sehari suntuk aku tak makan ape lagi. Cian aku kan....


Haa... Aku seorang yang sikit blur atau lambat pickup kalau orang sebut perkataan-perkataan yang complicated ni... So diorg suke le buli dan kutuk aku dengan perkataan2 atau ayat-ayat yang akan buat aku tak paham. Terutamanya ayat-ayat yang kononnya kaum lelaki je paham! Ternganga2 aku sorang-sorang. Diorg pulak sakan betul gelakkan aku...



Ni la kaki buli aku kat JB ni!


Paling aku tak suke, diorang sangat kuat mengejek aku. Ape je yang aku buat (selain pandang laptop), ade je modal diorang nak mengejek aku! Tak kira la apa pun yang aku buat. Aku gerak sikit dah kena perli. Pelik aku. Tu la yang aku alami sejak bekerja kat company ni. Aktiviti membuli aku ni akan bertambah menjadi-jadi kalau aku kat site dan ada ketua besar diorang. Sabar....sabar Cik Panadol.


Tu baru sikit... Macam-macam lagi yang diorang ni penah buat kat aku. Nasib baik le aku ni bukan jenis yang senang kecik ati. Walaupun kadang-kadang tu ada sikit-sikit rasa geram ngan diorg ni tapi sekurang-kurangnya aku terhibur dengan perangai dan kerenah diorang ni. Takde la aku keje rasa bosan je.....


p/s:

Maaf sebab jarang dapat online sekarang. Sangat sibuk. Mekasih kepada yang sudi kunjung aku setiap hari terutamanya bro aku sorang ni. To mamat ni, lu punye entry sangat mengharukan!



p/s/s:

Kat KL tengok mat rempit berlumba. Kat site aku kt JB ni lagi rare. Tiap-tiap malam aku tengok Indon dan Bangla berlumba forklift! Siap drift kat ramp sampai atas! Memang happening gile la kat sini!

Wednesday, December 1, 2010

Arghh tidak!!

30 comments

Berlintas lansung dari JB.



Aku masih lagi dalam mood outstation. Mekasih pada kawan-kawan yang masih setia disini walaupun aku jarang dapat online. Ada jugak yang tertanya-tanya bila aku mau balik KL. Aku bukan taknak balik, tapi demi memenuhi komitmen kerja, aku terpaksa stay sini lagi walaupun hati meronta-ronta mau balik.




Ni ada beberapa sebab kenapa aku nak balik KL cepat!



Arghhhhhh! Korang tengok la tempat ni..... Memang dalam pembinaan lagi. Pekerja kontrak bersepah sana sini! Aduish... Camne mau keje ni!




Bangla-bangla ni sambil sembur air mse basuh lantai tu, aku syak ade 'air' lain gak yang tersembur keluar! Hampas mereka....!!


Turun naik sampai tingkat 7 naik tangga ye. Eskelator ngan lif lom siap!


Tengok bilik server diorang ni! Masuk sini pon kena pakai face mask! Udara berhabuk, mau bernafas pon semput!
Aku paling tak suka bila ramai pekerja-pekerja kontrak ni leh dok lepak belakang cermin bilik server tu aku time aku tengah wat keje sorang-sorang! Sangat menakutkan ok. Indon, bangla, Myanmar semua ada. Sebut aje! Aku tau le kat sini aku sorang je perempuan tapi macam le korang tak penah tengok perempuan! Eeee....seram wooo!


Ini bilik server, bukan stor atau tempat pembuangan sampah!


Tu belom lagi pasal nyamuk. Aku rasa macam keje dalam hutan belantara pulak kat sini. Nyamuk Aedes besar gedabak punye la. Sekali sedut darah aku, mau 10ml gak abis tu! Petang semalam baru fogging kat sini sbb ade kes pekerja kontrak sini kena denggi. Jangan aku pulak yang kena lepas ni. Tolong....
Dara Darah wa sudah bersatu padu sama darah Indon, Bangla, Myanmar semua tu lorr....


Lagi satu hal yang membuatkan aku terseksa duduk sini. Toilet! Ok untuk pengetahuan korang, kat tapak site ni takde tandas awam ye. Setiap corner, tempat-tempat tersorok, tempat-tempat gelap atau di belakang pintu merupakan tandas awam. Paling teruk aku penah nampak satu botol air mineral berwarna kuning! Yuck!!! Kalau ada pun cuma tandas bergerak yang kaler biru ni. Hari ni aku tgk ade kat basement, esoknye pulak aku tgk tandas tu dah naik ke tingkat 5! Gosh....sumpah aku takkan masuk tandas tu. Biar la aku sembelit ke, buasir ke, untuk masuk ke dalam toilet tu tidak sama sekali.




Tiap hari bila dah masuk dalam site ni, bila keluar mesti kena kibas-kibas baju dulu. Baju, seluar, rambut semua putih-putih kena habus simen. Kete aku? Jangan cakap la...Dari kaler merah, sekarang ni dah kaler putih! Kat sini aku tak leh nak cun-cun. Kalau pagi datang cun, baru sejam dah serabai! Selekeh gilo nak mampus aku kat sini. Hilang muka cumil aku kat sini. Jangan nanti aku balik kampung nanti, mak bapak aku dah tak kenal anak diorang lagi dah.




Ohh tidak. Aku tak tau berapa lama lagi aku leh stay sini. Sesiapa tolong jemput aku balik KL balik. Aku rindu kekesakkan KL!




p/s:
Kepada keluarga di kampung, sekiranya anakda mu ini tidak pulang ke kampung halaman dalam masa 1 purnama, carilah anakda di Lombok! Berkemungkinan anakda dilarikan ke sana.....



Twitter Bird Gadget