Wednesday, December 21, 2011

Ohh gigi palsu ku.....

28 comments
Hari tu aku ade balik kampung. Yela, dah lama tak balik kan. Ibu pon dah miss-miss gitu. Sampai je kampung, aku tengok ibu aku serius je. Kadang-kadang je senyum simpul ngan Ayah aku. Semacam je aku tengok aritu. Taknak borak pon ngan aku. Tanya pasal aku pon tak. Aku budget dia merajuk kat aku sebab tak balas miss call dia aritu.


Dalam hati, "Merajuk lagi ke Ibu aku sorang ni?". Lalu aku pon bertanya la kepada Ayah ku... "Ayah, apsal Ibu tu?" Belum sempat Ayah explain apa yang dah jadi kt Ibu, terus dia gelak guling-guling, sampai leleh air mata. Ibu yang tadi dok jauh dari kami, terus meluru ke arah Ayah dan terkam lengan Ayah. Abis di 'piuh-piuh'nya. Aku pulak blur menyaksikan aksi tersebut. Dalam hati "Ganas giler (-_-")
....."


Bila gelak Ayah dah reda, dia pon mula bercerita. Minggu lepas...masa tu dia tengak syok-syok layan cite Tentang Dhia kat tb3 tu. Wah dasat Ayah aku layan citer tu. Ibu aku biase la, time-time tu mesti dok kat dapur luar umah tu. Prepare dinner. Tengah kusyuk-kusyuk Ayah aku layan si Dhia tu nangis-nangis, tetiba dia di kejutkan dengan suara Ibu aku menjerit panik kat luar tu.



Ayah aku yang sedang tacing-tacing tengok tb tu ape lagi. Terkejut beruk la dia bila dengar Ibu aku menjerit. Ape lagi terus la dia lari ke dapur untuk mengetahui apa yang berlaku. Lalu Ayah pon bertanya, "Napo eh?". Ibu aku diam je sambil tutup mulut, terjengok-jengok dalam longkang belakang umah tu.




"Carik ape?" tanya Ayah aku lagi. Dengan nada kecewa Ibu aku pon menjawab, "Gigi palsu Ayang jatuh dalam longkang.......". Ayah aku ape lagi. Bukan nak simpati...Dia boleh pulak dok gelak sampai berair mata dia. Ibu pulak dah tarik muncung sedepa dek kene gelak. Berharkat-harkat panjangnya gelak Ayah aku, begitulah panjangnya muncung Ibu aku. Agak-agak dah ok sikit Ayah aku pon bertanya, "Camno lak buleh jatuh tu?"



Ibu dengan muke sadisnya menjawab, "Takdo la...Ayang nak buang air dalam bekas tu dalam longkang td, ontah sapo yg nyobot ntah. Tersodak la Ayang. Tetibo buleh lak tercampak keluar gigi palsu tu......Memulo tu gigi tu jatuh kat tebing longkang tu je. Pastu boleh lak bergolek-golek sikit masuk longkang. Plup yo bunyik eh. Tak sompek nak buek apo-apo haaa.....". Hahahahaha....Aku yang dengar citer tu....Gila gelak hentak hentak-hentak kaki....Ibu aku tensen jerk tengok. Ibu pun sambung "Kalau ikot ati Ibu...nak yo Ibu turun carik dalam longkang tuh...biarlah...dari tado gigi ha....". Sambil menunjukkan gusinya yang tanpa gigi.


Pastu aku tanye Ayah aku.....



Aku: "Asal ayah tak 'sauk' je gigi palsu ibu tu? Sauk lah...", cakap aku sambil gelak gelak...


Ayah: "Aah..betol gak tuh kan?", jawab ngan muke siyes..


Aku: "Abis...nak ke ibu pakai gigi palsu yang dah masuk longkang tu?Air longkang tu dah la kaler dia keruh semacam tu hehe"


Ibu: "Dari ni haa..Ayah ko golak-golakkan yo ibu sojak takdo gigi ni haa....", sampuk Ibu aku sambil menunjuk-nunjuk ke mulutnye yang tidak bergigi.


Ayah: "Eeeiii...Tak senonoh tau Ayang ni...Ntah ntah dah kuning dalam tuh...Dah berkarat kat celah-celah gigi palsu tu".


Ibu: "Takpo...Ayang rendam lah dalam klorox dua minggu....", jawab ibu aku selambe...



Hahaha sumpah satu hari aku gelakkan Ibu aku. Dia siap mogok lagi takmo masak. Last-last nak pujuk punye pasal, terpaksa la aku belanje Ibu aku makan besar aritu. Dalam takde gigi tu boleh pulak dia melahap bebanyak tu. Adeh~



Lagu ni aku dedicate kat Ibu yang tersayang. Dengan ucapan, moga cepat dapat gigi palsu yang baru sebab anak mu ini tidak mampu menahan gelak tahkala memandang wajahmu tersenyum tanpa gigi. Hahahahahaha




Sekian


Monday, December 12, 2011

Satu je yang kurang

19 comments
Suatu hari, sedang aku makan-makan di sebuah kedai mamak dengan kawan-kawan aku....Aku perasan kawan-kawan aku leka perhatikan aku yang tengah lahap melayan makanan aku sambil melemparkan senyuman sumbing diorg tu. Tiba-tiba sorang kawan aku bersuara.....


Kawan 1: "Kau ni Pana...semua cukup pakej...muke comey....kerja bagus...engineer lagi...kereta ader...rumah on the way....lelaki berlambak-lambak nak...sampai kau tak tertepis dah...tapi satu jerk kurang.................."


Aku: "Ape dia??", muka cool jerk...makanan terus aku suap ke dalam mulut...tapi dalam hati dah cuak pikir "nak cakap aku lesbian ke aper minah nih"


Kawan 1: "Urm kau ni.........", lama dia diam...tak sambung pon ayat tu....

Aku:
"Ape die....", aku tanye lagi, kali ni nada agak tinggi sikit...berlagak sikit la time ni...

Kawan 1: "Kau KURANG BETOL! Miahahahahahahahahaha..." dia cakap sambil gelak and hentak-hentak meja....eiiiiii....suke kauuu yer???????

Pastu sorang lagik pulak sambung
.

Kawan 2: "Yang nak ngan ko tu semua kompom tak tahu ko nih ada gila sikit! muahahahahahahahaha"


Habis satu table gelak aku....Amboi amboi....Suka suki je cakap aku tak betol kan....Cis!! Terus aku rase roti canai mamak tuh cam dah basi....Saje je tau korang nak buat aku tacing....Hilang selera aku....Rugi 80sen duit roti canai tu....Takpe takpe...akan ku balas korangg!!!



Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang saya mengkuang layu,
Biarpun gurauan korang ada sikit tepat,
Kejap lagi aku seligi korang sampai layu!



Hahahahahahaha.....





Friday, December 9, 2011

Kisah anak dan ibu...

14 comments
Kalau mata kanan asyik berkedip-kedip...
Ada orang rindu ek?


Ibu aku kot...

Sebab arini dgn semalam ibu aku banyak kali miscall aku.

Pastu aku pulak missed the calls.

Lalu aku anggap ibu aku miss aku...

Suke Ibu main miscall-miscall ye~

Ibu takde kredit ea?

Sorry la ibu....

Dah biol sangat dah anak ibu sorg ni.

Tak pandai nak call balik...

Lagi pun aku anak nombor 1

Anak nombor 1 ni kepala ada batu dalam duduk...

Kepala keras...


Aku nak buat, aku buat.

Aku nak cakap, aku cakap...

Tapi ape2 hal pon....

Ibu..orang sayang ibu....

Eh ayah pon orang sayang....


Anak Ibu yg dulu lain bu..

Anak ibu yg sekarang dah belajar bnyk benda.

Tak payah jaga hati orang sangat.

Nak cakap...cakap je...benda betul.


Anak ibu ni sekarang dah pandai emosi.

Dulu batu....

Anak Ibu ni sekarang dah pandai moody.

Anak Ibu sekarang sudah mingle sama byk spectrum orang.

Anak ibu ni dulu tak reti nak bercakap dgn adik beradik...

Anak ibu sekarang dah pandai tulis sajak!! Wahahha....



Apo-apo yo lah....


Tapi anak Ibu yang dulu suka makan. Sampai sekarang suka makan. Itu yang penting!



p/s:-

Sekarang dah jarang on9. Diri pon dah macam mayat hidup sekarang ni.... Tapi mayat yg comel!

Minggu depan 3 site up/launch. Weekend ni kne keje. Mati la......Bos memang nak bunuh aku! Kalau aku mati, aku nak jadi hantu...Boleh menghantui hidup bos aku!



Saturday, December 3, 2011

Pada satu hari....

21 comments
KEJADIAN DI SATU KENDURI KAWEN...

********************************************

Sewaktu bersalaman dengan tuan rumah...


Tuan rumah : "Eh....maner budak comel tu ek? yang aku berkenan nak buat menantu dulu tu?", kata beliau sambil bersalaman dengan ibu aku.


Aku yang budget dia tengah tanya pasal aku, terus kedepan menghulurkan tangan. Sopan santun. Senyum simpul. Lagak calon menantu pilihan mak mertua.


Tuan rumah : "Haaa.....ni pon dia...amboi makin lawa betol...macam cewek jawo pon ada...lawa nye la haiii...", sambil bersalam dengan aku.

Kembang lobang hidong aku kejap....

Habis muka aku dibelek-belek...Pipi aku cubit-cubit, di cium-cium...Di gomol-gomol....Dan selepas makcik tu berpuas hati dengan kecomelan aku.....Dia pon beredar sambil tersenyum puas.

Terus aku menyelit dekat ibu...


Aku : "Bu...Bu...mano deh anak lelaki dio yang nak di jodohkan ngan orang tuh?", berbisik kepada ibu dalam mood gatal.


Ibu : "Tuu haaa.....", sambil memuncung dekat seorang lelaki berkemeja putih yang duduk selang dua meja



Erkkkk................



Aku : "Urm takpe lah bu...orang jadi anak dara tua pon takpe..... (*_*)
"



Jangan tanya kenapa.....Sadis~



Friday, December 2, 2011

Cuba Lagi

11 comments



pernah gagal mencuba?
cuba lagi

pernah kecewa bercinta?
tenang-tenang, esok siapa tahu

pernah jatuh terduduk?
bangun, siap sedia

pernah terkilan menunggu?
senyum, teruskan hidup

pernah hilang sumber inspirasi?
bangun malam, kembali kepada Tuhan

pernah putus asa?
pejam mata, bermula semula

pernah rasa hilang segalanya?
buka mata, lihat yang tiada apa

pernah menangis?
tenang sahaja, itu untuk seketika

pernah rasa dikecilkan?
sabar, itu hanya perasaan

pernah diketawakan?
oh, sekejap sahaja, nanti sudahlah tu

pernah rasa susah?
berakit kehulu, berenang ketepian :)

pernah rasa sedih ditolak?
yang menolak pun rasa sedih sebenarnya


*sekian*

Friday, November 25, 2011

Cik Panadol outstation lagi...

10 comments
Salam Jumaat semua.

Aku bersiaran langsung dari JB hari ni. Buat masa ni, aku sangat sibuk dengan dengan kerja-kerja yang semakin bertambah sekarang ni. Ini merupakan hari ke 4 aku berada kat sini. Sepatutnye aku kat sini untuk 2 hari je. Tapi di sebabkan ada masalah tertentu, terpaksa la aku duduk sini sampai la arini. Waaaaa nak balik KL!



JB Sentral (North). JB Sentral ni lebih kurang macam terminal untuk pengangkutan awam macam bas ngan keretapi. Dekat dengan Woodland, jalan masuk nak ke Singapura tu.


Sekarang ni kesihatan aku masih tak ok. Ubat dah makan, tapi keadaan kesihatan aku masih sama. Demam selsema ok. Seminggu dah macam ni. Kena pulak buat keje dalam bilik sedia mak long berkeadaan umpama dalam ais box peti sejuk korang tu. Aircond tak boleh nak control kasi slow, dan tak boleh tutup! Memang terbaik la. Time selsema ni, duduk pulak dalam bilik sejuk ni. Tuhan je tau betapa seksanya aku.



Sesungguhnya aku tidak la seceria itu dalam bilik ni.


Bila kat sini, waktu kerja aku agak fleksibel tapi mengarut. Pukul 9 pg aku masih membuta kat hotel, 11 pg baru la terhegeh-hegeh aku nak turun ke site. Habis kerja pulak tak menentu. Selalunya kompom malam. Macam malam tadi, kami buat kerja sampai pukul 3 pagi!



Bila dah kerja sampai pagi, masing-masing mula la jadi sewel-sewel sikit. Malam tadi, diorang ni dah mula menunjukkan tanda-tanda awal otak memasing dah mula menyewel. Time ni perangai masing-masing dah agak berubah sikit. Kadang-kadang nampak pelik, kadang-kadang nampak kelakar. Tapi selalunya nampak menakutkan la....

Itu la yang aku kena hadapi bila turun JB ni. Sekrang demam selsema aku dah berjangkit kat semua orang, termasuk bos-bos diorg haha.... Maaf ye....



Ni la orang-orang yang banyak membantu membuli aku sepanjang aku kat sana. Biasa la bila aku sorang je pompuan yang keje ni, kadang-kadang diorg ni boleh layan aku macam lelaki pulak. Cet!

Walaupun penat dan selalu tension, tapi kadang-kadang rasa seronok jugak buat keje ni. Time tak kawin ni boleh la buat keje-keje mengarut ni. Dah kawin nanti, tak tau la boleh ke tak buat mcm ni hehe....


p/s:-

Ok aku dah nak p site ni. Harap boleh balik KL arini.....(Ni entry auto publish)



Saturday, November 19, 2011

Melepak di Mahkota Hotel, Melaka

23 comments
Tahun ni je, ni merupakan kali ketiga aku menjejak dan berjimba-jimba kat Melaka. Kali pertama mana event ni, stay kat Equatorial Hotel. Lepas tu berjimba-jimba kat A'Famosa. Kali ni dah malas nak berjimba-jimba. So datang just untuk melepak je.

Eceh... Banyak la duit aku ni nak melepak kat hotel. Takdo kojo den doh. Baik den melepak kek umah yo. Laie la sodap!


Sebenarnya bos ada urusan kat sini. So sebagai pengeskot tanpa gaji ni, wajib la menjoin bersama. Kali ni kami lepak Mahkota Hotel, betul-betul belakang Mahkota Parade nun. Kira dekat town jugak la. Boleh jalan kaki je nak ronda town tu. Tapi sila jangan naik monorel kt Melaka ni ye. Elok-elok korang boleh naik sendiri, nak turun nanti kena panggil bomba pulak. Dah satu keje......


Ni rate bilik kat Mahkota Hotel ni. Mahal jugak la. Tapi ini je yang kami mampu.....


Kami stay kat apartment 2 bilik tidur, 2 bilik air. So takde la kes berebut toilet pepagi memandangkan ahli rombongan ni ada masalah pencernaan jugak la. Kalau dah start kongker toilet tu memang tak ingat orang lain dah la...

Kat sini jugak banyak kemudahan rekreasi ada. Kira kalo datang sini tak payah kuar mane-mane pon takda. Nak tanya ape-ape pegi je kat Recreation Office diorg tu.


Main attraction kt sini mesti la swimming pool dia. Sini ada dua swimming pool. Dan ada dress code ye. Kalau tak ikut dress code tu, memang kne halau la. Pool yang ni pool kedua, kat belakang sikit dari lobby.


Court tennis pon ada. Tapi kne sewa la kan. Kami siap bawak raket sendiri, tapi kerana kesuntukkan masa jadi tak sempat nak main hehe.

Selain tu ada jugak mini golf, gym, spa, tempat karaoke. Kira ok la kalau korang malas nak kuar dari hotel tu hehe.


Time kitorang datang tu, tengah berlangsung Kejohanan Bina Badan Dunia kat hotel tu. Siyes aku tak teruja dan takde selera nak tengok lelaki-lelaki berotot ketul-ketul tu pakai spenda kecik je. Geli siottt!! Time petang berderet-deret mereka-mereka tu bersidai kat tepi swimming pool tu. Yang tengah photoshoot sekian. Semua pakai spenda kecik tu. Arghhh!!!


Lepas check in, kami plan nak merayap cari seluar kecik Bdk Johor. Habis satu town jalan, nasib jumpa. Ni semua gara-gara dress code nak mandi swimming pool tu la.


Petang tu, yang boboi je layan mandi kt pool tu. Yang gegirl tengok-tengok je dulu. Segan nak mandi time tu sebab abang-abang body builder ade lepak-lepak kat pool tu. Agak-agak dah malam, takde orang baru la yang gegirl punye trun pulak.


Syok woo naik benda ni. Tapi aku takut sikit la naik dia. Takot-takot pon lepas gak la try sekali hehe...



Kat sini nama je ada jakuzi, tapi tak panas pon air dia. Ingat boleh la layan air panas sejuk-sejuk tu. Ceh haram. Same je sejuknye air kat jakuzi tu ngan yang kat kolam tu. Harap buih-buih je kasi effect dasyat hehe.



Bila jari-jemari dah cukup kecut, baru la terhegeh-hegeh nak benti. Time tu perut pon dah lapar. Siap-siap terus keluar carik makanan. Takot kedai tutup cepat kat Melaka ni. Kalau kat KL sesubuh sepei pon banyak je kedai bukak. Since tak biasa ngan kedai-kedai makan yg best kat Melaka ni, kitorg pon redah je la carik. Jumpe la kami ngan Tasik Limbongan Bistro. Tak tau pulak kat situ femes Murtabak dia. Kalau tau, awal-awal lagi aku order.



Dah kenyang-kenyang rasa malas nak balik bilik lg. Malam masih muda kan. So kami decide nak jalan-jalan kat Uptown Melaka. Dek kerana kitorang dah biasa lepak uptown/downtown kat KL ni, so uptown Melaka ni aku rasa biasa-biasa je.



Time ni kami bertiga je yang keluar jalan-jalan. Bdk Johor ada kerja yang perlu di selesaikan. Dah puas berjalan, mata pon dah mengantuk, apa lagi. Balik bilik la port seterusnya hehe.


Hari kedua, pagi-pagi lagi boboi dah keluar menjalankan misi mereka. Yang gegirl kena tinggal kt hotel. Bangun-bangun je pagi tu dah rasa lapar. Lepas je yang boboi keluar, yang gegirl pon apa lagi. Keluar jugak la. Tapi kami pegi bekpes!


Hahaha banyak tak aku makan? Ni baru first round!


Masing-masing muka tak mandi! *Kantoi* Alah bukan ada orang nak ngorat pon hahaha....


Pastu, ingat nak terjun pool lagi, tapi bila tengok ramai sangat orang mandi pagi tu, terpaksa la cancel plan. Sementara nak tunggu check out tu, kitorg just ronda-ronda je area hotel tu. Ronda carik abang badan ketak!



Agak-agak dah abis sekeliling hotel kitorg pusing, baru la naik bilik. Bab nak check out tu la yang paling malas hehe... Tak suka nak packing barang. Nasib la stay sehari je.



Lepas check out sementara nak tunggu boboi abis hal diorg, kitorg pon ronda la town Melaka tu lagi seround. Nak carik la ole-ole untuk di bawak balik. Tapi tu la, takde apa yang special/unik barang-barang yang diorg jual tu untuk aku beli. Last-last aku beli belacan je! Hahahaha macam takde benda lain!


Petang baru la nak gerak balik KL semula. Ok kalau ada trip ke Melaka lagi pasni, aku tarik diri ok. Jalan town Melaka memang xde apa sangat. Tapi kalau bahagian lain kat Melaka tu maybe aku boleh layan lagi. Mungkin dek galak kali sangat aku ke Melaka tahun ni, aku jadi bosan pulak nak ke sana lagi. Tunggu next 2 years la pulak baru jejak lagi hehe....


Orang Melaka jangan amik hati ye.


Saturday, November 12, 2011

Seharian di Kalumpang

29 comments

Bebaru ni aku dan geng telah menggatalkan diri menerima jemputan dari Mama Meow untuk melepakkan diri di homestay milik keluarganya di Kalumpang. Haaa lama dah teringin nak ke sana. Tapi tuan rumah tak mengajak, jadi ku pendamkan je la hasrat tu. Eceh!



Ni first time aku sampai Kalumpang ni. Tempat pon not bad. Agak privacy. Yela area tu lebih kurang mcm kat ladang sawit. Tapi takde la sunyi pon. Banyak rumah yang boleh di sewa dekat kawasan ni. Port ni sebelum sampai ke Kalumpang Resort & Training Centre.




Tempat ni memang sesuai untuk lepak kaki-kaki sempoi, backpacker je tau. Yang ala-ala diva tu di larang keras jejak kaki ke tempat ni. Dan di sebabkan area tu agak tenang dan kurang gangguan, kami merancang untuk mengganggu tempat tu. Ooo yeah bebeh! Kami bawak set karaoke. Melalak la sampai bengkak anak tekak.



Bdk Johor sibuk setup peralatan karaoke hehehe. Siap setting sonang nak melalak dalam hutan ni! Takdo orang nak marah hahaha....


Orang kuat karok. Pegi memane pon sanggup angkut set tu. Sape nak guna perkhidmatan karok diorg ni, leh contact diorang.


Selepas siap setup karok, terus tukar baju sume nak tiruk dalam sungai tu. Kena la jalan sikit dari rumah sewa tu nak ke sungai ye. Sungai tu bukan la sebelah umah je. Exercise sikit bebeh!


Sungai Inki ke nama sungai tu? Entah la...Aku pon tak tau. Lupa nak tanya tuan rumah. Yang aku ingat cuma nak berendam puas-puas je haha.


Sungai dia memang cantik la. Tak dalam sangat. Sesuai untuk acara berendam badak air. Untuk yang nak berenang sakan tu, tempat ni tidak sesuai untuk anda.


Cantik sungai dia. Air pun jernih.




Siyes air dia memang sejuk. Macam air batu sejuknye. Nak cecah momtot gebu aku ni kat air tu punye la makan masa! Kalau datang time musim panas, memang masyuk la datang sini. Rendam sampai kecut-kecut pon takpe. Tapi dek kerana kitorang datang time musim hujan, air sungai ni dah macam salji pulak.



Tempat ni memang sesuai untuk sesiapa yang agak fobia ngan air macam aku hahaha. Yang datang untuk berendam-rendaman je. Aku jadi badak air je aritu. Tak sanggup dah bermain-main dalam air yang sejuk tu. Memang gigil la.


Bdk Johor pulak main ngan bebudak. Ni gambar nak kaber sejuk!


Mamat ni pulak lebih suka menjadi singa laut yang bersantai di atas batu-batuan.


Dek kerana musim hujan, dua tiga kali jugak la kitorg turn naik dari sungai ni. Time tak hujan, kitorg duduk dalam sungai ni. Hujan turun je, terkangkang-kangkang kitorg lari balik umah. Time ni la layan karok. Agak-agak tak hujan lagi, kami terjun sungai balik. Hujan, lari naik atas. Tu je la keje kami aritu. Tapi memang enjoy.


Plan nak balik petang, tapi dek sejuk punye pasal dan kemalasan yang terlampau, malam jugak baru bertolak. Maybe lain kali nak p tido sane sekali la. Takde la rushing-rushing nanti.



Pada sesiapa yang nak p lepak-lepak kat homestay tu, leh contact2 Mama Meow. Tak pon call no kat banner dlm gambar atas tu ok. Tapi ingat.... HOMESTAY TU BUKAN UNTUK ANDA YANG DIVA-DIVA!!



Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka 2011

23 comments
Dalam sibuk-sibuk kita nak menyambut Hari Raya Aidiladha ni, kecoh pulak pasal event ni yang diorang sebut "Seksualiti Merdeka 2011". Acara yang bertemakan “Queer Without Fear” ni berlangsung pada 1 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.



Acara yang kononnya berteraskan perjuangan “Human Right”, menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Kiranya diorang nak memperjuangkan hak dan kebebasan daya hidup diorg ni kt Malaysia ni la tu. Kononnye Malaysia ni negara demokrasi, ada kebebasan la gitu. Tu pasal la diorang ni selamba badak je pomot event tak berpaedah ni secara berleluasa.



Hish aku dengarnye pon rasa macam nak sula-sula je penganjur acara bodoh ni. Sape si Ambi Gaga tu lagi? Huh tak abis-abis dia ni wat hal. Dari satu ke satu hal dia nak buat. Ke dia ni pon salah sorang daripada orang yang mengamalkan cara hidup songsang ni? Aku musykil....



[Gambar perhiasan]
Aktiviti tidak bermoral seperti ini perlu di galakkan elakkan. Di mana saja ia boleh bermula. Mungkin dalam fitting room, atau bawah tangga pon boleh jadi.



Event ni akan berlangsung selama lebih seminggu. Wah bertan-tan dosa la diorg ni buat nanti. Ok benda ni tak patot berlaku. Pada korang-korang tu, jangan la gatai-gatai p support event ni ye. Walaupon ada yang kata tujuan sebenarnye acara ni bukan macam apa yang media war-warkan. Tapi kalau dah si Gaga tu punya kepala, memang tak penah lurus la tujuannya tu.



[Gambar perhiasan]
Pengamal hubungan terlarang seperti ni patot di kenakan tindakan tatatertib serta merta.



Jadi pesanan pihak pembangkang, jangan lah kita mengamalkan kesongsangan ni kerana dikuatiri akan menghasilkan anak-anak yang songsang jugak. Lebih parah, anda mungkin tidak dapat menghasilkan anak sama sekali!!




p/s:-
Benarkah gambar-gambar perhiasan di atas tiada kena mengena dengan aktiviti songsang? Kita akan rungkaikan permasalahan ini....




Wednesday, November 2, 2011

Perkara yang menjengkelkan dalam bertwitter

18 comments
Sesiapa yang punya akaun twitter, mesti tau macam mane bestnye bertweet kan. Selain dapat bersosial, ada jugak yang guna untuk 'tarik duit'. Sejak function Facebook yang dah tak berapa nak privacy lagi ni, ada yang kata Twitter lagi menyeronokkan. Twitter pon sekarang ni dah makin ramai pengguna. Makin seronok la bertweet, nak-nak lagi kalau ramai kenalan kita jugak bertwitter ni.

Tapi dalam seronok-seronok ni, ada beberapa perkara yang agak annoying la yang orang selalu buat dalam Twitter ni. Dan aku rasa tak berapa patot la korang-korang ni amalkan kt Twitter tu. Ni antara perkara-perkara yang aku rasa agak mengjengkelkan bagi aku sebagai pengguna twitter ni.


1. Jangan tweet semua benda/tweet kerap sangat.

Maksud aku jangan tweet semua benda yang korang sedang buat. Contohnya "I nak mandi ni", "I tengah mandi ni" bla bla bla.....Sangat annoying bila timeline aku penuh dengan bebelan merapu orang-orang macam ni. Tak semua orang nak tau ape yang korang sedang buat ye. Dan jangan tweet kerap sangat. Tak larat nak baca tweet korang yang berderet-deret tu. Tweet bila perlu saje ye.


2. Kalau nak reply tweet orang tu, tolong jangan ReTweet!


Walaupon ada pendapat yang cakap, RT tu umpama button LIKE dalam FB tapi.....Tak semua orang nak tweet dia di baca oleh orang-orang yang dia tak kenal. Please jaga privacy orang lain. Kalau nak LIKE-LIKE ni, p LIKE kt FB nun. Jangan kacau RT tu la....Kalau kau dah takda benda nak tweet pon, please la jangan dok ReTweet tweet orang lain.



3. Jangan aibkan diri sendiri.


Yang ni selalu yang pompuan-pompuan la yang buat. Dok tweet benda mengarut sampaikan aku rasa apa yang diorg tweet tu macam menjatuhkan maruah dia sebagai seorang perempuan, macam menjual diri pon ada gak! Girls, please jangan tweet something yang boleh menampakkan korang tu sangat-sangat desprate.



4. Jangan tweet ayat-ayat lucah/maki hamun!


Aku takde selera nak baca tweet ko yang penuh dengan perkataan lucah tu. Kalau nak tarik perhatian orang, jangan sampai semua nama binatang, mak orang punya alat sulit pon kau nk sebut. Kalau marah sekali pun, takkan la sampai nak sebut semua perkataan-perkataan p**i, b**i, an***g, p****t la. Tak tau malu betul la ko ni. Astarfirullah-alazim. Belajar-belajar la bersabar sikit......



5. Tweet ayat-ayat cinta/emo/meroyan yang keterlaluan.


Tau la korang tengah bercinta ke, emo ke, hape ke, tapi jangan la setiap perasaan korang tu korang luahkan kat twitter tu. Dalam seminit ko boleh tweet sampai 10 tweet semua pasal perasaan ko tu. Time cinta-cinta tweet punya la jiwang, naik loya tekak aku membacanye. Sampaikan hal-hal dalam kelambu pon nak tweet. Time emo, tweet punye la sentap. Emo tak tentu pasal. Sedih takde orang peduli la, sentap orang tak layan la... Adohai...sarat timeline aku dek tweet kau dek non oi.....




Ok tu hanya pada pendapat dan pandangan aku je. Lain orang, lain pendapatnya. Mungkin ada orang yang boleh terima 'aksi-aksi' tersebut. Tapi bagi aku, baik kurang-kurangkan la. Ni semua takda niat nak buat korang terasa ke apa. Aku mintak maaf kalau ada yang terasa. Aku sekadar mengemukakan pendangan aku je.



Chill~


Twitter Bird Gadget