Saturday, February 19, 2011

Makan busat malam Cap Goh Meh

Lai lai....chī fàn!!

Waaah manyak hepi wo dapat makan busat. Walaupun tengah sibuk sekarang ni, tapi disebabkan makan pree, ku gagahkan untuk join. Makan pree adalah masa yang paling baik untuk menternak lemak! (Tips dari Cik Panadol)


Tempat berlangsungnya acara makan busat. Tengok pokok limau kat luar tu, rasa macam nak petik-petik je limau tu. Tapi nanti menjejaskan imej kelab gebu gebas pulak.


Tu meja kitorang. Suke!


Suka tengok bunga tu. Cute! Nasib baik bunga tu kaler pink. Kalau kaler merah mesti aku dah angkut bawak balik.


Tau apa Fortune Cookies? Haa kalau tak tau ni nak habaq sat. Fortune Cookies ni adalah biskut! Tu pun tak tau ke? Hahaha ok-ok. Ni bukan biskut biasa, tapi biskut yang dapat meramal kehidupan seseorang (Sila jangan percaya!). Biskut ni rasa macam kuih kapit sikit. Dalam biskut ni ada kertas ramalan ye. Sila jangan sumbat sebijik-sejibun biskut ni dalam mulut anda walaupun anda mempunyai saiz mulut yang extra luas! Biskut tu dimakan sebelum acara makan busat bermula. Tengok ramalan biskut tu untuk aku kat atas tu. Hurmmm nampak gayanya lepas ni aku kena kurangkan bekerja dan banyakkan mengular.....


Bos aku yang ni sangat sengal ok. Dia suka suruh aku buat keje yang aku tak tau, dan suka suruh aku buat keje yang bukan keje aku. Aku selalu je nak hangin ngan dia, tapi bila dia start buat lawak bodoh dia tu, terbantut rasa nak marah. Cik Panadol pun tak tertanding dengan kesengalan dia.


Marketing Manager aku ni pun selalu jadi mangsa hanginan aku. Apa taknya, bagi due date kat customer tapi tak inform aku. Dah dekat-dekat due date baru nak tanya aku. Apa lagi, menganga la aku.


Huh tak bermaya betul muka aku time ni. Patotnye semangat la sikit sebab dapat makan free. Tengok mata aku yang macam mata panda dah tu. Huduh! FYI, aku dah 2 minggu insomnia. Sebab tu mata jadi macam tu. Kepala pun dah ting tong! Help......


Antara menu yang kitorang lahap. Yang lain tak sempat nak ambik gambar sebab pinggan belum terletak kat atas meja, sudu garfu chopstick diorang dah naik kat pinggan yang waiter tu bawak. Macam ada magnet je chopstick masing-masing ngan kat makanan-makanan tu.


Thanks you bos untuk makan busat tu. Juga untuk angpow kecik tu.....


p/s:-
Seronok kutuk bos dalam belog!



13 comments

February 19, 2011 at 11:43 AM

muehehehe.... yg tulisan kecik last tu, puas la den merenung eh...hehehe

apa no tepon bos lu beb? wa nak g tepon dio sat, nk bg url blog neh....hohohoho

February 19, 2011 at 1:53 PM

meriahnya dear ;)

p/s : share angpow tu ngan cik shabah bole?he3 ;p

February 19, 2011 at 7:41 PM

naseb baik bos tarak tau sape itu ms.panadol..hoho

February 20, 2011 at 1:29 AM

agak-agak bos awk baca blog ni tak?? haaaaaa....

February 20, 2011 at 1:19 PM

sedapnya makanan tu...fuhhh!

February 20, 2011 at 1:50 PM

boss belanje, siap kene hantam kat blog g, hehehehe......sedap giler mknn tue huhu

February 21, 2011 at 11:10 PM

blog mmg tempat terbaik kutuk bos..tp hati-hati, kang terkantoi url di pc ofis nnt..hikhikhik

February 22, 2011 at 12:50 AM

wa sokong lu qis.. nanti wa siasat no tepon bos dia, pastu wa bagi kat lu. lu racun kaw2 bos dia ar. hahaha

February 23, 2011 at 1:19 PM

Hohoho!
Best kaa kutuk bos dlm belog?? :p

February 23, 2011 at 4:18 PM

Ada jugak eh? Kat tmpt KC takat bagi angpow je ~ gi mkn sendiri. hihi ..

February 23, 2011 at 7:32 PM

makan makan makan makan makan

February 23, 2011 at 7:34 PM

makan makan makan makan makan

March 1, 2011 at 5:22 PM

ni pesen nak glemer la nih. sume makhluk nk kawan. hahah

Post a Comment
Twitter Bird Gadget