Thursday, March 31, 2011

GTO Amazing Race 2011 - Part 2

Haluuuu...

Ok meh sambung story pasal Amazing Race aritu. Urm sampai mane ek?
Ok ok. Second Clue kan.....



Haa.....ni baru la AMAZING. Kami kena pergi ke Kampung Chennah, Titi, Kuala Klawang. Sumpah tak tau kat mane. Tet tet kitorang tekan GPS. Aku siap call Ibu aku lagi tanya kat mane tempat tu. Cet Ibu aku tak membantu langung! Ade ke dia leh cakap, "Tu la... Tak sekaro an nak poie masuk bondo tu. Ontah mano la corok eh tompek orang tu suruh kau poie!". Aiyak....



Call parent Mrs Curly pulak la. Huh pak cik aku tu cakap kampung tu sangat-sangat jauh. Hulu sangat dia cakap. Kena masuk dalam, jauh dari jalan besar. Gulp! Haaa ni baru la adventure!



Takpe takpe. Ikut je la GPS tu (walaupun tak begitu pasti sebab takot tempat lain pulak yg GPS tu guide kitorang nanti)......



Serius aku mabuk!!!



Pempaham la. Jalan nak ke Jelebu tu macam ular kena palu. Bengkang bengkok sane sini. Nasib tak muntah dalam kete hehehe.


Orang Jelebu UMNO tegar! Hahaha



Bila nampak signboard Kuala Klawang, hati jadi excited walaupun tengok dalam GPS tu ada lagi 30km lagi sebelum sampai ke tempat yang di tuju. Start masuk Titi, Kuala Klawang, dah nampak beberapa team lain pun dalam group yang sama. Ok jalan yang kami ikut tu betul la maknanya.





Sampai Kampung Chennah, kami dah tak tau mane hala tujuan. Nak tanya orang, clue tak berapa nak lengkap. Clue mention pegi ke Kampung Chennah. Dah sampai tak tau pulak tempat apa yang kami kne carik.



Perjalanan di teruskan, masuk jauh lagi ke dalam kampung tu. Makin jauh masuk, jalan pun makin sunyi. Takda tanda-tanda ada check point yang kami cari. Banyak team yang ambil keputusan berpatah balik ke jalan besar. Kami, teruskan. Berserah kepada takdir walaupun masa tu tak takda team lain kat depan atau belakang kereta kami.




Tapi Alhamdulillah kata hati kami betul. Lepas 10 minit jalan, kami sampai ke check point yang di maksudkan. Hurm ramai gak yang dah sampai. kami team yang ke 17 sampai.




Dah sah kan kesampaian, kami dapat 'visa' untuk task berikutnya. Now kena tunggu turn nak ke tapak tugasan. Kena naik kenderaan pacuan 4 roda (4x4) ok! Yeaaa!!




Sampai juga turn kami. Mula-mula bro tu drive. Lalu laluan off road memang best! Sampai satu check point, kena tukar driver pulak. One of us kena drive 4x4 tu. Sebab tu salah satu task yang kami kena buat utk dapat markah! (task tertulis dalam 'visa' yang kami dapat tadi.)


Bro ni memang best! Cerita macam-macam. Mula-mula cakap slang KL. Tapi bila dah tau yang kitorang ni orang nogori, huh habih keluar loghat nogori memasing!


Mr Captain drive sampai la ke tapak tugasan.



First task kat situ (tertulis dalam 'visa'), kami kena buka sebijik tayar 4x4 tu, pusingkan/gulingkan tayar tu satu pusingan sekeliling kenderaan tu dan pasang balik tayar tu!




Cubaan Mr Captain utk bukak nat tayar tu tak berhasil Akhirnya tenaga kaum wanita juga yang berjaya melaksanakan tugas tu dengan jayanya kurang dari masa yang telah di tetapkan. Full marks!




Second task pulak kena menyumpit. Woohoo.... tau la kampung tu area orang Asli. Task ni kami serah kepada Mr Captain. Aku surrender sebab tengah tak sihat kan. 2 batang anak sumpit kena pada sasaran. 2 markah utk task tu....


Sasaran kami? Jantung pisang hahaha.......


Gaya montot lentik abang ni pamerkan.


Last task pulak kami kena drive 4x4 tu melalui titi. Sebelah tayar je. Tapi memandangkan kenderaan tu besar, seorang navigator di tugaskan utk memberi silent instruction kepada driver. Kami laksanakan dengan jayanya! Full mark lagi!







Settle semua task dan kami balik semula ke check point tadi utk next clue.



Melaka! Here we go..........




To be cont....(again)










4 comments

March 31, 2011 at 11:34 AM

waaaaahhhh!! bestnyer pi melaka!!! siap ade menyumpit lg. hahah :D

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

March 31, 2011 at 2:38 PM

bestnyer jalan2..
g melaka plak pasni..
nk itut.

March 31, 2011 at 3:37 PM

wow.... hebatnye... suka2 aktiviti camni.. kalo ada lg... letmino yer.. :)

April 1, 2011 at 1:16 PM

adehh sonot nyer, pasti nyer hongeh jugak yer...hehehe

Post a Comment
Twitter Bird Gadget