Wednesday, April 6, 2011

GTO Amazing Race 2011 - Finale

Ok cerita Amazing Race aku tak abis lagi tau. Haha biasa la, bnyak sangat task kne buat. Tu baru Amazing Race amatur punya. Kalau Amazing Race AXN punya tu, mau berbulan-bulan agaknya baru habis story hehe. Kalau tak nak baca, close je......



Ok last task aku story aritu pasal naik beca kan. Haa....lepas naik beca, dapat lg satu tast best. Kami di kehendaki membuat kuih karas. Aku suke kuih ni!





Gigih membuat kuih.


Ingatkan susah sangat nk buat..... Senang je, yang penting skill mesti ada! Hahaha..... Tengok la hasilnya. Agak-agak boleh jual tak?



Hasilnya sangat membanggakan!


Selesai. Next dapat dua task serentak. Ok kena split dua group pulak la.



Di takdirkan aku pilih task kat Istana Kesultanan Melayu tu sebab tu task sorang. Diorang laki bini pegi wat task kat Jonker Walk tu.



Aku yang keseorangan terpaksa la mencari tempat yang di maksudkan. Tanya-tanya sikit pakcik beca, sampai gak aku. Tengok apa yang aku kena buat.





Waaaahhhhh! Kena main gasing gajah la......



Serius bukan senang nak buat gasing ni pusing. Takat gasing kecik hok budak-budak kampung main tu aku tau le. Gasing ni beratnya satu, tali pun tebal. Mau melecet tangan-tangan ku yang halus mulus ni melilit gasing tu.




10 minit masa diberi. Lantak ko la nak try bape kali. Tapi disebabkan time aku punye turn, ramai pulak yang nak membaling, last-last 3 kali je aku dapat baling. Kena tunggu turn. Tempat kecik, yang nak baling ramai.




Hasilnya, ketiga-tiga balingan aku cuma dapat pusing kurang dari 5 saat! Memang terbaek.....Ok la daripada beberapa orang tu yang langsung tak berpusing. Done! Tinggal tunggu teammate lagi dua org tu je lagi.


Jap! Diorang buat apa ek kat Jonker Walk tu?




Oooo..... diorg kena mewarna batik la. Sorang kena inagt kaler, sorang lagi tukang kaler. Kecik je kain yang kena kaler. Kalau 4 meter tu boleh gak buat baju raya!




Selesai je task diorg, diorang kena datang ke tempat aku. Ini kerana Istana Kesenian tu merupakan final stop untuk Amazing Race ni. Alhamdulillah kami berjaya laksanakan semua tugas kami.






Malamnya pulak ada dinner, party dan majlis penyampaian hadiah. Theme majlis adalah Hawaiian Night! Enjoy all nite bebeh!




Team 045


Amazing Race 2011 ni memang best. Tapi bagi aku, best lagi
Amazing Race 2010 kat Pangkor dulu. Tahun lepas lagi adventure dan lagi menguji fizikal. Can't wait untuk Amazing Race 2012 pulak!





2 comments

April 12, 2011 at 10:35 PM

best gilak masuk game2 adventur mcm ni.. http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

April 19, 2011 at 2:50 PM

suke nye tg0k......
hikhik.....
mesti best annn...????

Post a Comment
Twitter Bird Gadget