Saturday, April 2, 2011

GTO Amazing Race 2011 - Part 3

Ke Jelobak ke Jolobu,
Gulai Udang sebelango,

Dari Jelobu ke Banda Hilir,

Suko den bujang ke hulu ke hilir........




Adeh parah! Rosak lagu dan bahasa! Hahaha....

Itu clue ketiga untuk Amazing Race ni. Goshh....kena lalu Bukit Tangga lagi. Wekkk!!!




Sejam setengah perjalanan, sampai la kitorang ke Banda Hilir, Melaka. Base on clue, kena la carik tempat tu. Mase ni perut dah mula berdondang sayang. Lapar dowh....


Dua kali pusing Banda Hilir tu, tapi asyik jumpa Restoren Talago Biru 2 dan Talago Biru 3 jek! Cis clue salah bagi nama kedai lagi. Last-last jumpe gak kedai tu kat Culture Food Village.



Sampai kedai tu, dapat task! Task paling best dan tepat pada masanya!



Hahaha bagai orang mengantuk di sorong bantal, kami split 2 group. Pn Salina masak lauk asam pedas, aku ngan In Afizi pulak pilih nk buat task cucuk satay dan bakar satay. Berbekalkan pengalaman membakar satay masa Hari Raya tahun lepas dan bakat terpendam yang di warisi dari ayah ku, tugasan tu sangat mudah bagi ku! Cet riak sungguh....



Nampak sedap tak? Asam pedas ni takde campur tauhu ye hahaha....



Satay kena cucuk sendiri ye. Task suruh buat 20 cucuk je. Kitorang buat lebih! Lapar beb....



Gaya seorang pengipas satay berjaya. Agak-agak kalo aku bukak kedai jual satay, Pakcik Samuri tu boleh tutup kedai tak? Hihihi


Selesai masak dan dapat approval dari judge, task makan pulak dijalankan. Apa yang kami masak tu, kami kena habiskan sampai licin! Kuah-kuah pun kena hirup sampai habis ok. Makan-makan ni kojo sonang yo... Tapi bab perabis asam pedas tu aku surrender sebab aku tak suke asam pedas dan kuah dia sangat pedas!!




Gigih mengambil lauk! Lazat giler....




Ok task completed, perut pun dah kenyang. Tapi tak leh rehat. Dapat pulak next clue. Dengan perut yang membusung penuh satay dan asam pedas tu, terpaksa juga kami berlari cari tempat untuk tak berikutnya.




Dah tau tempat ni so terus pegi je la. Sampai check point tu, dapat tugasan yang perlu kami selesaikan. Naik beca! Sorang kena kayuh beca dan lagi dua kena jadi penumpang. Alaa....task duduk dalam beca jadi penumpang je aku kali ni hahaha.



Lihatlah keriangan kami naik beca dengan perut yang kenyang!




Laluan tu aku tengok dah macam laluan untuk orang amik lesen JPJ je! Nak bawak beca kena ada lesen ke? Hahaha dua round kne kayuh beca ni. Awat sikit sangat.....





Selesai tugasan dengan jayanya sekali!



Now moving to the next check point!! Yehaaaaa.......




6 comments

April 4, 2011 at 3:30 PM

Wah .. masuk emejing res. syioknya dia

April 4, 2011 at 4:24 PM

bestnyeeee!

April 4, 2011 at 10:18 PM

Bravo Miss!..hebatnyer kao..kalau aku dah ICU..huhu

April 5, 2011 at 4:50 PM

kakchik@ella

memang syiok kak....next time blogger2 pon patot wat amazing race cmni.....

April 5, 2011 at 4:51 PM

tia

yesss....

April 5, 2011 at 4:52 PM

assoyfinger67

haha...kalo ikutkan mmg la tak larat tp sbb nk cuba gak tu yg join tu....tp thn ni tak seteruk tahun lepas la....thn lepas lg pengsan woooo....

Post a Comment
Twitter Bird Gadget