Monday, May 16, 2011

Cikgu...Kenal lagi tak ngan budak sengal ni?


Bila sampai je Hari Guru, mesti aku teringat zaman aku sekolah dulu. Banyak betol kenangan dengan cikgu-cikgi ni. Tapi dalam ramai-ramai cikgu tu aku paling ingat beberapa org cikgu yang selalu membuli aku dan kawan-kawan kelas aku dulu.


Gambar time Darjah 5 kat Sekolah Kebangsaan Batu Kikir.

1. Cikgu Aziz

- Cikgu ni ajar aku mase aku darjah 3. Dia guru kelas dan guru Matematik. Serius cakap aku tak penah terror Math dari kecik. Bengap sikit bab nombor-nombor ni. Cikgu ni suke tanya sifir dl. Dia akan tunjuk mane2 student dan tnya sifir secara spontan. Sape tak dapat jawab atau salah bg jawapan, memang kena denda. Dendanya die akan tarik sikit anak rambut kt sideburn kite tu. Perh memang maha sakit. Aku selalu la kena sebab aku ni dah la blur, x pickup dan bengap math. Kalau tak denda tu, kena berjemur bawah panas terik. Alasannya nak bagi otak kami yang beku tu cair sikit! Kalau budak zaman sekarang ni kena ramah sikit, sibuk mak bapak report polis. Tengok aku, relax je walaupun kena denda camtu. Aku ingat bila dah selalu kena denda tu, aku makin pandai. Tak jugak! Sampai sekarang aku masih bengap Math. Sila jangan tanya aku bab kira2 tolak tambah ni, apatah lagi sifir.




Pernah jadi Pengawas Pusat Sumber time form 2-3. Pastu khidmat aku di berhentikan sebab banyak rekod aku tido dalam library mase duty.


2. Cikgu Shahril


- Cikgu Biologi peberet aku. Hensem cikgu ni tp nasib le dah kawen time tu. Biasa la kalau cikgu kacak, mesti anak murid senang ingat * gatal*. Dia ajar aku time form 4-5. Dia suka buli aku. Dia selalu suruh aku duduk depan time kelas dia, sbb dia ckp kalau aku duduk belakang aku akan tido. Dia suka suruh aku baca dan explain topik dalam kelas walaupun dia tau aku gemuruh bila suh bercakap depan org. Dia suka lepak akt meja aku time buat ekperimen sbb senang dia nk ketuk tanagn aku ngan pembaris kalau aku salah buat. Dia tau aku tak suka orang panggil aku dengan nama Mas. Ok korang dah tau nama aku. Bila dia suh jawab soalan dan panggil aku ,"Mas, ape jawapannya?" terus aku jawab "M**** la cikgu...." sambil buat muncung panjang sedepa. Dan-dan tu dia leh gelak kuat-kuat. Time ade kelas dia, mesti balik-balik aku yag kena. Takpe la cikgu. Cikgu suka panggil saya ngan nama tu ek. Special utk cikgu sorang je sy bagi kelonggaran. Cikgu kacak, ingat tak lagi cikgu kat budak Mas ni?




Gambar time form 5. Skema beb, tudung bulat hahaha. Kalau terror teka la mane aku?

3. Cikgu Norliza

- Cikgu paling aku ingat sampai sekarang. Dia cikgu BM aku mase form 4. Cikgu ni tak tau la nape ngan dia sebab bila masuk kelas kami, cara pengajaran dia agak pelik. Setiap sorang dari kami ada nama glamer. Ada dia bg nama Nenek Kebayan, Tun Teja, Sultan Mahmud, Hang Tuah, John, Johnny, Jonathan la, Mike Tyson ngn Hollyfield pun ade! Aku pulak ade ke dia panggil Kajol. Lagi satu peliknya cikgu ni, b4 start mengajar, dia akan panggil sape2 dalam kelas tu untuk berlakon. Dia akan suruh kami berlakon ikot nama yg dia bagi tu. Kalau Hang Tuah ngan Sultan Mahmud kena panggil, dia bagi la apa scene yang diorg kena lakonkan. Aku selalu dapat scene menari lagu hindustan bersama-sama ngan 'Shah Ruk Khan' aku. Cet! Lagi satu perangai dia, dia suka tunang-tunangkan kami. *Ok ai dah bertunang tanpa kerelaan ai ok*. Macam aku kena tunang dengan SRK la kan. Siap suh pindah tempat duduk. Kami kena duduk sebelah tunang masing-masing! Tapi kami ingkar. Tukar time kelas dia je. Time lain kami duduk tempat asal kami. Tapi bila dia tau kami tak duduk sebelah tunang kami (kes cikgu time kelas dia kuar lambat), dia akan denda berdiri atas kerusi. Bayangkan buruknya rupa bila budak2 yg dah besar panjang ni berdiri atas kerusi cmtu. Memang kenangan betul dengan cikgu tu. Cikgu ingat lagi kan sy yang selalu nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai depan kelas dulu kan.......



Ok sebenarnya ramai lagi cikgu-cikgu yang aku ingt tapi mereka bertiga tu la yang paling aku ingat sampai sekarang.



Sempena hari Guru ni, aku nak ucap SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru seluruh Malaysia termasuk 'En Margono'. Dulu mase kecik-kecik, time Hari Guru la yang aku suka sebab time tu la En Margono akan dapat banyak hadiah dari murid dia. Dan aku sebagai anak yang taat aku akan pow semua hadiah tu. Buat pakai sendiri hahaha... Dah besar-besar ni dah tak heran lagi dah.

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku selama ni. Walaupun anak murid mu ini tidak begitu cerdik, sekurang-kurangnya anak murid mu ini berjaya menjadi orang.


Gambar En Margono yang aku curik dari website sekolah dia haha.....First time tau sekolah dia ada website! *Ayah senyum sikit. Muka ayah nasuk belog ni!*


Selamat Hari Guru!

Terutama untuk En Margono tersayang.


p/s:-
Sesekali layan gambar-gambar kalsik cmni, memang masyuk....Rase dah tua huhu....





19 comments

May 16, 2011 at 11:16 AM

anak cikgu rupanye cik panadol ni..heheh..

May 16, 2011 at 11:25 AM

hiihi kiter budak nakal dolu

May 16, 2011 at 1:54 PM

teringat zaman2 skola dulu..nakal giler...

May 16, 2011 at 2:53 PM

hahaha..menarik bilo teringat zaman sekolah...
den teringat bilo kono rotan ngan cikgu displin wlaupun tak buat salah..
apo pun selamat hari guru..
tanpo pindidik takkan ado kito d tempat skrg

May 16, 2011 at 4:02 PM

bapak

hehehe cikgu yg sengal cm anak dia gak....

May 16, 2011 at 4:02 PM

isteri encik bard

same la kite....

May 16, 2011 at 4:03 PM

nenek kebaya

nenek ade g sekolah ke dl? hikhik

May 16, 2011 at 4:04 PM

apek poyo

takat kono rotan, fly , ponteng kelas sumo tu dah biaso amek dah...tu yg buek kenangan kn....

May 16, 2011 at 4:59 PM

Opsssss...en margano! selamat hari guru yea!

May 16, 2011 at 5:18 PM

cekgu ibarat dian membakar diri, walopon ati kekadang terbako, muka cool je

slamat hari guru

May 16, 2011 at 7:22 PM

camat ari guru pakteh..alamak..hikhik

May 16, 2011 at 8:11 PM

rase rindu pula dengan zaman sekolah dulu...

May 16, 2011 at 10:38 PM

wah....cer bulatkan mane gambo ekau mase form5 tue...x jumpe ler pulak...wakakaka

May 16, 2011 at 11:23 PM

cik ana rindu zaman skolah dedulu..hihi

May 17, 2011 at 3:12 AM

selmat hari guru pada semua guru,.yeah,bestnye,,ade ag gmbr kngn kn..sonok2..!

May 17, 2011 at 8:57 AM

oooo rupanya Mas ni anak cekgu.... nak teka gambar form 5 tu Mas berdiri barisan tgh no 4 dari kiri (agak2 je tu).......

May 17, 2011 at 8:57 AM

lupa pula.... Selamat Hari Guru..(cikgu)

May 17, 2011 at 8:32 PM

cik scya x snggup tgk gamba klasik sndr . slekeh gilaaa hahaha

May 17, 2011 at 9:46 PM

hensem scikgu.. hheehee

Post a Comment
Twitter Bird Gadget