Sunday, September 4, 2011

Aidilfitri 2011 - Seronot nyer!!


Selamat Hari Raya semua.....


Amboi-amboi, sakan korang makan ye raya ni. Perot memasing dah makin moncet tu. Sia-sia diet korang time puasa aritu hehe..... Eh eh ada lagi yang masih bercuti. Wah lama betul cuti raya kan. Macam aku gak la. Semunggu cuti raya, 2 minggu blog cuti! Hahaha.... Macam-macam benda aku kne buat, so takde masa sangat nk update. So ni sekali la aku update semua citer ye.





Seminggu sebelum raya aku dah start sibuk settlekan keje2 kat opis. Kang tak pasal-pasal tak dapat cuti raya. Sampaikan belog pon tak terusik hehe. Bukan takat keje-keje kat opis, persiapan hari raya pon aku buat last minit.




Ni buat kek cokelet last minit kat umah cef SC. Nasib cef nak ngajar. Rupa buruk tp rasa memang mabeles la!!


Shopping last minit. Malam b4 balik kampung. Buka kat tangga dekat-dekat Sogo. Dari Sogo ke Jln TAR, sambung pulak ke Uptown. Shopping sampai pukul 5 pagi! Rekod!!


Ni pulak sehari sebelom raya. Dah jadi rutin aku menganyam ketupat? Dey, tengok tangan la. Aku tau anyam tau haha. Tahun ni buat 80 bijik je. Tahun lepas-lepas penah buat sampai 120 bijik. Sape nak makan entah la....


Seperti tahun-tahun sebelum ni aku beraya di rumah ayah ibu aku di Negeri Sembilan. Tahun ni, untuk pertama kalinya, kami sekeluarga sepakat untuk pakai sedondon. Idea adik perempuan aku la ni. Yang pilih tema, ibu aku. Nasib dia pilih merah. Suker aku!


Perkara wajib masa hari raya. Ziarah kubur arwah atok dan wan. Al-Fatihah~


Hari raya pertama, memang tak duduk umah. Beraya kerumah sedara-mara terdekat. Biasa la ziarah saudara yang lebih tua. Aku ni ha, dah pangkat wan dah ni. Anak sedara berderet-deret. Anak sendiri entah bila la lagi.





Ni bergambar kat bekas rumah arwah atok aku. Tahun lepas, dapat bergambar kat luar pagar je. Tahun ni dapat jugak bergambar dalam pagar. Memang nostalgia betul la bila masuk umah ni.


Dah rezeki, mase tu musim rambutan pulak. Sakan la memasing ambik rambutan ni. Satu kete sorang tu! Muka tak malu betul la hehe....Teringat mase kecik-kecik. Bila nak makan rambutan je, mesti nak makan kt pokok. Panjat pokok tu, makan atas tu. Baru style.


Owh ye....Haaa ni kete baru aku. Dah tak pakai Myvi lg dah. Hahaha


Penat jalan siang tu, malam sambung pulak ke rumah Mrs Curly. Sampai-sampai je terus main mercun bunga api bagai *hakikatnya aku takut main bunga api*.


Mercun RM35 yang menyambut kedatangan aku sekeluarga hehe....


Seronok-seronok main, di jamu pulak dengan nasi lemak daun pisang sejemput. Perh! Mabeles sampai obeshadow keseronokkan main bunga api. Bab makan-makan memang sentiasa seronok.



Hari pertama raya memang ini la rutin aku sekeluarga. Tradisi yang tak pernah berubah. Soalan cepumas untuk aku juga tak pernah berubah.




Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali saya. Maaf sekiranya ada salah dan silap yang penah saya lakukan, maaf jika ada terlanjur kata yang mungkin terguris di hati korang. Halalkan makan minum. Maaf Zahir dan Batin.







13 comments

September 4, 2011 at 7:39 AM

Selamat Hari raya cik panadol.
Mohon maaf jika ada tersalah tersilap kata yg mengguris rasa.

September 4, 2011 at 11:51 AM

pwut kay makin ke depan..
kene on diet la pasni..hehe..
doa kay selamat sampai hr ni yer..
nak drive balik poli.

September 5, 2011 at 9:07 AM

wallauwwyhhh..sonot2 kan beraya kat kampung...aku sempat balik beraya kat rumah arwah atok uwan kat rembau haritu..perggghhh..syahduuu..ngeeeeee

eh..selamat hari raya maaf zahir batin gak yer..duit raya aku ada tak? miahahahahahahahahaha

September 5, 2011 at 9:57 AM

Selamat hari ghayo..wahhhh..meriah sakan..
samo merah la kito taun nih,,,hahaha

September 5, 2011 at 10:44 AM

wallaweiii..
raya sakan nampak! hehe
selamat hari raya. maaf zahir dan batin sekali ek.
hahaha

September 5, 2011 at 12:41 PM

wah merah! mmg nampak meriah la yunk..

September 5, 2011 at 9:07 PM

meriah betull.
selamat hari raye..
:D

September 6, 2011 at 5:37 AM

Salam..Indahnya cP di hariraya...terasa kemeriahannya...good pic..ada senilah tangkap gambar..huhu

September 6, 2011 at 11:05 AM

selamat hari raya

wahhh sama color lerr merah....meriah nyerrr..pandai anyam ketupat ke.....bagus2 bagus....

September 6, 2011 at 2:34 PM

camat hari raya cik pana

September 6, 2011 at 3:10 PM

hahaha takut main bunga api..ni sure ms kecik ada kes terkena bunga api ke kan kan kan

September 6, 2011 at 3:43 PM

selamat hari ghayer tuk awak ...

rugi ler takut main bunge api .. syok oooo .

wahhh kek choc, aci pos tuk ku skit dak

September 7, 2011 at 8:37 AM

wahhh, hebatt tu tau anyam ketupat...akak tau nengokkk jer...kui3x...

uiks, lau anak akak yg takut men bunga api, logik gak tu...hahahaha


selamat hari raya maaf zahir batin...

Post a Comment
Twitter Bird Gadget