Monday, September 26, 2011

Redah Kasi Pecah Edisi Aidilfitri

Ini merupakan entry tertangguh. Masih dalam mood raya. Citer raya pon masih belom habis lagi. Lepas open house, layan road tour beraya pulak. Sakan betul dapat makan raya ni. Ini adalah rancangan Geng Bisik-bisik untuk buat road tour beraya untuk kali pertamanya.

Dalam tentetif rancangan perjalanan, kami akan berkonvoi ke beberapa buah kereta dari satu rumah ke rumah yang lain. Rumah aku telah di keluarkan dari list sbb pada hari kejadian aku tak dapat menerima tetamu. Al maklum la, aku sekeluarga baru selesai mengadakan rumah terbuka malam sebelum tu.


Maaf kepada ReramaUngu, Bro Framestone dan Iera yang hanya sempat singgah sekejap. Mekasih sudi juga menjejakkan kami ke rumah buruk tu walaupon hanya di jamu dengan air orang bujang je hehe. Dah satu rumah boikot takmo masak aritu.


Dari rumah aku di Batu Kikir, konvoi di teruskan menuju ke rumah seterusnya. Di tengah perjalanan, konvoi di sertai juga oleh Stella dan Mr Curly.



Tempat:
Rumah Mak Lagenda, Tembangau, Pahang


Masing-masing baru pertama kali sampai ke tempat ni.Terasa jauh. Tapi bila tengok menu air tangan tuan rumah yang dah tersedia, hilang rasa penat. Ahli rombongan request nak makan lauk-laun kampung. Hambik ko. Dengan telur itik, dengan ikan bawal masak karinya, ayam goreng berempah la dan yang paling laku mesti la sambal belacan! Memang best!

Seronok dapat makan beramai-ramai macam ni. Sesekali makan duduk bawah ni, terasa lain sikit. Makin berselera masing-masing makan. Siap bertambah-tambah nasi memasing ni.

Dessert pulak, Mak sediakan rojak buah dengan dadih. Baru rumah pertama perut dah sarat! Macam mane nak meredah rumah-rumah lain ni.

Agak-agak memasing dah larat nak bawak perut, baru la edisi meredah di teruskan ke lokasi kedua yang tiada dalam senarai perjalanan.
Rumah Mak berjaya kami pecah!



Tempat:
Rumah Mr Curly, Felda Raja Alias, Negeri Sembilan.



Tanpa malunya aku datang untuk kali ke 4 rumah ni. Mak dan Stella kali kedua. Haiyooo banyak kali sudah datang tapi aku tetap tak dapat duit raya dari tuan rumah ni. Agak-agak kalo aku datang untuk kali ke 5 nanti, dapat tak duit raya ek?


Kami tak lama kat sini sebab mengejar masa. Sempat la bergambar dulu sebelum meneruskan perjalanan. Mr Curly tak dapat mengejoinkan diri untuk meredah rumah seterusnya sebab mertua dia dah buntang-buntang mata tak kasi ikut kami. *Mak, pinjam gambar ye.*



Tempat:
Rumah Stella, Felda Kepis, Negeri Sembilan.


Dah macam duta Felda Holding pulak kami. Dari satu felda ke satu felda kami redah dan kami kasi pecah. Sampai la ke Kepis ni. Orang Negeri Sembilan sebut 'Kopih' ye.


Haaa kat sini pon makanan kusss semangat banyaknya. Minum petang la kononnya. Tapi yang terhidang atas meja tu semua yang special punya. Ada laksa, ada lemang...cendol pon ado! Semua buat sendiri ok. Beriya-iya betol tuan rumah menjamu 'orang-orang jauh' ni.

Wahaha memang mabeles la kitorang dapat makan banyak aritu tanpa rasa bersalah terhadap berat badan! Abaikan perut yang sedia kenyang dan.... Sila tambah....sila tambah....

Haa penutup aksi Redah Kasi Pecah Edisi Aidilfitri di rumah Stella ni mesti la bergambar. Suka tengok laman rumah Stella. Sebab rumput karpet tu. Kalau la rumput tu tak basah petang tu, dah lama aku golek-golek atas tu. *Mekasih 'Mak', sebab bagi izin bergambar kat luar ni!Hehehe*



Tempat:
Rumah ReramaUngu, Nilai, Negeri Sembilan.


Dari Kepis ke Nilai. Lokasi terakhir dalam siri redah-redahan kali ni. Tuan rumah kasi kami makan malam pulak. Layan bihun sup 'segera' la pulak. Makan malam tak leh makan yang berat-berat sangat kata tuan rumah. Sebab baru setengah hari, badan memasing dah memberat dengan jayanya!


Time ni memasing memang dah buat mcm rumah sendiri dah. Tuan rumah sibuk bersilat kat dapur, tetamu dok selamba je selongkar kuih raya. Ni aktiviti yang gegel buat.

Tengok sampai nak bergaduh diorg ni berebut kuih raya!

Yang boboi pulak, layan blues memasing. Yang mengantuk sekian, yang layan awek sekian. Hishh....

Kena bagi pujian sikit masakan tuan rumah ni. Supaya lepas ni dia leh jemput makan-makan lagi hehehe...

Lagi sekali sebelum balik, bergambar di depan rumah terakhir. Eh tetiba muncul pulak si Kojie dan Rizal ni. Haa diorg ni cuma sempat join kami kat rumah last ni je atas masalah yang tak dapat di elakkan. Nasib la Kojie dan Rizal sempat join kitorg kan. Kalau tak, merindu-rinduan la kitorg kat koram tau.

Memang sakan la kitorg beraya. Makan sampai perut kembung. Makanan yang masuk dalam perut tu oleh buat stok 2 hari punya makanan tau.



Anyway, terima kasih pada Mak Lagenda, ReramaUngu, Stella, Bro Framestone, IeraKan, Mr Curly, Kojie dan Rizal yang sudi menjoinkan diri dalam edisi ni. Sangat enjoy dan sangat kenyang satu hari tu....


p/s:-
Dengar-dengar ada ahli konvoi yang tak puas beraya aritu. Ada sesiapa yang sudi terima kami sebagai tetamu lagi tak?



20 comments

September 26, 2011 at 8:38 PM

huish ada ikan pekasam la...*taip smbl lap air liur* keh3x.....

best no beramai2 berjalan2 bersama2... :)

September 26, 2011 at 9:54 PM

wahhh sonok nye uols pi terjah rumah ke rumah ... aritu tingin nak pi tp bro x sms pun add..sogan le plak uhhuhu

September 26, 2011 at 10:12 PM

antara muka yg x puas beraya aritu, mak ler..hikhikhik.

Mmg sakan sungguh kita mkn arini. Tak hengget punya santak mkn.

September 27, 2011 at 9:25 AM

walawweeyh!! sonok!!! nak lagiii..


haha..sup segera eh..kahkahkah..ater nak buat camana..tuan rumah bejalan sekali..hakhakhak..lenkali insyaallah buat makan2 korang dtg eh..

September 27, 2011 at 10:46 AM

rindu cik maca.. sambal belacan menggoda ai la

September 27, 2011 at 11:13 AM

raya dah habis...Rojak kena tunggu raya tahun depan pulak waaaa...

September 27, 2011 at 11:26 AM

Wah .. ini baru btl2 syioknya raya CP .. Hihihi

September 27, 2011 at 4:17 PM

wahh seronoknyer..jeles3!thn depan sis join klu sis blk raya ye?sis kat bahau jek tak jauh kan?haha..ada cendol sekali klu mau.kena request tokey cendol dulu camner.

September 27, 2011 at 4:46 PM

pergh...best gle mknn umah mak!hihi

September 27, 2011 at 10:19 PM

e'eh.. cam kenal je sweater yg bro pakai tu.. hahha..

rerame ungu klu bab mkn... hmm..

September 28, 2011 at 10:02 AM

terlur tgk pic2 kt atas..
kene lak de ulam2..

September 28, 2011 at 10:13 AM

pergh....

brape byk rumah ko pg ni...

mau nya makin berisi mcm ni...

hihihih..

selamat hari hari raya ye..;p

September 28, 2011 at 10:37 AM

alorh..nk join jugak la...
next year nye raye nak ikot tau sis..
tp sis la kne bwk ieyla..hihi..
kite kan se negri..lalaa

September 28, 2011 at 10:54 AM

wahhh heaven makanan.

September 28, 2011 at 11:47 AM

meriahnya..seronok-seronok...

September 28, 2011 at 11:54 AM

ermmm..terbaik..sampai lomauuuu masing masing..hahhahahah

September 28, 2011 at 12:55 PM

sonok time nie.....taUN DEPan follow lg :)

September 28, 2011 at 3:11 PM

best best :)

September 29, 2011 at 9:08 AM

da abes raya la..lmbt sgt,bru je 25hb ritu bt open house.abg jemput ain zulaikha dgn liyana zahim je.segan nk jemput ramai2 kt blog..kang x de org sudi dtg.nangis beb T_T

September 29, 2011 at 11:49 AM

kena mintak resepi sambal belacan mak nieh..sbb sllu sgt smbl belacan x menjadik hahahaha

Post a Comment
Twitter Bird Gadget