Tuesday, September 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Nora aka Orkidz


Time lepas-lepas raya ni ramai juga yang buat kenduri kawen. Antaranya blogger Nora aka Orkidz. Nora telah menjemput aku menhadiri majlis perkahwinan dia hujung minggu lepas.

Rancangan awal aku, Mama Meow, Mr & Mrs Curly bertolak dari KL puluk 9 pg. Tapi pukul 11 lebih baru gerak. Bapak jauh la umah si Nora ni. Palong 7! Aku yang orang nogori ni pon tak penah sampai situ hahaha. Sape penah pegi? Naik kebas montot dok dalam kete ok.


Ni la papan tanda alamat umah pengantin yang kiut miut tu...

Di sebabkan tak tau selok belok area tu, maka kami minta bantuan Stella untuk guide. Nasib la dia pon free haritu. Maka dapat la kami join bersama-sama.


Sampai umah pengantin dalam pukul 230 ptg! Time tu mmg semua org dah balik la. Kami ni antara yang last sampai. Biasa la kenduri area sana, kadang-kadang pukul 3 ptg org dah start bukak khemah hehe.



Sampai-sampai terus makan, kebuluq ye. Nasib la makanan ada lagi. Ada org tu siap bertambah-tambah. Sementara nak tunggu kekenyangan reda sikit, sempat la borak2 sikit. Pengantin pon time tu tengah sibuk bergambar kat dalam.


Muka memasing yang lega dapat makan.


Kusyuk Mama Meow makan...Selera dapat makan lauk kari!


Lepas makan, kaum lelaki serius membincangkan masalah peribadi...


Dah rasa ok sikit baru la bangun jumpa pengantin. Wajib amik gambar gedik2 ye. Pengantin pon sporting giler. Memang best.

Amik berkat dari pengantin. Kot-kot la pasni turn aku kan hahaha. Gatai~~

Mr Curly tengah renjis pengantin lelaki.

Mrs Curly renjis pengantin perempuan pulak.

Stella dan family bergambar dengan pengantin.

Pasangan expired pon nak bergambar dengan pengantin.

Bergambar beramai-ramai pulak. Time ni memasing control ayu, control macho dan supan santun.

Time ni pengantin buli kitorg ngan membaling bunga rampai. Diorg cakap boring asyik org je yang baling bunga rampai tu kat diorg. Time kitorg datang ni, diorang pulak yg nk balas dendam. Memang sporting pengantin.


Kepada Nora dan suami, tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga berkekalan ke anak cucu.




p/s:-

Terima kasih sudi jemput datang kenduri. Makan memang kenyang!Hehe....Kalo datang BTS, roger2 la...leh lepas mamak! (^_^)



27 comments

September 13, 2011 at 9:45 AM

selamat pengantin baru untuk nora..

September 13, 2011 at 10:32 AM

Selamat penganti br... Mg kekal ke akhir hayat.... Amennnn

September 13, 2011 at 10:33 AM

stylo la abg rambut afro 2

September 13, 2011 at 10:41 AM

hehheeheheh last pic tu mmg terhibur tgk

September 13, 2011 at 10:50 AM

wah tak beragak..amik berkat...fuhh fuhh..moga lekat kt ko..fuhhhhhh..

September 13, 2011 at 11:12 AM

selamat pengantin baru & semoga cik panadol plak naek pelaim pasni! amin~~~

September 13, 2011 at 9:30 PM

lagenda

rugi woo mak tak datang....

September 13, 2011 at 9:31 PM

Melati Qistyna's Mummy

amin jugak....diorg mmg sweet couple!

September 13, 2011 at 9:31 PM

khairul akmal bin azman

rambut 'pelesu' tu....

September 13, 2011 at 9:32 PM

el

habis kami kne baling ngn munge rampai tu...tp pengantin mmg best!

September 13, 2011 at 9:33 PM

CouLeur de Chiqu3

muahahaha tu la sebab utama org single p kenduri kawen...amik brkat tu wajib!

September 13, 2011 at 9:34 PM

eliyaezlinalias

erk! pengantin lelaki kne carik dl...

Amin~

September 13, 2011 at 9:42 PM

best nyer dapat makan nasi minyak :)

September 13, 2011 at 9:46 PM

Tahniah pengantin...yang biru pekat tu bila lagi..haha

September 13, 2011 at 10:39 PM

sop

mmg best...mane taknye...ade org tu siap bertambah nasik tu...

September 13, 2011 at 10:40 PM

ASSOYFINGER67

erk...erk...!!
yang baju biru pekat?
sape...sape? hehehe

September 14, 2011 at 8:24 AM

waaaa awalnye dh upload.. tqvm to cik panadol & the geng.. terharu sbb korang sudi dtg..
miahahahha mmg jauh pn maklumlah paling hujung dlm negeri sembilan...
Maaflah time korang dtg mknan pn dh kekurangan..

skali lg tqvm ye memeriahkan majlis nora.. nora dan suami gembira sesangat dpt bergambar ngn korang..

September 14, 2011 at 9:20 AM

wahhh...sakan la korang ye?...
memang terbaikkk!!!!!
siap tambah mcm rumah sendiri..ekekeekkek..jauh perjalanan la kata kan..

September 14, 2011 at 9:38 AM

hehe..nanti musim cuti skola mesti lgi ramai yang jd pengantin baru.huhu

September 14, 2011 at 11:02 AM

hehe..selamat pengantin baru yer

September 14, 2011 at 11:06 AM

selamat pgantin baru nora

September 14, 2011 at 1:56 PM

B.u.n.g.a.O.r.k.i.d.z

hahaha mesti la update cepat...perkara baik...hah tu la, mmg terasa jauhnya...walaupon lambat sampai, dapat jugak kitorg makan...siap dapat lauk pengantin lg tu...

tahniah ye nora...

September 14, 2011 at 1:56 PM

apek poyo

hahah tu la pasal...muko tak malu cmtu la...selambe dio yo tambah2...hahaha

September 14, 2011 at 1:57 PM

jaya jr

haha betol2...skrg ni pon dah ramai yg kawen...

September 14, 2011 at 1:58 PM

apik pehe

mekasih apik, bagi pihak pengantin...

September 14, 2011 at 2:12 PM

stellaizz

mekasih join sekali p kenduri tu...

September 18, 2011 at 4:02 AM

wah..terliurnya tgk korg lauk pengantin :(

Post a Comment
Twitter Bird Gadget