Tuesday, October 25, 2011

Memperkenalkan pasukan Tak Redah Tak Tau!

Aku dan Mrs Curly telah di jemput untuk menjadi pompom girl bagi satu pertandingan futsal minggu lepas. Eceh, iye2 je. Sebenarnya pompom girl utk Mr Curly, Bdk Johor dan Bro Adi ni. Diorg ni join sebagai satu team untuk satu pertandingan futsal. Di sebabkan diorg ni merupakan ahli GB2MK, maka sebagai ahli yang lain wajib memberi sokongan ye.



Walaupun khidmat kami telah di perlukan pada saat-saat akhir tanpa sebarang persediaan, mujur kami mahir dalam hal-hal ini. Sebagai pompom girl yang profesional, kami selalunya akan mempersiapkan diri secomel mungkin. Make up, dandanan rambut dan kostum semua tu akan di ambil berat. Namun, untuk jemputan kali ni, kami telah di pesan supaya jangan bercomel-comelan atas arahan pihak yang menjemput. Maka di sebabkan itu, kami terpaksa akur dengan peraturan yang telah di tetapkan.



Yang baju putih tu adalah Pengkurus pasukan. Selain Manager, dia juga adalah player. Manager ni handle jugak beberapa team lain di bawah dia. Ni dia tengah serius discuss pasal position untuk pastikan team dapat menang, memandangkan team dia di anggotai oleh player-player veteran. Jangan tak caya. Nama team diorg ni adalah TAK REDAH TAK TAU!! Hape punye nama daaaa.....


Sebelum game start, pemain veteran sorang ni dah mengadu GOYANG LUTUT! Ligamen koyak la. Walaupun ini merupakan pertama kalinya beliau main futsal, namun pengalaman sebagai pemain pasukan bola sepak Royal Kelate sedikit sebanyak membantu prestasi beliau. Not bad lor~~


Player yang ni pulak mengadu SESAK NAPAS! Lepas main satu game, penyakit beliau makin serius. Penyakit KENCING TAK LAWAS pulak menyerang beliau. Walaupun banyak penyakit, skill permainan beliau sebagai defender memang membanggakan. Tandukkan beliau ada ala-ala tandukkan Ronaldo gitu.


Yang sorang ni pulak, awal-awal masa tengah breakfast lagi dah ngadu dia DEMAM! Tu belum time nk start game lagi tu. Tapi dia takde la banyak mengadu dan merungut macam lagi dua orang player veteran tu. Huh jangan main-main ngan dia ni. Striker hebat ni. First time main futsal gak ni.


Ni pulak ahli team diorg yang lain. Semua muda belia lagi ok. Player-player veteran tu dah boleh dapat pangkat bapak dah kat budak-budak ni. Team lain pon semuanya player muda-muda. Seronot pompom girl cuci mata!! (Mode: GATAI)


Pompom girl dan manager perlu setia memberikan sokongan ok. Walaupun mata Manager tu tengah gatal, sibuk nak tengok court sebelah sebab team pompuan tgh main jugak time ni!


Meh layan sikit gambar time game diorg ni.






First game, diorg seri 0-0. Game kedua juga seri 0-0. Game ketiga diorang menang 1-0. Tapi untuk game kalah mati bagi menuntukan team yang layak ke pusingan seterusnya, diorang kalah 4-1. Bukan rezeki diorg nak masuk. Maybe next time boleh cuba lagi.


p/s:-

Siapa mau amik pemain veteran ni sebagai player team korang, boleh contact aku ok!


19 comments

October 25, 2011 at 8:26 AM

hik hik hik..apsal pana dgn mrs curly x main sekali??

October 25, 2011 at 8:54 AM

ehem2...pasni klu de event leyh sewa jd pompom girl nih..hikhik

October 25, 2011 at 9:01 AM

Ahaha, yg pemain vet tu x bleh blah.... Awai2 g dh komplen memcm....

Tp akak sbg pom2 gurl ngan si gurl dr jauh nk bg kata2 smgt, 'majulah sukan utk negara' heheheh

October 25, 2011 at 11:37 AM

demam2 kurangkan membaca surat khabar.. hehe.

kalu aku ada situ, wajib dah jamu mata tgk mat-mat muda. euw gdiknye ai

October 25, 2011 at 12:46 PM

macam2 keranah pemain futsal nih ye.. sesak nafas la, demam la.huhu

October 25, 2011 at 1:04 PM

huyooo. kumpulan penyorak lg mantap. heherh
good luck kump tak redah x tahu

October 25, 2011 at 3:21 PM

pasni wa nk tubuhkn team pompuan lak..sape mau??..ciri2 yg perlu ado:

1)pompuan
2)mesti ado "bende" yg wajib ado kt sorg pompuan
3)bkn tgh peknen
4)kalu bole blu idung pompuan tu bior le tekuar2 skit..mesti!!..psl bole hiburkn penonton..

October 25, 2011 at 9:31 PM

cet lu mr curly!! bole menang ker team macam tu? hehe

October 25, 2011 at 11:59 PM

curly..akak rela....hik..hik...

October 27, 2011 at 11:08 PM

semangat masing2..hehe

October 28, 2011 at 9:37 AM

curlasss ko jahhhh....jd pompom girl...







*hai..saya bersiaran semula selepas menghilangkan diri..ewahh///hahaha

October 31, 2011 at 9:44 AM

wooooo...apo psl tak ajak den main sekali...
hobin jang hobin

October 31, 2011 at 4:47 PM

wah rajinnya mr curley tu ek..baguslah camtu..tentu dia tak pancit kan..

October 31, 2011 at 5:37 PM

hahahaha..tu lah dia kalau otai2 mau bersukan tpi kira ok la tu kan...apa kata pasni blogger gegirl lak wat team putsal ..mama leh jadik pengkurusi..hahahahah

November 1, 2011 at 10:19 AM

bestnyamain futsal! :)

November 1, 2011 at 4:48 PM

orang nogori tengah kenduri bola sekarang ni hihi

November 1, 2011 at 6:58 PM

Jadi pompom girl tak bawa bunga ke?

November 2, 2011 at 10:18 AM

lamo x tgk org men futsal....

November 2, 2011 at 3:49 PM

alaa..takde ke yang bulu2 tu?kehkeh

Post a Comment
Twitter Bird Gadget