Friday, November 25, 2011

Cik Panadol outstation lagi...

Salam Jumaat semua.

Aku bersiaran langsung dari JB hari ni. Buat masa ni, aku sangat sibuk dengan dengan kerja-kerja yang semakin bertambah sekarang ni. Ini merupakan hari ke 4 aku berada kat sini. Sepatutnye aku kat sini untuk 2 hari je. Tapi di sebabkan ada masalah tertentu, terpaksa la aku duduk sini sampai la arini. Waaaaa nak balik KL!



JB Sentral (North). JB Sentral ni lebih kurang macam terminal untuk pengangkutan awam macam bas ngan keretapi. Dekat dengan Woodland, jalan masuk nak ke Singapura tu.


Sekarang ni kesihatan aku masih tak ok. Ubat dah makan, tapi keadaan kesihatan aku masih sama. Demam selsema ok. Seminggu dah macam ni. Kena pulak buat keje dalam bilik sedia mak long berkeadaan umpama dalam ais box peti sejuk korang tu. Aircond tak boleh nak control kasi slow, dan tak boleh tutup! Memang terbaik la. Time selsema ni, duduk pulak dalam bilik sejuk ni. Tuhan je tau betapa seksanya aku.



Sesungguhnya aku tidak la seceria itu dalam bilik ni.


Bila kat sini, waktu kerja aku agak fleksibel tapi mengarut. Pukul 9 pg aku masih membuta kat hotel, 11 pg baru la terhegeh-hegeh aku nak turun ke site. Habis kerja pulak tak menentu. Selalunya kompom malam. Macam malam tadi, kami buat kerja sampai pukul 3 pagi!



Bila dah kerja sampai pagi, masing-masing mula la jadi sewel-sewel sikit. Malam tadi, diorang ni dah mula menunjukkan tanda-tanda awal otak memasing dah mula menyewel. Time ni perangai masing-masing dah agak berubah sikit. Kadang-kadang nampak pelik, kadang-kadang nampak kelakar. Tapi selalunya nampak menakutkan la....

Itu la yang aku kena hadapi bila turun JB ni. Sekrang demam selsema aku dah berjangkit kat semua orang, termasuk bos-bos diorg haha.... Maaf ye....



Ni la orang-orang yang banyak membantu membuli aku sepanjang aku kat sana. Biasa la bila aku sorang je pompuan yang keje ni, kadang-kadang diorg ni boleh layan aku macam lelaki pulak. Cet!

Walaupun penat dan selalu tension, tapi kadang-kadang rasa seronok jugak buat keje ni. Time tak kawin ni boleh la buat keje-keje mengarut ni. Dah kawin nanti, tak tau la boleh ke tak buat mcm ni hehe....


p/s:-

Ok aku dah nak p site ni. Harap boleh balik KL arini.....(Ni entry auto publish)



10 comments

November 25, 2011 at 12:17 PM

rindunyer kat awak...hukhuk

November 25, 2011 at 12:17 PM

mmg nmpaknya ko takkan join kitorang la esok kan..hmmmm

takpe la...maybe next time kot..jaga diri bebaik la..kalo teruk sngt g klinik cek up..

November 25, 2011 at 6:14 PM

bagus2.. tak sia2 kitorg hantar lu pegi kursus motivasi kat tempat wa. Tu semua untuk kebaikkan lu jugak.. untuk tahan maki, tahan lasak dan lebih brutal.
hahaha

November 26, 2011 at 10:52 AM

ececech pose dpan pc..nmpk gaya macam buat keje,tapi mata pandang lain!hahaha

November 29, 2011 at 3:13 PM

Cik Puan Besar camtu ler .. asyik outstation.

November 30, 2011 at 7:39 PM

Selamat menelan panadol la...

Daddy tumpang lalu..

November 30, 2011 at 9:46 PM

hehehe, asyik kena buli turun JB sensorg je ek... :P

December 1, 2011 at 7:33 PM

hehe:) best i loikkee

December 2, 2011 at 4:37 PM

ptot aku lama xnampak kp CP..

aku berkenan lah member laki yang sebelah kanan tu haha . kelakar habis..

bila nak kawen? tunggu nasi minyak CP

December 3, 2011 at 3:57 PM

keje ape smpi 3pg tu cik pan
best gak kdg2 jd bunga di kelilingi kumbang..hehehe
sib bek kelik semuanya tingtong
kalo diam je..harus pitam

Post a Comment
Twitter Bird Gadget