Eceh... Banyak la duit aku ni nak melepak kat hotel. Takdo kojo den doh. Baik den melepak kek umah yo. Laie la sodap!

Sebenarnya bos ada urusan kat sini. So sebagai pengeskot tanpa gaji ni, wajib la menjoin bersama. Kali ni kami lepak Mahkota Hotel, betul-betul belakang Mahkota Parade nun. Kira dekat town jugak la. Boleh jalan kaki je nak ronda town tu. Tapi sila jangan naik monorel kt Melaka ni ye. Elok-elok korang boleh naik sendiri, nak turun nanti kena panggil bomba pulak. Dah satu keje......

Kami stay kat apartment 2 bilik tidur, 2 bilik air. So takde la kes berebut toilet pepagi memandangkan ahli rombongan ni ada masalah pencernaan jugak la. Kalau dah start kongker toilet tu memang tak ingat orang lain dah la...
Kat sini jugak banyak kemudahan rekreasi ada. Kira kalo datang sini tak payah kuar mane-mane pon takda. Nak tanya ape-ape pegi je kat Recreation Office diorg tu. 
Main attraction kt sini mesti la swimming pool dia. Sini ada dua swimming pool. Dan ada dress code ye. Kalau tak ikut dress code tu, memang kne halau la. Pool yang ni pool kedua, kat belakang sikit dari lobby.
Court tennis pon ada. Tapi kne sewa la kan. Kami siap bawak raket sendiri, tapi kerana kesuntukkan masa jadi tak sempat nak main hehe.Selain tu ada jugak mini golf, gym, spa, tempat karaoke. Kira ok la kalau korang malas nak kuar dari hotel tu hehe.
Time kitorang datang tu, tengah berlangsung Kejohanan Bina Badan Dunia kat hotel tu. Siyes aku tak teruja dan takde selera nak tengok lelaki-lelaki berotot ketul-ketul tu pakai spenda kecik je. Geli siottt!! Time petang berderet-deret mereka-mereka tu bersidai kat tepi swimming pool tu. Yang tengah photoshoot sekian. Semua pakai spenda kecik tu. Arghhh!!!
Lepas check in, kami plan nak merayap cari seluar kecik Bdk Johor. Habis satu town jalan, nasib jumpa. Ni semua gara-gara dress code nak mandi swimming pool tu la.
Petang tu, yang boboi je layan mandi kt pool tu. Yang gegirl tengok-tengok je dulu. Segan nak mandi time tu sebab abang-abang body builder ade lepak-lepak kat pool tu. Agak-agak dah malam, takde orang baru la yang gegirl punye trun pulak.
Syok woo naik benda ni. Tapi aku takut sikit la naik dia. Takot-takot pon lepas gak la try sekali hehe...
Kat sini nama je ada jakuzi, tapi tak panas pon air dia. Ingat boleh la layan air panas sejuk-sejuk tu. Ceh haram. Same je sejuknye air kat jakuzi tu ngan yang kat kolam tu. Harap buih-buih je kasi effect dasyat hehe.

Bila jari-jemari dah cukup kecut, baru la terhegeh-hegeh nak benti. Time tu perut pon dah lapar. Siap-siap terus keluar carik makanan. Takot kedai tutup cepat kat Melaka ni. Kalau kat KL sesubuh sepei pon banyak je kedai bukak. Since tak biasa ngan kedai-kedai makan yg best kat Melaka ni, kitorg pon redah je la carik. Jumpe la kami ngan Tasik Limbongan Bistro. Tak tau pulak kat situ femes Murtabak dia. Kalau tau, awal-awal lagi aku order.

Dah kenyang-kenyang rasa malas nak balik bilik lg. Malam masih muda kan. So kami decide nak jalan-jalan kat Uptown Melaka. Dek kerana kitorang dah biasa lepak uptown/downtown kat KL ni, so uptown Melaka ni aku rasa biasa-biasa je.

Time ni kami bertiga je yang keluar jalan-jalan. Bdk Johor ada kerja yang perlu di selesaikan. Dah puas berjalan, mata pon dah mengantuk, apa lagi. Balik bilik la port seterusnya hehe.
Hari kedua, pagi-pagi lagi boboi dah keluar menjalankan misi mereka. Yang gegirl kena tinggal kt hotel. Bangun-bangun je pagi tu dah rasa lapar. Lepas je yang boboi keluar, yang gegirl pon apa lagi. Keluar jugak la. Tapi kami pegi bekpes!

Pastu, ingat nak terjun pool lagi, tapi bila tengok ramai sangat orang mandi pagi tu, terpaksa la cancel plan. Sementara nak tunggu check out tu, kitorg just ronda-ronda je area hotel tu. Ronda carik abang badan ketak!

Agak-agak dah abis sekeliling hotel kitorg pusing, baru la naik bilik. Bab nak check out tu la yang paling malas hehe... Tak suka nak packing barang. Nasib la stay sehari je.

Lepas check out sementara nak tunggu boboi abis hal diorg, kitorg pon ronda la town Melaka tu lagi seround. Nak carik la ole-ole untuk di bawak balik. Tapi tu la, takde apa yang special/unik barang-barang yang diorg jual tu untuk aku beli. Last-last aku beli belacan je! Hahahaha macam takde benda lain!
Petang baru la nak gerak balik KL semula. Ok kalau ada trip ke Melaka lagi pasni, aku tarik diri ok. Jalan town Melaka memang xde apa sangat. Tapi kalau bahagian lain kat Melaka tu maybe aku boleh layan lagi. Mungkin dek galak kali sangat aku ke Melaka tahun ni, aku jadi bosan pulak nak ke sana lagi. Tunggu next 2 years la pulak baru jejak lagi hehe....
Orang Melaka jangan amik hati ye.






















23 comments:
ingatkan dress code kat swimming pool tu kena pakai bikini. sroll sampai bawah, x der pong ... wakakaka
seronok comey berjimba..tak ajak pon kan?uhuk3
xbest ehhh melaka
tp kalo nk jln2 tu bolehlah kot nak stay berhari2 tu xyah lah noks
hehehehe
waaahhh, besnyeeee...
kalau berjimba-jimba sampai ke Penang...bgtau yaaaa.....
X masuk bangunan merah ke? :) *ke kaler Oren bangunan tu*
Kolam tu nampak cam best :)
wah wah wah bestnye jalan sakan erk cik pana kite..
hehhhehehhe
gelikan, dah nampak macam katak minyak pon ada.hehe
dah lame tak berjimba di melaka..alahaii..seronok tgk org bercuti ni >.<
heheh enjoynyer dierrr :D
wah! lepak pun kat hotel? dahsyat! hehe..
woh.. best jln2.. tp kalau dah selalu.. mesti la.. bosan.. heheh
baru nk tgk ko pakai bikini...ishkkkk...(*ke simpan rapat2 dlm laptop...kihkihkihhh..)
wah syioknye...melepaskan lelah ye..
wahhh..tak roger den pun..hahahahah
mahal jugak panadol ek...tapi sekali sekali ok jek
ske pgi mlaka sbb byk tmpt leh jln2.. cma jln die sesak tu yg xske..
aku dulu boleh pulak silap gi jenjalan kat jonker walk. penat je dapat!
amboi .. 3 kali setahun? wahhhh ..
huhu..mahalnyer..
wah bestnyaaaaaa!! nape tak ajak jijah..jom poie PD lak..hehe
cik panadol.. jimba2 tu ape?
Cik Panadol… Bestnye jenjalan.. bila nak turun melaka holiday nie
Post a Comment