Saturday, November 12, 2011

Seharian di Kalumpang


Bebaru ni aku dan geng telah menggatalkan diri menerima jemputan dari Mama Meow untuk melepakkan diri di homestay milik keluarganya di Kalumpang. Haaa lama dah teringin nak ke sana. Tapi tuan rumah tak mengajak, jadi ku pendamkan je la hasrat tu. Eceh!



Ni first time aku sampai Kalumpang ni. Tempat pon not bad. Agak privacy. Yela area tu lebih kurang mcm kat ladang sawit. Tapi takde la sunyi pon. Banyak rumah yang boleh di sewa dekat kawasan ni. Port ni sebelum sampai ke Kalumpang Resort & Training Centre.




Tempat ni memang sesuai untuk lepak kaki-kaki sempoi, backpacker je tau. Yang ala-ala diva tu di larang keras jejak kaki ke tempat ni. Dan di sebabkan area tu agak tenang dan kurang gangguan, kami merancang untuk mengganggu tempat tu. Ooo yeah bebeh! Kami bawak set karaoke. Melalak la sampai bengkak anak tekak.



Bdk Johor sibuk setup peralatan karaoke hehehe. Siap setting sonang nak melalak dalam hutan ni! Takdo orang nak marah hahaha....


Orang kuat karok. Pegi memane pon sanggup angkut set tu. Sape nak guna perkhidmatan karok diorg ni, leh contact diorang.


Selepas siap setup karok, terus tukar baju sume nak tiruk dalam sungai tu. Kena la jalan sikit dari rumah sewa tu nak ke sungai ye. Sungai tu bukan la sebelah umah je. Exercise sikit bebeh!


Sungai Inki ke nama sungai tu? Entah la...Aku pon tak tau. Lupa nak tanya tuan rumah. Yang aku ingat cuma nak berendam puas-puas je haha.


Sungai dia memang cantik la. Tak dalam sangat. Sesuai untuk acara berendam badak air. Untuk yang nak berenang sakan tu, tempat ni tidak sesuai untuk anda.


Cantik sungai dia. Air pun jernih.




Siyes air dia memang sejuk. Macam air batu sejuknye. Nak cecah momtot gebu aku ni kat air tu punye la makan masa! Kalau datang time musim panas, memang masyuk la datang sini. Rendam sampai kecut-kecut pon takpe. Tapi dek kerana kitorang datang time musim hujan, air sungai ni dah macam salji pulak.



Tempat ni memang sesuai untuk sesiapa yang agak fobia ngan air macam aku hahaha. Yang datang untuk berendam-rendaman je. Aku jadi badak air je aritu. Tak sanggup dah bermain-main dalam air yang sejuk tu. Memang gigil la.


Bdk Johor pulak main ngan bebudak. Ni gambar nak kaber sejuk!


Mamat ni pulak lebih suka menjadi singa laut yang bersantai di atas batu-batuan.


Dek kerana musim hujan, dua tiga kali jugak la kitorg turn naik dari sungai ni. Time tak hujan, kitorg duduk dalam sungai ni. Hujan turun je, terkangkang-kangkang kitorg lari balik umah. Time ni la layan karok. Agak-agak tak hujan lagi, kami terjun sungai balik. Hujan, lari naik atas. Tu je la keje kami aritu. Tapi memang enjoy.


Plan nak balik petang, tapi dek sejuk punye pasal dan kemalasan yang terlampau, malam jugak baru bertolak. Maybe lain kali nak p tido sane sekali la. Takde la rushing-rushing nanti.



Pada sesiapa yang nak p lepak-lepak kat homestay tu, leh contact2 Mama Meow. Tak pon call no kat banner dlm gambar atas tu ok. Tapi ingat.... HOMESTAY TU BUKAN UNTUK ANDA YANG DIVA-DIVA!!



29 comments:

kakchik@ella said...

ishhh .. tak jadi i nk book sbb nota "bkn utk diva-diva". hahaha.

sHaZWaNi said...

u...mcm best je tmpt tu...kalumpang tu ktne? mcm nk pegi je...huhu..

GematriA™ said...

Pan.. kalumpang tue dekat kuala kubu bharu kn?
Siuk bha kamurang..

Melati Qistyna's Mummy said...

Best kalau sesekali melepaskan otak *tension* kt tmpt2 cenggini kan...hehehe

EmpayarUtama said...

meriah no :)

kpah k-poh said...

nak jadi badak air jugak..!!!!

Mrs.Yie said...

encik kerinting tu apa hal??kahkahkah

fiQ'Ra said...

wahhhh, celonoknya air terejunnn... :D

Alin Marlini said...

Kak Alin penah gi sebelum tempat ni glamer lagik..skrg lagi best :)

Wilayah Sepet Kuku said...

as salam..

wahh beshnyaaaa...

Scarlett O'Hara said...

hahaha!laling Curly jadi singa laut!

AYuNG said...

kat mana nih?

.: iEyLa :. said...

badak air upenye...lalalala

el said...

ada2 je lah si singa laut tu kan
hahahahaha
lama x mndi sungai...skrg musim ujan je kt penang...

CouLeur de Chiqu3 said...

hayohh..terbaek nih...

cam main acara sukaneka je..rendam dalm air-naik ke darat-karok-turun semula kedalam air

terbaik la pacik jd sigga laut jadian...hihoo

sis92 said...

wah bestnya teringin jugak nak cuti santai2 mcamtu :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh siap ada sungai.bestnyer.naper lak mr curly jd singa laut tu?hahah.takut sejuk ke?


budak johor cam nmpk kurus lak..hihi.lama tak jenguk blog dia

ch000tz axoera said...

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jumpa pon!!!!! ada terselit celah ni haaa hhhahahah :D

byway dah penah gi sini gak :D

Cik tikah said...

bestnya :)

sop said...

wah... sonok nyer....

LadyBird said...

cik diva.. ops.. cik panadol..
bestnye berendam ala2 badak sumbu..
cantikla tempat tu.. tenang.. damai.. sunyi.. sesuai tuk yg cintakan kesunyian.. tp jauh bebenor ler dr tempat lady nih..

IeDa said...

cam best gile!!

cik helena said...

kakak iparcikhel penah sampai sini,best gile dia kata.sempoi je tempat tu..

kitorang pun dah bercadang nak pegi.tp abah tak sihat..:(

kakngah said...

wey!
kalumpang belakang rmh aku jek.
apsal tak roger2?? nyamfah!
kalau tak boleh anjur party buih liar...

♥Aien Najwa♥ said...

uh ! xpernah dengar name tmpat kalumpang..hehe..tapi tempat dier menarik jugak..enjoy dlm hutan..tu yang paling best..lagi2 ade sungai..=)

fazilzura said...

wahh, besh nye uols berjimba2 sakan ...
nk pengsan tgk singa laut tu

jauh dak tmpt tu>??


* harus le promot dik non, dh lama nak tepek... tp kemalasan sgt2 melanda

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

halamak . macam best je :)

rasta said...

salam cik panadol cantik......
nk tanya...cam ne nak buat alamat http tu ada dalam gambar kita..
macam cik panadol cantik buat tu...nice la....rasta tak pandai...nak mintak tunjuk ajar dari cik panadol..kalau tak keberatan....
Rasta Ronda semua sahabat
Semoga Ceria dan senyum selalu

Azhafizah[フィザ] said...

seronok!apsal incek keli tu suke buat aksi?heee

 

Twitter Bird Gadget