Thursday, February 24, 2011

Cik Panadol nak pegi bercuti. Sapa nak ikut?

22 comments
Haluuuu....

Maaf kalau sekarang ni aku jarang bw, jarang update belog. Serius sekarang ni aku sangat sibuk. Sibuk sangat-sangat sampaikan bila masa aku kena selsema pun aku tak perasan. Pale otak tengah biol-biol sekarang ni.


Huarggghhhh....!!


Time-time camni la tetiba rasa nak pegi bercuti pulak. Hurm bos kasi ke? Sape nak itot aku gi bercuti? Cik Panadol sponsor!! Kan aritu Cik Panadol dapat angpow besar!!



Tapi nak bercuti kat mane ek? Bagi idea cikit mane tempat yang best-best untuk bercuti. Aku tak kisah, mana-mana pun takpe. Asalkan......



Aku tak perlu naik flight! Aku takot naik flight ok.






Aku tak perlu naik bos/feri/tongkang/sampan/banana boat! Aku fobia dengan air.




Tempat tu tak panas sangat sebab aku tak suke panas-panas ni. Sunburn!




Jangan ajak aku pegi tempat-tempat yang tinggi sebab aku takot tempat tinggi!



Takmo pegi tempat yang jauh-jauh sangat, yang kena duduk lama dalam keta, jalan yang takde highway, jalan yang banyak liku-liku sebab aku senang mabuk! Wekk!!




Jangan bawak aku pegi masuk hutan sebab aku takot masuk dalam hutan! Banyak binatang buas dan binatang yang menggelikan! Taknak jadi atau jumpe benda-benda pelik....





Takde aktiviti yang di jalankan memalam hari sebab aku rabun malam! Potensi untuk aku hilang/sesat sangat besar! Kemungkinan untuk aku tak dapat balik hotel juga besar!





Hurm.... Jadi korang agak-agak, tempat mane yang sesuai untuk Cik Panadol yang comel ni pegi bercuti ek??



p/s:
Jangan ada yang suruh aku bercuti kat rumah atau dalam bilik sudah la. Memang nak kena pelangkung tu!





Saturday, February 19, 2011

Makan busat malam Cap Goh Meh

13 comments
Lai lai....chī fàn!!

Waaah manyak hepi wo dapat makan busat. Walaupun tengah sibuk sekarang ni, tapi disebabkan makan pree, ku gagahkan untuk join. Makan pree adalah masa yang paling baik untuk menternak lemak! (Tips dari Cik Panadol)


Tempat berlangsungnya acara makan busat. Tengok pokok limau kat luar tu, rasa macam nak petik-petik je limau tu. Tapi nanti menjejaskan imej kelab gebu gebas pulak.


Tu meja kitorang. Suke!


Suka tengok bunga tu. Cute! Nasib baik bunga tu kaler pink. Kalau kaler merah mesti aku dah angkut bawak balik.


Tau apa Fortune Cookies? Haa kalau tak tau ni nak habaq sat. Fortune Cookies ni adalah biskut! Tu pun tak tau ke? Hahaha ok-ok. Ni bukan biskut biasa, tapi biskut yang dapat meramal kehidupan seseorang (Sila jangan percaya!). Biskut ni rasa macam kuih kapit sikit. Dalam biskut ni ada kertas ramalan ye. Sila jangan sumbat sebijik-sejibun biskut ni dalam mulut anda walaupun anda mempunyai saiz mulut yang extra luas! Biskut tu dimakan sebelum acara makan busat bermula. Tengok ramalan biskut tu untuk aku kat atas tu. Hurmmm nampak gayanya lepas ni aku kena kurangkan bekerja dan banyakkan mengular.....


Bos aku yang ni sangat sengal ok. Dia suka suruh aku buat keje yang aku tak tau, dan suka suruh aku buat keje yang bukan keje aku. Aku selalu je nak hangin ngan dia, tapi bila dia start buat lawak bodoh dia tu, terbantut rasa nak marah. Cik Panadol pun tak tertanding dengan kesengalan dia.


Marketing Manager aku ni pun selalu jadi mangsa hanginan aku. Apa taknya, bagi due date kat customer tapi tak inform aku. Dah dekat-dekat due date baru nak tanya aku. Apa lagi, menganga la aku.


Huh tak bermaya betul muka aku time ni. Patotnye semangat la sikit sebab dapat makan free. Tengok mata aku yang macam mata panda dah tu. Huduh! FYI, aku dah 2 minggu insomnia. Sebab tu mata jadi macam tu. Kepala pun dah ting tong! Help......


Antara menu yang kitorang lahap. Yang lain tak sempat nak ambik gambar sebab pinggan belum terletak kat atas meja, sudu garfu chopstick diorang dah naik kat pinggan yang waiter tu bawak. Macam ada magnet je chopstick masing-masing ngan kat makanan-makanan tu.


Thanks you bos untuk makan busat tu. Juga untuk angpow kecik tu.....


p/s:-
Seronok kutuk bos dalam belog!



Wednesday, February 16, 2011

Wow! Hot new blogger in the making!

12 comments
Ape yang best sangat berblogging ni? Bangga sangat ke kalau korang cakap "Aku ade belog. Tengok tau. Wajib! Sambil-sambil tu klik-klik la iklan2 dalam tu." kat kawan-kawan korang.

Best berbelog ni. Kalau tak caya, camne korang leh rajin bukak belog tiap-tiap hari, update entry tiap-tiap hari, blogwalking tiap-tiap hari. Betul tak?


Macam
mamat ni. Dulu dia selalu datang belog member-member dia and kutuk-kutuk (mereka member ye) kat belog diorang ni. Macam la takde kelas berbelog ni. Tapi sekarang dia dah ada belog sendiri. Tergoda dengan ke'best'an berbelog ni agaknya.

Maka di tengah malam yang sunyi, bertempat di kedai mamak yang telah tamat waktu operasinya, kami ahli-ahli geng bersengkang mata membina sebuah belog untuk beliau.
Beliau dan beliau sangat bertuah kerana ada orang yang sanggup mengambil upah membina platform untuk belog mereka. Tak macam aku mula-mula berbelog dulu. Semua kena buat sendiri, kena belajar sendiri. Tu la, budak-budak sekarang terlalu di manjakan sangat!


Inilah beliau yang dimaksudkan. Apa? Tak nampak muka? Owh blogger baru memang pemalu sikit. Misteri bukan. Selalunya blogger yang tak tayang muka ni la punya entry yang sangat 'makan dalam' dan da boom. Jangan jadi macam dia ni. Belog dah macam belog perempuan! Kekeke.... Tapi jangan tertipu dengan helah pemalu beliau tu kerana hakikatnya....Hish hish hish...Ok aku tipu. Bro ni gojes, baik hati, caring, loving bla bla bla...Rugi kalau korang tak kenal ngan dia (NIH AYAT MEMBODEK!)

Harap-harap beliau jangan la suam-suam dahi pulak lepas ni macam
cik kak ni. Selalu-selalu la bukak belog tu, update apa-apa yang patot. Kalau tak tau apa-apa, jangan malu-malu tanya ahli geng. Kami sentiasa ikhlas membantu anda dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan!

Jadi marilah kita beramai-ramai support blogger baru kita ni! Lawat la
belog beliau kerana ada
"GiveAway Home Renobesen" sedang dijalankan di belog tersebut (GA secara rahsia yg hanya diwar-warkan kepada insan-insan terpilih je). Lumayan hadiahnya. Renobesen tu hadiah utama, saguhati pun ada yang berupa "Karpet untuk rumah/opis anda". Belog dia pun under renobesen gak ek......Hurm


Jadi apa lagi. Mari rebut peluang ni. Kelik je
sini!


p/s:
Kurang pasti kenapa dia guna nick "ggbesi" sedangkan gigi beliau tidaklah berbesi. Wah takot kena geget woo!



Monday, February 14, 2011

Lama seyh tak makan kenduri...

10 comments

Memandangkan cuti sekolah dah lama habis, musim kenduri kawen pun dah berkurangan. Lama jugak la aku tak menjengah kenduri-kenduri kawen ni. Yela asyik pegi kenduri kawen orang je, kenduri kawen aku entah bila-bila. Merajuk la mak!



Hahaha!!!



Sebenarnya malas nak pegi kenduri-kenduri ni sebab malas nak jawab soalan "Bila Nak Kawen?" tu. Mentaliti orang melayu ni sangat memenatkan.



Kalau kita tak kawen lagi, sibuk orang tanya bila nak kawen.
Bila dah kawen, orang sibuk tanya bila nak dapat anak.
Bila dah dapat anak, sibuk orang tanya bila nak tambah satu sorang.



Cik kak ni bila nak kawen ni?


Yang ni pulak bila nak dapat anak ni?


Ni bila nak tambah lagi satu ni?


Macam tu la seterusnya. Sifat mengambil berat mereka dah jadi sifat "busy-body" yang terlampau!

Ok abaikan perkara-perkara remeh tu. Yang penting kami kenyang makan kenduri kawen. Free beb. Bab percuma-percuma ni memang best je.!


Muka excited dapat makan sampai ada yang tercekik tulang ayam!


Kalau dah kawen dan ada anak, mesti keadaan aku macam ni nanti. Habis kecomelan aku!



p/s:
Tunggu kenduri kawen Cik Panadol pasni. Cik Panadol jemput semua makan free. Open table gitu!



Thursday, February 10, 2011

Restoran Warisan in Action!

7 comments
Pembatalan aktiviti berjimak-jimak berjimba-jimba di Ulu Bendul telah membantutkan keghairahan ahli kelab terutamanya Bdk Johor. Maka dengan itu aku dan Mr Curly telah bersetuju membawa Bdk Johor ke Restoran Warisan pulak. Mulanya aku ingat nak open table tapi memandangkan diorang dah makan Nasi Ayam Gemas, aku pun membatalkan hasrat murni aku tu. Hihihihi....



Tak jadi open table, kami pun open air! Open table time lain ye.....Tunggu bos kasi ang pow besar!





Time ni Mr Curly sedang merajuk sebab kena marah dengan Bdk Johor. Konon-konon nampak comel dengan menyorok belakang tiang tu! Budget Bdk Johor akan datang pujuk. Tak penah paham hubungan mereka!


"Hai... Camno la nak basuh baju yang melambak tu. Air dah la takdo ni....."
Dia juga kecewa tak dapat basuh baju di Ulu Bendul.


"Kekeke.....Kuikuikui.....".
Bdk Johor gelak sakan bila 'Kak Limah' datang sampai ke Warisan ni! Beliau memang menaruh perasaan kat Kak Limah tu. Tergoda dengan suara dan nyanyian Kak Limah katanya.


Sentuhan sulung Mrs Curly! Hasil yang membuatkan ghairah beliau membuak-buak. Betul-betul excited beliau! Start time ni dia da start usha-usha nak 'benda' tu dari Mr Curly!


"Huh, comey nyo awek tu kan bro. Kalau la wa dapat.....Hish tak lepas punye la!"
Mereka sedang mempamerkan muka 'miang' masing-masing.


Bdk Johor je yang berani lalu kat jambatan ni... Ahli Geng Gebu Gebas tak leh lalu ye kerana dipercayaai boleh merosakkan monumen negara yang satu ni. Ahli yang peknen pun tak di galakkan untuk lalu jambatan ni kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kandungannya.


Cik Panadol cuba merenung masa depan...Cet! Sebenarnya aku sedang teringatkan air muka Bdk Johor waktu kami membatalkan aktiviti mandi-manda tu.


Mereka tak risau untuk beraksi walaupun sedang mengandung.
"Baik-baik jang oi. Gugur kandungan tu nanti...."


~The End~




p/s:
Tapak tangan dah gatal-gatal hehehe




Tuesday, February 8, 2011

Bdk Johor datang nogori!

19 comments

Hari tu aku dan pengerusi Geng Balik-balik Muka Korang telah menunaikan hasrat Bdk Johor untuk melawat Negeri Sembilan *kononnye*. Di sebabkan plan last minute, jadi pengerusi kelab telah memilih untuk bermandi-manda dan bercumbu-cumbuan di Ulu Bendul, Kuala Pilah. Aku paham kenapa pengerusi pilih lokasi tu. Sejuk! 'Mereka' suka tempat sejuk-sejuk ni.....

Aku yang berada di pendalaman sanggup menghadirkan diri dalam perjumpaan khas ni. Mereka yang telah sedia membawa pakaian mandi kelihatan teruja ketika aku sampai. Kegembiraan terpancar di wajah pengerusi dan Bdk Johor.

Sampai ke lokasi, mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk bersejuk-sejukan. "Ramai sangat orang...", kata mereka. Sekadar bermain-main air, menyimbah air ke muka antara satu sama lain, aku lihat kekecewaan terpancar di muka masing-masing. Kekeke....


"Wa akan pastikan Ulu Bendul ni akan ada tempat 'privasi' khas untuk wa...."


Mrs Curly makan hati bila kehadiran beliau tidak di endahkan oleh Mr Curly. Laling beliau sibuk melayan Bdk Johor, memang first class service Bdk Johor dapat aritu!


"Hey, ape simbah-simbah air ni noks! Habis la make up mak~"


"Osoh buruk eh perangai Bdk Johor main air, kan laling..."


Ada orang yang kejung melihat aksi mereka ni.
*Dalam plastik kuning tu adalah 'seluar kecik' pengerusi! Budget nak mandi bersama Bdk Johor*



Takpa la Bdk Johor, lain kali kami bawak ke Jeram Tengkek atai Jeram Loi pulak ye. Situ tak ramai orang. Port terbaek untuk korang!



p/s:-
Lokasi di pilih kerana kampung aku dan kampung Mrs Curly takda air dah 3 hari dah. Dia siap budget nak berkemban basuh baju pulak kt situ! Tapi demi menjaga ke'cun'an, beliau batalkan hasrat murni tu.



Monday, February 7, 2011

Yeah.... Ang pow sulah mali woo....

16 comments

Hallu...

Ingat tak sebelum CNY aritu aku ade maki-maki bos aku kan. Terus aku merajuk membawa hati yang lara ke. 9 hari aku cuti! Hambik kau bos! Kekeke.... Baru nak gelabah carik aku....


Baru je masuk je opis pagi td, terjojol muka bos aku kat meja aku. Sambil senyum-senyum sumbing, dia ucap Selamat Hari Raya Cina kat aku. Weh! Aku bukan orang cina mey, aku tak sambut raya cina. Patotnya aku yang patot wish Happy CNY kat dia.


Tetiba bos aku hulur sampul merah. Huh ANG POW! Haaa bab benda-benda kaler merah ni aku memang cair sikit.

Eh jap-jap......








Cet! Nak amik hati aku la tu. Yela seminggu lebih aku tak layan call/sms dia. Padan muka!


Haa dah orang hulur rezeki, takkan nak tolak pulak kan. Cepat je aku rembat sampul merah tu dari tangan dia. Aku cakap mekasih kat dia tapi tak pandang pun muka bos aku tu.


Yuck! Aku merajuk dengan bos aku macam merajuk ngan boipren pulak kan kekeke....




p/s:
Hati berbunga riang bila dia sempat cakap yang akan ade lagi 'ang pow' akan menyusul.....
*Wink wink*


Twitter Bird Gadget