Thursday, March 31, 2011

GTO Amazing Race 2011 - Part 2

4 comments
Haluuuu...

Ok meh sambung story pasal Amazing Race aritu. Urm sampai mane ek?
Ok ok. Second Clue kan.....



Haa.....ni baru la AMAZING. Kami kena pergi ke Kampung Chennah, Titi, Kuala Klawang. Sumpah tak tau kat mane. Tet tet kitorang tekan GPS. Aku siap call Ibu aku lagi tanya kat mane tempat tu. Cet Ibu aku tak membantu langung! Ade ke dia leh cakap, "Tu la... Tak sekaro an nak poie masuk bondo tu. Ontah mano la corok eh tompek orang tu suruh kau poie!". Aiyak....



Call parent Mrs Curly pulak la. Huh pak cik aku tu cakap kampung tu sangat-sangat jauh. Hulu sangat dia cakap. Kena masuk dalam, jauh dari jalan besar. Gulp! Haaa ni baru la adventure!



Takpe takpe. Ikut je la GPS tu (walaupun tak begitu pasti sebab takot tempat lain pulak yg GPS tu guide kitorang nanti)......



Serius aku mabuk!!!



Pempaham la. Jalan nak ke Jelebu tu macam ular kena palu. Bengkang bengkok sane sini. Nasib tak muntah dalam kete hehehe.


Orang Jelebu UMNO tegar! Hahaha



Bila nampak signboard Kuala Klawang, hati jadi excited walaupun tengok dalam GPS tu ada lagi 30km lagi sebelum sampai ke tempat yang di tuju. Start masuk Titi, Kuala Klawang, dah nampak beberapa team lain pun dalam group yang sama. Ok jalan yang kami ikut tu betul la maknanya.





Sampai Kampung Chennah, kami dah tak tau mane hala tujuan. Nak tanya orang, clue tak berapa nak lengkap. Clue mention pegi ke Kampung Chennah. Dah sampai tak tau pulak tempat apa yang kami kne carik.



Perjalanan di teruskan, masuk jauh lagi ke dalam kampung tu. Makin jauh masuk, jalan pun makin sunyi. Takda tanda-tanda ada check point yang kami cari. Banyak team yang ambil keputusan berpatah balik ke jalan besar. Kami, teruskan. Berserah kepada takdir walaupun masa tu tak takda team lain kat depan atau belakang kereta kami.




Tapi Alhamdulillah kata hati kami betul. Lepas 10 minit jalan, kami sampai ke check point yang di maksudkan. Hurm ramai gak yang dah sampai. kami team yang ke 17 sampai.




Dah sah kan kesampaian, kami dapat 'visa' untuk task berikutnya. Now kena tunggu turn nak ke tapak tugasan. Kena naik kenderaan pacuan 4 roda (4x4) ok! Yeaaa!!




Sampai juga turn kami. Mula-mula bro tu drive. Lalu laluan off road memang best! Sampai satu check point, kena tukar driver pulak. One of us kena drive 4x4 tu. Sebab tu salah satu task yang kami kena buat utk dapat markah! (task tertulis dalam 'visa' yang kami dapat tadi.)


Bro ni memang best! Cerita macam-macam. Mula-mula cakap slang KL. Tapi bila dah tau yang kitorang ni orang nogori, huh habih keluar loghat nogori memasing!


Mr Captain drive sampai la ke tapak tugasan.



First task kat situ (tertulis dalam 'visa'), kami kena buka sebijik tayar 4x4 tu, pusingkan/gulingkan tayar tu satu pusingan sekeliling kenderaan tu dan pasang balik tayar tu!




Cubaan Mr Captain utk bukak nat tayar tu tak berhasil Akhirnya tenaga kaum wanita juga yang berjaya melaksanakan tugas tu dengan jayanya kurang dari masa yang telah di tetapkan. Full marks!




Second task pulak kena menyumpit. Woohoo.... tau la kampung tu area orang Asli. Task ni kami serah kepada Mr Captain. Aku surrender sebab tengah tak sihat kan. 2 batang anak sumpit kena pada sasaran. 2 markah utk task tu....


Sasaran kami? Jantung pisang hahaha.......


Gaya montot lentik abang ni pamerkan.


Last task pulak kami kena drive 4x4 tu melalui titi. Sebelah tayar je. Tapi memandangkan kenderaan tu besar, seorang navigator di tugaskan utk memberi silent instruction kepada driver. Kami laksanakan dengan jayanya! Full mark lagi!







Settle semua task dan kami balik semula ke check point tadi utk next clue.



Melaka! Here we go..........




To be cont....(again)










Wednesday, March 30, 2011

GTO Amazing Race 2011 - Part 1

5 comments
Acara: GTO Amazing Race 2011
Tempat: TPM, Bukit Jalil - Negeri Sembilan - Melaka

Tarikh: 26-27 March 2011

Team Member: Cik Panadol, Pn Salina, Incik Afizi


Last weekend aku telah menggatalkan diri menjoin satu acara yang memang mencabar ketahanan fizikal dan mental. Penyertaan aku dalam acara ni telah memecah tradisi Geng Gebu Gebas yang objektif utama penubuhannya adalah untuk memperkenalkan acara Jalan-jalan Cari Makan dan aktiviti membina lemak je!



Amazing Race!


Yup... aku join Amazing Race. Tapi bukan la Amazing Race dalam tv tu. Jauh sangat cita-cita. Amazing Race ni di anjurkan oleh Standard Chartered je.


Memandangkan aku penah join Amazing Race ni tahun lepas, maka aku amat teruja bila di jemput untuk menyertai acara bagi tahun ni pulak. Huh...teringat kenangan willie naik motor kat Pangkor tahun lepas.


Flag off acara kat TPM Bukit Jalil. Lepas register dan briefing sikit, perlumbaan pun bermula.


Teammate yang berwibawa. Pn Salina dan Incik Afizi.



Antara kereta yang menyertai acara ni.



Opss....! Gambar ni bukan gambar memerut. Time ni tengah amik nafas haha. Aku masih tak sihat masa join ni. Selsema ok......



Gigih menghias kereta. Sebab ada hadiah jugak untuk pemenang kereta berhias.





Rajin betul diorg nak menampal-nampal cenggini.



Antara yang join race ni. Ramai gak. Aku agak ada gak la dekat-dekat 80-100 team.



Briefing dari Big Boss Standard Chartered. Pastu kena rebut amik clue!
Cet!!




First Clue.




Kami kena cari orang yang memakai banner Standard Chartered yang berada di sekitar TPM tu untuk mendapatkan clue seterusnya. 10 minit gak la pusing TPM tu cari orang tu. Nasib jumpa.

Hurm.....second clue agak mencabar. Jauh gak tempat yang bakal di tuju......




To be cont.....








Monday, March 28, 2011

Perhatian kepada penggemar tahu/tauhu....

18 comments

Sapa yang suka tahu/tauhu? Ok aku pun tak sure ejaan sebenar benda tu. Ala benda kaler putih yang korang suke makan tu. Ada yang suka tauhu bakar, ada yang suka tauhu sumbat.


Tauhu bakar (Credit to En Google)


Tauhu sumbat (Credit to En Google)


Orang kata tahu baik untuk kulit. Di sebabkan ia di perbuat dari soya, pakar cakap tauhu boleh mencerahkan kulit. Tapi.......


Adakah korang akan makan tauhu lagi lepas tengok ni??




Wow....yum yum.....!!!


p/s:
Jangan salahkan aku sekiranya pasaran tauhu Malaysia jatuh merundum lepas ni! Tak tau gambar ni di ambil kat mane. Maybe kt Afrika nun kot. Malaysia ada import tauhu dari Afrika ke? Hurm entah betul entah tak.......Ok teruskan memakan tauhu!!

Sunday, March 13, 2011

Bila lelaki stim....

24 comments
Salam semua....

Short entry sebab sangat sibuk di site projek sekarang.

Sepanjang minggu ni aku lepak kat site aku yang satu ni. Sepanjang minggu tu aku perasan yang technician-technician aku selalu sangat lalu kat depan satu kedai ni. Walau pun ade laluan lain yang lebih dekat, tapi diorg still nak lalu kat laluan yang satu ni. Entah ape yang best lalu kat situ pun aku tak tau. Yang ada cuma beberapa kedai baru yang masih belum bukak dan yang tengah renobet lagi. Bila aku ajak diorang lalu laluan lain, diorang cakap lalu kat situ lagi best. Ada air cond, lalu luar 'panas'. Cet macam pempuan pulak budak-budak bujang ni. Takot panas la sangat.


Tapi selidik punya selidik, diorang ni bukan takot panas lalu kat luar. Tapi lalu kat laluan feberet diorg tu lagi panas rupa-rupanya. Laluan tu jadi panas bagi diorg sebab kedai-kedai baju yang belum bukak tu ada banyak patung perempuan bogel! Peberet kedai diorang adalah kedai pakaian dalam wanita!


Ini gambar lucah!

Kata diorang "Stimmmm......."



Apa?! Tengok patung bogel pun dah stim!


Celaka!



Monday, March 7, 2011

Kereta aku kena pecah!!!

16 comments
Pagi hujung minggu yang hening. Ketika itu ahli-ahli kelab sedang nyenyak tido kerana kepenatan selepas berjimba-jimba sehingga awal pagi. Aku, bangun awal. Rancangannya nak pegi basuh kete pagi tu. Dah lama seyh tak basuh kete.

Sampai kat kete, aku picik alarm kete. Tet tet! Bukak-bukak je kereta aku terkejut!




Kereta aku kena pecah!



Tak sempat nak tengok atau check apa-apa yang hilang, aku terus tutup pintu, kunci kereta tu balik dan terus balik rumah. Tindakkan spontan ok. Sebab aku takut!


Terus aku call Mrs Curly dengan harapan ahli-ahli geng dapat tolong. Dia yang masih tido time tu mamai-mamai je jawab call aku. Yang aku pasti time tu Mr Curly tak dapat tolong aku sebab ada hal yang perlu di selesaikan. Mujur ada Hero Idaman Malaya ni.


Dia yang masih tido time tu, sanggup bangun dari tido yang nyenyak untuk membantu aku. Mekasih SuperJep!


Dah nasib kena hari Ahad, mane la ada kedai yang bukak cuti-cuti ni. Nasib baik ada satu bengkel yang bukak. Tanya-tanya, nasib ada stock cermin Myvi. Tapi harga mahal la sikit tak leh kurang sebab hari cuti, supplier pun sume tutup kedai. Nak tak nak terpaksa la amik jugak cermin tu daripada biarkan kete tu tak bercermin langsung. Kang entah ape-ape lagi yang hilang. Risiko tu....


Sekarang ni park kat mana-mana pun ada kemungkinan nak jadi. Kat tempat orang ramai lalu lang pun leh jadi cam aku nye kes ni.


Barang-barang yang hilang? Hurm duit dalam dashboard aku tu ade la dalam beberapa belas hingget, tngo yang dah lama tak topup tu pun hilang. Paling aku marah, semua dokumen keta pun dia nak kebas!




p/s:-

Pagi ni pulak time nak pegi keje td, aku tengok 2 pasang sport shoes aku hilang dari rak kasut kat luar rumah aku tu. Menakutkan pulak nak duduk situ lagi. Banyak betul dugaan.......


p/s/s:-

The Curly's... tolong tanya Mr Tan boipren ai tu samada ada rumah kosang atau tak kat sana. Mau duduk di bawah pengawasan beliau ma....




Thursday, March 3, 2011

Macam mana cara nak halau housemate ek?

27 comments

Aku ada seorang housemate. Beliau sangat pelik orangnya. Dah hampir 4 bulan dia tinggal satu rumah dengan aku tapi aku rasa macam nak suruh dia keluar dari rumah tu je (dalam kata lain, HALAU). Kenapa?


Housemate aku sorang ni lain sikit orangnya. Dulu masa dia datang sebey rumah, dia cakap dia asal dari Kedah, kira orang Kedah la ni. Tapi bila dia dah masuk rumah tu, baru la aku dan housemate aku lagi sorang tu tau yang dia orang Kelantan! Hurmmmm ape kes dia nak tipu? Baru masuk dah nak tipu? Tak bagus...tak bagus...



Sepanjang dia duduk kat rumah tu, kami tak pernah kenal dia. Yang kami tau dia suruh panggil dia Kak S dan keje kat KL Sentral nun. Tu je yang kami tau pasal dia. Sebab kami tak pernah berborak.



Paling aku tak boleh bla adalah sikap dia yang hanya duduk berkurung dalam bilik je. Tak bosan ke dia? Kalau dia balik keje, time tu kami ade kat luar tgk tv, confirm dia terus masuk bilik tak keluar. Entah makan entah tak, masuk toilet pon tak? Ade toilet n dapur kot dalam bilik dia tu. Pastu time aku dah masuk bilik nak tido, baru la dengar dia keluar bilik pegi mandi atau pegi toilet. Pelik aku. Macam nak mengelak dari jumpe kami pulak.


Awal-awal masuk dulu, aku ade gak la rajin nak tegur-tegur cuba nak berbaik-baik, tapi dia dingin je. Last-last malas aku nak tegur dia lagi. Dia yang baru masuk situ kena la hormat kami yang dah lama duduk rumah tu. Kepala besar betul minah tu!


Bukan takat tu, penah sekali dia tanya kat tuan rumah boleh tak buang perabot kami tu sebab nak letak barang dia. Dia ingat perabot tu tuan rumah punye ke? Sesedap rasa je nak buang. Barang dia pun bersepah-sepah kat ruang tamu tu lagi. Rasa mau camapak je. Buat sakit mata.



Eee.... Sebenarnya kami tak berapa yang suka ngan minah ni. Rasa macam nak halau dia. Tapi tak tau camne nak buat sebab kami ni jenis yang sopan santun.



Boleh tolong bagi cadangan tak?



Twitter Bird Gadget