Monday, April 25, 2011

Weken di 'Johnny Punya Restoran'.

22 comments
Selalu kalau aku nak keluar rumah, aku selalu bawak bekal sendiri. Siap masak-masak kat rumah, pastu tapau. Bila keluar jalan-jalan, tak payah nak beli-beli. Makan bekalan tu je. Hahahaha rajin betul aku kan.


Tapi semalam aku keluar dengan parents Mrs Curly aku tak bawak bekal. Makcik aku cakap tak payah rajin-rajin nak masak sebab dia nak makan kat luar je. Aku sebagai anak sedara yang sangat patuh, mengikut saja apa yang di cadangkan.




Kali ni kami try makan kat Johnny's nun. Malu seh nak ngaku yang tu first time aku makan kat Johnny's ni. Tapi tak makan la steam boat sume tu. Aku makan nasi goreng 'je' sebab memang tengah lapar time tu. Malas nak pikir. Urm rasa dia? Not bad la.... Boleh layan.




Tukang pilih order.



Aku paksa Mr Curly amik gambar aku time ni! Huahahahaha



Paksu ngan Haziqman! Dua tiga hari jugak la mamat ni kena buli ngan budak kecik ni. Bila Mr Curly takde, aku pulak yang kena buli ngan 'Ultraman' kecik ni. Aktif gile budak ni....



Ni la tukang belanja semalam huhuhuh. Suke....suke.....




Erk!!!





Sangat kenyang lepas makan. Tapi bila nampak Papparoti ni, kenyang macam mane pun boleh lagi aku telan roti ni. Buruk lantak betol la aku ni. Peduli. Kalau tak, macam mane nak maintain keahlian dalam Geng Gebu Gebas tu......


Hurm anyway, ini adalah weekend yang sangat homely.......







Wednesday, April 20, 2011

Mari bersenam cara Geng Gebu Gebas

10 comments
Baru-baru ni, ahli kelab gebu gebas telah melancarkan operasi menguruskan badan setelah jeles dengan ke'slim'an dan ke'cute'an awek ni.


Maka dengan berkobar-kobarnya, ahli-ahli kelab telah menjalani senaman berat di bawah latihan di bawah kelolaan seorang jurulatih tak bertauliah untuk mencapai objektif yang telah di persetujui.


*Sila pasang background muzik lagu, Final Countdown ye untuk effect yang lebih mengagumkan.*




Kehebatan....


Ketangkasan....
*Aik Puyul kah ini?*

Dan kewibaan beliau menyebabkan beliau telah di pilih untuk memimpin ahli kelab dalam usaha mencapai objektif yang telah dipersetujui.



Awalnya, ahli kelab bersemangat...

Lihatlah semangat mereka...


Mama Meow memberikan aksi atlit sekolah terbaik!

Mrs Curly gigih bersenam!






Malangnya........












Aik coach.... main buaian?!


Akibat salah didikan dari coach sendiri, maka ahli kelab terjebak!



Malah lebih parah sampai tertonggeng!



Naik kuda ni pulak ye coach..... Baik coach!





Yang akhirnya....Larik!!!



Kemudian coach suruh naik benda ni pulak. Baik untuk balancing dia cakap.


Aku?

Leka amik gambar diorang dan tukang bawak beg! The best exercise untuk aku hahaha!

Tak caya? Ok berat aku turun 1/2 kg je untuk petang tu. Tapi lepas makan malam tu, naik 1 kg je pulak.....Tak tipu punye.... Sikit kan......^_^



Wednesday, April 6, 2011

GTO Amazing Race 2011 - Finale

2 comments
Ok cerita Amazing Race aku tak abis lagi tau. Haha biasa la, bnyak sangat task kne buat. Tu baru Amazing Race amatur punya. Kalau Amazing Race AXN punya tu, mau berbulan-bulan agaknya baru habis story hehe. Kalau tak nak baca, close je......



Ok last task aku story aritu pasal naik beca kan. Haa....lepas naik beca, dapat lg satu tast best. Kami di kehendaki membuat kuih karas. Aku suke kuih ni!





Gigih membuat kuih.


Ingatkan susah sangat nk buat..... Senang je, yang penting skill mesti ada! Hahaha..... Tengok la hasilnya. Agak-agak boleh jual tak?



Hasilnya sangat membanggakan!


Selesai. Next dapat dua task serentak. Ok kena split dua group pulak la.



Di takdirkan aku pilih task kat Istana Kesultanan Melayu tu sebab tu task sorang. Diorang laki bini pegi wat task kat Jonker Walk tu.



Aku yang keseorangan terpaksa la mencari tempat yang di maksudkan. Tanya-tanya sikit pakcik beca, sampai gak aku. Tengok apa yang aku kena buat.





Waaaahhhhh! Kena main gasing gajah la......



Serius bukan senang nak buat gasing ni pusing. Takat gasing kecik hok budak-budak kampung main tu aku tau le. Gasing ni beratnya satu, tali pun tebal. Mau melecet tangan-tangan ku yang halus mulus ni melilit gasing tu.




10 minit masa diberi. Lantak ko la nak try bape kali. Tapi disebabkan time aku punye turn, ramai pulak yang nak membaling, last-last 3 kali je aku dapat baling. Kena tunggu turn. Tempat kecik, yang nak baling ramai.




Hasilnya, ketiga-tiga balingan aku cuma dapat pusing kurang dari 5 saat! Memang terbaek.....Ok la daripada beberapa orang tu yang langsung tak berpusing. Done! Tinggal tunggu teammate lagi dua org tu je lagi.


Jap! Diorang buat apa ek kat Jonker Walk tu?




Oooo..... diorg kena mewarna batik la. Sorang kena inagt kaler, sorang lagi tukang kaler. Kecik je kain yang kena kaler. Kalau 4 meter tu boleh gak buat baju raya!




Selesai je task diorg, diorang kena datang ke tempat aku. Ini kerana Istana Kesenian tu merupakan final stop untuk Amazing Race ni. Alhamdulillah kami berjaya laksanakan semua tugas kami.






Malamnya pulak ada dinner, party dan majlis penyampaian hadiah. Theme majlis adalah Hawaiian Night! Enjoy all nite bebeh!




Team 045


Amazing Race 2011 ni memang best. Tapi bagi aku, best lagi
Amazing Race 2010 kat Pangkor dulu. Tahun lepas lagi adventure dan lagi menguji fizikal. Can't wait untuk Amazing Race 2012 pulak!





Saturday, April 2, 2011

GTO Amazing Race 2011 - Part 3

6 comments
Ke Jelobak ke Jolobu,
Gulai Udang sebelango,

Dari Jelobu ke Banda Hilir,

Suko den bujang ke hulu ke hilir........




Adeh parah! Rosak lagu dan bahasa! Hahaha....

Itu clue ketiga untuk Amazing Race ni. Goshh....kena lalu Bukit Tangga lagi. Wekkk!!!




Sejam setengah perjalanan, sampai la kitorang ke Banda Hilir, Melaka. Base on clue, kena la carik tempat tu. Mase ni perut dah mula berdondang sayang. Lapar dowh....


Dua kali pusing Banda Hilir tu, tapi asyik jumpa Restoren Talago Biru 2 dan Talago Biru 3 jek! Cis clue salah bagi nama kedai lagi. Last-last jumpe gak kedai tu kat Culture Food Village.



Sampai kedai tu, dapat task! Task paling best dan tepat pada masanya!



Hahaha bagai orang mengantuk di sorong bantal, kami split 2 group. Pn Salina masak lauk asam pedas, aku ngan In Afizi pulak pilih nk buat task cucuk satay dan bakar satay. Berbekalkan pengalaman membakar satay masa Hari Raya tahun lepas dan bakat terpendam yang di warisi dari ayah ku, tugasan tu sangat mudah bagi ku! Cet riak sungguh....



Nampak sedap tak? Asam pedas ni takde campur tauhu ye hahaha....



Satay kena cucuk sendiri ye. Task suruh buat 20 cucuk je. Kitorang buat lebih! Lapar beb....



Gaya seorang pengipas satay berjaya. Agak-agak kalo aku bukak kedai jual satay, Pakcik Samuri tu boleh tutup kedai tak? Hihihi


Selesai masak dan dapat approval dari judge, task makan pulak dijalankan. Apa yang kami masak tu, kami kena habiskan sampai licin! Kuah-kuah pun kena hirup sampai habis ok. Makan-makan ni kojo sonang yo... Tapi bab perabis asam pedas tu aku surrender sebab aku tak suke asam pedas dan kuah dia sangat pedas!!




Gigih mengambil lauk! Lazat giler....




Ok task completed, perut pun dah kenyang. Tapi tak leh rehat. Dapat pulak next clue. Dengan perut yang membusung penuh satay dan asam pedas tu, terpaksa juga kami berlari cari tempat untuk tak berikutnya.




Dah tau tempat ni so terus pegi je la. Sampai check point tu, dapat tugasan yang perlu kami selesaikan. Naik beca! Sorang kena kayuh beca dan lagi dua kena jadi penumpang. Alaa....task duduk dalam beca jadi penumpang je aku kali ni hahaha.



Lihatlah keriangan kami naik beca dengan perut yang kenyang!




Laluan tu aku tengok dah macam laluan untuk orang amik lesen JPJ je! Nak bawak beca kena ada lesen ke? Hahaha dua round kne kayuh beca ni. Awat sikit sangat.....





Selesai tugasan dengan jayanya sekali!



Now moving to the next check point!! Yehaaaaa.......




Twitter Bird Gadget