Friday, May 27, 2011

[Live] Sibuk mendesign database

21 comments

Chopp!

Rehat kejap la. Penat pulak pale otak ni memikir. Bukan senang wat keje cam aku ni. Tengok la keadaan daif aku dan meja aku kat opis ni.



Abaikan segala kertas-kertas atas meja tu. Aku baru kemas smlm, arini dah jd cenggitu balik.

Abaikan wayar-wayar yang berselirat atas tu. Tu belom tengok wayar dalam keta aku lg.

Abaikan tulisan buruk aku tu (kalo korang nampak ar). Keje aku tak memerlukan aku menulis. Dlm sebulan belom tentu aku ade menulis. Pen pun takde! Sebab tu bila jarang-jarang menulis, tulisan bapak huduh!

Dan abaikan muka budak tak tahan sejuk ni....

BTW, tengah tension gak ngan mamat baru masuk keje tu. Sikit-sikit panggil aku, sikit-sikit panggil aku. Nak settle keje semua nak cepat. "Ko tau tak aku banyak keje lain ni selain nak melayan ko!".

Urm dan dia sangat menakutkan. Serius tak tipu. Pagi, dia akan tunggu sampai aku datang baru nk masuk opis *bersama* sedangkan dia ada kunci sendiri. Balik keje, tgk aku sibuk kemas-kemas nak balik, time tu la die pun sama baru nak kemas-kemas *bersama*. Lambat aku balik, lambat la jugak dia balik. Sedangkan dia bukan ade keje sangat pun awal-awal ni. Creepy ok!



Hari ni nak kuar awal. Nak tengok dia ikut sekali ke tak....Huh!



p/s:-
Rase gedik pulak wat live update ni hoho~





Monday, May 23, 2011

Tips otai cara menghilangkan sakit gigi.

26 comments
Harini dah 5 hari aku sakit. Punye la sabar aku tak pegi klinik, tak makan ubat. Ingat sikit-sikit je sakit ni. Sebab selalu kalau sakit gigi pun sehari dua dah baik balik. Tapi lain pulak kali ni. Lame betol sakitnya. Hilang selera makan aku tau. Kalau macam ni, memang leh kurus Cik Panadol sorang ni. Sakit gigi ni pun mengubah diri aku menjadi seorang yang pendiam ok. Mood pun tak berapa nak ada.....

Aku bukan taknak pegi klinik, tapi terus terang cakap, aku sangat-sangat takot jumpa doktor gigi. Fobia ooo... Doktor lain pun aku takot, tapi kalo doktor gigi ni takot dia lain macam sikit. Tu yang aku lebih sanggup layan sakit ni daripada pegi jumpe doktor.



Tetiba aku teringat pulak zaman aku kecik dulu. Kalau aku sakit gigi, ada satu je cara arwah uwan aku buat.....



Bahan-bahan:


1. Minyak angin Cap Kapak. Lagi panas minyak angin tu, lagi bagus.

2. Koyok. Lagi besar, koyok tu lagi bagus.


Cara-cara rawatan.


1. Sapukan minyak Cap Kapak tu ke gigi dan gusi yang sakit. Jangan lupa sapukan juga pada belah luar pipi/mulut yang berhampiran dengan tempat yang sakit.

2. Tunggu beberapa ketika sebelum anda boleh menutup mulut anda semula.

3. Ambil sekeping koyok (lebih pun takpe), dan lekatkan pada pipi, hampir dengan tempat gigi yang sakit tu.

4. Wallah! Selesai cara rawatan.


Abaikan gambar aku yang serabai tu. Sakit gigi merubah diriku, merubah segala-galanya. Segala-galanya......



Ok mudah saja kan. Moga tips otai ni dapat membantu anda yang mengalami sakit gigi dan sangat fobia untuk ke klinik gigi.



Perhatian.

Di luar kotak minyak Cap Kapak tu telah tertulis "Untuk Kegunaan Luar Sahaja". Sebarang risiko, keracunan dan kematian adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.



p/s:-

Terpaksa melupakan Cadbury untuk sementara waktu. Maafkan aku Cadbury......




Tuesday, May 17, 2011

Sepetang menggedik dengan jayanya di Putrajaya....

24 comments
Cuti panjang anda tidak bermakna sekiranya anda menghabiskan masa dengan membuta.


Eceh!


Cakap senang la, nak buat tu yang payah sikit. Ingat boleh pakai ke cakap aku. Pegi tanya GB2Mk tu.Time cuti je, aku manjang membuta! Hahaha.... Membuta bukan sebarang membuta ye. Membuta merehatkan minda. Kalau dah 12/5 asyik mengadap coding je, sape yang tak naik berpinar mata tu.


Tapi bukan sepanjang masa aku boleh membuta time weken. Ada je yang GB2Mk tu nak buat. Pengerusi kelab memang aktif merancang aktiviti. Tak rugi join kelab. Aritu, menggatal nak pegi main bowling kat Putrajaya. Last-last masuk karok jamban je sebab bowling full house.


Dalam diorg karok tu, aku boleh membuta pulak. Serius s*** tempat dia. Sound tak best, mic rosak, video pulak video klip budget 2-3 ratus je. Tu belum lagi berdepan dengan pilihan lagu memasing. Layan rock leleh!!! Gosh......


Lepas memasing penat melalak, plan cari port lepak. Ok la since hujan pun dah berhenti leh la menggedik-gedik amik gambar. Tapi kami tak dapat lepak banyak tempat sbb hari dah senja. Meh layan aksi terlampau kami.



Boleh nangis tak kalau nyah2 dan noks2 tgk gambar ni?


Barisan GB2Mk yang kecoh tak kira tempat.


Mama Meow antara yang over gedik petang tu.


Bdk Johor budget amik gambar buat header kad kawen belog.


Mr Curly dok tengah panggil mambang air!




p/s:-
Pengerusi, next time kite menggedik kat port lain ye...









Monday, May 16, 2011

Cikgu...Kenal lagi tak ngan budak sengal ni?

19 comments

Bila sampai je Hari Guru, mesti aku teringat zaman aku sekolah dulu. Banyak betol kenangan dengan cikgu-cikgi ni. Tapi dalam ramai-ramai cikgu tu aku paling ingat beberapa org cikgu yang selalu membuli aku dan kawan-kawan kelas aku dulu.


Gambar time Darjah 5 kat Sekolah Kebangsaan Batu Kikir.

1. Cikgu Aziz

- Cikgu ni ajar aku mase aku darjah 3. Dia guru kelas dan guru Matematik. Serius cakap aku tak penah terror Math dari kecik. Bengap sikit bab nombor-nombor ni. Cikgu ni suke tanya sifir dl. Dia akan tunjuk mane2 student dan tnya sifir secara spontan. Sape tak dapat jawab atau salah bg jawapan, memang kena denda. Dendanya die akan tarik sikit anak rambut kt sideburn kite tu. Perh memang maha sakit. Aku selalu la kena sebab aku ni dah la blur, x pickup dan bengap math. Kalau tak denda tu, kena berjemur bawah panas terik. Alasannya nak bagi otak kami yang beku tu cair sikit! Kalau budak zaman sekarang ni kena ramah sikit, sibuk mak bapak report polis. Tengok aku, relax je walaupun kena denda camtu. Aku ingat bila dah selalu kena denda tu, aku makin pandai. Tak jugak! Sampai sekarang aku masih bengap Math. Sila jangan tanya aku bab kira2 tolak tambah ni, apatah lagi sifir.




Pernah jadi Pengawas Pusat Sumber time form 2-3. Pastu khidmat aku di berhentikan sebab banyak rekod aku tido dalam library mase duty.


2. Cikgu Shahril


- Cikgu Biologi peberet aku. Hensem cikgu ni tp nasib le dah kawen time tu. Biasa la kalau cikgu kacak, mesti anak murid senang ingat * gatal*. Dia ajar aku time form 4-5. Dia suka buli aku. Dia selalu suruh aku duduk depan time kelas dia, sbb dia ckp kalau aku duduk belakang aku akan tido. Dia suka suruh aku baca dan explain topik dalam kelas walaupun dia tau aku gemuruh bila suh bercakap depan org. Dia suka lepak akt meja aku time buat ekperimen sbb senang dia nk ketuk tanagn aku ngan pembaris kalau aku salah buat. Dia tau aku tak suka orang panggil aku dengan nama Mas. Ok korang dah tau nama aku. Bila dia suh jawab soalan dan panggil aku ,"Mas, ape jawapannya?" terus aku jawab "M**** la cikgu...." sambil buat muncung panjang sedepa. Dan-dan tu dia leh gelak kuat-kuat. Time ade kelas dia, mesti balik-balik aku yag kena. Takpe la cikgu. Cikgu suka panggil saya ngan nama tu ek. Special utk cikgu sorang je sy bagi kelonggaran. Cikgu kacak, ingat tak lagi cikgu kat budak Mas ni?




Gambar time form 5. Skema beb, tudung bulat hahaha. Kalau terror teka la mane aku?

3. Cikgu Norliza

- Cikgu paling aku ingat sampai sekarang. Dia cikgu BM aku mase form 4. Cikgu ni tak tau la nape ngan dia sebab bila masuk kelas kami, cara pengajaran dia agak pelik. Setiap sorang dari kami ada nama glamer. Ada dia bg nama Nenek Kebayan, Tun Teja, Sultan Mahmud, Hang Tuah, John, Johnny, Jonathan la, Mike Tyson ngn Hollyfield pun ade! Aku pulak ade ke dia panggil Kajol. Lagi satu peliknya cikgu ni, b4 start mengajar, dia akan panggil sape2 dalam kelas tu untuk berlakon. Dia akan suruh kami berlakon ikot nama yg dia bagi tu. Kalau Hang Tuah ngan Sultan Mahmud kena panggil, dia bagi la apa scene yang diorg kena lakonkan. Aku selalu dapat scene menari lagu hindustan bersama-sama ngan 'Shah Ruk Khan' aku. Cet! Lagi satu perangai dia, dia suka tunang-tunangkan kami. *Ok ai dah bertunang tanpa kerelaan ai ok*. Macam aku kena tunang dengan SRK la kan. Siap suh pindah tempat duduk. Kami kena duduk sebelah tunang masing-masing! Tapi kami ingkar. Tukar time kelas dia je. Time lain kami duduk tempat asal kami. Tapi bila dia tau kami tak duduk sebelah tunang kami (kes cikgu time kelas dia kuar lambat), dia akan denda berdiri atas kerusi. Bayangkan buruknya rupa bila budak2 yg dah besar panjang ni berdiri atas kerusi cmtu. Memang kenangan betul dengan cikgu tu. Cikgu ingat lagi kan sy yang selalu nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai depan kelas dulu kan.......



Ok sebenarnya ramai lagi cikgu-cikgu yang aku ingt tapi mereka bertiga tu la yang paling aku ingat sampai sekarang.



Sempena hari Guru ni, aku nak ucap SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru seluruh Malaysia termasuk 'En Margono'. Dulu mase kecik-kecik, time Hari Guru la yang aku suka sebab time tu la En Margono akan dapat banyak hadiah dari murid dia. Dan aku sebagai anak yang taat aku akan pow semua hadiah tu. Buat pakai sendiri hahaha... Dah besar-besar ni dah tak heran lagi dah.

Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku selama ni. Walaupun anak murid mu ini tidak begitu cerdik, sekurang-kurangnya anak murid mu ini berjaya menjadi orang.


Gambar En Margono yang aku curik dari website sekolah dia haha.....First time tau sekolah dia ada website! *Ayah senyum sikit. Muka ayah nasuk belog ni!*


Selamat Hari Guru!

Terutama untuk En Margono tersayang.


p/s:-
Sesekali layan gambar-gambar kalsik cmni, memang masyuk....Rase dah tua huhu....





Wednesday, May 11, 2011

Bisik-bisik Gathering...Kejang perut aku!

20 comments
Aktiviti memecah perut Bisik-bisik Gathering besambung selepas semua semua blogger yg hadir selesai merakam vlog memasing. Games Show mengambil tempat pulak.


Aktiviti Pulau kita. Time ni kita main koyak-koyak kertas pulak ye. Satu team ngan Bro Framestone dan ReramaUngu. Bro memang terror main nagn kertas! Di sebabkan Bro, team kami menang acara ni. ReramaUngu, kite kena belajar main kertas lagi pasni ok.



Muka happy menang first game.


"Apo pasal pulak koteh ni dah macam rambut den dah ni?"


Acara paling happening? Kata kau! Setiap peserta kena menyambung perkataan dari perkataan peserta sebelumnya untuk membentu satu ayat. Bro KarimMJ jadi judge!




Peserta final acara ni adalah Kojie dan Bdk Johor. Namun Kojie lebih handal bermain dengan kata-kata. Dan di pilih sebagai pemenang. Bdk Johor memalukan GB2MK la.....





Acara tiup belon? Cet macam budak-budak tapi masing-masing tiup dengan penuh semangat. Tak caye tengok gambar-gambar tu. Kombang kompih hidung memasing!


Tengok Mr Curly ni. Kombang tak hidung dio!


Kojie ngan laki Mak tak kurang hebatnya. Bersaing senget!



Yang lain-lain pun hebat!



Tapi takde sape yang boleh kalahkan Kojie. Namun atas sikap setiakawan, Kojie dengan rela hati memberikan hadiah tu kepada Cik Iera Kan comel ni yang menjadi pesaing terdekat. Adil kan!


Selain games show, ade gak acara cabutan bertuah. Dan aku adalah salah seorang blogger bertuah. Dapat hamper tu!


Di sebabkan aritu adalah Hari Ibu, maka kami turut menyambut Hari Ibu khas untuk Mak Lagenda. Potong Sweetie Cheese lagi tu... Happy Mother's Day Mak!




Sepanjang majlis memang best dan happening! Aku lagi la syiok. Dapat voucher Gambang Waterpark mase menang Teka dan Menang Mak Lagenda aritu, dapat hamper lucky draw dan dapat hadiah menang game Pulau Kita! Sarat aku.....



Mekasih untuk semua yang hadir. Korang memang best.



Harap-harap Mak akan teruskan usaha macam ni. Mane tau ada Bisik-bisik Mak Lagenda part 2 pulak lepas ni. Jangan lupa jemput kami ye.




Yeaa......!!!



p/s:-
Untuk layan vlog kami, leh pegi ke;

Seremban Maya
1Tube.my


Other vlog will update later.






Tuesday, May 10, 2011

Bisik-bisik Gathering...Hado kau pegi?

11 comments
Jemputan ke Bisik-bisik Gathering anjuran Mak Lagenda bersama rakan sekongkolnya sekongkolnya, bro KarimMJ pada 8 May 2011 telah pun aku penuhi. Kat Seremban tu. Jauhkan perjalanan aku. So far itu adalah gathering yang sangat sempoi dah penuh dengan adegan kejang perut! So meh layan gambar dan aktiviti kat sane.


Sambutan kedatangan aku dan GB2MK? Huh tak disangka-sangka. Aku leh keluar balik dari tempat tu sebab segan! Yela dah le datang lambat. Sampai-sampai je depan pintu Old Town tu, siap ade red carpet lak! Sogan den!

Mak Lagenda selaku Bos Beso bersama anak ikannya, Kojie Yama yang jadi MC utk majlis tu.


Ok itu permulaan yang sangat tak disangka. Aku yang dah sedia pemalu ni ingatkan ok la bile dah masuk. Tapi macam nak gugur jantung bila tengok banyak kamera 'gajah hitam' dalam tu. Ok aku dah cuak.



Rupa-rupanya itu adalah suprise dari Bro Framestone dan 1Tube.my. Dalam hati rase nak lenyek-lenyek muka Bro. I hate surprise! Kami kena rakam video untuk diri dan belog memasing! Hadusss........


GB2MK siap main 'lat tali lat laili tam plom' masa majlis tu. Masing-masing takot nak rakam video. Kena la wat benda ni untuk tentukan siapa yang start dulu.


Gaya relax Mr Curly. Tau le dah biase dok depan kamera..... Aku jeles!


Intebiu untuk 1Tube.my. Sumpah part aku macam hampeh! Sila jangan gelak kalo korg tengok video tu nnt. Aku lebih suka dok belakang kamera dari depan kamera. Urm fear of camera disease ok. Silap-silap leh muntah depan camera!



Time ni tengah tahan muntah! Kang tersembur pulak kat bro PhilRamli ngan si Zul tu kang!


Bdk Johor main jeling-jeling depan kamera. Tengah praktis beraksi depan kamera untuk hari bersejarah kot hahaha. Bro, jangan bako wa ye......


Time ni Bro Framestone tengah interview bro Gen Fujita ngan bro Azhar Mayor dari Seremban Maya.


Ni la blogger-blogger yang menjadikan Bisik-bisik Mak Lagenda bertukar menjadi Gelak-gelak Mak Lagenda.


Antara yang hadir adalah;

7- abd karim mj - www.karimmj.com
8. bro framestone - www.broframestone.com
10. Pian - Gen Fujita - serembanmaya.blogspot.com
11. azhar mayor - serembanmaya.blogspot.com
12. geng 1 tube - http://www.1tube.my/
13. cik panadol - http://ms-panadol.blogspot.com
14- pn lily (mrs curly, bini mr curly)
15- Pokcik (laki Mak Lagenda)


Nanti aku update story apa lagi yang happening kat Bisik-bisik ni ye.



Aku sebenarnya sangat takot dan segan dengan hasil video yang bakal di upload petang ni. Bro PhilRamli, sila edit video sy comel-comel ye (walau pada hakikatnya aku tak comel)! Korang jangan la gelakkan aku bila dah tgk video tu nnt. Cian kat aku...


Ok sekarang banyak rama-rama dalam perut sebab nak tunggu video tu release kat 1Tube.my! BTW, dah pakat nagn cik ReramaUngu untuk carik kotak kasi tutup muka lepas video release!!




Monday, May 9, 2011

Jalan-jalan time!

8 comments

Semalam aku dan geng gi jalan-jalan. Bosan jalan kat KL je. Sesekali gi jalan jauh sikit best gak.


Persiapan terakhir sebelum bergerak ke lokasi. Penuh bonet kete aku di sumbat barang-barang makeup Bdk Johor!





Ade ke patot suh aku yang drive. Si Bdk Johor ngan si Curly tu leh pulak dok belakang macam bos beso. Sabo je la.....





Isi minyak dulu. Jauh perjalanan kami ni.......





Sepanjang jalan, Bdk Johor ngan Mr Curly leka bercanda berdua-duaan kat belakang. Amik gambar la sesama sendiri la (macam gambar bawah ni). Menikmati permandangan la. Yela....first time dapat duduk belakang. Boleh pandang kiri, leh pandang kanan. Leh pegang-pegang.






Cet.... Nasib la. Perjalanan masih jauh....



Tuesday, May 3, 2011

Ubat di kala tak sihat. Terima kasih Mak Lagenda!

29 comments

Hola!

Arini aku gagahkan diri untuk mengupdate belog aku ni setelah sekian lama terbengkalai tanpa update terbaru. Tipu! sebenarnya sebab ahli-ahli geng dah sound nak bakar belog ni kalo aku tak hapdate. "Adoi macam mane nak hapdate kalo wa tak sihat".



Wah kira-kira dah masuk hari ke-5 aku tak sihat ni. Dua klinik dah pegi. Macam-macam ubat dah makan tapi tak gak sihat-sihat. Nasib baik la weekend aritu dapat balik kampung. Time tak sihat ni memang best mengada-ngada ngan Ayah ngan Ibu kat kampung tu haha.



Tea O suam dan Panadol Soluble peneman di kala sakit.


Dalam tak sihat ni, terubat sikit mood yang dah sedia takda ni bila dapat tau aku menang
contest anjuran
Mak Lagenda. Walaupun pada mulanya aku takde la serius sangat nk join, tapi dalam kepala otak tengah biol2 tu aku try gak la menganalisis bil shopping mak tu.


Ala dari clue dia "harga melebihi sebelah tangan" menunjukkan bahawa harganya lebih RM 500. Banyak tu der....
Walaupun aku lom ade anak, tapi aku tau baju bebudak memang mahal. Lain la kalo korang beli kat kedai pakaian Hari-hari ke, kat Mydin ke. Tapi taraf Mak Lagenda tu, mane hingin dia shopping tempat-tempat cenggitu. Takde kelas katanya. Tu yang aku estimate je RM 608.15 tu.


Aku tak tau pun aku dapat teka hampir tepat dan menang kontest tu sebab Jumaat lepas aku MC. Mrs Curly sms aku cakap aku menang contest tu. Haaa tu budget nak bodek la tu sampai sanggup sms aku! Hahaha...



Dalam mamai-mamai tu cepat je aku bukak belog Mak. Memula bukak kat henpon je, tak puas! Gigil-gigil bukak lappy pulak. Waahhhh.... macam tak caye ye leh menang.
Mekasih Mak!


Gambar kredit to Mak


6 voucher banyak tu. Mak cam tau-tau je aku mesti nak pegi ngan Geng Balik-Balik Muka Korang tu. Insya-Allah Mak. Tapi.......


Mak ade tinggal kan wasiat. Wasiat mak nak tengok Mr Curly sarung spender Ben 10!!! Aduh! Cenggitu sekali permintaan mak................


Tu la bro... Suke sangat tayang perot peknen tu dalam belog. Kan Mak dah stim tu!!!



Sekarang aku sudah pening!


p/s:
Sihat ke tak sihat aku ni? Leh lak tulis panjang berjela camni?



Twitter Bird Gadget