Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday #2

7 comments
Bila malam melabuhkan tirai dan lampu pun ditutup...





Monday, June 27, 2011

Layan Cendol Pilah!

60 comments

Cendol Pilah?

Sape penah dengar pasal Cendol Pilah ni. Aku rasa sape orang Negeri Sembilan mesti tau punya. Cendol paling power kat Kuala Pilah. Kedai cendol ni terletak kat 'busten pilah' nun.


Aku memang layan cendol ni sejak kecik lagi. Bila pegi Kuala Pilah je, mesti wajib singgah makan dan tapau cendol kat kedai tu. Sampai sekarang, Cendol Pilah ni masih wujud. Dulu dari kedai kecik, cikai-cikai je, skrg ni dah makin ok kedainye. Kalau dulu tokeynye bawak cendol naik motor je, skrg ni dah naik van.




Oleh kerana dah lama tak makan cendol ni, aritu sempat jugak aku singgah memenuhi keinginan aku tu...


Ni la cendol pilah yang terkenal tu. Rupa memang simple, tapi rasa memang power! Semangkuk ni RM1.30 je...





Sorry la tak ajak korang... Masyuk sangat layan cendol tu.



Licin punya...Bukti kesedapan cendol tu lalala~




Tak puas makan aritu. Maybe balik kampung lagi nnt mau singgah lagi la. Mamak tu dah mandrem aku dengan cendol dia agaknye ni hahaha~





Friday, June 24, 2011

En Jacob ajak kamu semua berjalan.

35 comments
Penah dengar acara Jacob's Walk for Life? Haa tipu la korang tak penah dengar. Event besar tu beb. Kalau tak penah dengar, semua pakat p sini.

Di sebabkan GB2MK dah agak lama tak melakukan aktiviti bersama, aku telah mengamil keputusan untuk ajak diorg join benda ni. Yela... last kitorg join benda macam ni tahun lepas. Pengerusi ada gak sebut-sebut nak cari acara macam ni lagi. Jadi aku selaku seketeri terbaik kelab telah menjalankan carian dan kajian. Akhirnya jumpa juga dengan acara ni.


Sebagai seketeri, aku mesti minta pandangan PA pengerusi dulu sebelum pengesahan di berikan. Akhirnya pengerusi setuju dan bermula la tugas aku untuk mendaftarkan semua ahli kelab. Akhirnya selesai tugasan aku dengan jayanya.






Perhatian,

Dengan ini, saya sebagai seketeri kelab GB2MK mengumumkan bahawa mulai hari ini akan diadakan aktiviti kecergasan untuk ahli kelab untuk memastikan semua ahli berada dalah keadaan cargas untuk menyertai acara tersebut. Aktiviti kecergasan tu akan berlangsung selama 3 minggu berturut-turut sehingga tiba tarikh acara tersebut.


Ahli yang gagal melaksanakan aktiviti akan dikenakan tindakkan tatatertib.


Sekian. Terima kasih.


Yang benar,

Cik Seketeri yang cumil.



Kepada sesiapa yan nk join, bigwalk ni... Pegi je usha kat sini. Semua detail, masa, tarikh dan tempat ada kat situ.


p/s:-

Kredit to bro
JT. Kalau tak sebab entry dia ni, maybe aku akan ketinggalan.


Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday #1

30 comments

Kadang-kadang, diam itu lebih baik....




Spontaneous Thursday?

Every Thursday..you can release the words what you want to said..




Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa, Ayah Gula ku....

55 comments
Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di dunia ni, terutama kepada ayah aku, pakcik-pakcik aku dan kawan-kawan aku yang telah menjadi bapa. Sempena Hari Bapa harini aku nak bagi tau serba sedikit persamaan dan perbezaan antara ayah aku dan aku yang paling ketara.




Persamaan.

1. Aku sengal, ayah aku lagi la raja sengal.

2. Aku seorang yang blur dan lambat pickup, ayah aku lagi la blur dan lagi lambat pickup... Kadang-kadang takde respon ape pun dari dia.

3. Ada orang ingat aku orang cina, ayah aku pulak orang selalu panggil dia apek cina!

4. Aku sempoi, ayah aku lagi sempoi. Pegi kedai main motor boleh pakai suar katok jek!

5. Aku kurang suka amik gambar sendiri, ayah aku lagi la tak suke amik gambar. Bila kita amik gambar dia, mesti dia suka buat mimik muka pelik-pelik.



Perbezaan.

1. Aku 'pandai' masak, ayah aku lagi pandai masak! Tak tipu....

2. Aku 'rajin' orangnya, ayah aku lagi rajin dari aku malah sangat rajin orangnya.

3. Aku suke layan henset, ayah aku nak pegang henset pon tak tau!

4. Aku cepat baran kalo tak kena gaya, ayah aku pulak tak penah nk marah. Relak je die tu.

5. Aku alergik seafood, ayah aku kaki seafood. Ayah, ingat sikit gaot tu.....



Walaupun kami ada persamaan dan perbezaan, yang pastinya aku tetap sayang ayah aku!.
Terima kasih untuk segala pengorbanan Ayah selama membesarkan kami adik beradik yang sangat banyak memberikan masalah kepada ayah.




p/s:-

Tak banyak gambar ayah aku yg ade rupa 'orang' ada dalam simpanan aku. Semua gambar ayah aku ade mimik muka yang sangat pelik. Ayah, pasni ayah kena belajar untuk posing dan senyum depan kamera dengan elok ok.

Selamat hari bapa juga kepada Mr Curly, Bdk Johor dan Abang Kesayangan aku sorang ni.


Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #2

62 comments
Dan bila masanya....






Sunday, June 12, 2011

Misi memburu spender Ben 10!

43 comments
Dalam usaha aku memenuhi impian Mak Lagenda untuk melihat seseorang memakai spender Ben 10, aku usahakan juga mencari spender tu. Walaupun aku tau agak sukar untuk mencari spender bercorak Ben 10 untuk lelaki bersaiz dewasa, aku gigihkan diri menjelajah seluruh 'corok' kedai-kedai kat KL ni untuk mendapatkannya.

Dari shopping complex yang besar-besar, Mydin, Hari-hari, Bulan-bulan *eh*, kedai apek kat Sg Besi ni, Uptown, Downtown, pasar malam malah pasar tani aku redah. Banyak yang aku jumpa tapi.....Yang menjadi masalah besar sekarang ni adalah saiz!


Dah la aku ni kena cari spender corak Ben 10, yang pastinya bersaiz besar (yang aku tak tau beliau pakai saiz ape) dan design sesuai untuk lelaki peknen untuk keselesaan dia. Al-maklum la, lelaki peknen kena la pakai spender yang selesa sikit. Betol tak Mak?


Siang malam aku jelajah KL ni. Misi yang agak mustahil tapi aku tak pernah berputus asa. Harap suatu hari nanti akan ku temui spender yang ku cari tu......



Saiz ni tak sesuai buat utk dia. Tak leh nak tutup ape yang sepatutnye di tutup!



p/s:

Agak-agak ade ke spender Ben10 untuk lelaki dewasa? Mana mau carik? Sila bantu......





Saturday, June 11, 2011

Bila tayar kereta pancit...

21 comments

Tayar pancit?

Ok dua hari lepas, mase aku nak keluar pegi opis aku perasan yang sebijik tayar kete aku pancit. Aduh dah la dah lambat nak pegi opis. Leh pulak pancit time ni. Semalamnya masa balik keje ok je.




Fikir-fikir balik, kedai bukak pukul 9 pg. *Dalam hati, 'Ok, lagi 10 minit je'.*



Nak tukar tayar spare sendiri?



No ok. Bukan tak tau, tapi aku dah cun-cun nak pegi keje tu nk suruh aku bukan tayar pulak. Hilang la cun ai nnt noks.


Kul 9 pagi aku nekad. Aku redah je bawak kete tu pelan2 sampai kedai tayar. 5km/jam pun tak sampai ok. Nasib kedai dekat je. Kalau tak, memang habis la rim aku tu.




Terpaksa singgah kedai ni walaupun tau kedai ni charge agak mahal. Tapi sebab kedai lain tak bukak lagi, terpaksa la.




First apek tu bukak tayar kete tu.








Lepas check rupa-rupanya ada bocor sikit... Pastu dia buat la apa-apa yang patot bagi tutup bocor tu.



Tak sampai 10 minit, siap tayar aku kembong balik. Kan senang macam tu. Tak payah nak tukar sendiri. Aku pun masih cun mase sampai opis hehe...






p/s:-

Banyak sangat hal aku ngan kete merah ni.....




Thursday, June 9, 2011

Express Holiday - A'Famosa Water World

34 comments
Masih cerita pasal holiday aku.



Hari kedua kat Melaka, bangun pagi menghirup (hirup ke?) udara segar. Padang golf yang menghijau tu, sejuk mata memandang walaupun hijau bukan kaler pilihan aku.



Buruk giler signboard Water World ni.


Rajin kan aku bangun pagi huhu. Sebenarnye bangun pagi-pagi ni ingat nk sewa beskal, ronda-ronda dlam A'Famosa Resort tu. Tapi entah nape tetiba malas. Lagi pon kul 9 pg kami dah nak gerak ke Water Park. Pegi sane terus pakai baju mandi, sebab kami memang tak mandi pon pagi tu! Hahahaha kantoi...




Pegi masuk Water World ni awal-awal best gak. Time ni tak ramai orang. Parking pun senang dapat. Di sebabkan dah ade tiket, terus redeem je la. Kalau tak, mau je panjang barisan kena beratur.



Tengok.. tengok...excited tak diorg ni....



Sebelom terjun tiruk dalam air, wajib gedik-gedik amik gambar sikit. Dah masuk dalam air tu nnt, takde mananye nak amik gambar lagi.







Kat sane sempat la main-main kat Wave Pool, Lazy River dia suma tu. Paling best bila masing-masing first time try Body Slide! Walaupun aku ni takot ngan tempat tinggi (ketar lutut aku nk naik atas tu woo), dan aku takot air namun dek mungkin pikir ni la first dan last time aku main benda ni, aku layan jugak la. Lain-lain tu malas nak main sebab malas sewa pelampung besar tu.




Ni lepas puas bermandi manda. Nak tukar baju, toilet ramai org sangat. Last-last decide utk sunbathing kejap dan terus balik hotel dengan baju mandi tu je! Hahahaha sempoi~



Sebelom balik pon sempat bergambar kejap guna prop kat pintu masuk tu.



On the way nak ke kereta tu, terserempak la pulak ngan gajah-gajah A'Famosa ni. Diorg nak pegi safari kot. Sempat jugak diorg amik gambar secara dekat ngan gajah ni. Aku? Ok aku takut gajah!

Gambar depan gajah.


Gambar montot gajah! Jahat kan diorg ni....


Seronok dapat mandi-mandi walaupun kejap. Nanti kite g TBR pulak ye...leh berendam puas-puas!




Wednesday, June 8, 2011

Express Holiday - Cowboy Town

28 comments
Aktiviti malam kami kat A'Famosa tu mesti la ke Cowboy Town. Kitorang masuk lambat sikit. Tapi ngam-ngam la sbb sampai-sampai je carnival show baru nk start.

First-first kita boleh kasi gajah-gajah tu kat situ makan tebu. Hish tak berani la aku nk dekat ngan gajah tu.




Pastu ade carnival animal parade! Memang meriah dengan aksi binatang-binatang, cowboy n red indian.



Lepas je abis parade tu, ade acara kemuncak. Persembahan bunga api. Aku tak tau la kenapa bunga api tetap menjadi acara kegemaran. Syiok oo tengok bunga api...Santek!


Habis show, ingat nk tgk 4D movie, tapi tiket mahal, rase tak berbaloi. Last-last ronda-ronda je dalam tu.

Wall of fame!



Sempat gak main Bumper Car! Part tu paling best. Nak main lagi boleh tak? Mane nk carik kat KL ni ek...

Sempat berposing sebelom sepak mula...




Pastu layan pulak game funfair ni. Pilih game yang tak mencabar je sebab just nk abiskan tiket je. Ni la peserta acara baling jatuhkan tin!



Lepas penat-penat enjoy, kami decide utk balik hotel sebab masing-masing lapar. Lagipun esok masih banyak lagi agenda kami. Dan kami masih belom tau mane nak cari asam pedas yang power...

Tuesday, June 7, 2011

Express Holiday - Tak dapat mandi laut, mandi kolam pon jadi la...

37 comments
Mase kat Melaka aritu, kitorg sempat lepak-lepak tepi laut. Yela ingat nak makan ikan bakar, tp awal lagi. Nak mandi laut, baju pulak tak bawak. Last-last layan bergambar je kt pantai tu.


Dalam panas-panas tu sanggup kitorg berposing sakan. Aku ngan adik aku ni memang sakan la kalo dah berdua.


Abaikan panas terik tu....


Prop kayu idea Mr Curly berjaya overshadow kami. Cait!


Agak kecewa tak dapat mandi laut. Tapi apakan daya....

Kami amik keputusan utk balik ke hotel memandangkan jadual kami yang agak pack untuk 2 hari tu. Sampai hotel kami usha-usha kolam depan blok kondo kami tu. Urm macam menarik!


Tanpa membuang masa, terus naik bilik, ganti baju dan terjun ke dalam kolam tu! segar rasenye lepas berpanas td.


Seperti biasa, ada acara tarian berirama.

Rutin paling sukar untuk di lakukan.

Rutin asas setiap penari renang berirama yang patot 'master'...




Puas jugak mandi kolam ni. Time tu takde orang mandi kan. Sakan la kuasai satu kolan tu. Ingat nak mandi lama lg, tp malam tu pulak ada xtvt lain. Takpe la...len kali kite datang lagi ye...





Twitter Bird Gadget