Friday, August 19, 2011

Buka puasa di Legend Hotel pulak la...

16 comments
Bulan puasa ni, company aku telah bermurah hati nak buat majlis berbuka puasa di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Wah makan buffet akak tau. Sebenarnya aku tak suka sangat nak makan buffet ni. Al-maklum la, bukan boleh masuk bnyk sangat pewot ni. Tapi dek company dah support, laju je la aku join kan.

Rate Buffet Ramadhan Legend Hotel ni adalah RM 85++. Mahal tu bagi aku. Kalau pegi pasar ramadhan tu, RM10 pon dah boleh beli memacam. Siap leh beli sampai untuk sahur pulak tu. So, demi memastikan aku dapat makan banyak kt hotel tu, aku telah pastikan aku tak makan apa pun time sahur tu. Hahaha kasi lapar separuh nak pengsan petang tu.


Muka happy dapat makan pree...


Selalu company aku ajak bebudak opis je. Kali ni utk pertama kali, dia ajak jugak client-client penting berbuka sekali (nak bodek la tu). Huh sampai 4 meja dia booked. Lantak la bos. Asalkan gaji aku kau bayar....


Tengok! Penuh meja ngan makanan. Ni baru first round ni. Malam tu je kami makan 4 round! Gile la memasing makan hahahaa.....

Pilihan makanan kat sana memang banyak. Tapi oleh sebab aku bukan seorang penggemar makanan yang 'complicated' ni, so aku layan nasi bariyani je la sikit as main dish aku. Pastu melantak yang lenlain.


Makanan kat sane memang mabeles la. Nak-nak lagi bab dessert dia. Benda lain aku tak layan sangat, tapi aku bnyk layan kuih dan kek dia je. Semua jenis aku rembat. Memang best la.


Ni le bebudak technician yang selalu je buli aku. Dah aku sorang je pompuan kat company tu. Lagi la diorg nak buli. Sabar je la.

Mekasih bos. Hope pasni kasi bonus pulak ye kat kami....



Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #5

11 comments

Jangan lahap-lahap cenggini....



Monday, August 15, 2011

Majlis Berbuka Puasa Geng Bisik-Bisik

18 comments
Setelah beberapa lama AJK Geng Bisik-bisik Mak Lagenda telah merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dengan ahli-ahli geng dan blogger-blogger lain. Akhirnya pada 13 Ogos lepas, berlangsung yang majlis yang sederhana dan sempoi ni.

Bertempat di Restoran Johnny's, beberapa orang blogger berjaya hadirkan diri dengan jayanya. Ni antara muka-muka yang hadir.



Mak Lagenda harus ada. Kepala geng ni!


Bersama bala tenteranya......


Kecik Xiolin yang aku import dari KL!


Orang kuat Mak ni, ReramaUngu hehe....


Budak momok ni wajib ade hahaha!!


Kojie, teman comolot Mak ni.


Ni pun hanak hikan Mak, Rizal.


Dan jugak si Stella dan keluarga.


Kami layan Ala Carte dan stimboat masa tu. Huh banyak sungguh makan. Pueh hati la makan...





Bergambar pulak dengan makanan yang penuh kat meja tu. Tengah sabar tunggu berbuka ni.


Dah kenyang semua, ade pulak yang menggatal plan nak p main boling. Ikutkan je la kan. Lagi pun bukan selalu dapat kumpul macam ni. Dari JJ Seremban 2, kami beralih tempat pulak ke Seremban Parade semata-mata nak main boling. Time kat sini pulak la bateri kamera aku kong. Aku lupa nak charge sebenarnya hehe
....


Sampai-sampai kat sana, tengok-tengok ada pulak Bro YB KarimMJ. Lama betol tak dengar cerita dia. Mekasih sudi singgah jengok kami walaupun kejap. Lagi best kalo YB dapat join sekali time buka puasa tadi. Nasib sempat gak snap sekeping gambar bersama-sama. Moga cepat sembuh YB.


Time kat sini, main 2 set. Memang lama la nak tunggu turn. Time ni la memacam aksi dapat tengok. Tapi tak dapat la pulak nak rakam dek kamera takde bateri ni. Kamera canggih-canggih tapi takdo bateri. Apa daaa......


Kecik macam la larat sangat nk angkat bola tu. Kalau nak tau, ada sekali tu bola tu terlepas dari tangan dia n terbaling kat member lane sebelah tau! Nasib takde yang cedera....


Nisemua ada la beberapa gambar dari kamera cikai aku yang di pegang oleh Misya, anak dara Mak. Entah apa-ape je gambar yang dia snap. Ok la tu, ada gak sikit-sikit gambar time boling tu.


Menggedik ngan Stella pulak.


Misya nak manja-manja ngan Uncle Rizal!!

Teruk gak aku kena melayan ngan dak Misya malam tu. Tau la nama nak dekat sama. Sabor je la. Aku pon naik pelik sebab aku bukan nye tau layan bebudak ni. Tapi sejak dua menjak ni, ramai betol bebudak dok mengusha-usha aku. Penat tau ai kena buli ngan budak-budak ni!


Entah bila la si Misya amik gambar ni. Aku belak-belak dah ade je dalam kamera tu. Layan je la...


Menggedik lagi! Hasil snap anak dara Mak....


Sebelom balik, sempat la snap lagi sekeping dua gambar. Memang best aritu, cuma tak dapat nak berjimba lelama. Hari dah lewat.....Harap-harap lepas ni, Geng Bisik-bisik ada buat xtvt lagi ye. Jangan lupo ajak den!





Wednesday, August 10, 2011

Kalau aku dah takda nanti...

21 comments
Kalau aku dah takda nanti,
Akankah ada orang yang akan mengingati aku lagi....

Kalau aku dah takda nanti,
Masih adakah orang yang akan menyebut nama aku lagi nanti....

Kalau aku dah takda nanti,
Adakah ada orang yang akan merindui aku nanti.....

Kalau aku dah takda nanti,
Adakah orang akan terasa kehilangan aku...

Kalau aku dah takda nanti,
Masih adakah diri aku dalam hati mereka....


Masa hidup ni pun orang boleh lupakan kita,
Inikan pula jika kita dah tiada nanti....







p/s:-
Ucapan Terima kasih pada mereka yang mengingati....
Andai aku tidak bangun esok pagi.....




Twitter Bird Gadget