Thursday, September 29, 2011

Happy Birthday Mrs Curly!!

20 comments
Bebaru ni ahli GB2MK sempat menyambut birthday Mrs Curly yang ke.....? Urm agak-agak berapa ek....Korang teka la sendirik! Atas penajaan pihak penganjur, sambutan di adakan di Redbox, The Gardens. Diorang ni mane lagi tempat yang diorg suke pegi kalo tak kat karok. Layan aje la. Anyway, terima kasih Mama Meow.

Ni la kek birthday untuk Mrs Curly yang telah di order oleh Mr Curly sendiri, Mango Delight. Ni adalah kek dari Cep SC kesayangan ramai. Kami dah jatuh cinta dengan rasa nye waktu pertama kali berkenalan masa Hari Mengetes dulu.



Kenapa sebatang lilin? Ok sebenarnya sebatang lilin korang darabkan dengan 30 dan di tambah 90 bahagi 4 tolak satu. Haaaa itu la jumlah sebenar lilin yang seharusnya di cacak kt kek tu.


Birhtday girl dengan keknya.


Pihak penaja telah memilih untuk layan buffet kat sana. Banyak pilihan makanan kat sane. Ok la not bad juga makanan dia. Banyak seafood. Seafood lover, boleh la layan buffet kat sana ye.


Peberet birthday girl adalah sushi. Banyak dia makan sushi aritu. Aku tak leh layan sushi ni. Bukan selera aku huhu~


Aku layan ni je. JE? Ok aku tipu. Ni baru first round. Berapa round lepas tu biar aku dan mereka je yang tau......


Mr Curly ngan Bdk Johor ni baru minum Ais Lemon Tea pon dah mabuk-mabuk. Tak biasa la tu hahaha~


Aku pon tak lepaskan peluang bermabuk-mabukan malam tu haha. Kami meneruskan xtvt enjoy berjimba-jimba sampai tak ingat nk balik. Penat siyes dok tengok diorg ni melalak.


Anyway, Happy Birthday Mrs Curly.
Moga panjang umur murah rezeki.




p/s:-

Lama tak makan speggeti Mrs Curly. BTS Corner asyik tutup jek! Takkan kena hantar petisyen untuk meminta BTS Corner bukak kembali kot....




Monday, September 26, 2011

Redah Kasi Pecah Edisi Aidilfitri

20 comments
Ini merupakan entry tertangguh. Masih dalam mood raya. Citer raya pon masih belom habis lagi. Lepas open house, layan road tour beraya pulak. Sakan betul dapat makan raya ni. Ini adalah rancangan Geng Bisik-bisik untuk buat road tour beraya untuk kali pertamanya.

Dalam tentetif rancangan perjalanan, kami akan berkonvoi ke beberapa buah kereta dari satu rumah ke rumah yang lain. Rumah aku telah di keluarkan dari list sbb pada hari kejadian aku tak dapat menerima tetamu. Al maklum la, aku sekeluarga baru selesai mengadakan rumah terbuka malam sebelum tu.


Maaf kepada ReramaUngu, Bro Framestone dan Iera yang hanya sempat singgah sekejap. Mekasih sudi juga menjejakkan kami ke rumah buruk tu walaupon hanya di jamu dengan air orang bujang je hehe. Dah satu rumah boikot takmo masak aritu.


Dari rumah aku di Batu Kikir, konvoi di teruskan menuju ke rumah seterusnya. Di tengah perjalanan, konvoi di sertai juga oleh Stella dan Mr Curly.



Tempat:
Rumah Mak Lagenda, Tembangau, Pahang


Masing-masing baru pertama kali sampai ke tempat ni.Terasa jauh. Tapi bila tengok menu air tangan tuan rumah yang dah tersedia, hilang rasa penat. Ahli rombongan request nak makan lauk-laun kampung. Hambik ko. Dengan telur itik, dengan ikan bawal masak karinya, ayam goreng berempah la dan yang paling laku mesti la sambal belacan! Memang best!

Seronok dapat makan beramai-ramai macam ni. Sesekali makan duduk bawah ni, terasa lain sikit. Makin berselera masing-masing makan. Siap bertambah-tambah nasi memasing ni.

Dessert pulak, Mak sediakan rojak buah dengan dadih. Baru rumah pertama perut dah sarat! Macam mane nak meredah rumah-rumah lain ni.

Agak-agak memasing dah larat nak bawak perut, baru la edisi meredah di teruskan ke lokasi kedua yang tiada dalam senarai perjalanan.
Rumah Mak berjaya kami pecah!



Tempat:
Rumah Mr Curly, Felda Raja Alias, Negeri Sembilan.



Tanpa malunya aku datang untuk kali ke 4 rumah ni. Mak dan Stella kali kedua. Haiyooo banyak kali sudah datang tapi aku tetap tak dapat duit raya dari tuan rumah ni. Agak-agak kalo aku datang untuk kali ke 5 nanti, dapat tak duit raya ek?


Kami tak lama kat sini sebab mengejar masa. Sempat la bergambar dulu sebelum meneruskan perjalanan. Mr Curly tak dapat mengejoinkan diri untuk meredah rumah seterusnya sebab mertua dia dah buntang-buntang mata tak kasi ikut kami. *Mak, pinjam gambar ye.*



Tempat:
Rumah Stella, Felda Kepis, Negeri Sembilan.


Dah macam duta Felda Holding pulak kami. Dari satu felda ke satu felda kami redah dan kami kasi pecah. Sampai la ke Kepis ni. Orang Negeri Sembilan sebut 'Kopih' ye.


Haaa kat sini pon makanan kusss semangat banyaknya. Minum petang la kononnya. Tapi yang terhidang atas meja tu semua yang special punya. Ada laksa, ada lemang...cendol pon ado! Semua buat sendiri ok. Beriya-iya betol tuan rumah menjamu 'orang-orang jauh' ni.

Wahaha memang mabeles la kitorang dapat makan banyak aritu tanpa rasa bersalah terhadap berat badan! Abaikan perut yang sedia kenyang dan.... Sila tambah....sila tambah....

Haa penutup aksi Redah Kasi Pecah Edisi Aidilfitri di rumah Stella ni mesti la bergambar. Suka tengok laman rumah Stella. Sebab rumput karpet tu. Kalau la rumput tu tak basah petang tu, dah lama aku golek-golek atas tu. *Mekasih 'Mak', sebab bagi izin bergambar kat luar ni!Hehehe*



Tempat:
Rumah ReramaUngu, Nilai, Negeri Sembilan.


Dari Kepis ke Nilai. Lokasi terakhir dalam siri redah-redahan kali ni. Tuan rumah kasi kami makan malam pulak. Layan bihun sup 'segera' la pulak. Makan malam tak leh makan yang berat-berat sangat kata tuan rumah. Sebab baru setengah hari, badan memasing dah memberat dengan jayanya!


Time ni memasing memang dah buat mcm rumah sendiri dah. Tuan rumah sibuk bersilat kat dapur, tetamu dok selamba je selongkar kuih raya. Ni aktiviti yang gegel buat.

Tengok sampai nak bergaduh diorg ni berebut kuih raya!

Yang boboi pulak, layan blues memasing. Yang mengantuk sekian, yang layan awek sekian. Hishh....

Kena bagi pujian sikit masakan tuan rumah ni. Supaya lepas ni dia leh jemput makan-makan lagi hehehe...

Lagi sekali sebelum balik, bergambar di depan rumah terakhir. Eh tetiba muncul pulak si Kojie dan Rizal ni. Haa diorg ni cuma sempat join kami kat rumah last ni je atas masalah yang tak dapat di elakkan. Nasib la Kojie dan Rizal sempat join kitorg kan. Kalau tak, merindu-rinduan la kitorg kat koram tau.

Memang sakan la kitorg beraya. Makan sampai perut kembung. Makanan yang masuk dalam perut tu oleh buat stok 2 hari punya makanan tau.



Anyway, terima kasih pada Mak Lagenda, ReramaUngu, Stella, Bro Framestone, IeraKan, Mr Curly, Kojie dan Rizal yang sudi menjoinkan diri dalam edisi ni. Sangat enjoy dan sangat kenyang satu hari tu....


p/s:-
Dengar-dengar ada ahli konvoi yang tak puas beraya aritu. Ada sesiapa yang sudi terima kami sebagai tetamu lagi tak?



Monday, September 19, 2011

Rumah terbuka yang tak berapa nak terbuka...

30 comments
Pada cuti Hari Malaysia yang lepas, aku dan keluarga telah mengadakan Rumah Terbuka sempena mood Aidilfitri yang masih kuat ni. Seperti tahun lepas, rumah terbuka ni diakan secara sederhana je. Masih takda gadis-gadis manja menari tarian No Body seperti juga tahun lepas.


Untuk pihak aku, aku tak jemput ramai sangat kawan-kawan. Sekadar kawan-kawan rapat je. Kepada yang tidak di jemput tu, harap maaf la...Bukan taknak jemput, tapi majlis ni tak berapa nak terbuka kan. Tu yang tak dapat jemput semua. Insya-Allah ada ada rezeki, korang akan di jemput. So tak dapat layan makanan, layan gambar je pon ok la kan.....



Makanan yang sedia menunggu untuk di bedal.


Nasi Baryani. Tetiba time open house ni pulak Ibu aku leh tukar sikit resepi masak baryani ni utk pertama kali. Nasib la masih ok lagi rasa dia walaupon ini cubaan pertama. Next time, aku nk suruh dia ikut resepi biasa. Lagi mabeles!


Nasi dagang pun hado! Sodap woo...


Dessert yang simple-simple je. Tapi orang yang datang ramai yang makan dessert dulu sebelum start melantak nasik. Motif? Melancarkan saluran pemakanan dan perut.


Antara kawan-kawan rapat yang datang. Di sebabkan ni kali pertama dioran datang open house umah aku, boleh pulak ingat ni majlis '2 dalam 1'. Cet!


Cef Sweetie Cheese dan Mama Meow tetamu dari jauh. Dapat singgah kejap je sebab kena balik KL malam tu jugak. Komitmen mereka di perlukan di Kuala Lumpur esoknya. Mekasih sudi datang jauh-jauh tu.


Ngada-ngada betol Adam si anak Stella ni. Satu family ni datang dari Jelai. Mekasih jugak sudi datang walaupun hujan-hujan malam tu. 'Eh payung Hello Kitty ko ada lagi kat aku ni!'


AJK Jemputan aku sedang menjalankan tugas memandangkan aku agak sibuk malam tu. Mekasih AJK Jemputan atas tugasan yang telah di laksanakan dengan jayanya. Leh up gaji macam ni.


Mak Lagenda dah bala tenteranya jugak ada datang malam tu. Tapi aku tak sempat nak amik gambar diorg sefamily. Bab kata mak, tetamu aku ni ramai (kononnye...).

Nasib la sebelum memasing balik, sempat gak la snap gambar reramai ni. Bila belek-belek gambar malam tu, ni la satu-satunya gambar yang ada muka aku. Jadi la....



Apa pun terima kasih pada semua yang sudi datang. Maaf kalau ada terlebih terkurang harap di maafkan, harap di halalkan.




p/s:-
21 Syawal, tapi aku masih dalam mood raya.......




Thursday, September 15, 2011

Spontaneous Thursday #3

14 comments

Tahun ni bila aku pergi beraya, orang akan ucap:


Selamat Hari Raya. Bila nak kawen?



Ermm bukan kah sepatutnye:


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.



Kenapa ek?



Tuesday, September 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Nora aka Orkidz

27 comments

Time lepas-lepas raya ni ramai juga yang buat kenduri kawen. Antaranya blogger Nora aka Orkidz. Nora telah menjemput aku menhadiri majlis perkahwinan dia hujung minggu lepas.

Rancangan awal aku, Mama Meow, Mr & Mrs Curly bertolak dari KL puluk 9 pg. Tapi pukul 11 lebih baru gerak. Bapak jauh la umah si Nora ni. Palong 7! Aku yang orang nogori ni pon tak penah sampai situ hahaha. Sape penah pegi? Naik kebas montot dok dalam kete ok.


Ni la papan tanda alamat umah pengantin yang kiut miut tu...

Di sebabkan tak tau selok belok area tu, maka kami minta bantuan Stella untuk guide. Nasib la dia pon free haritu. Maka dapat la kami join bersama-sama.


Sampai umah pengantin dalam pukul 230 ptg! Time tu mmg semua org dah balik la. Kami ni antara yang last sampai. Biasa la kenduri area sana, kadang-kadang pukul 3 ptg org dah start bukak khemah hehe.



Sampai-sampai terus makan, kebuluq ye. Nasib la makanan ada lagi. Ada org tu siap bertambah-tambah. Sementara nak tunggu kekenyangan reda sikit, sempat la borak2 sikit. Pengantin pon time tu tengah sibuk bergambar kat dalam.


Muka memasing yang lega dapat makan.


Kusyuk Mama Meow makan...Selera dapat makan lauk kari!


Lepas makan, kaum lelaki serius membincangkan masalah peribadi...


Dah rasa ok sikit baru la bangun jumpa pengantin. Wajib amik gambar gedik2 ye. Pengantin pon sporting giler. Memang best.

Amik berkat dari pengantin. Kot-kot la pasni turn aku kan hahaha. Gatai~~

Mr Curly tengah renjis pengantin lelaki.

Mrs Curly renjis pengantin perempuan pulak.

Stella dan family bergambar dengan pengantin.

Pasangan expired pon nak bergambar dengan pengantin.

Bergambar beramai-ramai pulak. Time ni memasing control ayu, control macho dan supan santun.

Time ni pengantin buli kitorg ngan membaling bunga rampai. Diorg cakap boring asyik org je yang baling bunga rampai tu kat diorg. Time kitorg datang ni, diorang pulak yg nk balas dendam. Memang sporting pengantin.


Kepada Nora dan suami, tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga berkekalan ke anak cucu.




p/s:-

Terima kasih sudi jemput datang kenduri. Makan memang kenyang!Hehe....Kalo datang BTS, roger2 la...leh lepas mamak! (^_^)



Friday, September 9, 2011

Jom Masuk U!

39 comments
Mood raya belom habis dah kena daftar masuk U?

Hahahaha memang aku gelak sakan bila tgk tarikh pendaftaran cuma seminggu lepas raya. Belom sempat nak habis beraya, dah kena daftar study. Senior-senior yang jadi fasilitator tu lagi la pulak. Ada yang aku dengar raya kedua dah balik U semata-mata nak uruskan student-student baru yang akan mendaftar.


Bebaru ni aku p UPM untuk pendaftaran pelajar baru. Aku p hantar adik aku daftar lor. Di sebabkan aku tak penah masuk UPM dan aku gerak sorang dari KL, aku kesesatan jugak la mase nak cari tempat tu.


Pendaftaran adik aku bermula petang. Memang ramai org la aritu. Jalan dalam UPM tu sesak. Kat kolej adik aku, kereta tak boleh masuk sampai kolej. So kena la park jauh dari kolej. Time nak angkat barang, nasib ade bas yang leh anta kami sampai kolej dia.


Jakun sikit sebab dah lama tak naik bas. Nak-nak lagi ni first time naik bas UPM!


Pakcik aku yang bertugas membawa teddy bear adik aku yang gedabak tu! Macho beb lelaki bawak bebear....

Kaum Makcik-makcik sedang berlepak-lepakan sementara menunggu adik aku abis mendaftar.


Ni baru lepas daftar. Sementara nak panjang tingkat 3 bawak bebarang ni masuk bilik adik, rehat jap la hilangkan penat. Adik aku bawak barang macam nak pindah!

Bilik adik aku kat tingkat tiga. Bersedia la untuk jumpa dengan "Mak Cik Karipap"! Kecik der bilik dia. Maybe sebab dia kasi katil single cmni kot. Kalo kasi katil double decker maybe takde la rasa sempit sangat.

Aku sempat bergambar sebelum balik. Selesai kemaskan bilik utk dia. Pasang cadar, pasang tikar getah, rearrange katil dan meja bagai. Orang lain aku tgk lom kuarkan ape2 lg dari beg diorg. Adik aku dah keluarkan semua dah! Express beb....

Di sebabkan UPM tu dekat je ngan umah aku kt KL ni, maka lepas ni aku la yg akan menjadi sasaran adik aku. Sesubuh atadi dia dah mesej aku cakap nk seterika. Pasni entah apa lg yang dia mintak. Sabar je la....



p/s:-

Dia dah pesan weken ni p tgk dia. Adeh ko ni...baru masuk dah rindu kat aku ke?




Twitter Bird Gadget