Tuesday, October 25, 2011

Memperkenalkan pasukan Tak Redah Tak Tau!

19 comments
Aku dan Mrs Curly telah di jemput untuk menjadi pompom girl bagi satu pertandingan futsal minggu lepas. Eceh, iye2 je. Sebenarnya pompom girl utk Mr Curly, Bdk Johor dan Bro Adi ni. Diorg ni join sebagai satu team untuk satu pertandingan futsal. Di sebabkan diorg ni merupakan ahli GB2MK, maka sebagai ahli yang lain wajib memberi sokongan ye.



Walaupun khidmat kami telah di perlukan pada saat-saat akhir tanpa sebarang persediaan, mujur kami mahir dalam hal-hal ini. Sebagai pompom girl yang profesional, kami selalunya akan mempersiapkan diri secomel mungkin. Make up, dandanan rambut dan kostum semua tu akan di ambil berat. Namun, untuk jemputan kali ni, kami telah di pesan supaya jangan bercomel-comelan atas arahan pihak yang menjemput. Maka di sebabkan itu, kami terpaksa akur dengan peraturan yang telah di tetapkan.



Yang baju putih tu adalah Pengkurus pasukan. Selain Manager, dia juga adalah player. Manager ni handle jugak beberapa team lain di bawah dia. Ni dia tengah serius discuss pasal position untuk pastikan team dapat menang, memandangkan team dia di anggotai oleh player-player veteran. Jangan tak caya. Nama team diorg ni adalah TAK REDAH TAK TAU!! Hape punye nama daaaa.....


Sebelum game start, pemain veteran sorang ni dah mengadu GOYANG LUTUT! Ligamen koyak la. Walaupun ini merupakan pertama kalinya beliau main futsal, namun pengalaman sebagai pemain pasukan bola sepak Royal Kelate sedikit sebanyak membantu prestasi beliau. Not bad lor~~


Player yang ni pulak mengadu SESAK NAPAS! Lepas main satu game, penyakit beliau makin serius. Penyakit KENCING TAK LAWAS pulak menyerang beliau. Walaupun banyak penyakit, skill permainan beliau sebagai defender memang membanggakan. Tandukkan beliau ada ala-ala tandukkan Ronaldo gitu.


Yang sorang ni pulak, awal-awal masa tengah breakfast lagi dah ngadu dia DEMAM! Tu belum time nk start game lagi tu. Tapi dia takde la banyak mengadu dan merungut macam lagi dua orang player veteran tu. Huh jangan main-main ngan dia ni. Striker hebat ni. First time main futsal gak ni.


Ni pulak ahli team diorg yang lain. Semua muda belia lagi ok. Player-player veteran tu dah boleh dapat pangkat bapak dah kat budak-budak ni. Team lain pon semuanya player muda-muda. Seronot pompom girl cuci mata!! (Mode: GATAI)


Pompom girl dan manager perlu setia memberikan sokongan ok. Walaupun mata Manager tu tengah gatal, sibuk nak tengok court sebelah sebab team pompuan tgh main jugak time ni!


Meh layan sikit gambar time game diorg ni.






First game, diorg seri 0-0. Game kedua juga seri 0-0. Game ketiga diorang menang 1-0. Tapi untuk game kalah mati bagi menuntukan team yang layak ke pusingan seterusnya, diorang kalah 4-1. Bukan rezeki diorg nak masuk. Maybe next time boleh cuba lagi.


p/s:-

Siapa mau amik pemain veteran ni sebagai player team korang, boleh contact aku ok!


Friday, October 21, 2011

Kemaafan untuk kamu

24 comments
Dalam dunia ni, tiada insan yang sempurna. Jangan lah berharap orang lain untuk menjadi sempurna dan tidak berbuat salah kepada diri kita, kerana kita pun tidak sempurna dan tidak lari dalam melakukan kesilapan... sama ada disedari atau tidak.

Maafkan dan lupakanlah kesalahan dan keburukan orang lain, kerana pastinya kita juga ingin agar kesalahan dan keburukan kita itu di maafi.


Mulut kita mungkin boleh berkata yang kita telah maafkan mereka. Tapi bila hati masih lagi sakit pabila teringatkan perbuatan mereka, itu bermakna kita sebenarnya masih belum lagi memaafkan mereka sepenuh hati. Memaafkan lah mereka sepenuh hati dan kita akan terasa tenang. Dan kita boleh tersenyum semula....



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang melukai kita. Tetapi dengan kemaafan saja lah kita dapat mengubati hati yang telah terluka.




p/s:-

Kawan,
Setelah sekian lama, aku maafkan kau.... Aku ingin tenang. Aku cuma ingin tersenyum kembali~





Saturday, October 8, 2011

Siyes gile lawak video ni...

27 comments
Ni la akibatnya bila translator ingatkan ini lagu melayu.




Sebab ni la aku suka koir.....




Wednesday, October 5, 2011

Terima kasih Isteri Encek Bard

21 comments

Waaahhhh! Blogger pemes jemput GB2MK datang openhouse/makan-makan kat rumah dia! Macam tak caye ye. Yela, sape tak kenal Isteri Encek Bard? #retis ni. Berkali-kali aku belek SMS tu untuk memastikan kesahihan SMS tu.


Tapi kalo bab makan-makan ni, sahih ke tak sahih, geng kitorg lebih suka amik yang sahih. Bab makan-makan memang bagi la kat kitorg ni. Memula SMS tu ingtkan dia salah letak tarikh. Yela dia ni kan
Ratu Typo. Takkan la dia nak buat openhouse lagi time dah abis raya ni.


Tapi kerana makan punya pasal, kitorang redah je la walaupon salah tarikh ke hape. Kalau salah tarikh, kami heret la tuan rumah lanje makan kat luar ke hehe. Sesat-sesat jugak la nak carik rumah dia ni sebab alamat no rumah punya la panjang. Hish nak dok Putrajaya ni kena terror ingat no rumah ye adik-adik.



Dek kerana dah sesat dan perut makin melapar, tuan rumah telah meminta Encek Bard sendiri pick up kami sebelum kami kesesatan lagi jauh. Rupa-rupanya takda la susah sangat nk carik rumah tu. Kami saje nak manje-manje dengan Encek Bard eh Isteri Encek Bard ni....



Budak momok ni dengan tuan rumah yang comey lotey ni.

Sampai rumah IEB, masuk-masuk je terus nampak makanan. Time tu tuan rumah aku tak nampak lagi. Makanan lagi menggoda aku haha! Ya ampunn tuan rumah. Aku bohong ok. Tuan rumah sambut baik punya. Siyes peramah gilos tuan rumah dan family dia.






Makanannye pulak memang mabeles. Macam mane la aku tak lebih utamakan makanan daripada tuan rumah. Nasi tomato, ayam masak merah, nasi himpit, kuah kacang. Simple tapi sedap. Pandai Encek Bard eh silap lagi, pandai Isteri Encek Bard ni masak.


Sesambil makan, bapak mertua IEB ni pulak sakan melayan. Al-maklum la kalau dah sekampung tu, macam-macam cerita la keluar. Dari cerita serius, sampai la cerita dalam kelambu! Ternoda sekejap otak aku aritu. Tu yang tak sempat amik gambar time makan-makan tu.





Lepas makan, lepak-lepak pulak kt balkoni penthouse IEB tu. Memang masyuk la. Dah kenyang-kenyang, mata mengantuk. Ingat nak stay terus je sampai malam. Lepas makan malam baru nak balik.



Diorg ni jumpa-jumpa terus ngam. Entah ape la yang buat diorg ni ngam agaknya. Tapi yang pasti, bapak mertua IEB ni memang sporting. Omak mertua dia jugak sporting.


Sebelum balik, kami melangkah keluar dengan harapan tuan rumah halang kami dari balik dan ajak kami stay sampai makan malam. Malangnya, tuan rumah lagi suka kami nak balik. Takpa la, janji perut kami semua dah muncit masa nak balik tu.


Terima kasih pada Isteri Encek Bard, Encek Bard dan keluarga sebab menerima kami sebagai tetamu dan menggegar penthouse tu. Lain kalo ajak la kami lagi ye. Kami amat berbesar hati menerima ajakan seumpama ini terutamanya xtvt makan-makan ni. Mekasih lagi sekali....




p/s:-

Teringat-ingat ayam masak merah tu.....


p/s:-

Terkilan tak dapat borak-borak ngan
Nyonya Lienz sebab masa kami baru sampai, dia dah nak balik....



Monday, October 3, 2011

Piala Sultan Selangor 2011

11 comments
Bila Pengkerusi kelab anda seorang penyokong pasukan bola sepak yang sah-sah lain dari pasukan yang korang sokong, apa akan jadi ye?

Haaa ni lah akibatnya kalau pengkerusi kelab korang merupakan seorang penyokong bola sepak Selangor. Habis semua ahli di wajibkan temankan dia ke stadium aritu sempena Piala Sultan Selangor 2011.



Pengkerusi paksa ahli beli tiket games ni. RM10 tau...Mahal! Lepas duit makan aku 2 hari!


Hobin Jang Hobin! Nogori Semilan buleh! Opsss.....
Budak-budak Nogori ni jakun sikit sebab first time pegang bendera Selangor.


Time ni tunggu games antara Veteran Selangor vs Veteran Singapore. Ala dah nama pon veteran, game pon 40 minit jek. 20 minit utk separuh masa. 1st half mmg siyes best wooo. Menang menghiburkan! Tapi aku rasa diorg tu mesti berharap 20 minit tu cepat habis....


Pengkerusi marah aku sebab aku gelakkan team Veteran Selangor main.


Adeh! Kamera aku tak power pulak nak zoom sampai kat mamat bawah tu.


Masa break untuk 2nd half, ada persembahan. Memula diorg pasang lagu Isabella. Ingatkan diorg pasang radio je. Time tu memang satu stadium nyanyi reramai la. Abis je lagu, tetiba leh pulak si atok Amy yang rock ni kuar lari ke tgh padang. Huh memang fit lagi dia. Tokojut den! Pastu dia nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu pulak.

Adeh dah macam konsert pulak dah. Tapi aku konpius sikit, nape la dia pilih lagu-lagu slow gitu utk nyanyi kat game bola. Kasi la yang rock sikit. Pape pun aku tabik spring kt Amy ni. Suara tetap maintain.....



Habis sudah game untuk pemain-pemain veteran. Score 3-1 ok la tu. Aku lagi suka group veteran yang main first half tu dari group yang main second half.


Start game untuk Pilihan Selangor vs Pilihan Singapura pulak, makin ramai orang yang datang. Area kitorang yang memula tadi kosong, tetiba jadi penuh.



Bdk Johor pon terpaksa berpaling tadah kejap untuk memenuhi permintaan Pengkerusi supaya menyokong Selangor malam tu.


Dek gol sendiri, team Selangor kalah lagi malam tu. Hish, main-main diorg tu. Tengok game veteran tu lagi best dari team pilihan tu main.


Sementara nak kasi orang lain keluar dulu, kitorang lepak2 dulu la. Pengkerusi sempat makan nasi goreng tapau dari rumah. Yang Bdk Johor pulak dok makan bendera Selangor tu. Lapar sangat la tu memasing.


Apa-apa pun, kami masih penyokong setia pasukan bola sepak Negeri Sembilan ok.


p/s:-
Ahli kelab, Kejohanan Piala Kak Pah bila mau start daa......



Twitter Bird Gadget