Wednesday, December 21, 2011

Ohh gigi palsu ku.....

28 comments
Hari tu aku ade balik kampung. Yela, dah lama tak balik kan. Ibu pon dah miss-miss gitu. Sampai je kampung, aku tengok ibu aku serius je. Kadang-kadang je senyum simpul ngan Ayah aku. Semacam je aku tengok aritu. Taknak borak pon ngan aku. Tanya pasal aku pon tak. Aku budget dia merajuk kat aku sebab tak balas miss call dia aritu.


Dalam hati, "Merajuk lagi ke Ibu aku sorang ni?". Lalu aku pon bertanya la kepada Ayah ku... "Ayah, apsal Ibu tu?" Belum sempat Ayah explain apa yang dah jadi kt Ibu, terus dia gelak guling-guling, sampai leleh air mata. Ibu yang tadi dok jauh dari kami, terus meluru ke arah Ayah dan terkam lengan Ayah. Abis di 'piuh-piuh'nya. Aku pulak blur menyaksikan aksi tersebut. Dalam hati "Ganas giler (-_-")
....."


Bila gelak Ayah dah reda, dia pon mula bercerita. Minggu lepas...masa tu dia tengak syok-syok layan cite Tentang Dhia kat tb3 tu. Wah dasat Ayah aku layan citer tu. Ibu aku biase la, time-time tu mesti dok kat dapur luar umah tu. Prepare dinner. Tengah kusyuk-kusyuk Ayah aku layan si Dhia tu nangis-nangis, tetiba dia di kejutkan dengan suara Ibu aku menjerit panik kat luar tu.



Ayah aku yang sedang tacing-tacing tengok tb tu ape lagi. Terkejut beruk la dia bila dengar Ibu aku menjerit. Ape lagi terus la dia lari ke dapur untuk mengetahui apa yang berlaku. Lalu Ayah pon bertanya, "Napo eh?". Ibu aku diam je sambil tutup mulut, terjengok-jengok dalam longkang belakang umah tu.




"Carik ape?" tanya Ayah aku lagi. Dengan nada kecewa Ibu aku pon menjawab, "Gigi palsu Ayang jatuh dalam longkang.......". Ayah aku ape lagi. Bukan nak simpati...Dia boleh pulak dok gelak sampai berair mata dia. Ibu pulak dah tarik muncung sedepa dek kene gelak. Berharkat-harkat panjangnya gelak Ayah aku, begitulah panjangnya muncung Ibu aku. Agak-agak dah ok sikit Ayah aku pon bertanya, "Camno lak buleh jatuh tu?"



Ibu dengan muke sadisnya menjawab, "Takdo la...Ayang nak buang air dalam bekas tu dalam longkang td, ontah sapo yg nyobot ntah. Tersodak la Ayang. Tetibo buleh lak tercampak keluar gigi palsu tu......Memulo tu gigi tu jatuh kat tebing longkang tu je. Pastu boleh lak bergolek-golek sikit masuk longkang. Plup yo bunyik eh. Tak sompek nak buek apo-apo haaa.....". Hahahahaha....Aku yang dengar citer tu....Gila gelak hentak hentak-hentak kaki....Ibu aku tensen jerk tengok. Ibu pun sambung "Kalau ikot ati Ibu...nak yo Ibu turun carik dalam longkang tuh...biarlah...dari tado gigi ha....". Sambil menunjukkan gusinya yang tanpa gigi.


Pastu aku tanye Ayah aku.....



Aku: "Asal ayah tak 'sauk' je gigi palsu ibu tu? Sauk lah...", cakap aku sambil gelak gelak...


Ayah: "Aah..betol gak tuh kan?", jawab ngan muke siyes..


Aku: "Abis...nak ke ibu pakai gigi palsu yang dah masuk longkang tu?Air longkang tu dah la kaler dia keruh semacam tu hehe"


Ibu: "Dari ni haa..Ayah ko golak-golakkan yo ibu sojak takdo gigi ni haa....", sampuk Ibu aku sambil menunjuk-nunjuk ke mulutnye yang tidak bergigi.


Ayah: "Eeeiii...Tak senonoh tau Ayang ni...Ntah ntah dah kuning dalam tuh...Dah berkarat kat celah-celah gigi palsu tu".


Ibu: "Takpo...Ayang rendam lah dalam klorox dua minggu....", jawab ibu aku selambe...



Hahaha sumpah satu hari aku gelakkan Ibu aku. Dia siap mogok lagi takmo masak. Last-last nak pujuk punye pasal, terpaksa la aku belanje Ibu aku makan besar aritu. Dalam takde gigi tu boleh pulak dia melahap bebanyak tu. Adeh~



Lagu ni aku dedicate kat Ibu yang tersayang. Dengan ucapan, moga cepat dapat gigi palsu yang baru sebab anak mu ini tidak mampu menahan gelak tahkala memandang wajahmu tersenyum tanpa gigi. Hahahahahaha




Sekian


Monday, December 12, 2011

Satu je yang kurang

19 comments
Suatu hari, sedang aku makan-makan di sebuah kedai mamak dengan kawan-kawan aku....Aku perasan kawan-kawan aku leka perhatikan aku yang tengah lahap melayan makanan aku sambil melemparkan senyuman sumbing diorg tu. Tiba-tiba sorang kawan aku bersuara.....


Kawan 1: "Kau ni Pana...semua cukup pakej...muke comey....kerja bagus...engineer lagi...kereta ader...rumah on the way....lelaki berlambak-lambak nak...sampai kau tak tertepis dah...tapi satu jerk kurang.................."


Aku: "Ape dia??", muka cool jerk...makanan terus aku suap ke dalam mulut...tapi dalam hati dah cuak pikir "nak cakap aku lesbian ke aper minah nih"


Kawan 1: "Urm kau ni.........", lama dia diam...tak sambung pon ayat tu....

Aku:
"Ape die....", aku tanye lagi, kali ni nada agak tinggi sikit...berlagak sikit la time ni...

Kawan 1: "Kau KURANG BETOL! Miahahahahahahahahaha..." dia cakap sambil gelak and hentak-hentak meja....eiiiiii....suke kauuu yer???????

Pastu sorang lagik pulak sambung
.

Kawan 2: "Yang nak ngan ko tu semua kompom tak tahu ko nih ada gila sikit! muahahahahahahahaha"


Habis satu table gelak aku....Amboi amboi....Suka suki je cakap aku tak betol kan....Cis!! Terus aku rase roti canai mamak tuh cam dah basi....Saje je tau korang nak buat aku tacing....Hilang selera aku....Rugi 80sen duit roti canai tu....Takpe takpe...akan ku balas korangg!!!



Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang saya mengkuang layu,
Biarpun gurauan korang ada sikit tepat,
Kejap lagi aku seligi korang sampai layu!



Hahahahahahaha.....





Friday, December 9, 2011

Kisah anak dan ibu...

14 comments
Kalau mata kanan asyik berkedip-kedip...
Ada orang rindu ek?


Ibu aku kot...

Sebab arini dgn semalam ibu aku banyak kali miscall aku.

Pastu aku pulak missed the calls.

Lalu aku anggap ibu aku miss aku...

Suke Ibu main miscall-miscall ye~

Ibu takde kredit ea?

Sorry la ibu....

Dah biol sangat dah anak ibu sorg ni.

Tak pandai nak call balik...

Lagi pun aku anak nombor 1

Anak nombor 1 ni kepala ada batu dalam duduk...

Kepala keras...


Aku nak buat, aku buat.

Aku nak cakap, aku cakap...

Tapi ape2 hal pon....

Ibu..orang sayang ibu....

Eh ayah pon orang sayang....


Anak Ibu yg dulu lain bu..

Anak ibu yg sekarang dah belajar bnyk benda.

Tak payah jaga hati orang sangat.

Nak cakap...cakap je...benda betul.


Anak ibu ni sekarang dah pandai emosi.

Dulu batu....

Anak Ibu ni sekarang dah pandai moody.

Anak Ibu sekarang sudah mingle sama byk spectrum orang.

Anak ibu ni dulu tak reti nak bercakap dgn adik beradik...

Anak ibu sekarang dah pandai tulis sajak!! Wahahha....



Apo-apo yo lah....


Tapi anak Ibu yang dulu suka makan. Sampai sekarang suka makan. Itu yang penting!



p/s:-

Sekarang dah jarang on9. Diri pon dah macam mayat hidup sekarang ni.... Tapi mayat yg comel!

Minggu depan 3 site up/launch. Weekend ni kne keje. Mati la......Bos memang nak bunuh aku! Kalau aku mati, aku nak jadi hantu...Boleh menghantui hidup bos aku!



Saturday, December 3, 2011

Pada satu hari....

21 comments
KEJADIAN DI SATU KENDURI KAWEN...

********************************************

Sewaktu bersalaman dengan tuan rumah...


Tuan rumah : "Eh....maner budak comel tu ek? yang aku berkenan nak buat menantu dulu tu?", kata beliau sambil bersalaman dengan ibu aku.


Aku yang budget dia tengah tanya pasal aku, terus kedepan menghulurkan tangan. Sopan santun. Senyum simpul. Lagak calon menantu pilihan mak mertua.


Tuan rumah : "Haaa.....ni pon dia...amboi makin lawa betol...macam cewek jawo pon ada...lawa nye la haiii...", sambil bersalam dengan aku.

Kembang lobang hidong aku kejap....

Habis muka aku dibelek-belek...Pipi aku cubit-cubit, di cium-cium...Di gomol-gomol....Dan selepas makcik tu berpuas hati dengan kecomelan aku.....Dia pon beredar sambil tersenyum puas.

Terus aku menyelit dekat ibu...


Aku : "Bu...Bu...mano deh anak lelaki dio yang nak di jodohkan ngan orang tuh?", berbisik kepada ibu dalam mood gatal.


Ibu : "Tuu haaa.....", sambil memuncung dekat seorang lelaki berkemeja putih yang duduk selang dua meja



Erkkkk................



Aku : "Urm takpe lah bu...orang jadi anak dara tua pon takpe..... (*_*)
"



Jangan tanya kenapa.....Sadis~



Friday, December 2, 2011

Cuba Lagi

11 comments



pernah gagal mencuba?
cuba lagi

pernah kecewa bercinta?
tenang-tenang, esok siapa tahu

pernah jatuh terduduk?
bangun, siap sedia

pernah terkilan menunggu?
senyum, teruskan hidup

pernah hilang sumber inspirasi?
bangun malam, kembali kepada Tuhan

pernah putus asa?
pejam mata, bermula semula

pernah rasa hilang segalanya?
buka mata, lihat yang tiada apa

pernah menangis?
tenang sahaja, itu untuk seketika

pernah rasa dikecilkan?
sabar, itu hanya perasaan

pernah diketawakan?
oh, sekejap sahaja, nanti sudahlah tu

pernah rasa susah?
berakit kehulu, berenang ketepian :)

pernah rasa sedih ditolak?
yang menolak pun rasa sedih sebenarnya


*sekian*

Twitter Bird Gadget